Jumat, Agustus 22, 2014

Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove

Masalah rambut yang mudah rapuh dan gugur adalah masalah yang paling membingungkan dan menakutkan kaum wanita, walaupun beliau bertudung. Contoh terdekat , saya. Walaupun saya bertudung, rambut gugur dan melekat pada tudung amat memalukan kadang-kadang kawan tarik rambut tu dari tudung kalau yang nampak itu rakan wanita , tak kisah lah tapi kalau kawan lelaki?
Isteri mana yang tak risau jika suami pula membelai rambut , dan tertarik rambut rapuh kita. Bergompol satu tangan , hey malunyaaaaaaaa kan?!  Saya yang belum bersuami pun malu , saia ta kuad T______T
sesi pendaftaran peserta dan penerimaan kunci bilik - 1 peserta 1 bilik. phew
Oleh kerana itu, Dove Malaysia telah menjemput beberapa rakan blogger dan media untuk menghadiri bengkel Serlahkan Diri Dalam 14 Hari di Putrajaya, Shangri La Hotel . Terima kasih Shangri La dan Unilever Malaysia diatas jemputan dan tempat penginapan selama 2 hari 1 malam yang super awesome .

Bilik tidur yang selesa dan luas untuk seorang peserta amat menenangkan.
Tidak sempat para peserta bersantai dibilik, kami diberi peluang untuk relax dengan urutan di badan dan kepala. ketika ini para peserta diberi pilihan untuk menggunakan Dove Hair Tonic yang super wangi dan menyegarkan. Sejuk saja kulit kepala. Wangi ! Para suami pasti suka dengan bauannya. auwww 

Kemudian 'sharing session' bersama Pn. Aniqah dan Pn.Hanim. Pn. Aniqah berkongsi tips dan teknik untuk mengimbangi hubungan antara keluarga dan pasangan. Sebagai seorang yang merasakan dirinya pengasih dan penyayang, saya telah memilih antara Harmoni, Romantik dan Pengasih & Penyayang. Kasih antara manusia dan haiwan juga memberikan impak positif kepada kita occay!

Pn. Hanim pula berkongsi tips untuk keyakinan diri. Pelbagai game menarik yang disediakan oleh Pn.Hanim antaranya melekatkan kertas A4 di belakang badan, sementara peserta yang tidak pernah kita kenali menulis '1st impression' mereka. bagi seorang liyana pula, beliau memang nampak peramah walaupun belum pernah bertegur sapa YEEEEY!

Sempat bergambar dengan MC pada bengkel kali ini. Nana Mahazan antara artis akademi fantasia yang berjaya dan amat profesional . kelakar sangat nana ! walaupun sakit tekak pada pertengahan bengkel, suara pun tidak keluar tetapi nana tetap menghiburkan para peserta dengan telatah comelnya. nana juga tidak sombong melayan peserta yang suka mengusik dia. ehem! nana ke?

Sesi seterusnya adalah 'pillow talk' dimana Sharifah Shahira dan Yasmin Hani adalah selebriti yang diundang khas untuk berkongsi masalah dan cara untuk membendung keguguran rambut ini Suhainah dan Shariffah Nadia,yang juga sahabat baik.Mereka berdua berkongsi tentang cara mereka mengatasi masalah rambut gugur untuk mengembalikan keyakinan dan ketenangan jiwa.
Dapat bath robe juga ! yey 
sambil berpillow-talk , kita kunyah-kunyah tidbits juga credit @haniehidayah

Selesai pillow talk, pavlova chocolate chip redvelvet dan cekodok sempat melempiaskan impian mereka untuk berenang dan berendam ! bayangkan pukul 10pm dan suasana pula romantik habis. tapi kami dapat berendam sehingga 11pm sahaja. kemudian sambung pillow talk dalam bilik redvelvet ! seronoknyaaa! shangrila hotel memang best , nanti nak honeymoon dekat sini!
Hari kedua bengkel, sebelum pergi menjamu selera mestilah kene selfie dulu di cermin lif. kahkahkah !
Dijamu pula sebelum majlis pelancaran  “Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove” .  Sangat puas hati dengan buffet dari Shangrila Hotel Putrajaya. memang wajib honeymoon dekat sini nanti. HAHAHA
Yasmin Hani, Nana Mahazan , Ms Ashlee Ng, Personal Care Director, Unilever Malaysia,Suhainah and Shariffah Nadia, Ms.Heng Hui Ling, Brand Manager of Dove Hair, Unilever Malaysia ketika majlis pelancaran kempen“Serlahkan Diri Dalam 14 Hari”.

Para peserta Bengkel “Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove” yang havoc dan sporting habis. cute betul makcik bertudung merah yang ketot di belakang itew. kahkahkah!
 Mengenai kempen “Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove” 
Wanita Malaysia kini boleh menyertai kempen tersebut dengan melayari https://apps.facebook.com/serlahkandirimu/.

 Langkahnya termasuk:
  • Selama 14 hari, siapkan satu misi sehari 
  • Kongsi misi yang telah disempurnakan itu menerusi gambar atau kata-kata ringkas 
  • Tayangan video digital akan dicipta untuk peserta berdasarkan misi mereka yang telah disempurnakan selama 14 hari itu. 
  • Untuk memenangi salah satu hadiah, peserta perlu berkongsi video digital peribadi mereka itu di Facebook masing-masing. 
  • Lebih tinggi peluang mereka untuk menang apabila lebih banyak yang dikongsi. 
 Hadiah-hadiah bernilai sehingga RM20,000 menanti pemenang.


Rangkaian harga Dove Hair Fall Rescue System:
 • Syampu 375ml – RM 14.90
 • Perapi 180ml – RM 9.90
 • Tonik Rambut Intensif – RM 32.90

1 komentar:

Terima kasih kerana membaca

Mari luahkan isi hati anda juga :)

1. Jangan emosi sangat tau.

2. Luahkan dengan nada comel.

Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !