Tampilkan postingan dengan label life. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label life. Tampilkan semua postingan

Jumat, Januari 29, 2010

jangan buat aku emosi.

ini entry emosi. kau akan lihat aku emosi terus langsung tak ada KAH KAH KAH dah dalam entry. menandakan aku memang tengah emosi habis.

entry dimulakan dengan i paling tak suka kalau ada orang datang bagi pesanan pendek semacam ini :

' zzzz'
'tido'
'flymas'
'xpax'


WTFreak i tak suka lah macam tu, semacam tak ikhlas nak datang ayat macam itu buat i EMOSI pagi pagi menghadap kerja. eceh padahal tak ada kerja mana pun. tapi tolong lah datang belog orang ini macam kau datang rumah orang, bagi salam lah bagi teguran manis dipagi atau petang atau malam, bukan bagi ayat macam i maksudkan di atas.

pernah kau pergi rumah orang kau buat ZZZZZZZZZZZZZ macam itu? pernah? aku marah betul pagi pagi aku tengok orang datang rumah bagi msg macam itu. hormat lah sikit perasaan tuan rumah. bukan aku mintak duit pun untuk bagi satu salam manis tak aku tak mintak duit pun.


HAMBIK. MUKA EMOSI LAH NI t________t

tapi aku jadi emosi kalau kau dtg buat perangai macam tu. tak baik lah. tak baik. mengganggu emosi tuan rumah itu adalah tidak baik T________________T

okay lah i tengah emosi, i belum ke tahap mencarut lagi. jadi jangan buat tahu? jangan cabar KAH KAH KAH eh kejap nak sambung, kalau kau buat kan aku taknak masuk belog kau. serius ni HAHAHAHAHAHAHAHA

*u terasa ke? padan muka wek :P

Kamis, Januari 21, 2010

i tak lulus T____________T

20 January 2010.
i dah ada lesen P ma. umur dah 21 baru ada lesen P HAHAHHAHAHA ;p
















heh. muka cuak semua ni. aku curi curi tangkap. mati la kalau dorg buka belog daku HAHAHAHA.

btw ada yang tak pass. ada yang pass. ALHAMDULLILAH daku lulus walaupunn cukup cukup makan. ada daku kesah? asalkan daku dah lepas menghadap muka pakcik dan makcik garangg ;p hihi

btw tq v much to parent n family, kawan² terbaik and uols. pemberi semangat kepada daku ;p

Rabu, Oktober 07, 2009

buat beloggers yang mencari domain termurah serendah rm29.95 KAH KAH KAH

*bapak panjang entry tittle tsk KAH KAH KAH

i terharu sangat entry tips mendapat tumpuan ramai orang terutamanya girls yang tak single. KAH KAH KAH gatal masing² kn? sama mcm i, takpa selagi belum kawin kita ada peluang untuk berkenalan dengan calon² yang lain KAH KAH KAH KAH *fwzQram sila jangan baca nanti u merajuk susah i nak pujuk T_______________T



hari ini i nak cerita pasal domain name yang i tengah guna now and forever *cewahh* liyanaa.com. ramai yang tanya i beli dekat mana beli dengan hosting sekali ke mahal ke murah ke guna wordpress ke? LOL penat i nak terangkan satu satu. jadi i terangkan sekali gus okay?

i mula berminat guna domain sendiri bila raracandyfloss bertukar dari queenrara.bs.com ke raracandyfloss.com tapi masa itu i mentah lagi, duit pun i rasa macam takda je. i teruja bila dia kata satu domain rm29.95 okay i rasa itu paling murah dari yang lain² i mula² macam berani je nak beli tapi takut, biasa lah i ni nampak je kuat tapi penakut. KAH KAH KAH

lastly bulan 8 hari tu i bertukar lah ke liyanaa.com dengan bayaran rm29.95 setahun. i still duduk bawah ketiak blogspot.com lagi sebab i tak berani nak guna wordpress, and still student mesti takda masa nak uruskan hosting kalau down ke apatah jangan tanya i banyak walaupun i budak IT tapi i buta IT jugak KAH KAH KAH.

i beli dekat NETKL. tempat yang sama raracandyfloss guna. btw raracandyfloss dah guna berape bulan lama nya baru i guna. so far i tengok okay je cuma mula² ramai cakap susah nak masuk belog i, and now dh okay kot? ke ada masalah lagi nak masuk heh?



i suka NETKL sebab semua setup dia dah buatkan cuma tukar url dekat publishing ke apatah. lagi kalau pakai nuffnang kene edit url dengan url baru lah nanti tak detect ke apatah mana i tahu kan :P so kalau teringin nak ada domain sendiri, boleh cuba netkl. cuma i xsure sgt kebagusan dia kan sbb bagi i nowdays macam tak da apa prob lagi dh 2 bulan pakai. :)

btw if ada prob boleh tanya netkl. and if ada soalan lagi boleh tanya juga i.allah i jawap tapi kalau malu dengan i, boleh tanya raracandyfloss atau terus pegi ym dengan orang netkl. kalau nak cakap bm dengan dorg pun boleh. jawa? i tatau dorg boleh cakap jawa ke tak, kalau java boleh kot KAH KAH KAH.

*jangan malu² mesage netkl kalau ada prob. kalau tanya i, mesti i cakap TAK TAHU KAH KAH KAH

*encik fairuz semoga cepat sembuh . zety sgt merisaukn kesihatan cik T_____________T

*selamat hari jadi yana kering :P

REPOST DARI entry bertarikh 071009 ;)

Sabtu, September 19, 2009

Kuih raya kegemaran i.

ramadhan ke 29.

fuhh, pejam celik pejam celik dan pejam tapi celik balik dah 29 hari kita berpuasa. serius macam sekejap je puasa lepas ni bazar dekat unisel dah takda. air sedap de bazar pun takda lah and tak dapat lah minum air bandung cincau sedap yang sedap sedap gila HAK HAK HAK fun gila kalau cakap banyak kali sampai orang annoying. zety memang biasa buat bunyi annoying sampai rasa nak lempang tapi takpa kawan kan HAK HAK HAK.

hari ini jom cerita pasal kuih raya favourite di hari raya, malas nak cakap banyak sebab hari tu dah tayang gambar i buat kuih so hari ini jom sharing dengan i kuih kuih raya kegemaran i, i malas nak cakap banyak lah kan padahal dah dua kali ulang malas nak cakap banyak tapi tetap buat ulangan juga HAK HAK HAK



chocolate chip cookies aka famos cookies sally

ini memang heh sentiasa kene ada dalam list and akan ada kalau boleh nak buat sendiri always sebab kalau beli famos amos memang boleh pokai la i cakap, serius memang boleh pokai sebab 100g dah 6hengget, kalau i buat sendiri confirm i boleh makan sambil melayan anda di ruang internet HAHAHA

cornflakes madu

ini wajib heh, makcik makcik yang rasa diri dia comel sila banyakkan kuih ini dalam 5balang lagi heh sebab i kalau datang rumah orang i mest cari kuih ni. malas nak cakap banyak la bila i datang je mesti licin balang (hoi, jangan la percaya i ni seorang yang pemalu) i suka mama n makcik i kalau buat conflakes memang ah tapayah cakap sedap dia lain mcm, tapi kalo i buat cornflakes lagi lah ta boleh lawan. serius T______________________T




leaves chocolate cookies

i tatahu sangat nama dia tapi sebab bentuk macam daun i pun suka suka panggil dia biskut daun HAK HAK HAK kawan mama i buat business jual biskut ni la siapp bagi dua tiga balang secara free lepastu i kene fikir nak makan banyak kali ke apa tah macam mana nak tahan nafsu pun ta tahu kah kah kah T___________T

* ada lagi, tapi i blur.

kejap, i dua kali dah upload gambar cookies ni kan tah la i rasa comel gila gambar ni wkaka T_________T malas ah nak cakap banyak lagi dah ngee i dah lupa la nama kuih² raya sekarang ni since kerepek dah berleluasa kah kah kah

okay okay, sekarang i nak keluar pegi jalan tar, nak cari tudung or shawl untuk pagi raya. ewah nak try belajar teheeee btw selamat berhari raya korg.

Kamis, Agustus 20, 2009

ketawa itu ubat.


i suka ubat hisap tu :P

selepas entry i demam tsk ke udara, semua pun memberi pesan yang sama, pegi check doktor. pegi check doktor. pegi check doktor. dan pegi check doktor.okay lah fine i pun pegi check doktor. eh awak gila nak i check doktor tu padahal i yang sakit. apasal kene check doktor pulak? apalah salah doktor tu kene check padahal i yang sakit. +__________________+

terima kasih yang ta tehingga kepada tira kerana menghantar i ke klinik tsk. masa dekat klinik kan, kitoerg boleh bergurau senda sampai i rasa macam ta demam langsung tauu, bila begelak ketawa kepala jd ringan semangkuk tahu? jadi bila demam sila ketawa sampai kepala hilang eh bukan kepala jadi ringan ya :O

bila i bertemu doctor and doctor tu check i (baru betul i kene check, ni suruh i pegi check doctor tsk +____+) suhu badan i 37.2 masih okay lah tu, belum panas betul lah kot. KAH KAH KAH. tapi saya bersyukur dapat teman² yg begitu ambil berat terutama raracandyfloss yang manis. syazwan yg cute and aizat yang gilakan azwan ali. amboi amboi amboi :P

bila dah demam ni kan, rasa macam nk suruh fwz tukar jadi doktor pulak. KAH KAH KAH. mase mula² sakit, malas gila nak pegi jumpa doktor. auwww saya risau doktor geram dgn saya tsk. tapi kene mrh dengan fwz. i cakap malas sebab takut kene kuarantin ke apatah, lepastu dia kate takut kesihatan ke kuarantin, terus mcm tersentap tsk +___________________+

so today i dapat rasa hidung makin lega walaupun ada kesan² ingusan lagi KAH KAH KAH.
tapi hari ni dh start batuk pulak tsk tasuka betul la. eh eh btw hari ini sangat busy lah. dari pukul 8.30 pagi sampai 10malam i akan ada class T_T

btw kalau ada rezeki, i nak update resipi lah. nak tak nak tak? :P

Sabtu, Agustus 15, 2009

kipas hello kitty.



sekarang I still dekat gombak lagi, bukan dkat unisel tauu. semalam memang pegi register unisel. konon semangat dapat duduk rumah sama dengan coursemate and ayun tapi jana niaga cam taik buat rule baru die tetapkan rumah. so i dgn coursemate dipisahkan. tsk dah lah di pisahkan, dorg siap bagi i rumah tingkat empat, yaa tingkat 4 dan tingkat 4 dan tingkat paling tinggi adalah empat empat empat empat empat 4 4 4 4 (kah kah kah mcm annoying kan cakap empat banyk kali tsk, mmg suwei eh lupa i lahir 4 march so itu adalah tuah)

malas nak cerita pasal empat atau 4 di dalam entry yg supposely kene happy sebab first time, i repeat, first time i dpt parcel. cepat bershuffle dengan i, i pasang lagu bercanda di pasiran pantai nyanyian ahmad zizan nin dan aina sarawak +_____________+



okay suppose semalam i dah terima parcel tu tapi i kan busy register bagai so tengahari tadi baru lah tadi i dapat sentuh bungkusan yang di balut cantik dengan menggunakan wrapper warne biru siap ada sticker hello kitty. nasib baik wrapper tu bukan hk kalau tak dh sayang sgt2 nk koyakkan :( ehh i koyak skit je laaaa i bukan rakus sgt HAHAHA

serius jantung sangat berdegup kencang sampai rasa nak tercabut² dah, abis retak tulang dada i tau KAH KAH KAH comel gila perasaan macam nak pegi berperang ke apatah tsk.i pun tarik lah item yang ada dalam bungkusan, i belum buka lagi tau kotak itu tapi semerbak bau wangi sangat sampai hidung melekat dekat kotak punya lah kuat tarikan bau dia hahaha :P

dua item yang i suka sangat rasa macam nak menjerit sebab apa nak menjerit nih? i dapat hello kitty tauuu, uolss kan tahu i peminat hello kitty, siapa tak minat hello kitty pegi lah terjun longkang(apa motif suruh terjun longkang pun tidak tahu mungkin untuk menyatakan bahawa wajib meminati hello kitty sebab i pun minat kah kah kah +_______+)



okay first item adalah bende yang i sangat nak. maksudnya sekali pandang terus suka. padahal pandang guna belog saja pun saya suka HAHA. akhirnya i dapat juga pegang, cium dan memiliki sebuah kipas yang comel gila. kalau nak guna kene putuskan kepala HK tu tau, baru boleh guna. kejam betul kan? KAH KAH KAH +_______________+

bila kipas berpusing² kan satu haruman yang sangat wangi tauu akan menerjah ke lubang hidung anda kalau ta percaya meh la dating dgn i, nanti i bawak la kipas ni hahahahaha T_T mesti sedih kan ada gadis desperate macam ini hahaha.




kedua, si pengirim yang cun melecun ada bagi i 3 peket mini marshmallow tauu. penah makan? i penah makan dengan icecream paddle pop rasanya tapi ta sesedap marshmallow yang di bagi ini tsk +____________________+




sangat manis, colour sangat nice, lembut dan sedap di makan. bila letak di lidah kan, dia semacam cair lah. rasa macam makan candyfloss ke apa tah HAHAHA and i suka sangat tengok2 baju yang HK pkai tu. banyak sangat xo xo xo. v sweet sngt kan? hugg & kiss for u raraaaa ♥



btw ini keadaan bila kepala di cabut sungguh comel tapi keadaannya seperti er ______ (anda isi tempat kosong itu. HAHAHA. comel nye HK ni kan? berminat? ehem² tapi saya berminat. rara please² i nak lagi tauuuu? untuk fwz, adik n kakak. dorg dh mintak belikan boleh tak sygg? T_T

okay entry tamat sekarang +______________________+

Sabtu, Agustus 08, 2009

remaja bergetah.



pagi tadi dah siap sarapan semua baru semangat nak kemas barang² sewaktu di unisel dlu aik, dh nak balik unisel baru nak tengok bag lama apa punya comel tah kah kah kah. i terjumpa pic² lama waktu i kecil kecil cili padi. serius dulu i suka gila tengok cerita kecil kecil cili padi sebab waktu tu tam hensem gila bagi i sebab dia nampak tinggi. tapi sekarang bila i tengok dia tetap kekal macam tu tingginya KAH KAH KAH. hai tam, saya minat awk dlu la tsk +___________+

eh lepas i tengok² barang smua buku gambar note pad pen pencil calculator calculus er dan macam² pun i jumpa tiba² i nampak satu gambar eh tipu ada dua gambar actually tapi i suka yang satu tu sebab i nampak comel gila. ye ye, i cakap gambar tu gambar i waktu i comel gila. sekarang dah terlampau comel ke apatah KAH KAH KAH.



weweeiit siapa lah baby yang merayap atas meja tu? lihat kalian comel kan baby tu? eh lupa nak cakap sekarang baby tu lagi comel dah sebab sekarang dah jadi dewasa bukan remaja dah KAH KAH KAH. hodoh la cakap dewasa, sebelum kawin masih remaja muda bergetah +_________+

lihat tarikhnya, oct 89. baby tu lahir bulan march 89. jadi kira la berapa usia baby tu ketiak eh ketika gambar nya di tangkap alahai comel nyaaa siapa lah yang comel tu rasa macam nak gigit pp(pipi) dia sampai berbekas merah. eceh nak gigit pipi sendiri macam mana tu? =____+ KAH KAH KAH.




ini pula ketika baby tu dah membesar. dah jadi kanak² yang ceria bergigi rongak sedang memakan epal sambil memeluk baby itam(yes i panggil teddy bear itu baby itam.smpai sekarang ada lagi cuma ta ingat kat mana saya letak) abg tersayang yang tua 5tahun darinya dalam percubaan untuk mencekik, sebab jeles kanak² itu terlampau comel kot? KAH KAH KAH +_____________________+

dulu kan, kawan² i suka buli i tau, dorg suka cakap baby itam tu sundelbolong sebab dekat telinga baby itam ada paku :( padahal bukan paku, dia mcm er macam tag name cmtu kot KAH KAH KAH tapi i tough, ta takot pun tapi i suruh baby itam tido sebelah abang tersayang yang tua 5 tahun tu :P






provoked. seorang isteri di dera secara mental & fizikal dan berniat untuk membunuh suami dia tapi malangnya terbunuh lalu di sumbat ke dalam penjara seumur hidup. eceh ringkasan cerita yang comel betul dari saya, roselle ainul. KAH KAH KAH



malam semalam i dah tengok cerita ni sampai nangis² bengkak mata i masa nak tidur. I nangis betul punya nangis macam kene tinggal pakwe(eh pakwe pegi outstation ta perlu nangis mcm itu lah). nasib baik ta sepenuh baldi ke apa tah kalau tak boleh bagi taz buat air sirap selasih. *________________*

hep siapa² yang nak menjadi lelaki yang semacam deepak ahluwalia ni, baik lupakan lah sebab kaum perempuan ni lagi ganas tahu tak? KAH KAH KAH

okay babai now.

Selasa, Agustus 04, 2009

brooch ribbon bag.

tahu tak, minggu lepas kecoh satu belog ada seorang peminat hello kitty balik dari singapura beli item² yg serius comel lepastu kiteorang smua terutama I semacam jelous.(betul kan eja jelous? ke jeleous?) cute item itu ada macam² kegunaan terutama mentipu org termasuk I yang serius comel neh ditipu-tipuan =____________________= KAH KAH KAH

tahu tak? kerana cute item itu saya terpikat pada salah satunya iaitu bag HK bersaiz sederhana yang berharga $1.50 atau diconvertkan menjadi 3.66543 MYR? aik, SAYA pun berminat? aik SAYA pun berminat? aik SAYA PUN BERMINAT? +_______+



eh eh, siapa cakap saya ta MINAT hk? siapa cakap? kah kah kah serius comel kan kalau saya pakai item berciri HK. eh tengok pic di atas, saya mem-pakai brooch berbentuk HK, kalau ta nampak maknanya akan mendapat anak, aiyokk ta kawin lagi da ada anak? oh kejap² siapa baca surat khabar semalam, mayat-bayi-tersangkut-di-lubang-najis-sekolah-agama tsk sumpah keji siapa yang lahirkan bayi tu, perempuan tu mmg lah kau, patutnya perempuan tu kene sumbat² masuk dalam lubang najis tu, betul pnya pandai kan? +_______________+



eh sudah la straight-to-the-point, ewah macam best je main sengkang songkit ni kan? hihi hari sabtu yang lepas, saya dah siap cop dekat gadis HK itu yang saya nak bag HK berharga 3.66543 MYR tapi terpaksa lah membatalkan hasrat yang comel sebab balik dari driving clas mama bagi bag yang besar gila siap boleh sumbat chibi dalam bag tu KAH KAH KAH.

tahu tak? dah lah bag berwarna pinky , berjenama avon lagi tauuuu, BHAHAHA. jadi dengan berbekalkan brooch comel dan juga cute ribbon dari ribbontales, saya pun tenyeh² dekat bag tu supaya menjadi manis dan comel seperti saya :P actually macam nak kasi randomly la satu brooch dekat sane, satu brooch dekat sini tapi sebab ada jenama AVON so saya tutup la dengan brooch yang comel²



jadi lah bag HELLO BROOCH and RIBBON saya dan boleh lah saya sumbat chibi bawak pegi clas. kah kah kah :P

Kamis, Juli 30, 2009

buahan roselle.

:5::5:

hai hai semua. sudah petang ini kalian sudah makan? saya baru lepas memenuhkan perut dengan hidangan nasi ayam emak saya(my mom's chicken rice). mengikut kiraan saya yang tidak pernah menyinggah ke kedai nasi ayam emak linda onn, saya ta tau lah macam mana sedapnya tapi yang saya tahu nasi ayam emak liyana ainul sangat sedap sehingga menjilat pinggan +_______________+

dulu mama buat chicken rice secara simple sahaja, tapi since die dah ada menantu yang pandai masak, bermacam² ramuan rempah ratus dalam nasi ayam ituww. saya ta berape pandai lagi buat rempah ratus tapi untuk sambal kicap dengan cili saya dah pakar. ehhh apak suka betul sampai bertambah² pinggan. saya? lagi la suka KAH KAH KAH ehem petang ini pkul 5 aerobik tyme :(

okay ketepikan soal my mom's chicken rice, saya nak cerita satu cerita misteri ni. nak tahu atau tak nak? eh taknak pun I cerita juga, ada saya kesah? cak cak ke cak kecak(sindrom azwan ali kesayangan tengku aizat tengku azmi dah menyemak kat sini KAH KAH KAH)

:44::44:



cuba anda lihat pada gambaran ini, ada kah sebuah atau sekuntum?

okay malas nak tunggu jawapan uolss, I bagi tahu lah ini buah roselle (rossel pun boleh HAHA) atau nama ta berape nak comel adalah Hibiscus sabdariffa L. ohh very da cute name kan? if i bagi nama anak i roselle bt faweez iqram u rasa comel tak? hihi pening betul dapat makwe macam ni, mengambil nama buah untuk di beri kepada anak. masalahnya bila aku nak kawin ni +_________+

lepas i google tentang roselle ini, baru i tahu dia ada hubungan keluarga dengan Hibiscus rosasinensis iaitu bunga raya.alahai comel betul lah bila dapat tahu terus tekak rasa haus nak minum air roselle ni. mama ada tanam depan rumah, depan rumah tu kan macam mini kebun mama, so semua tanaman ada termasuk roselle and dragonfruit tengah mentunggu buahnya :P

:29::29:

roselle ni masam tahu? so mama akan buat air gula dan rebus rosalle dalam air tu. warna merah rosalle macam warna ros tapi lagi pekat. mmg sedap lah. ada rasa manis and masam dalam satu cawan. btw perasan tak I macam pakar kaji tanaman sekarang? dua entry yang lepas I cerita pasal mushroom, sekarang pasal roselle. takpe i bet ramai ta kenal roselle ni lagi kan?




ini pula kalau siapa ta kenal sangat mensedihkan.nama dia r.a.m.b.u.t.a.n HAHAHA, I kan paling ta berape suka makan rambutan, sebab isi dia macam ciput je macam ta puas. tapi rambutan kali ni bakal kakak ipar yang bagi. isi dia tebal sangat sampai kunyah² baru jumpa biji. memang sedap betul.

okay dah habis cerita saya, anda boleh balik sekarang di tempat anda sebelum membaca entry ini (HAHAHHA mesti sakit jiwa tiba² abis macam tu)

:51::51:



hai nama saya roselle binti ainul HAHAHAHAHA

Rabu, Juli 22, 2009

tomyam campur.

hari ini kan saya mengidam betul nak makan tomyam, sebenarnya dari semalam pun saya mengidam tapi nasib baik semalam mama yang mengidam nak makan sambal udang. apa jadi pada tomyam saya? +_________________________________+ jadi panjang macam tu la muka saya. LONG FACE gituuu.

habis muncung saya timbul HAHA mcm keji je ayat muncung timbul kan? okay saya tak nak cerita panjang tentang muncung tebal konon perasan saya angelina jolie ke apa entah, saya nak kongsi dengan anda wajah tomyam, er wajah tomyam? KAH KAH KAH apa pasal macam kelakar je kan wajah tomyam yang saya create, er masak sesuai dari create kot HAHAHA.





:bofu_04::bofu_04::bofu_23::bofu_23:

sedap tak sedap tak? cakap nampak macam sedap sekarang sebelum saya hiris pisau yang saya letak dekat leher anda ni HAHA. tomyam yang saya buat ni lebih sedap dari tomyam dekat "pusat komuniti pelajar UNISEL" tahu? siapa yang nak cuba makan tomyam abe kelate tu baik lah anda order dekat saya di cluster __-__-__-_ (maknanya saya belum register cluster lagi HAHA)


:bofu_40::bofu_40:

bila saya buat tomyam ni kan, saya teringat dua sem lepas, maksudnya dalam 8bulan yang lepas, saya dan ayuna, er serta teman² serumah E3-3F-U3 memasak tomyam. ia kami rajin memasak, eceh suka lah saya sebab sebahagian tomyam tu saya bagi fwzQram rasa hihi. and yang paling penting masa saya beli ayam, saya beli dgn fwzQram lepastu dah kenoneng sampai tak suruh ane kasi potong ayam itu tsk +_________________+

comel betul memori memasak bersama housemate and saya rinduuu sangat. ohh 12hb saya sebenarnye tak sabar nak pulang ke pangkuan housemate tapi er, saya rindu mama , apak , chibi, k.ya, effa, kak fida and abg jai.

:bofu_24::bofu_24:

ehem² jom kita tengok pada gambar tomyam di atas semula HAHA. okay bermacam ingredients yang saya campak dalam tu. ada daging ayam, udang, berjenis sayur ( carrot, cauliflower,brokoli, corn) fuhh kalau lah rara tgk ingredient dalam ni, pasti terkoma² lah dia sebab er die tak suka sayur HAHA *ehem, sejak² gila RC ni, bahan² dh tukar jadi ingredients okay :P

i rasa mcm simple gila buat tomyam ni sebab tak payah guna perencah apa semua. cuma letak sekiub pati ayam je :P hihi. okay lah mata pun dah ngantuk. facebook pun jadi macam ta berape betul malam ni tsk +_______________________________+
:bofu_48::bofu_48:

Selasa, Juli 21, 2009

i lev unisel

i love unisex. ehhhh unisel.

selamat pagi. macam tak penah² I nak update awal pagi mcm ni. baru pukul 12am. relax lah :P btw tadi I jalan² alah setakat jalan² dari sebuah belog ke sebuah belog biasa lah tu kan. keluar juga lah peluh HAHA.

:bofu_03::bofu_03:

tadi buka ym, ada tira on da line. borak² bergosip dgn tira mcm setahun tak jumpa padahal budak unisel dah start final exam this week dan maksudnya ini minggu terakhir budak² tu dekat unisel. peh gila tak tahan sebab pejam celik pejam celik dah dua bulan budak² tu belajar.

*budak² i cakap? semua tu dah layak kawin dhhhhh jadi mama dgn papa dh :P

:bofu_05::bofu_05:

so i pun rajin² la buka la website unisel. lama dah tak buka eh bukan i malas nak buka, tapi dorg yg malas nak update HAHA kan bagus kalau bagi i jaga website tu tiap² hari i update HAHA comel tak comel tak? mesti boleh pasang iklan nuffnang dekat situ kan? ecece dah boleh la i beli barang sehelai dua cardi baru atau belanja fwzQram yang comel makan dekat sushi king sampai perut jadi kembung mcm ikan kembung +__________+

:bofu_23::bofu_23:

aik, apa cerita sebenarnye ni? okayy okayy jangan confius. entry kali ini mengenai universiti tercinta. i sambung balik perenggan di atas lah u olss. bila i buka website unisel i mcm wahhhh dh cantiknyee pemandangan kat unisel ni kannn


itu gambar censeleri i tauu uolss. vise censelor saye datin seri rosmah mansor tauu. korg kenal x? :P

:bofu_08::bofu_08:

eceh macam baru je semalam die tukar header tu padahal dah berkurun dah dorg mencantikkan website ni. sampai ada rasa nk kidnap lah gambar tu buat header belog ini KAH KAH KAH macam comel gila lah bukan guna header gambar unisel tercinta HAHAHAHHA benci betul lahhhh

:bofu_41::bofu_41:

lepastu i scroll ke bawah. nak baca news lahh uolss mane tahu dh di update ke ape ke. ni borang untuk msuk e residen ni x keluar2 pun? tak paham i ni uolsss +_____________+ siapa² yang rajin2 tu tlg eksplain kat i. apasal e residen tak de keluar² pun?


baca lah uolsss, dekat kotak hitam tuuu, i dh siap kotakkan dh *ganti dgn bulatkan :P

aihhh budak unisel belum balik dah bagi jadual masuk untuk sem depan. ni nak perli i ke ape neh? +___________+ mentang² i cuti bersenang lenang dorg kuarkan awl² okay lepastu i macam okay lah, i bajet masuk 16ogos. rupanyaaaaa




:bofu_24::bofu_24:

tskkk +_____________________+ 12hb dh kene masuk balik tsk ni kenape ni? nak buli ke ape? oh mayb sebab awal ramadhan jatuh 22hb. jadi dorg cepatkan la supaya masa budak² unisel busy buat add/drop subject masing² masih boleh makan dan minum. cuba bayangkan waktu puasa, kami kene ulang alik dari falkulti ke censeleri yang jauhnya dalam 470km HAHAHA serius macam menipu nak gila tskk +______+

*serius berfikir positif gila kan? :P

:bofu_39::bofu_39:

saya ni bukan apa, test JPJ saya bila pun saya tak tau ni. bangang betul lah org tua ni ( bukan maksud saya untuk trainer saya. bukan ) bila la nak setel clss ni. dah la tiap hari rabu baru nak buat test. bukan nak buat ari sabtu ke ahad ke. tension betul la. esok kene call pakcik tu. esok saya nak setel 6 jam class *macam berani je saya nak cpt² test ni BAHHAHAHA

:bofu_35::bofu_35:

okay lahh. saya nak relex kan jiwa saya. lagi er 3 minggu saya boleh layan anda semua. lebih baik anda bermesra dgn saya sekarang. nanti belog dah bersawang dah takda siapa yang peduli. HIK HIK HIK btw saya mungkin akan menghadapi final exam pada 30 NOV - 20 DEC. selepas itu practical yahOOOO. boleh gatal² dgn supervisor wkaka :P jadi saya nak cari mana² syarikat yang nak amik saya untuk practical *bunyi2 kan loceng mcm eskem :P

:bofu_48::bofu_48:

ohhh ni sebenarnye entry ape ni? semua pun ada sampai saya pun tak faham dah. KAH KAH KAH. babai nak study subject digital logic puan suziyanti. nanti akan belajar sambungan dari subject ini HAHAH.

:bofu_44::bofu_44:


ehhh dah lah malas nak fikir. saya cuma tahu nak paksa pakcik tu abiskan driving clss saya sebelum saya jadi hulk hogan KAH KAH KAH okay lahh. saya sebenarnye saje nak bermain dgn emoticon bofu ni HAHA comel gilaaa +___+ lempang kang.babai nite²

:bofu_48::bofu_48:
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !