pagi² semangat gila nak bangun sebab sepatutnya ada driving clas today, tapi tsk +__________+ pakcik baru je lepas message cakap class ganti hari esok pukul 4ptg. tsk class ada lagi 6 jam, masuk unisel 12hb. serius sedih, air mata asik menitis je mengenangkan nasib ku eceh :P
okay² minggu lepas I buat korg meleleh saliva melihat tomyam masakan sendiri, resipi dari tangan mama, hari ini jom ikut saya ke dapur sekali lagi, melihat resipi istimewa saya hari ini HAHAHAHAHAHHA.
apa yang anda perlukan adalah sebuah cawan kosong,sebuah tin milo, sebuah tin susu tepung, satu setengah sudu gula, suku cawan air panas, setengah cawan air suam dan beberapa ketul ais. aik, nak buat apa ni? okay bersabar lah, kalau dah nampak ingredients ini pasti lah nak buat air milo betul tak?
KAH KAH KAH sebenarnye ada juga orang yang saya kenal tak pandai buat milo, serius saya cakap housemate saya ada yang tak pandai, tapi kalau saya buat laju je minum bertambah². ada juga yang suka milo 3in1, saya tak suka sangat if takda creamer, sbb milo 3in1 mcm pekat sangat lepas itu ada rasa pahit sikit +___________+
okay saya siap kasi gambar rajah yang comel khas untuk anda mempraktik kan cara-cara untuk membuatkan milo
baik baik semua, sila ambil notepad nanti boleh mensalin cara-cara membuatkan milo

1. letak susu tepung, creamer atau susu pekat satu sudu dalam empty cup. if guna susu tepung atau creamer, tambah kan satu sudu setengah gula.

2. satu sudu milo di campurkan, sambil main gaul² biar kan die sebati(lepastu terus ta jadi buat air sbb saya suka makan masa serbuk2 mcm tu, sedapppp) :P

3. tambah kan air panas dahulu suku cawan, kacau² sehingga semua larut. baru tambah air suam setengah cup.

4. letak lah berketul² ais mengikut hati masing² (kalau dekat unisel, housemate dan i akan beli ais di cafe) :P
okayyy siap sudah milo saya, ya ya ya ya tengok la milo

5. tabur lah milo di atas ikut selera anda, nak banyak ka sikit ka, yang penting, saya suka banyak² nyummy.
apa macam? ada feel tak minum milo
okay lahhh, sekarang masa untuk menjadi anak dara yang prihatin, mengemas rumah menjemur kain dan juga mentangkap gambar cendawan ( kesian, cendawan yang di tangkap gambarnya sudah tiada tsk +___________+)
eh lupa, tribute untuk gelas milo itu kerana semalam adalah hari terakhir beliau berkhidmat untuk keluarga en. Ainul kerana sudah terpecah akibat tsk saya ta sanggup menghabis kan kata² eceh comel betul BHAHAHAHAHA. terpaksa lah pergi kedai rm2 untuk beli mug baru.
jemput minumm semua :P



