Tampilkan postingan dengan label driving. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label driving. Tampilkan semua postingan

Kamis, April 28, 2011

Ayam Penyet AP Prima Gombak dengan @Arcx13 :P

Selamat petang,


Restoran : Ayam Penyet AP
Lokasi : Prima Gombak ( sebelah restoran Ani Sup Utara )

Sejam yang lepas sewaktu lunch ada pulak berjanji dengan seorang pakcik hensem bernama panda. JANGAN MAIN MAIN nama dia ganas betul, papanda garang ! dari office nak gerak pergi jumpa pun macam takut gilaaaa, mesti la takut nak jumpa orang garang oi HWHAHA

tapi bila bertentang mata ewahhh hensem juga panda sorang ini, tak sesia aku buat entry pasal dia kacak haritu. memang betul kacak ah ! nasib baik lah aku dah kene cop, kalau tak memang dia nak minta kapel dah tu. AKU TAU SANGAT hahahaha !

air favourite : red plum apa tah :D

taksangka, cempedak jadi nangka, plan dari bulan berapa tah eh sejak aku buat entry harapan bertemu bloggers kot masa tu memang nak jumpa mamat ni walaupun tahu dia tak sudi kot HAHA tapi akhirnya harapan jd kenyataan. DIA SUDI OIII ! dan saya dapat gak habiskan duit dia harini YAHOOOO !

terima kasih untuk ayam penyet yang sedapp ini. AKU SUKAAAA gila ayam penyet walaupun kau tak suka HUWHAHA sabar lah panda, setahun sekali je kau belanja aku kannn ;p next time jumpa kau ingatkan la aku belanja slurpee kat seven E ( hajah bakhil betul saya ni aww )




ni dia pelawat dari newzealand sila mentatap wajah dia, saya dh puas hati dah tatap *pengsan* . entah apahal putih sangat padahal aku lagi putih sebenarnya. biasa lah cahaya :D and tahniah lah berjaya gak aku bawak kau jejalan dua minit naik sammy. OHSEM TAK AKU BAWAK KETA? pass kan kalau aku apply join group fast & furiouss ? T________T



YEYYY ! dapat ole ole kambing BEBIRU dari NZ walaupunnnnn made in china tapi boleh lahh mahal gak harga bebiru ni eh. yang satu lagi tu acik zana dah chooppp, kalau korang nak pergi goda dia KAHKAHKAH
♥ kbai.

Senin, April 18, 2011

Test (JPJ) dekat bukit tayah takut, bukit dia kecik cenonet jee

Selamat pagi,

masuk bulan ini, sudah err sudah kejapp nak kira berapa bulan ada lesen P sejak Januari 2010 tapi baru bawak kereta bulan 10 tahun lepas. bila kira kira terus koma malas nak kira kita teruskan je lah dengan hari berbahagia iaitu hari ini. bukan berbahagia sebab aku dah kawin, belum lagii belummmmmmmm lagi *tiba tiba stress


YANG ADA P tu la sammy titeee :DD

tadi kan, sebelum ke sekolah ( OFIS SEBENARNYA ) saya pergi collect cheque dari someone lah yang office dia dekat atas bukit Sri Gombak ini, kalau family saya tahu saya berjaya naik bukit tu dengan aaron sammy mesti depa happy gilaaa ! berjaya juga haku lepas bukit sri gombak tu walaupun ada lah rasa nak nangis sikit takut enjin mati HWHAHAHA

dah berbulan bulan bawa kereta , saya paling takut lalu bukit T___T kalau parking pun sama jugaaa , side parking je mesti ada lah badan sammy terkeluar dari garisan bila lah nak jadi pakar macam apak isk tapi apak dengan emak selalu intai saya drive laju lajuuuu. balik rumah je emak cakap 'amboi kemain lajuuu bawak keta'

T______________T

masa belajar memandu dengan test jpj dulu tak ada lah takut sangat dengan bukit, rasa kacang gilaa walaupun memori kereta ter-reverse sambil aku tekan minyak kuat kuat memang memori paling tak blah. tah acane keta boleh menjunam kebelakang pun haku tatau tapi waktu tu paling takut dekat parking laaa. banyak step nak ingat :(

tapi sekarang bila dah bertemu bukit sri gombak, saya rasa nak pengsannnn ! itu belum lagi bukit dekat ulu yam keee. KENAPA LAH KAWASAN KEDIAMAN AKU INI BERBUKIT T__________________T

I
INFO : test dekat bukit tayah takutt, bukit dia kecik cenonet jee. confirm lepas punyaa. ce bukit sebenar? matikssss laaaa
bila fikir fikir, sampai bila takut nak bawak kereta dekat kawasan berbukit, sampai bila pulak nak pakai kereta kecik. AKU KAN MINAT KERETA BESAR MACAM x 5 impian apak - ce kalo apak dah beli x 5 tak ke rugi kalo aku takut nak bawak dia? HAHAHAHAHHAmpehHAHA
♥ kbai.

Kamis, Januari 20, 2011

Aktiviti yiyin di hari thaipusam (!)

Selamat malam.

KAKAK YIYIN tolong lah update belog, scary ah tengok binatang nombor lapan tu bila update belog confirm kene update dua kali baru entry ada gambar binatang itu akan kebelakang lepas tu dah tak scary betul tak tapi macam mana nak update belog sampai dua kali kalau kakak yiyin tak ada mood nak update belog tetapi jangan salahkan mood sebab dia tak bersalah sila salahkan kakak yiyin sebab dia tak berselera tengok belog kasihan belog padahal tak ada salah pun (!)


menggiurkan tak? kalau menggiurkan boleh pergi tengok Resipi Pizza Roti Liyana Lunia Simplicious ini

ini hari orang lain senang hati bercuti dan bergembira tetapi penduduk batu caves macam aku duduk rumah layan terminator sahaja sebab kerisauan akan tersangkut di dalam jem (!). bukan jem makan dengan roti cicah teh susu tu tapi jammed bila engkau duduk dalam kereta manual bernama sam (dulu aaron, tapi bila dah minat shaheizy sam terus jadi sam ihik ;) sambil kaki kene main dengan clutch sumpah engkau tak sanggup kan? HAHA best pulak pakai kereta manual sekarang dulu rasa tak sanggup tapi sudah rezweki , apa salahnya mencuba kan (T_T)

jadi apa engkau buat hari ini yiyin? ehem, hari ini dari pagi aku cuma bermain dengan oven sahaja. di awal pagi eh tak lah awal 6pagi ke apa, tapi awal pagi ini pada pukul 11pagi, aku bermain dengan pizza roti lunia simplicious dan kemudian di petang hari membuat kek butter. itu dia aktiviti kita hari ini, kita tak mandi sungai congkak pun, tak mandi laut dekat port dickson pun atau melawat ayuna di UITM melaka pun tapi kita bagi family kita makan sampai menangis sebab kekenyangan. itu sahaja laporan dia HAHA

♥ okaithnxbai.

Sabtu, November 20, 2010

MAMA CHOP PAPA GRILLS : SEDAP KE?

Selamat malam,

hey hey awak, hari ini buat apa? macam saya, saya busy pergi cari kerja dekat PWTC hari ini dengan encik gula. sebenarnya haku teman dia je, biasa lah fresh graduate, semangat nak kerja dia tu lain sikit kah kah kah bagus syg. amalkan selalu. cepat keje, cepat kita dapat laksanakan impian dan perancangan kita kan HIHIHIH *malu*

ada pisang goremg dan hotdog dan sedikit mayonis grr
pwtc hari ini ramai sangat orang, terlampau ramai sebab OUM buat convocation dekat situ, saya pantang orang ramai ni, terus tak berdaya nak bersemangat nak interview tauuu :( taakpaaa, saya sayang ofis saya *tibatiba*

oh tak lama pun dekat situ. kite orang pergi tempat dating dan tengok wayang. sempat hokayy hahahaahha :( cerita dia bukan 2alam atau harry poitter tapi unstoppable. best cerita dia, seronok dua ronok tiga ronok haku tengok, grrr
gua pantang sikit sayam grill pastu penyet cenggini, grrr tolak markah
balik dari OU, saya dan gula hati makan makan dekat mama chop papa grill area taman sri gombak ni haaaa. macam lah hot sangat makanan dia rupanya hampas sahaja diwaktu petang. Total semua rm30.76 hokay

hapdet guna bbtorch, ipad and lappy, susah gilaaaaa nak update entry kali ini, banyak bermain dengan code (WKAKAKA lawak gilaa cakap cmni)

♥
okai bai.

Rabu, September 29, 2010

Aaron , Love the way u Lie.

Selamat tengahari.

fuh, tahu tak tiba tiba hari ini terpaksa bawa aaron pergi keje macam weird sangat sebenarnya sebelum nak keluar rumah tangan dah menggigil, peluh dah membasahi seluruh ketihak hakuu tapi haku felik apasal tetap wangi oh rupanya haku memang sentiasa wangi KAH KAH KAH

pengalaman pertama bawa kereta sendiri adalah funnn. tapi fun dia belum berakhir sebab tengah terfikir macam mana aku nak bawa kereta pulang ke rumah balik. aaron ni memang tak boleh belah bila tang haku nak tukar gear dia jadi tersangkut terus aku terkapai kapai nak nangis. halahhh gelak pulak aaron neh tengok tuan dia asyik nangis je (T_T)



hokay, kerja aku dari tadi adalah mengintai aaron dari tingkat tiga. YAAAAA ofis saya di tingkat tiga, sebab tu asyik lapa (?) risau juga saya bila tengok aaron kepanasan, esok nak bawa fridge kasi aaron duduk dalam tu (T_T)

tadi first time daku pecut potong bas tahu tak? masa tu jari ku mengecut , hati pun ikut sama. air mata asyik nak mengalir, mulut asyik emak je. EH ENGKAU PERCAYA KE AKU TAKUT MACAM TU? tak lahh, aku relax je, buka radio kuat kuat sambil gelak sorang² ;p



engkau nak tahu tak, aaron ni gatai betul tau dia cuma nak parking sebelah keta mewah je. KAH KAH KAH

er,, dah pukul 1pm dah mahu tidur baru makanrrr ;)
ye lah, aku pun annoying apahal nak letak nama aaron pulak (T_T) kasi cadangan nak bagi nama apa selain aaron boleh? eeww
♥ okai bai.

Kamis, Januari 21, 2010

i tak lulus T____________T

20 January 2010.
i dah ada lesen P ma. umur dah 21 baru ada lesen P HAHAHHAHAHA ;p
















heh. muka cuak semua ni. aku curi curi tangkap. mati la kalau dorg buka belog daku HAHAHAHA.

btw ada yang tak pass. ada yang pass. ALHAMDULLILAH daku lulus walaupunn cukup cukup makan. ada daku kesah? asalkan daku dah lepas menghadap muka pakcik dan makcik garangg ;p hihi

btw tq v much to parent n family, kawan² terbaik and uols. pemberi semangat kepada daku ;p

Selasa, Juli 28, 2009

milo tabur.

Ohayougozaimasu,

pagi² semangat gila nak bangun sebab sepatutnya ada driving clas today, tapi tsk +__________+ pakcik baru je lepas message cakap class ganti hari esok pukul 4ptg. tsk class ada lagi 6 jam, masuk unisel 12hb. serius sedih, air mata asik menitis je mengenangkan nasib ku eceh :P

okay² minggu lepas I buat korg meleleh saliva melihat tomyam masakan sendiri, resipi dari tangan mama, hari ini jom ikut saya ke dapur sekali lagi, melihat resipi istimewa saya hari ini HAHAHAHAHAHHA.

:bofu_04::bofu_04:


apa yang anda perlukan adalah sebuah cawan kosong,sebuah tin milo, sebuah tin susu tepung, satu setengah sudu gula, suku cawan air panas, setengah cawan air suam dan beberapa ketul ais. aik, nak buat apa ni? okay bersabar lah, kalau dah nampak ingredients ini pasti lah nak buat air milo betul tak?

KAH KAH KAH sebenarnye ada juga orang yang saya kenal tak pandai buat milo, serius saya cakap housemate saya ada yang tak pandai, tapi kalau saya buat laju je minum bertambah². ada juga yang suka milo 3in1, saya tak suka sangat if takda creamer, sbb milo 3in1 mcm pekat sangat lepas itu ada rasa pahit sikit +___________+

okay saya siap kasi gambar rajah yang comel khas untuk anda mempraktik kan cara-cara untuk membuatkan milo aurora beradu tabur, serius terpengaruh betul dengan aurora beradu dekat tv3 tu BAHHAHAHA. tapi saya tak pernah nak tengok cerita tu, sebab er "saya perampas" adalah berlakon di dalam cerita itu. saya anti dia :P

baik baik semua, sila ambil notepad nanti boleh mensalin cara-cara membuatkan milo aurora tabur. takira nak juga ada aurora tersebut KAH KAH KAH.

:bofu_40::bofu_40:



1. letak susu tepung, creamer atau susu pekat satu sudu dalam empty cup. if guna susu tepung atau creamer, tambah kan satu sudu setengah gula.



2. satu sudu milo di campurkan, sambil main gaul² biar kan die sebati(lepastu terus ta jadi buat air sbb saya suka makan masa serbuk2 mcm tu, sedapppp) :P



3. tambah kan air panas dahulu suku cawan, kacau² sehingga semua larut. baru tambah air suam setengah cup.



4. letak lah berketul² ais mengikut hati masing² (kalau dekat unisel, housemate dan i akan beli ais di cafe) :P

okayyy siap sudah milo saya, ya ya ya ya tengok la milo aurora tabur sangat ta begitu pekat, saya sukaa macam ini, ta suka pekat² tak feel BHAHAHA. padahal macam tak cukup je dengan nama yang begitu indah milo aurora tabur kan?


5. tabur lah milo di atas ikut selera anda, nak banyak ka sikit ka, yang penting, saya suka banyak² nyummy.

:bofu_23::bofu_23:

apa macam? ada feel tak minum milo aurora tabur?sesuai di minum ketika hendak ke sekolah atau kerja, sebenarnye entry ini utk buah hati pengarang jantung encik fwzQram yang busy bekerja scr praktikal(BHAHAHAHA) saya selalu pesan bfast dulu, lunch dlu, dinner dlu baru buat keje.

okay lahhh, sekarang masa untuk menjadi anak dara yang prihatin, mengemas rumah menjemur kain dan juga mentangkap gambar cendawan ( kesian, cendawan yang di tangkap gambarnya sudah tiada tsk +___________+)

eh lupa, tribute untuk gelas milo itu kerana semalam adalah hari terakhir beliau berkhidmat untuk keluarga en. Ainul kerana sudah terpecah akibat tsk saya ta sanggup menghabis kan kata² eceh comel betul BHAHAHAHAHA. terpaksa lah pergi kedai rm2 untuk beli mug baru.


:29::29:

jemput minumm semua :P

*btw saya dah delete belog recipe, sebab saya rasa macam ta ada masa nak uruskan, jadi saya akan kekal di belog ini sahaja sekian mekasih :P

Selasa, Juli 21, 2009

i lev unisel

i love unisex. ehhhh unisel.

selamat pagi. macam tak penah² I nak update awal pagi mcm ni. baru pukul 12am. relax lah :P btw tadi I jalan² alah setakat jalan² dari sebuah belog ke sebuah belog biasa lah tu kan. keluar juga lah peluh HAHA.

:bofu_03::bofu_03:

tadi buka ym, ada tira on da line. borak² bergosip dgn tira mcm setahun tak jumpa padahal budak unisel dah start final exam this week dan maksudnya ini minggu terakhir budak² tu dekat unisel. peh gila tak tahan sebab pejam celik pejam celik dah dua bulan budak² tu belajar.

*budak² i cakap? semua tu dah layak kawin dhhhhh jadi mama dgn papa dh :P

:bofu_05::bofu_05:

so i pun rajin² la buka la website unisel. lama dah tak buka eh bukan i malas nak buka, tapi dorg yg malas nak update HAHA kan bagus kalau bagi i jaga website tu tiap² hari i update HAHA comel tak comel tak? mesti boleh pasang iklan nuffnang dekat situ kan? ecece dah boleh la i beli barang sehelai dua cardi baru atau belanja fwzQram yang comel makan dekat sushi king sampai perut jadi kembung mcm ikan kembung +__________+

:bofu_23::bofu_23:

aik, apa cerita sebenarnye ni? okayy okayy jangan confius. entry kali ini mengenai universiti tercinta. i sambung balik perenggan di atas lah u olss. bila i buka website unisel i mcm wahhhh dh cantiknyee pemandangan kat unisel ni kannn


itu gambar censeleri i tauu uolss. vise censelor saye datin seri rosmah mansor tauu. korg kenal x? :P

:bofu_08::bofu_08:

eceh macam baru je semalam die tukar header tu padahal dah berkurun dah dorg mencantikkan website ni. sampai ada rasa nk kidnap lah gambar tu buat header belog ini KAH KAH KAH macam comel gila lah bukan guna header gambar unisel tercinta HAHAHAHHA benci betul lahhhh

:bofu_41::bofu_41:

lepastu i scroll ke bawah. nak baca news lahh uolss mane tahu dh di update ke ape ke. ni borang untuk msuk e residen ni x keluar2 pun? tak paham i ni uolsss +_____________+ siapa² yang rajin2 tu tlg eksplain kat i. apasal e residen tak de keluar² pun?


baca lah uolsss, dekat kotak hitam tuuu, i dh siap kotakkan dh *ganti dgn bulatkan :P

aihhh budak unisel belum balik dah bagi jadual masuk untuk sem depan. ni nak perli i ke ape neh? +___________+ mentang² i cuti bersenang lenang dorg kuarkan awl² okay lepastu i macam okay lah, i bajet masuk 16ogos. rupanyaaaaa




:bofu_24::bofu_24:

tskkk +_____________________+ 12hb dh kene masuk balik tsk ni kenape ni? nak buli ke ape? oh mayb sebab awal ramadhan jatuh 22hb. jadi dorg cepatkan la supaya masa budak² unisel busy buat add/drop subject masing² masih boleh makan dan minum. cuba bayangkan waktu puasa, kami kene ulang alik dari falkulti ke censeleri yang jauhnya dalam 470km HAHAHA serius macam menipu nak gila tskk +______+

*serius berfikir positif gila kan? :P

:bofu_39::bofu_39:

saya ni bukan apa, test JPJ saya bila pun saya tak tau ni. bangang betul lah org tua ni ( bukan maksud saya untuk trainer saya. bukan ) bila la nak setel clss ni. dah la tiap hari rabu baru nak buat test. bukan nak buat ari sabtu ke ahad ke. tension betul la. esok kene call pakcik tu. esok saya nak setel 6 jam class *macam berani je saya nak cpt² test ni BAHHAHAHA

:bofu_35::bofu_35:

okay lahh. saya nak relex kan jiwa saya. lagi er 3 minggu saya boleh layan anda semua. lebih baik anda bermesra dgn saya sekarang. nanti belog dah bersawang dah takda siapa yang peduli. HIK HIK HIK btw saya mungkin akan menghadapi final exam pada 30 NOV - 20 DEC. selepas itu practical yahOOOO. boleh gatal² dgn supervisor wkaka :P jadi saya nak cari mana² syarikat yang nak amik saya untuk practical *bunyi2 kan loceng mcm eskem :P

:bofu_48::bofu_48:

ohhh ni sebenarnye entry ape ni? semua pun ada sampai saya pun tak faham dah. KAH KAH KAH. babai nak study subject digital logic puan suziyanti. nanti akan belajar sambungan dari subject ini HAHAH.

:bofu_44::bofu_44:


ehhh dah lah malas nak fikir. saya cuma tahu nak paksa pakcik tu abiskan driving clss saya sebelum saya jadi hulk hogan KAH KAH KAH okay lahh. saya sebenarnye saje nak bermain dgn emoticon bofu ni HAHA comel gilaaa +___+ lempang kang.babai nite²

:bofu_48::bofu_48:
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !