Eh peminat The Sims 3, sila lapor diri sekarang ! terasa gugur jantung bila baca entry terbaru ynaaohynaa , main game the sims adalah haram. siapa tak gugur jantung? dah lah dia dadah engkau, dadah yang tak merosakkan badan ofcz, eh ada la rosak kalau engkau duduk tak buat apa apa nanti gemuk siapa susah? KAHKAHKAH
Walaupun perlakuan itu bukan secara hakikat dan hanya menerusi alam maya, ia tetap bercanggah dengan hukum Islam dan mendorong kepada zina.“Menontonnya boleh menaikkan nafsu dan ia permulaan kepada kelakuan lain kerana menunjukkan tanda atau jalan menuju ke arah itu.
Permainan itu digemari remaja kerana memberi keseronokan luar biasa kepada mereka untuk berusaha memikat gadis animasi cantik sehingga mengajaknya melakukan hubungan seks.
Difahamkan, pemain perlu menempuh beberapa peringkat sama seperti kehidupan seorang lelaki di alam nyata, antaranya merangkumi proses mengurat gadis maya idaman bermula sesi temu janji (dating) hingga datang ke rumah untuk mengambil hati ibu bapa teman wanitanya.Sejurus semua peringkat itu diselesaikan, pemain diberi peluang untuk mengakhirinya di ranjang bersama gadis itu yang menayangkan susuk tubuh menggiurkan.Sejujurnya saya cakap, game ini sangat sangat men-dadah-kan diri anda sebab once saya dah main saya akan main main main dah tak akan pandang tempat lain dah sebab best gila ! tapi anda sebenarnya boleh je main game game ini . ia bermula dgn niat, bak kata ustazah ynaa
Ustazah kata terpulang pada NIAT seseorang itu. Kalau main sebab memang sengaja nak menghairah kan diri. Maka berdosa lah kamu….game ini memang saya suka main sebab saya bayangkan life saya yang kaya rasa dengan cheat code, rumah impian juga lelaki idaman. dan juga anak anak saya kelak (LOL) memang terbayang life ada baby mcm mana, life ada toddler mcm mana, life jadi celebrities, semua saya suka ! ialah, nak jadi realiti engkau ingat boleh ke? oh maksud saya dalam alam realiti engkau nak jadi celebrities ! lah LOL
Wallahualam
eh okay lah saya nak pergi main the sims skrg ! nak mendecorate-kan rumah cantik cantik ! tak pernah puas decorate rumah grr lepas tu nak buat sims muka macam avril lavigne gak !
♥ kbai.












