Tampilkan postingan dengan label movie. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label movie. Tampilkan semua postingan

Jumat, April 29, 2011

Talha Harith rupanya pelakon Juvana TV3 tuuu !

Selamat petang,

minggu ini rasanya minggu pertama Juvana di tayangkan di TV3 kan? siapa tengok SIAPA TENGOK dan terpikat dengan ke-jambuan budak lelaki yang nama dia black tuuuu ! nama black, muka jambu rupanya pukul cikgu je punnn, belagak kata dia genster besar HUWHAH. kene belasah dengan apek pun nangis HAHA comel ! watak paling comel sebab saya pernah kenal someone ni muka jambu tapi perasan gengster lepas tu nangis kene kacau (ERRR siapa tah nama dia, dh lupa T_T)
  • tajuk entry macam aku kenal je dia. PADAHAL TAK PUN ! baru je add fb dia. kalau die rerajin boleh la berkenalan HAHAHAHAA


eleh, dulu masa zaman sekolah pun aku gengster sekolah gak. macam black laa. tak padan jambu tapi berangan gengster besar. sekali senior usik sikit dah takut nak pergi sekolah HUWHAHA dulu perasannn gila macam nak masuk group skin head lah, black metal lah TAH PAPE BETUL ZAMAN DULU tapi kalau nak dibandingkan zaman dulu tak ada lah hari hari keluar berita pasal papa nurul izzah part 1 lah part 2 lah KAHKAHKAH bodoh la asik keluar berita cemgitu je sekarang ni grr semua dah tak ada kemalu-maluan dah T____T

eh, terbabas pulak. NAK CAKAP pasal talha harith sebenarnya. eh siapa pulak talha harith? HAAA ini lah dia pemegang watak black. OH jambunya awak T_______T



salah satu drama yang bakal buat kita tersangkut depan tv. setiap pukul 9pm hari isninbermula 25hb April 2011. ada bront palarae sebagai warden yang meng-annoyingkan, suami orang iaitu beto kusyairi dan bla blaaaa !



tapi bakal tunangan orang ni lagi mencairkan hati acik zana. HAHAHAHAH
kbai.

Rabu, Maret 30, 2011

Telemovie 5 Disember arahan erma fatimah!

Selamat malam,


baru lepas tersentap dengan drama arahan erma fatimah di tv9. siapa tak tengok adalah rugi ! tak sangka orang yang muka baik, muka berseri seri adalah orang mental pembunuh. zaman sekarang dah tak boleh percaya siapa pun :( perempuan lelaki sama sama gila !
Mastura ( Nabila Huda ) dan Aidil ( Aqasha ) bercadang untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh 5 Disember. Aidil mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur dan Mastura juga meminta Aidil mencarikan pekerjaan untuknya di sana supaya dapat membantu Aidil apabila berkahwin kelak.
Mastura bertolak dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan di sana Aidil setia menanti kehadiran Mastura di stesen bas. Dalam masa yang sama, seorang lelaki yang amat menyukai Mastura, Firdaus (Aaron Aziz) merupakan seorang yang mental. Tetapi Mastura tetap ingin melarikan diri daripadanya sehinggalah Mastura menghilang.
Namun sehingga 12 tengah malam, Mastura tidak muncul. Keadaan menjadi tegang apabila ibu bapa Mastura mendapat panggilan polis meminta mereka mengecam mayat yang dijumpai. Cerita ini merupakan kisah benar dan Erma Fatima terpaksa mengolah sedikit kerana ibu bapa kepada si mati tidak membenarkan cerita ini disiarkan. So, yang benar adalah pemandu bas yang bunuh, tapi yang cerita ini si mental yang bunuh.
serius sedih ! serius. dia kene sula sampai mati T____________T dan dia adalah cerita benar. nanti nak tunggu link sedut untuk tengok dari mula. siapa tahu berita pasal mangsa , tlg share link dia . alfatihah utk mangsa :((

kbai.

Minggu, Maret 27, 2011

World Invasion : battle of LA

Selamat malam,

Pagi tadi, ehem merendek bersama cik pakwe (sekarang jadi cik pakwe lak, dulu buah hati- EH sadapppp awak) merendek bukan jauh sangat pun dekat je dengan umah , alahhh tak payah cakap pun anda tahuuuu ! Sejak pandai kesana, ke sana lah aku pegi HWAhaha.

Nyaris nyaris nak merajuk bila cik pakwe hendak mentengok filem aneh bertajuk World Invasion : Battle LA , serius rasa cam nak terjun je dari bangunan sebab tak suka tengok poster filem ini, nampak tak menarik !

Tapi nasib baik nyaris nyaris, kalau buat betul betul mesti menyesal sebab memang TERBAIK ah cerita dia ! Grr sumpah aku terkejut terkejut menonton filem ituwww !

Cuba bayangkan, makhluk asing datang serang negara kau, dia gunakan air H20 sbg sumber dorg bergerak ke apa tah ! Dia bunuh semuaaaa manusia, dia perlukan bumi utk negara baru dia. Kepala hotak awak lah makhluk asing ! Emosi gila aku tgk. Siap nangis nangis bila leftenan martinez yang omei domei tu korbankan diri dia :(

nama gadis ini : Elena Santos. : Air Force Tech Sergeant
Nasib baik tak terjun bangunan, sbb akhirnya kagum dengan filem ini walaupun org putih suka sgt buat filem makhluk asing serang bumi sampai nak muntah aku tgk tapi tetap terbaik. Boleh terkejut terkejut sambil peluk pakwe EH TAK jangan buat, haram ! Kahkahkah
Kbai :D
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Minggu, Maret 13, 2011

10 pendapat aku tentang Hikayat Merong Mahawangsa.

Selamat pagi .

alhamdullilah, dapat juga pergi the curve tadi walaupun rasa macam tak dapat pergi sebab malas HWHAHAHA malas kerana saya tak pernah sekali pun selama dua puluh dua tahun hidup pernah jejak dekat sana. nampak tak? budak sri gombak tak pernah jejak the curve BOO BOOOOOO ! eh hello? kan i baru jejak dia tadi? i jejak pun kerana dapat tiket free untuk hikayat merong mahawangsa dari beautifulnara.com
APAAAA? dapat tiket free? ia, siapa kata rugi baca blog gosip? lagi pula owner blog gosip adalah very the sporting layan je aku minta tiket dekat BBM ;") untungnyaaaaa ada #bbtorch, terima kasih #maxis10 kalau tak ada maxis10 mesti tak dapat BBM dengan abang nara untuk 2 tiket itu. terima kasih banyak ! saya sangat addicted to beautifulnara.com sekian !

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSAwalk? whatterrr ! cerita tentang sejarah ? cerita perang? cerita orang melayu buat pulak ? RUGI LAH TENGOKKKKKKKKKK ! eh hello , mula mula pun i rasa macam itu tau sebab i memang kurang sangat tengok cerita jenis macam ini. i lebih suka cerita seram ! atau cerita funny tapi tahu tak awak kalau awak pergi wayang hanya sekadar menonton filem kartun dan mengharapkan sound system dia menggugurkan jantung awak, baik awak subscribe astro first. menonton cerita aksi, perang atau seram adalah berbaloi dipanggung ! sorry just my 2 cents !

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA? eh cerita apa tu? kenapa macam boring !

10 pendapat saya tentang Hikayat Merong Mahawangsa.
Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kaum berdua.
bila dua jasad menjadi satu,
hidup mati jadi bersama


1. cerita dia a lil bit boring dipermulaan, di mana merong mahawangsa bertemu si hensem putera raja ROM. di mana tukang kata cerita pasal hubungan china dan rome, kenapa mereka perlu bla bla sumpah boring ! I RASA MENYESAL berada di dalam cinema ketika itu tapi dapat tiket free oi, duduk diam diam dah lah OHBYTHEWAY saya suka gila tukang kata itu. siapa punya suara? cara engkau cakap meremang bulu romaaaa ! nice gila walaupun ada orang kata lawak but bila orang luar dengar dia akan cakap HEBAT ! (maybe ada english version kot dkt luar negara? entah lah HAHA)

2. menjadi menarik apabila melihat laut cantik ! tahu tak 80% pengambaran itu di terengganu? eh betul kan? aku baca sekali imbas malas nak cari mana dia asalnya HAHA , bila tengok laut di negara sendiri, engkau rasa macam tak perlu ke maldives dah !

3. putera raja rome dan puteri china adalah pasangan secocok ! ohmy, sweetnya dieorg. gavinstenhouse dan jing lusi adalah sangat sweet, sangat cantik puteri china itu. terima kasih yusri kerana memilih mereka berdua. i menangis bila putera rome ditusuk pedang depan mata puteri china :( sedih ! eh terkantoi pulak LOL ching ching !

4. watak khir rahman adalah paling menjadi. gua rasa nak hentak kepala dia. ! muka stim dia adalah paling tak blah. dah lah stim lepas tu bunyi grr grr mcm apa je HAHA mahu mencarut boleh? gilaa meremang bulu roma aku dgr oi, dh la gatal ! eeeeeeeeeeee !

5. laksamana liu yun sangat kiut tapi marcus carprenius adalah paling hensem dalam semua watak ! dan watak inang bernama ying ying atau ching ching adalah kiut juga. very clumsy gituu, kau tengok tak yang dia berpisah dgn puteri lantas ambil satu panah cocok bawah ketiak dan act macam dah mati. wkakakaka T__________T


6. cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ummi nazeera dalam cerita ini ! embok sangat manis, sangat kasar juga dan paling sedih part berpisah :( "boleh tengok di fanpage syahirul, dia ada rakam curicuriwkakakakak"
jaga jaga panah garuda
kalau diluka disini ada ubatnya

raja kami lah jaga kami
raja kami kelak pasti akan kembali

T_____________T kene tengok lah kenapa saya menangis !

7. kenapaaaaaaaaaa semua askar askar dia atau pahlawan pahlawan dia macam kurus kering macam tak ada semangat kepahlawanan langsung. bila i tengok kurus kurus rasa macam tak semangat nak berperang HAHAHAHA T_________T tapi mungkin dulu tak ada mcdonald's atau tutti frutti kbai

8. kalau lah shaheizy sam, atau fahrin ahmad yang jadi merong alangkah sweetnya cerita itu, bila sam jadi merong, saya akn tergelak besar sebab suara sam kiut gila kot HAHAHA kalau fahrin? mungkin terlampau cair sampai tak mampu nak bagi fahrin kene tikam, kene calar calar badan. sebab itu terpaksa redha bukan artis lelaki malaysia yang memegang watak merong mahawangsa T________T cuba kalau zizan rajalawak? atau syamsul yusuf? KAHKAHKAH tapi remy ishak boleh kot? tapi mahukah embok bercinta dengan merong? kbai

9. sound apa eh nak cakap? bunyi bunyian ke apa tu memang saya suka. bila ada bunyi dup dup deng deng tu , aku rasa macam nak terajang orang depan, punya lah eksaited gila bila tengok merong berentap dengan musuh ! lagi lagi bila putera rom berlawan dengan khir rahman si mawas itu, memang aku dah tendang tendang gak la kerusi depan. maaf , saya terpengaruh dengan bunyi bunyian dalam filem itu. VERY EXCITEEE

10. bila habis cerita, rasa nak berdiri dan tepuk tangan kuat kuat untuk abang nara yang mengsponsor tiket wayang ituw, kalau ada popcorn dan air mirinda strawberry saya rasa dah buat cheerlead ke apa kat kerusi heh, cineleisure e@curve yang membuatkan haku dan kakak pening mencari tutti frutti, azrieazhar yang memberi tunjuk ajar arah ke e@curve, dan kakak saya ! tapi sebab saya pemalu, terus tak buat apa apa, rasa nak tidur je bila dah tamat cerita tu sebenarnya

boleh tengok character dalam HMM dekat sini.

saya puas hati dengan cerita Hikayat Merong Mahawangsa ! dan saya berpuas hati dengan pendapat saya tentang movie ini. saya puas hati tengok embok semakin cantik dan bergetah. ehem perasan kan embok semakin berisi? hihi sukaaa umi nazeera skrg !

kecewa gila bila amani dapat cinta putera rome. padan lah
i'm sound silly when i speak malay.
nampak tak dia ada bunyi jeles sikit?

happy. dapat tiket free dari bangnara ! i sukaaa youu, eh siapa pergi je ha? aku malu gila kot nak angkat muka tadi wkaka memang tak boleh bawak majlis minah neh , padahal nampak blogger otai oi, geng talibarut ada tadi tapi malu i malu maluuuuu ! kalau ada kak sumi boleh lah tegur kot wkaka sbb kak sumi je suka kacau hidup aku KAHKAHKAH
kalau hati tisu macam saya, jangan pakai eyeliner tidak kalis air nanti mata gelap, nasib baik aku mekap tak cair sebab nangis. eh nangis ? HAHAHAHAH T________T
insyaallah mahu tengok lagi minggu depan hari sabtu di GSC pulak since dapat free ticket lagi WKAKAKA

kbai.

Selasa, Maret 08, 2011

Drive angry ! Memandu marah marah normal lettew.

Selamat pagi.

pada hari ahad yang lalu, selepas mengajar encik fwzQram cara cara membeli tutti frutti dengan cermat kami terus pergi GSC untuk menonton wayang. TAK PERLU BERATUR sebab memang kami ini orang terhormat, datang datang terus masuk wayang apa semua tak payah bayar siap rasa nak bakar kepala orang bila dapat mirinda strawberry & mineral lambat. nampak tak dekat situ seorang wanita perasan terhormat? NAMPAK TAK? jadi jangan percaya ! malas nak delete ini malas nak delete ini !

apa lah bebel bebel kasi orang konfius tak elok lah macam tu *tibatibamarahjarisendiri* tahu tak kami menonton wayang apa ketiak itu? ia, drive angry uolsss ! terus aku jadi marah bila ber-driving. marah gila sambil teringat ringat macam aku lah PIPER yang super hotsss tu. hiks over gila kan? masa megan fox howtss, liyana LUNIA jadi liyana FOX, nasib baik dekat facebook tak boleh tukar nama dah sebab dah limit kalau tak jadi liyana PIPERRRs serius tak sedap, terus taknak dah T________T

engkau suka cerita aksi melampau tak? maksud melampau dekat sini macam tangan terputus bila kene tembak, mata tercocok kayu, mata kene tembak tapi boleh hidup balik. sebab apa dia hidup balik(?) sebab milton (milkON bunyi dia) sebenarnya dah mampus lama dah kene tembak masa anak dia 16tahun. anak dia pulak kurang kasih sayang pergi join kelab puja setang, tapi menyesal , nak keluar dari kelab tu tak diberi izin oleh jonah king . kemain nama jonah king KAHKAHKAH


piper & milton
best lah cerita ini, memang kau rasa ngeri gila dah nama pun 18tahun keatas punya cerita, ada lah aksi mengawan sambil tembak tembak itu. aneh gilaaaaaaaaa ! menembak pun boleh mengawan isk.

dan paling best sekali ada iblis yang sangatttttt berhati mulia (LOL) , si milton ni kan dah lama mampus, dia lari dari neraka untuk selamatkan cucu dia dari dibunuh jonah king ni ye lah jonah king kan pemuja setan dia nak bunuh cucu milton untuk happily ever after kononnya tapi niat murni si milton untuk selamatkan cucu dia dihalang oleh iblis diawal cerita. tapi yang lawaknya iblis ini rasa macam aku perlu tolong milton ! tapi betul ke IBLIS berhati mulia kan?

so, apa jadi dekat cucu dan penjaga cucu milton, jonah king, piper, milton dan iblis (iblis tu dalam cerita ini adalah the accountant, HAHA ) tu?

kbai.

Kamis, Maret 03, 2011

Penanggal trailer Astro Ria lakonan amy mastura , zizan nin.

Selamat malam.

mari kita melayan cerita seram dekat astro ria sekarang ! Again, cerita terbaru dari cube film. perrghh now cerita dia jee kbai


Penanggalan merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memelihara harta dan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu penanggalan dipercayai diberi makan darah daripada ibu yang mengandung / baru melahirkan anak oleh tuannya.

amy mastura jadi penanggal T____T

Saksikan telefilem Penanggal di Astro Ria pada 24 Feb 2011 pukul 9pm. Lakonan Amy Mastura, Zizan Nin, Sharnaaz, Sharifah Shahora, Didie Alias, Elisa Loy, Izreen dan Zen

dan paling penting sekali, ada sharnaaz ahmad uolsssssss. asik cerita sharnaaz ahmad je sekarang kan uolsss ! wakaka .


taknak oi cakap lebih, seram aku jadi baik kita tengok sekarang jangan banyak komen !HAHA

kbai.

Rabu, Februari 23, 2011

Isteriku Zulaikha - drama sedih Norkhiriah dan Syarifah Amani

Selamat malam,
sekarang tuan belog yang omeidomeinomei tengah menonton drama dekat tv9 siapa yang rasa nak join nangis marilah kita menonton isteriku zulaikha.HEP bukannnnn ! Saya takda isteri looohhh, kih kih tak lawak *emosi*

Biasa lah tengah malam mcm ini sambil menonton televisyen, ada pulak drama dimana "abang" terpaksa berkahwin dgn zulaikha dan meninggalkan "adik" yang dicintainya. Nampak tak disitu? Bila terpaksa berkahwin tahu lah anda bahawa si lelaki tidak menyukai wife beliau. Empat tahun kawin, baru dia jumpa GF dia balik. Dan merumitkan bila bila GF dia adalah kawan baik isteri dia waktu muda muda LOL

Dalam gf dia tu cun cun, rupanya masa berxinta, gf dia adalah tomboi T.T siapa kata tomboi tak ada perasaan? Kih kih. Nice cerita ini, mula mula boring. Tapi menarik bila suami dia dh jumpa gf dia. dan aku dah mula emosi sangat sangat bila gf dia mula setuju kahwin lari dan mula suruh suami dia ceraikan zulaikha. DENGAR TAK? DIA SURUH CERAIKAN ZULAIKHAAAAA.dan zulaikha tgh pregnant masa tu.
Oh emosi. Siapa tak sempat tgk, boleh tunggu esok, untuk sedutttt :p

SIAPA NAK DENGAR LAGU SEDAP boleh dengar - PENAKUT by YUNA :)) sedappppp gilaa lagu diaaa. sumpahhh i nangis dengar lagu diaaa. kau boleh dengar lagu tuuuuu :(

kbai.

Jumat, Februari 18, 2011

(Update) Jom sedut Kashaf Imani drama terbaru Beto Kusyairy dan Sharifah Amani.

Selamat malam.

malam ini memang tertunggu tunggu depan tv selalunya astro ria mesti keluarkan cerita comel comel kalau tak hantu, mesti cerita comel macam ungunya cinta dan kali ini aku tersenyum senyum depan televisyen sambil menonton kashaf imani. entah cerita apa ini? oh sebelum tu, tahu tak aku dah mula suka dekat beto kusyairy ini sebab dia comel lah HAHA tapi bila tahu dia dah berkahwin rasa macam kecewa gilaaaaaa ! eh kenapa nak kecewa pulak tsk

RADIUS ONE mempersembahkan Telemovie KASHAF IMANI

Sinopsis : mengisahkan sebuah keluarga bermasalah yang sudah terpesong jauh dari ajaran islam sehinggalah mereka ditimpa tragedi dan seorang gadis yang dapat melihat makluk di alam lain. imani dalam diam mencintai kashaf , menyimpan brgan yang telah kashaf buang tanpa pengetahuan kashaf, begitu tegar cinta imani pada kashaf. dan semakin tragis apabila kashaf di serang oleh kumpulan samseng dadah.

Dibintangi oleh Beto Kusyairy, Sharifah Amani, Normah Damanhuri, Wan Sharmila, Ismail Abdul Aziz, Khairilridzuan K'n, Noryati Taib dan Ain Satar.

TAK BOLEH CAKAP BANYAK SEBAB TENGAH NANGIS :(((

bertambah sedih bla dengar lagu ini. TIADA DUKA YANG ABADI.

benci gilaaaaaaaaaaaaa dekat adik dia si syamim tuuuuuu , wan syarmila belakon, aku rasa nak ketuk dahi dia bagi sedar sikit engkau tu bukan kaya tapi belagak macam orang kaya HAHA T_T nanti ada sedut sedut, aku share lah

lupa nak cakap, kakak haku kata farouk tu ada muka mcm pakcik sikit. (PENGSAN)



NOTE : sebab semalam hujan lebat dan engkau tahu lah astro mesti ada problem kalau hujan je siaran terganggu habis aku tengah nangis nangis tiba tiba astro buat hal apa jadi (?) terus aku pergi tidur sedih masa tu mata dh bengkak menangis tapi engding dia kau tak tahu apa. orang lain sibuk cakap engding dia, aku menangis dengan astro. TOLONGLAH astro, aku tak ada duit nak subscribe beyond lah. kau dah kaya raya pun still nak memilih. tak kesian langsung dekat pengguna. benci ! okay jadi jom lah sedut , i nak juga sambung nangis T___T

Credit team arys.

kbai.

Rabu, Februari 16, 2011

Sini Ada Hantu. 4 hantu 1 filem menarik !

Selamat pagi.

semalam , stress sebab tak tahu kenapa stress tapi memang stress gilaa maybe sebab hari isnin tu macam macam berlaku, dengan perang saudara lah, perang dengan someone yang pernah cakap dia sayang aku lah, perang apa tah sampai lupa sebab stress sangat. oleh sebab stress, dengan perasaan berkobar -kobar nak tengok filem terbaru james lee, jadi pergi lah dengan kakak ke wangsa walk. tempat paling dekat dan paling banyak makanann ! NYUMMY.


i dah tengok dah sini ada hantu. best ! tak lah best sangat sebab dalam satu filem ada 4 cerita hantu. satu cerita yang betul betul berlaku, and tiga lagi dari mulut pelakon utama dia lah. kalau tak faham apa benda Liyana Lunia cakap boleh pergi Tgv, atau gsc untuk book tiket.

mula mula macam tak nak tengok cerita ini tapi bila baca review dari zana and hans terus macam teruja nak tengok. so so, awak baca dulu review dari mereka berdua, nanti saya nak cakap pula pendapat saya

Filem: Sini Ada Hantu Pengarah: James Lee Genre : Komedi, Seram & Misteri Klasifikasi: PG13

Pelakon:
Alvin Wong, Baki Zainal, Beto Kusyairy, Qhaud AF, Fasha Sandha, Pete Teo, Patrick Teoh, Eira Syazira, Kuswadinata & Ramai Lagi

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan dua orang pemandu van iaitu Ah Meng dan Bakri yang ditugaskan pada saat akhir untuk menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung dan mereka perlu memastikan mereka tiba di kampung tersebut pada keesokan harinya. Mulanya mereka menolak tetapi disebabkan upah yang lumayan membuatkan mereka bersetuju dengan tawaran tersebut. akibat dari ketiadaan hiburan, maka mereka berdua bercerita tentang :

hantu pokok pisang. 45++
sorry, cerita ini sangat slow, kenapa lah slow gila cerita ini sudahlah cerita first sekali mungkin sebab ada fashasondol kot sebab itu macam tak bernafsu nak tengok HAHA macam hans cakap, kalau fasha takda dalam cerita ini pun tak apa T_____T TAPI mekap hantu dia memang marveles, seram wo, aku siap tutup muka dgn purse HAHAHA


hantu nombor ekor. 78+
hantu ini kejam ! walaupun mekap tak seram macam hantu pokok pisang tapi mampu la buat aku terjerit kejap. and agak penting diri la dalam cerita ini and and anjing TU COMEL GILA :(((


hantu jepun. 100+
confirm tak seram sebab dalam fikiran aku hantu jepun ni selalunya kekal hensem, semua cerita hantu jepun mesti kiut kiut macam aqasha dalam embung cuma dalam sini ada hantu memang agak ngeri sikit bila mekap dia ada panau panau tu wuwuwuw T_____T okay dalam cerita ini memang kelakar gilaaaaaaaaaa bila 'man' yang bajet gengster tu rupanya pondan, pergi facial apa semua HAHAHA yang lagi buat gelak besar bila man jerit ' YAAACOOOBB, lari ada hantttuuuuuuuu' siap keluar suara kecil dia HAHAHAHHAA and hantu dia pun smart, konon konon mcm roh kan? and memang pehh ! cmne nak cakap eh? memang nampak betul mcm roh la :) power ah !

permulaan cerita ini memang boring, rasa nak tidur tapi makin lama cerita ini makin menarik bulu roma meremang sepanjang cerita sebab cerita ini kau orang tak jangka apa jadi. memang tak jangka. and paling best watak pelakon utama tu bakri and ahmeng, sumpah kiteorang dalam wayang ketakutan + kegelakkan sampai 5 minit kejang perut sebab lawak gilaaaa T_T

try la tengok. walaupun tak ada shaheizy sam atau kutipan 40juta khurafat tapi cerita ini cerita terbaik 2011 buat masa ini :) congrats james lee :D

and mind u, cerita ini cerita KOMEDI + SERAM atau komedi seram, pelis jangan nak complain cerita lawak ke seram ni? and cerita ini lagi lawak dari ngangkung yang kau orang suka tu sampai 8 juta tu and lagi seram dari khurafat tu pun yang 8 juta tuuu. support james lee ;)

amik gambar dia dari sini.

lepas tengok sini ada hantu, haku pergi cari makanan untuk dibawa pulang sudah biasa dididik macam itu mesti akan bawa sesuatu untuk perut perut di rumah dan tak semenamena semalam adalah hari makanan sedunia. pehh ! hancur diet tapi minggu ni dah kurang 1.9kg :) YEY

pergi cari dia ini dulu crispy peanut chokolate kot? VA VA VA kesukaan, saya kalau makan apam balik mesti cari yang keras keras ( BETUL KAN APAM BALIK? aku pun lupa nama dia )

lepastu cari dia ni pulak. ! TUTTI FRUTI :S VA VA VA SIAP LETAK marshamellow kau, sedapppppppp letak dalam mulut terus mcm nak cair :(

satu cup mcm ni harga dia Rm 16.96 kbai.

Selasa, Januari 25, 2011

Menonton Khurafat dan bertemu Raracandyfloss sambil makan Hot and Roll dan menyanyi di Song Box

Selamat pagi.

nak marah boleh tak? kenapa ramai kata filem khurafat seram sangat lah, rugi tak tengok lah, menggigil lah, terjerit siap terangkat kaki letak atas bahu orang depan lah (eh ada ke?) keh keh keh, semalam saya rasa saya dan satu panggung wayang dekat wangsa walk tu belum terlambat lah sebab masih ada lagi yang tengok. wayang FULL hokay, pelik aku apasal full padahal tak puas hati kalau ramai orang tak boleh buat wayang ehapakaunieheh

TQ sebab temankan haku. HAHA
tak, semalam pergi wangsa walk dengan kakak dan adik saya. sebenarnya pergi carefour dulu bershopping beli nugget , buy one free one lepas tu teringat janji dengan kakak nak pergi tengok khurafat asyik tak kesampaian sampai merajuk lah aku taknak cakap dengan siapa siapa sebab semua macam malas nak pergi kan nasib baik emak bagi izin kalau tidak meleleh air liur tunggu astro first je lah nanti.

tapi, kejap. satu hari aku peram cerita ini sebenarnya sebab hari ahad pergi, hari isnin aku hilang mood berblogging tiba tiba nak main the sims 3 tapi hari ini datang ofis tiba tiba nak kutuk khurafat balik HAHA.

  • anna over. menggelabah lelaki taknak tapi terhegeh hegeh. ini confirm dah hilang semua dah ( HAHAHAsukahatikaujeHAHA) .
  • haah aishah pakai shawl sangat comel.
  • benci johan sebab sombong berlagak makcik cleaner bagi kuih pun tak cakap terima kasih.
  • makcik cleaner gatal ada hati dekat johan, hari hari bagi kuih.
  • man sangat cute.
  • hantu kejap sangat keluar, kalau boleh kasi hantu punya muka dalam 10saat ye.
  • sound system dekat wangsa walk tak begitu mengejutkan :(
  • suara johan macam bagus. eh dah memang suara syamsul mcm tu kan tapi aku rasa macam nak kasi haluskan sikit suara dia, garau sangat HAHA
  • paling seram masa johan dalam bilik mayat hantu depan mata dia wuuu tapi tu la apahal kejap sangat kau keluar (!)
  • aku dah agak ending dia sebenarnya. sebab aku dah syak bila perempuan tu meroyan sampai bunuh diri. grrr
serammmmmmmmmmmmmmmm ! gak lah walaupun macam korang yang dah tengok tu cakap, cerita ni kejap sangat. tup tup dah habis cuba lah buat empat jam macam cerita hindustan mesti best HAHA tapi kalau lama sangat aku pun pengsan sebab boring. grr


sebelum balik sempat menyinggah dekat Hot & Roll, cari paratha chicken & cheese, paratha double cheese & onion , crispy banana chocholate. entah kenapa suka dengan apam balik versi Hot & Roll tapi flavou peanut apatah , lagi sedap dr banana chocholate ni (!) sambil tu masuk ayam penyet cari air red plum with bubble, kalau kau makan dekat ayam penyet , cuba lah cari red plum. sedapppp !



sempat jumpa kawan baik saya, yang banyak tolong liyanaa.com HAHAHAHA dia call saya lebih 10kali bila tahu saya dekat wangsa walk. ini lah pentingnya twitter (!) i sayanggg u tuiter. muwaahhhh tq tauu menemukan i dengan raracandyfloss setelah empat bulan tidak ketemu HAHAHA sorrrrrrrrrrrrryyyyyyyyyy sangat tak dengar u call (T______T)

okaithnxbai.

Senin, Januari 03, 2011

Vidiyo Trailer Karak - laluan puaka. puaka sangat ke?

Selamat petang.

tiba tiba excited bila KRU buat cerita seram pulak. dah lah tengok trailer agak mengerikan dengan hantu yang weird dan aneh dan eewww bila tengok trailer pun aku takut , belum tengok betul betul kan? wuwuwuwuwuw dah lah rumah dekat dengan lebuhraya karak lagi lah macam WUUWUWW tatutnyaaa #shingshing

cerita seram kali ini bertajuk karak - laluan puaka. puaka sangat ke highway karak ni? aku pernah dengar cerita dia, pernah baca kisah volkwagen kuning takda pemandu tengah tengah malam berselisih dengan kereta mangsa , dan mangsa cerita dekat mastika. dulu lah masa emak bertugas di Utusan Malaysia, mastika adalah majalah kegemaran keluarga kami sebab emak dapat free KAH KAH KAH jadi semua benda pelik aku baca, tapi selepas emak berhenti dari bertugas di UM, dah tak ada dah majalah kegemaran sebab kene beli sendiri WUUWUWUW.

tapi yang paling menarik sekali bila encik syahir, berlakon sekali dalam cerita ini hihi (*gatai) , eh mana hengkau tahu ni? T__T TENGOK LAH DALAM TRAILER DIBAWAH HOKAYY. tapi tayangan entah tak tahu bila. boleh cepat sikit tak? tapi jangan lah bulan satu sebab aku dah chop nak tengok khurafat 15januari nanti hiks hiks.



mahu lagi seram? jom baca puakakarak T_________T

Nota : status abang jamil lah ni, buat i ketakutan bila dia post vidiyo trailer T__T WUWUWUWUW

okaithnxbai.

Minggu, Januari 02, 2011

sumpah, aku cemburu dengan kecantikkan kau jolie.

Selamat petang.

kenapalah angelina jolie cantik sangat T___T

semalam rasa sedih bila tengok willy wonka saya tidak kacak macam biasa. sepanjang filem ini berlangsung, saya berharap willy wonka dapat shave semua bulu bulu dia, dapat potong pendek rambut dia, kerana saya benci lelaki berambut panjang, malah kurang selesa melihat lelaki berjambang dan bermisai dalam keaadaan sangat serabai dengan misai penuh cendul atau kari ayam T_______T

semalam saya sangat merasa jeles bila evelyn salt menjadi elise ward yang sangat sangat cantik. Yaallah, sampaikan fwz boleh puji cakap muka dia manisss je kan (terasa, saya kan kuat makan limau, muka pun jadi masam) wuwuwuwuuw, kene maniskan muka macam elise ward. grr

semalam entah kenapa lah haku suka sangat tengok filem yang ada angelina jolie, hendak kata aku suka dia, aku rasa macam biasa je dia tu. suka lagi megan fox tapi tetap apa apa filem angelina jolie aku akan tengok . hermm. angelina jolie, boleh tak kita tukar muka? (tiba tiba)

dan semalam saya berjaya menghabiskan duit untuk cooler pad berharga rm49 dan mouse yang boleh tarik tarik wayar dia berharga rm19. dalam wishlist 2011 ada lagi yang perlu dibeli antaranya external HDD yang berharga rm219 sebesar 640Gb (okay tak okay tak?) dan iphone 4 tapi iphone 4 macam tak perlu lah KAH KAH KAH dan juga memor stick pro apa tah untuk sony cybershot w190 saya

dan semalam sempat lah saya menonton wayang bersama fwz, agak lah dalam dua tiga bulan baru dapat jumpa lagi (nangis*)


the tourist tajuk cerita dia, mengisahkan tentang seorang lelaki kaki mencuri telah mencuri duit gangster dan tidak membayar tax. gengster dan polis (?) mencari beliau dan datanglah seorang lelaki mengajar matematik dalam cerita ini. apa pulak hubungan dengan elise? elise ni lah keji yang membuatkan lelaki yang mengajar matematik itu menjadi mangsa keadaan. cerita dia fun, bila habis je tayangan terus mendapat tepukan gemuruh. entah? tapi cerita ini kurang enak bila johhny depp hodoh okthnxbai.

oh saya nak pergi carefour sekarang. mahu pergi shopping ! KAH KAH KAH habis duit weh matikss lah. JKAH JKAH JKAH (bebudak dalam wishlist ni kata, itu gelak style jawa)

okaithnxbai.
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !