Tampilkan postingan dengan label dating. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dating. Tampilkan semua postingan

Selasa, Maret 08, 2011

Drive angry ! Memandu marah marah normal lettew.

Selamat pagi.

pada hari ahad yang lalu, selepas mengajar encik fwzQram cara cara membeli tutti frutti dengan cermat kami terus pergi GSC untuk menonton wayang. TAK PERLU BERATUR sebab memang kami ini orang terhormat, datang datang terus masuk wayang apa semua tak payah bayar siap rasa nak bakar kepala orang bila dapat mirinda strawberry & mineral lambat. nampak tak dekat situ seorang wanita perasan terhormat? NAMPAK TAK? jadi jangan percaya ! malas nak delete ini malas nak delete ini !

apa lah bebel bebel kasi orang konfius tak elok lah macam tu *tibatibamarahjarisendiri* tahu tak kami menonton wayang apa ketiak itu? ia, drive angry uolsss ! terus aku jadi marah bila ber-driving. marah gila sambil teringat ringat macam aku lah PIPER yang super hotsss tu. hiks over gila kan? masa megan fox howtss, liyana LUNIA jadi liyana FOX, nasib baik dekat facebook tak boleh tukar nama dah sebab dah limit kalau tak jadi liyana PIPERRRs serius tak sedap, terus taknak dah T________T

engkau suka cerita aksi melampau tak? maksud melampau dekat sini macam tangan terputus bila kene tembak, mata tercocok kayu, mata kene tembak tapi boleh hidup balik. sebab apa dia hidup balik(?) sebab milton (milkON bunyi dia) sebenarnya dah mampus lama dah kene tembak masa anak dia 16tahun. anak dia pulak kurang kasih sayang pergi join kelab puja setang, tapi menyesal , nak keluar dari kelab tu tak diberi izin oleh jonah king . kemain nama jonah king KAHKAHKAH


piper & milton
best lah cerita ini, memang kau rasa ngeri gila dah nama pun 18tahun keatas punya cerita, ada lah aksi mengawan sambil tembak tembak itu. aneh gilaaaaaaaaa ! menembak pun boleh mengawan isk.

dan paling best sekali ada iblis yang sangatttttt berhati mulia (LOL) , si milton ni kan dah lama mampus, dia lari dari neraka untuk selamatkan cucu dia dari dibunuh jonah king ni ye lah jonah king kan pemuja setan dia nak bunuh cucu milton untuk happily ever after kononnya tapi niat murni si milton untuk selamatkan cucu dia dihalang oleh iblis diawal cerita. tapi yang lawaknya iblis ini rasa macam aku perlu tolong milton ! tapi betul ke IBLIS berhati mulia kan?

so, apa jadi dekat cucu dan penjaga cucu milton, jonah king, piper, milton dan iblis (iblis tu dalam cerita ini adalah the accountant, HAHA ) tu?

kbai.

Senin, Maret 07, 2011

Tutti Frutti dah ada dekat One Utama. Western Digital 500gb Rm179 kot

Selamat pagi.

saya rasa saya adalah seorang cikgu yang baik. EH KENAPA PULAK? tanya awak, kerana saya dah mengajar encik fwzQram cara cara untuk membeli tutti frutti dengan cermat. cermat disini termasuk lah cermat dalam mentuang aiskrim yogurt tersebut agar tidak terlebih banyak, atau tertumpah , atau membuatkan poket kita kering. JANGAN TANYA SAYA APA MAKSUD SAYA INI? biar saya je tahu kihkih.


kemudian, saya ajar dia memilih toppiing, lelaki memang tak suka benda comel comel kan? macam marshmallow, coklat m&m kalerpul, coklat rice, colourful rice ( sukahati je nak panggil dia mcm tu) , chocholate color pink, ice cream tutti fruitti color pink atau sos hershey strawberry yang color pink. semuaaaaaaaaaaa dia ambil yang color chocolate. abis hitam terus takda colourful dah. isk kasihan lelaki.

lepastu topping paling sedap mestilah oreo crumb, sedapppnyaaaaaaaa T______T saya baru sedar saya lah pencinta oreo sekarang ! eksaited gilaaa ambil oreo crumb lepastu ambil oreo yang besar besar tu. eh tahu tak one utama dah ada tutti frutti? satu level dengan escalator nak naik gsc tu. sebelah tempat permainan budak budak *eksaited gila nak explain*

hai pakcik berjanggut, lain kali nak dating potong janggut dulu ye kalau taknak saya tarik. WKAKA nasib baik dia tak baca belog haku T_T ehem bila tengok janggut tu, rasa rinduuuuuu masa zaman zaman budak dulu kalau manja-manja dengan apak mesti dia geli gelikan janggut kat kiteorg. kihkih rasa nak lagi je sekarang ni tapi hoi malu lah sikit tunggu lah ada suami karang kbai* T___________T

gambar gegar pun nak letak. ah lantak ! kihkih, lupa nak cakap yang saya dah mula guna camera sony cybershot w190 hadiah sempena memenangi contest lucky draw dari nuffnang ;) baru beli memory card hari sabtu lepas. 8gb dapat rm89 boleh lah . dah lah dapat free camera, beli memory card pun menggigil. KAHKAHKAH ohhhh serius penat gila dua hari aku habiskan duit. kering oi kering T______T

dah ada baby baru jugaaa. YAHOOOOO lepas ni semua movie boleh sumbat. TAHU TAK BENDA PERTAMA YANG AKU MASUKKAN DALAM BABY BARU INI APA? ehem ehem ehem, mestilah semua collection game SIMS3 hakuuuu. HAHAHA :P

kbai.

Sabtu, November 20, 2010

MAMA CHOP PAPA GRILLS : SEDAP KE?

Selamat malam,

hey hey awak, hari ini buat apa? macam saya, saya busy pergi cari kerja dekat PWTC hari ini dengan encik gula. sebenarnya haku teman dia je, biasa lah fresh graduate, semangat nak kerja dia tu lain sikit kah kah kah bagus syg. amalkan selalu. cepat keje, cepat kita dapat laksanakan impian dan perancangan kita kan HIHIHIH *malu*

ada pisang goremg dan hotdog dan sedikit mayonis grr
pwtc hari ini ramai sangat orang, terlampau ramai sebab OUM buat convocation dekat situ, saya pantang orang ramai ni, terus tak berdaya nak bersemangat nak interview tauuu :( taakpaaa, saya sayang ofis saya *tibatiba*

oh tak lama pun dekat situ. kite orang pergi tempat dating dan tengok wayang. sempat hokayy hahahaahha :( cerita dia bukan 2alam atau harry poitter tapi unstoppable. best cerita dia, seronok dua ronok tiga ronok haku tengok, grrr
gua pantang sikit sayam grill pastu penyet cenggini, grrr tolak markah
balik dari OU, saya dan gula hati makan makan dekat mama chop papa grill area taman sri gombak ni haaaa. macam lah hot sangat makanan dia rupanya hampas sahaja diwaktu petang. Total semua rm30.76 hokay

hapdet guna bbtorch, ipad and lappy, susah gilaaaaa nak update entry kali ini, banyak bermain dengan code (WKAKAKA lawak gilaa cakap cmni)

okai bai.

Rabu, Oktober 20, 2010

One utama atau midvalley? mana pilihan awak?

Selamat pagi ;)



hari ini hari rabu, cerita ini hari sabtu yang lepas. cuba kira berapa hari punya cerita? tak apa, alang alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan (?) baiklah, hari sabtu yang lalu saya dan bakal suami *maluuuuuuuu* , er kami belum berbincang apa apa saje nak cakap bakal bakal. HA HA pergi lah ke midvalley dengan harapan mendapat lah sesuatu hadiah yang menarik dari snickers tapi hadiah dia adalah goodie bag mtv award tahun 2008 OKAY TAHUN 2008 T______T



kasihan faweez, berusaha menemani saya sampai sesat barat. baik lah kami belum pandai jalan Kuala Lumpur ini. tapi kami berusaha untuk pandai (T_T) oh, btw saya dan faweez bersetuju untuk tidak ke midvalley lagi kerana tidak larat mengharungi lautan manusia yang terlalu ramai seperti berada di lautan merah HAHAHA bajet gila hayat haku hari hini .

engkau tahu lah, nak pergi beratur dekat gsc pun macam kanak kanak didera beratur minta air dari van kopi dekat sekolah macam tu lah keadaan dia panjang gilaaa berbelit belit macam snake 3d dekat henfon uncle bob. dah puas beratur, tiada movie pujaan hati. ada sebenarnya, tapi faweez bukan suka movie jenis begitu. jadi sama sama penat beratur, sama sama penat tak dapat tengok movie. YEY ;p

lepas tu menyesal, malas dah nak pergi midvalley lepas ni. boring gila, ramai orang. OU gak best walaupun boring ke apa, tapi tetap best (ehemm, hai ONE UTAMA ;p) maybe kaki wayang macam saya tak boleh pergi midvalley dah. kaki shopping ke apa, boleh pergi sana HA HA.



kami parking dekat the gardens, so sambil sambil nak balik ternampak gsc signature apa lagi hati berbunga lah ajak si gula hati pergi menonton di sana, agak lah mahal sebab couple seat tapi fun, boleh peluk pelukk, raba raba, sentuh sentuh jangan baca word bergaris itu. kau baca kau sembelitt HHAHAHA



okay kesimpulan dia, tak mahu dah pergi midvalley weekend boleh putus kaki aku beratur T_T i tetap suka OU ada 2 choices nak pergi cinema mana satu, selalu TGV kosong dekat OU tu ;)

oh, malam ini ada nuffnang premier screening altitude dekat OU, my favourite place. siapa pergi? angkat tangannnn.
blackberry torch 9800 mentangkap gambar semua di atas ;) nice, nice
okai bai.

Selasa, Oktober 05, 2010

Gambatte , Try your best :)

Selamat pagi.
presentingggg u my new sleep partner ;p


sahaja nak bagi mood separa jiwang sikit untuk tantapan anda. tiada tips atau apa cuma nak kongsi benda yang bagi saya macam susah orang nak jumpa atau nak mendapat pengalaman seperti itu tapi sebelum itu boleh tak engkau jawab soalan saya ini?
sanggup tak engkau tunggu boyfren / girlfren / isteri atau suami engkau selama berejam rejam (jam-jam tangan, jamban pomboley) ?
sanggup tak sanggup tak? haku tunggu hadik haku habis berak pun boleh siap terajang pintu bilik air sebab tak tahan nak berak juga ini kan pula tunggu awek engkau dekat shopping complex, awek engkau jalan terkedek kedek mekap , mandi, makan, kentut berjemaah dulu baru datang tempat yang di janji T_____T

bukan apa, bukan nak puji bakal suami sendiri pun walhal memang wajar dipuji pun tapi entah, macam kagum dengan dia. kagum gilaaaaaaaaaaaaaaa. dia bukan setakat tunggu je, dia siap bagi anak pulak *blushing* , hepp, aku single lagi la belum kahwin (T_T)


gambatte, im the best ;)
tiba tiba teringat peristiwa dua tahun dulu, first date dekat midvalley pakwe caye tunggu saya almost 6hour sebab saya amat terlewat , tnggu bestie dulu, tunggu train dulu, tunggu ktm dulu dah lah dulu tak ada koc wanita :( lepas tunggu tu, dia bagi saya anak pertama yang saya bagi nama eddy. comel je eddy ni tecik mcm mommy dia *pengsan* , senang nak pikul dalam hendbeg, tapi saya mana penah cukup, asyik merengek nak lagi nak lagi.

last sabtuday masa saya plan nak lepak sunway lagoon, tiba tiba pakwe caye nak ikut, sebuk betul tapi tak apa dia tak baca blog saya *fuhh fuhh* dah lah emosi gila dengan dia, kiteorang asyik asyik merajuk cecame cendiwi jeeee, nak enjoi dengan kawan pun tak dapat sebab pakwe caye asyik nak mengada ngada je HIK HIK gedik.

nak balik tu pun kiteorg sempat gaduh besar (setakat tarik muka, tarik tangan, tarik kaki jalan laju laju je, tak ada tarik2 rambut pun T_T) , masuk dalam kereta dia cakap sampai hati tak tengok hadiah dekat seat belakang. terkejut berut la cayeeeee, alaaa dah la dia kene tunggu dua jam sebab awek die tekedek kedek datang sunway, hiks gedik



rupanya pakwe caye belikan anak kedua, eh ketiga sebenarnya tapi lukas padolski anak give away masa dia beli celcom broadband, tamo syg lukas padolski lah sebab dia anak angkat *keji gila*

okay dah habis cerita dia, kesimpulannnya sanggup tak engkau duduk mencongok tunggu orang macam mana pakwe caye cabar menunggu caye siap dapat anak pulak tu hihi. TQ so much b bg peneman lagi. ;) (T_T)

// saya tanya dia, besarrrnyaa kepala kitty ni, mcm kepala i eh? dia tak jawap, dia sengih. APA MAKSUD DIA?

okai bai.

Rabu, September 29, 2010

Ulang tahun cinta.

Selamat pagi.

ini hari juga masih busy. mungkin akan sentiasa sibuk sehingga berjaya submit apa yang perlu disubmit jumaat ini. YAHOOO lepas itu boleh enjoy boleh main dam sambil menonton tonton.com.my sambil makan cekodok pisang.



oh ya, saya teringin cekodok posong keh keh keh semalam sebelum tidur dah berniat nak buat cekodok pisang tapi macam tersentap lepas emak cakap bawa kereta pergi keje hari ini. redha, terpaksa redha kene juga pergi keroje naik kereta (T____T) jangan tak tahu aku dah ada lesen sejak 20.01.2010 wah comelnyaa nombor tapi sampai la ni masih belum yakin nak bawak kereta tsk.

kenapa aku tak bawa kereta sejak bulan Januari.
sebab saya tak ada keretaaaaaaaaaa sendiri yang boleh saya panggil dia aaron (T_______T)

sebab saya tak suka main gear, main clutch. saya suka drive je tamo tukar gear boleh?

sebab saya er, malas nak fikir? LOL HAHHAHA
tapi tak apa, hari ini dalam sejarah aku bawa kereta kancil kakak aku yang bakal menjadi milik aku. KAH KAH KAH kakak saya nak beli myvi, biar lah dia beli boleh saya panggil kancil tu as aaron :D phewittt



oh ya, tiba tiba letak muka comel (T_T) dalam entry ni sebab hari ini adalah hari ulangtahun ke 3 kami bersahabat karib. terima kasih faweez iqram :) terima kasih juga bagi baby dekat saya. keh keh keh
peserta contest L untuk Liyana, saya akan keluarkan senarai pemenang dalam masa terdekat. pleaseeeeeee take note yang saya sangat busy :( mwahh dada :*
okai bai.

Selasa, Agustus 03, 2010

Makan Makan dekat Pizza Milano One Utama.

selamat malam.

hihi malam malam macam ini ada tak terasa lapar? ada tak ada tak? kalau terasa lapar mari lah tambah lagi rasa itu dengan entry hebat ini ( HAHA hebat apa engkau cakap ni T_T) tapi tak apa, duduk sekarang kita nak pergi meneroka Pizza Milano malam ini. ( aku cari website dia tak jumpa pulak T_______T)


meatball bolognese anyone?
siapa pernah makan dekat Pizza Milano? (er awak, Pizza Hut saya tahu lah T_T) ini first time saya pergi duduk dekat Pizza Milano One Utama tahu? selama ini macam jalan tepi dia, buat muka angkuh tak pandang PM langsung sampai kan saya perasan waiter dia buat muka comel suruh saya masuk PM makan makan dekat situ.( saya tipu, jangan percaya :P )

lastly, encik gula cakap mari lah cuba try test makan dekat sini sebelum tengok cerita garam. sebenarnya saya pernah sekali makan take away PM ini, tapi masa itu cuba makan pizza dia, memang nice. sedap gila tapi kali ini saya tidak mahu makan pizza dia, saya mahu makan gambar dekat atas itu AHAHA T_____T

saya order meatball spagheti bolognese (rm 8.80) kot nama dia, meatball dia macam tak nampak sangat tapi memang sedappp gila ( cairr, teringin lagi T_T) tak rugi saya order. memang delicicicousss gila. spageheti dia banyak and murahhh, meatball ada 6 biji tak silap. besar gilaaaaa


seafood, ada udang, ada sotong, tak ada ketam, tak ada kerang (?)
encik gula order pizza seafood supreme ( rm9.90) , boleh lah sebab saya tak berapa suka pizza bercirikan seafood, tapi dia dah order, kita tumpang nom nom nom lah kan LOL. oh air paling murah adalah berciri soft, lembut air dia. (T_T) rm2.50 sahaja. saya minta mirinda strawberrry and encik gula minta coca cola (T_T)


hai encik gula, suka ya awak makan spageheti saya?
tak apa, lepas ini boleh mintak encik gula belanja and nak order banyak banyak lagiii HAHAHAHAHHAA
sila cuba kalau mahu tahu.
tapi ada yang tak best, saya tak suka waiter dia sibuk jadi bodyguard tepi meja . sibuk lah tak ada privacy bagi aku. HAHAHA T__T tapi service diaorg bagus, mayb sebab itu kot guna nya jadi bodyguard LOL nxt time sila mainkan violin ka pinano ka.
but saya ada baca beberapa komen blogger yg dh makan dekat PM ini, yang ini paling jujur saya penah baca LOL no wonderlah tak ramai orang yang makan dekat situ, kalau tengok PH memang laku habis. pfft tapi spageheti dia memang terbaik :D
♥ okai bai.

Kamis, Juni 17, 2010

Celcom Blue Bear Germany 2010 ; hari berbunga.

selamat petang.

semalam adalah hari saya berbunga. (er, macam dating tapi berbunga bunga :P) semasa berbunga selalunya kami akan menonton wayang. terpulang lah sama ada saya atau dia yang pilih cerita apa, tapi kalau saya pilih cuma cerita comel comel macam shrek , cerita hantu, seram, menakutkan and mengerikan macam nightmare elm street atau pelakon lelaki yang hensem. tapi kalau dia yang pilih mesti cerita aksi. contoh cerita aksi adalah A-team atau solomon kane, atau apa apa cerita perang. oh lupa dia pun dah siap cakap nak tengok the last airbender nanti (pengsan).

Celcom Blue Bear Germany 2010

sebenarnya saya kurang suka menonton cerita aksi bersama dia sebab nanti dia leka tak mahu pandang saya dah , mesti mahu pandang cerita tu sampai habis akhirnya saya yang merana (over tauu) lepas tu habis lah panjang muncung. keh keh keh tapi kalau cerita yang saya pilih pulak nanti dia boleh gelakkan walaupun cerita itu adalah seram grrr. tak apa nasib baik comel keh keh keh ;p

A-team 2010

Synopsis: THE A-TEAM follows the exciting and daring exploits of Hannibal Smith and his colorful team of former Special Forces soldiers who were set up for a crime they did not commit. Going "rogue", they utilize their unique talents - and eccentricities - to try and clear their names and find the true culprit.
okay dah penat. maksud perenggan di atas adalah saya dan si buah hati sudah mentengok sebuah movie bertajuk "a-team" okay macam tah hapa hapa tah cerita ni tapi iklan dia tamo kalah, nak sebesar besar iklan dekat tepi jalan tu. tapi bila tengok memang best ai bagi 9/10 sebab best, lawak gila, penuh aksi and tak membosankan :)

Celcom Blue Bear Germany 2010

dah habis part movies, sekarang cerita pulak lepas dating dekat 1utama pergi singgah big apple sekejap belikan sesuatu untuk family saya dan dia kemudiannya terus pergi giant batu caves jalan jalan cari broadband kata saya. tapi bukan untuk saya, untuk si buah hati tu lah orang kaya segera lepas beli broadband terus pokai kata dia hihi. dia beli celcom student price punya so pendaftaran seratus. dapat pulak encik belu bear :D


Celcom Blue Bear Germany 2010
keh keh keh, saya sudah bertukar dari brazil ke germany. hidupp kahnn :P

sukanyaaaa sebab dapat blue bear. saya memang mengidam nak blue bear, mula mula tanya apek tu boleh dapat satu lagi tak. apek dengan angkuh cakap mana bolehhhh lepas tu buah hati kata blue bear tu i punya depan apek tersebut lah kira romantiknya :D tiba tiba dekat kereta dia kata dia nak. grrr nasib baik gua merajuk kejap kalau lama?

okay sekarang nak mintak tolong, nak bagi kan nama blue bear ni apa ya? saya dah ada eddy, and merah so saya nak nama paling comel untuk blue bear :) jom berkongsi idea dengan saya

ohh, blue bear ini tak lah besar macam bear yang saya peluk dekat header tu. alahh bear kecik molek sahaja. boleh tengok dia duduk sebelah kotak big apple di atas :P hihi

Senin, Maret 22, 2010

kenapa buah berangan? kenapa bukan buah dada?

selamat malam.

mari kita belajar tentang chestnut. gua pelik betul lah chestnut ni. asal gua pelik? sebab gua pelik kenapa nama inggeris dia chestnut tapi nama melayu dia buah berangan? ada kene mengene ke? kau org rasa dia ada kene mengene tak? siapa yang bagi nama dia macam ni? gua nak tanya.



KAH KAH KAH macam pelik tiba tiba buat entry cerita pasal chestnut sambil emosi lepas tu sendiri darah tinggi. lepastu tengok MU lawan Liverpool bila torress goal minute pertama terus menjerit kegirangan lepastu mu dapat penalti terus kecewa, aik macam orang gila je HA HA HA.

er, berbalik kepada chestnut, i memang tak suka makan buah berangan ke chestnut ke apa tah ni, memang tak suka sebab dia adalah kerana i pun tak tahu apa sebab dia. rasa dia pun i tak tahu macam mana cuma i tak suka bau dia bila dieorang yang jual jual tu semacam tengah membakar kan dia jadi hangit terus sakit hidung T__________T

idea untuk menjadikan chestnut adalah pelik bila i selalu lepak dengan buah hati pergi one utama mesti akan lalu depan gerai chestnut lepas tu mula dia tanya,baby, chestnut dalam bahasa melayu apa? aik? apa kah soalan dia ni? cuba kau fikir kan dalam bahasa melayu, chestnut adalah apa?

alah, ini gurauan dengan buah hati saja, tiada apa yang tidak senonoh disini. biasa lah gurauan HAHAHAHAHAHAHA ;p

NOTE : semalam tengok daybreaker, best. comel je ethan hawke tu. and paling best darah pancut pancut. pfft. and paling tak best, gua tak sempat nak beli alice in wonderland combo sebab dah habis. baru nak tunjuk tunjuk gua ada mad hatter punya popcorn. niat tak suci lah kot HA HA HA

Jumat, Maret 19, 2010

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair

selamat petang.



ini petang, lepas cerita pasal entry binatang disusukan, anak ditinggalkan pagi tadi, ini petang baru teringat ada email dari nuffy yang comel suruh i buat entry berkisarkan deodorant. dulu i pernah lah pergi event anjuran nuffnang, so maknanya ini kali kedua kalau i terpilih HA HA HA

deodorant atau nama saintifik obat untuk membasmi bau busuk adalah satu benda wajib yang perlu kita pakaikan di badan sendiri. ini i cakap betul, kalau tak pakai deodorant nanti bau busuk semasa di street fair akan menganggu deria bau orang lain. sedih tak sedih tak? jadi sebelum ke street fair nanti pastikan uols pakai deodorant.

ini detail untuk ke street fair tersebut. siapa yang terpilih sila jumpa gua dekat sana HA HA HA HA


Date: 17th April 2010
Time: 10am till 5pm
Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur


dekat street fair tersebut, akan ada berbagai aktiviti menarikk, kenapa aku cakap menarik? sebab kau akan tengok ada hot air ballon sumo wrestling, bukan yang import dari jepun aku rasa, ini yang kita kene pakai baju sumo tu kot HA HA HA dan juga gladiator battle dan dan dan bermacam macam lagi sumpah aku cakap aku excited gila HA HA HA. oh oh dan paling aku excited sekali, siapa siapa yang pergi ke street fair tersebut akan mendapat angpau rm50 selepas anda pulang dan kehadiran anda pada street fair tersebut disahkan. rm50 dohhh siapa tak mau bagi aku lah HA HA HA



hoi bukan itu sahaja, kalau engkau adalah bertuah, engkau akan membawa pulang hadiah sebuah gadget cool bernilai rm15k GUA SANGAT EXCITED. kira aku macam bertuah habis lah ni padahal aku kene bersaing dengan 399blogger yang lain pfft.

dan yang paling bertuah sekali, kau orang akan berjumpa dengan aku HAHAHAHAHAHAHAHA.

ketiak lu busuk, bawak gatsby deodorant okay? gua tak sanggup nak bau doh. HA HA HA btw mangsa pertama gua nak cari dekat sana si otak ketat, geram siot dengan entry entry dia. and ofcourse gua akan cari gatsby deodorant ini sebelum pergi and siap bawak pergi sana kalau terpilih. sebab gua terpaksa bersaing dengan beribu ribu bloggers untuk jadi 400bloggers terbaik. kira macam gua akan macho lah macam ni HA HA HA



sekarang kau orang pergi buka ini laman website untuk keterangan lanjut : http://www.gatsby.com.my/streetfair

Minggu, Maret 14, 2010

Solomon kane and Pizza Hut Chunky Loaded.



ini cerita semalam. heee i macam jarang letak gambar buah hati lepas tu ramai tanya akak ni kenapa tak pernah letak gambar buah hati? malas nak letak selalu dekat belog nanti semua pun macam terpegun ke apatah HAHAHA



buah hati kene jarang ada dalam belog. banyak lagi nak cerita tapi sebab semalam berjaya dating sebab nak tengok alice in wonderland lepas tu kecewa sebab tak dapat tengok pun. liyanaa in wonderland full dari pada yang biasa kepada yang 3d pun full T________________T aku rasa nak bakar gsc masa tu. lepas tu pergi tengok dekat tgv, konon konon kalau tak dapat yang 3d, dapat yang biasa pun jadi lah but then sama juga, FULL gua cakap. pfft apa lah dorg ni sibuk time aku nak tengok dieorg pun nak tengok padahal v3 : samseng jalanan kan dah keluar, pegi lah tengok HAHAHAHA



i memang dah tension sampai dah malas nak fikir cerita apa terus setuju tengok solomon kane. hee buah hati sampai risau risau tengok gadis dia dah tension, tak apa nasib baik dapat layan solomon kane ni sebab nama dia macam sailormoon, dulu i suka sailormoon jadi tersuka pulak dengan solomon kane. eh nak bagitahu sikit cerita ini memang ganas, gua sampai tutup mata takut, ngeri tengok orang kene sembelih, kepala putus darah pancut pancut. best siotttt :D



lepas tengok solomon terus pergi cari pizza hut. gua memang macam teringin nak makan chunky loaded pizza, nampak best tapi bila makan gua jadi muak. cheese banyak gilaaaaaa sampai terus tak muat perut tsk. tapi tak apa janji dapat merasa, lepas ni tamo dah. AHAHAH



okay. dah update. kejap lagi nak tayang hadiah HAHAHAHAHHAHA

Rabu, Januari 20, 2010

Felt : Fwz dan Ynn

semua dah tahu, kawan paling terbaik i yang seorang ini sekarang sibuk berbusiness felt secara comel sampai i rasa i comel juga. i nak jadi perasan kononnnya i orang kedua yang order felt comel dari dia. sebab orang pertama mesti lah budak kecik poyo ini yang order seawal mungkin heh



okay fine ramai sebenarnya tak tahu apa maksud fwzynn. lagi lagi waktu i mula mula nak glamour KAH KAH KAH serius jijik aku cakap glamour mcm bagus betul tapi kadang kadang kalau terasa nak jijik boleh cakap banyak kali. oh sambung ayat tak tahu maksud nama fwzynn tu meh la i terangkan.



fwzynn ini sebenarnya nama gabungan i dengan kekasih i. er macam tak berapa nak HOT guna kekasih jadi i guna BOYFIE HAHAHA. nama fwz itu adalah diambil sempena nama BOYFIE i muhammad faweez iqram ( heh bukan iqram dinzly pfft ) and ynn itu nama i nur liyana binti ainul.

macam mana nak sebut fwzynn? heh cuba bayangkan kau sedang menyebut fauzin heh walaupun dah macam fauzana tapi i tak kisah HAHAHA okay sebut fauzin banyak banyak lama lama kauu dah biasa dah dengan fauzin . habis tu fwz pulak? kau sebut lah faweez. and ynn tu kau sebut lah YIN. okay dah penerangan kita hari ini HAHAHAHHAHA



ini hasil kretiviti fwz bermain dengan pasir waktu nak pegi polibridged kot aku tak ingat nama dia apa ;p felt yang bernama fwz & ynn itu sebenarnya i dapat idea nak buat macam ini . sebenarnya i nak font macam terkeluar tapi macam tak best kan so rara buatkan lah macam gambar di atas.

btw thank you v muchhh sayangg sebab buatkan felt memorable ini untuk i T____________________T serius terharu.

* i tengah cari idea nak umumkan kekalahan i di medan JPJ pagi tadi :(

Kamis, Oktober 08, 2009

4 tips untuk si single mendapat tarikan lelaki.

4 tips untuk si single mendapat tarikan lelaki.

heh tips ni i rasa sgt suitable untuk yang masih single. i pun kadang² perasan yang i single padahal T___________T tapi serius tak tipu kadang² bila kita single lagi seronok ta payah pk pasal orang lain, pk psl kite je.boleh hang out, overnite dgn kwn² and boleh menggatal dengan sesiapa pun tp kdg² takut pulak kene maki balik tsk serius terasa gila sbb i sedar memang ah sedar dah la tak cantik, oversize pulak tsk

4 tips untuk si single mendapat tarikan lelaki.

tertarik menarik kau memang da bomb susah kalau macam i ni, oversize and tak cantik tapi beruntung sgt ada fwzQram. eh ingat fwzQram tu baik sangat ke tak penah kutuk awek oversize die ni ke? HAHAHAHAH pftt annoying gila tau kalau bermanja dengan dia, nanti dia cakap b cemane nk peluk ni tak muat tsk sedih aku tau tapi aku bahan balik and aku tujukan kt perut die, mmg ah tak muat sape suruh perut u boroi cam pompuan ngandung HAHAHHAHA

okay tak funny langsung apasal gelak? tsk i tengah serius ni tau tak? tapi takpa, itu gurauan manja antara i dgn fwz i boleh terima tapi uols jgn gurau mcm tu ngn i, mau i sentap tamau tego uols dh HAHAHA :P

4 tips untuk si single mendapat tarikan lelaki.

( dah dua kali aku type bende same tapi tak de pun tips nye kata uols HAK HAK HAK )

Okay first skali aku cakap, aku bukan type gadis yang lelaki suka serius dengan gemuk, dengan muka selebet, mata juling, bibir tebal telinga capang siapa nak kan? Tapi fwzQram nak alhamdullilah :)

  • guna aura single mu :)
man loves you if ur love ur self. jangan fikir kerjaya adalah lebih hebat dari lelaki. sebab tu kite kene pandai guna aura single untuk berkenalan dengan lelaki walaupun sudah berpunya HAHAHAHA jangan ikut heh kalau dah ada boyf or tunang or suami nanti beperang i tatahu :P

  • mulakan reaksi seksi.
bersuka ria lah dengan calon² lelaki until uols bejumpa lelaki yang betul² suitable for u. lelaki suka perempuan yang boleh join group lelaki. eh tp hati² dengan kawan yang busy body nanti abis kecoh satu dunia.

jgn tanya i reaksi seksi mcm mana sbb i ingat kene pakai seksi² rupenye bersukaria secara seksi, okay fine next next.

  • banyakkan kawan lelaki.
si dia akan tertarik kepada uols if kite boleh lepak dalam satu group lelaki. lelaki menilai wanita lebih menarik if lelaki itu tahu ada lelaki lain yang minat kt gadis itu. lepak dalam satu group lelaki adlh cool, tapi i tak boleh nanti fwzQram mengamuk KAH KAH KAH

ehem, mcm i mase mula² menggatal dgn fwzQram lah, i duduk dengan kawan² dia beborak sampai nak tutup cafe punya best sampai tak buat asgment apa semua. serius rindu nak borak lama² dengan fwz, acong, erry, naz T______________T

  • pelbagaikan cara berkenalan & kekalkan idea terbuka.
berkenalan dengan ramai lelaki sekali secara pukal akan buat uols sgt femes di mulut dorg. and lagi bagus if pandai guna org ketiga utk pikat si dia. means, korg pura² puji both of them tapi tekankan skit dgn si dia yang korg minat and lelaki suka kan gadis yang berfikiran terbuka right? semua bende boleh share even something yang tsk :)

ehem, mcm aku buat pulak maluuuu wkakakak :P

okay gud luck untuk si single yang manis yang sedang mencari cinta. i pun nak cuba tips² untuk er tak bukan pasang dua, tapi untuk cari bakal boyf ayun HAHAHA oh tak, sila serius heh. zety dengan ika dengan intan masing² sudah berpunya, takpa tapayah guna lah. uols yang single je la guna ey. gud luck lagi sekali and babai :)

credit : cosmo

Kamis, Oktober 01, 2009

Fwzynn Second Anniversary.

290909
anniversary ke 2 i dengan fwz
:)



lupa siapa yang candid gambar ni, keji betul T____T

serius rasa beruntung sangat ada fwz dalam hidup i sebab dia selalu teman i lagi² bila i dah takda ayun. setiap malam adalah waktu sunyi i sebab bila pagi i bersama dengan zetika so i rasa gembira happy seronok, tapi bila dekat rumah i takda ayun, zana i jadi boring gila rumah baru i ni boring, senyap gila budak² sorang tu siap balik tiap minggu, sorg lagi mcm sombong sket and sorg lagi menghadap facebook je bila i intai² die HAHA.

dulu waktu i dengan ayun, best sgt sebab kiteorg kecoh gila satu rumah boleh bergoncang kalau ada i dgn ayun seronok sangat sebab ayun ni even blur pn die tetap kepala mereng² jgk :) dia layan i bila i jadi gila suka bahan orang terutama nya zana, best sangat bahan zana sampai zana merajuk sakan memang ah best gila HAK HAK HAK

tapi tu semua memory best gila serius best ada kawan² memang la kawan² i dari dulu sampai sekarang mana ada yang melekat, takda semua nya dtg and pergi and i cakap betul heh i ta de pun kwn baik yang i rasa boleh teman i masa majlis i nanti. sedih gila kan? T______________T sedihh gila bila i sibuk pakai baju pengantin, i takda kawan yang teman i borak² sambil jantung dup dap dup dap tunggu fwz dtg HAHAHAHAHA i dh siap imejin ni ha baik korg amik i jadi kawan baik korg kemana saja dengan i, baik amik i skrg HAHAHA.


isk T____T apasal comel sangat fwz neh kah kah kah

tapi diam diam rupanya i lupa, i ada sorang kawan terbaik serius nak pengsan i dibuatnya sebab dalam tak sedar kiteorg dah setahun lebih berkepit and kalau nak tahu dia bukan ayun sebab ayun memang i dah jumpa hari² tapi ini i cuma rapat dengan dia thru belog. okay bukan senang sebenarnya nak kawan dengan kawan terbaik ni i kene lalui macam² ragam HAHAHAHA ta blah betul ayat i kan i pun rasa macam tu okay okay, sebenarnya i nak ucapkan beribu ribuan terima kasih kepada raracandyfloss sebab buat entry tentang anniversari i dengan fwz dan i harap i akan kawin dalam masa 4-6 tahun lagi KAH KAH KAH

tapi i harap sangat fwz dpt terima i walaupun i oversize ke i pemalas ke kuat berdengkur ke asalkan dia terima i sebab dia gilakan ayam masak lemak cili padi yang i selalu masak. serius dia gilakan masakan i HAHAHAHA bukan bermakna i letak minyak apa² heh i suci bersih dari segala perangai kotor² tu :P btw masa puasa hari tu dia ada cakap nak berbuka dengan family i and i dh siap masakkan ayam masak lemak cili padi untuk dia, tapi sayang sebab dia tak dapat datang tsk *sedih*


apak i selalu cakap kalau nak ikat lelaki, kene ikat perut die dulu, betul ke? T______________T

Rabu, September 30, 2009

Anniversari 2nd.

hari ke lapan shawal.

i buat diari shawal boleh kan? HAHA i busy dua tiga hari sampai tak sempat tengok keadaan belog usang i ni, kesian belog dapat owner mcm ni nasib baik dia balik terus jenguk belog kesian kesian tapi lagi kesian kat i sebab i dah guna suku duit raya untuk beli barangan makeup, biasa lah perempuan HAHA and letih ta payah cakap orang busy pegi beraya, i dengan sibling pegi times square tengok momokthemovie.


gambar ini kalian rasa menunjukkan?

okay i ulang balik lah, jumaat malam sabtu i pegi times square dengan sibling i kiteorg tengok momokthemovie yang ada hamis jalikha serius cun nak pengsan i dibuatnya HAHAHA tapi kakak i kata hamis nampak tua heh i no komen lah kan sebab i memang adore dia sebab i rasa bila i berdiri sebelah dia confirm i sebaris dengan bahu dia je HAK HAK HAK

momokthemovie i cuma bagi 2/10 heh sebab semua dah okay tapi silap la sebab dia tiru sebijik bukan separuh tapi sebiji dengan cd punya. confirm i memang peminat setia momok dh tengok momok I and II so bila tengok momokthemovie buat bende same takde kelainan memang kene carut la dengan sibling i. HAHAH T__________________T i tak bersalah apa pun hahaha.




sekarang i cerita aktiviti di hari ke enam shawal. serius best nak pengsan sebab i dating heh dengan my boyf baby boo hubby bunny baby bucuk bacin cium banyak kali pun tak pengsan HAK HAK HAK. mcm biasa la kalau dating tempat wajib paling dekat mesti lah OU. i bosan pun tapi bila dengan dia terus happy gila malas nak describe banyak nanti uols pengsan T_____________T


rambut dia dah panjang dah macam afroman, wasaap niggggaaa mcm tu lah memang suitable for him sebab dh macam afroman dari afrika nasib baik masih puteh cerah bak bulu angsa nasib baik nasib baik nasib baik nasib baik nasib baik ! kalau nasib malang dapat boyf macam wasssaaap niggaaa abis i memang ah kalau tengah drive malam² orang ingat i keluar date dengan momok HAK HAK HAK *nangis*

koma sebab kutuk boyf sendiri nigggggaaa T___________________T

semalam, anniversari i dgn fwz. ( fwzynn ) 29.09.09 :)

hari ini dah 2tahun 1 hari hihi doakan kami kawin cepat eh, tamau ah kawin 29.09.19 T___________T lama gila tu lagi HAHAHAH okay belum sempat nak update apa2 babai semua

Rabu, Juni 17, 2009

#5 ; polka box.

eh ehh ini sambungan entry dating bersama artis tauuu. eh ini entry last laa sila besabar sikit hahaha ;p



sebelum saya berjumpa dgn item² yang terpapar di dlm pic itu, mereka semua dh sepakat nak dtg rumah saya, so otw nak pegi tmpt parking mse tu dorg² yang comel bole lupa mana letak keta hiks ;p

saya dgn faweez dah jalan laju dah takut dorg kene tnggu lama dlm keta nnt, tah mcm mane saya nampak dr jauh booth MPH. saya mana minat buku² neh lagi² kalau buku programing lagi pening kapla hahaha tp ada satu buku resipi mcm best, fwz tipu kata nak beli kn =.=

er lepastu apa ey, lupa plak =.= ohh lepastu saya nampak la mcm ade box tgk harga murah, dalam tu ada 3box. ada saiz kecik,sederhana and besar. *yang besar tu saya jadi pengalas brooch and ribbon saya haritu hihi ;p



okay tiga item saya dapat dengan harga RM7.90, rara ckp die beli satu kotak yang besar *mcm box rara juga, polka dot itu* rm7.90 tau? lepas saya bayar box tu, saya duk belek² sticker smua mmg cantik, harga pun cantik ;p saya nak call je dorg tapi shah dah call and ckp dorg dh tunggu dkt luar OU.

okay boleh bayang tak punya laju kami jalan kesian kan dorg hiks kelam kabut mak noks. ;p btw sorry eyy korg, tershopping plak hiks, kalau tak saya rase nak singgah big apple tau, tapi tak jadi kah kah kah ;p
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !