Tampilkan postingan dengan label kecantikan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kecantikan. Tampilkan semua postingan

Sabtu, Mei 28, 2011

Benci parut dan Stretch Marks? Mederma Skin Care penyelesaian dia !

Selamat malam,
hidup sebagai seorang pencinta kucing memang OHSEM, seronok gegila bila ada kucing dalam hidup sebabnya engkau kalau penat penat balik kerja , stress sebab kena fax dokumen banyak banyak dalam satu hari lebih 50kali kene fax dokumen tapi takpaaaa, gaji dah masuk dahh ! YEY

seronok bila balik kerja dapat cari mangsa hendak lempang perut, hendak hentak daguuu ! ye, mangsa dia adalah kucing MEOWWW . tapi kannn, masalah datang bila kucing engkau buat perangai, dia lupa kuku dia panjang, dia lupa kuku dia boleh merosakkan kulit kitaaaaaaaa TAHU TAK AKU TENGAH STRESS tengok ada parut denkat tangan sendiri T_T

sebenarnya salah tuan dia, sebab tak potong kuku kucing tersebut.

solution untuk menghilangkan parut : Mederma Skin Care for Scars and Stretch Marks . tahu pasal mederma bila ayun dengan zana nak hilangkan parut ******* , kehkeh mana boleh cakap nak hilangkan parut orang, itu kan privasi KAHKAHKAH . oke lepas tu macam ohsem gila mederma ni boleh hilangkan parut jerawat, jadi dengan semangat pergi pharmacy, jumpa mederma dengan harga RM38 ==".

mahal, masa tu zaman budak budak UNISEL mana lah aku ada duit T_T jadi diam diam lah malas nak fikir pasal dia dah, terasa kecewa sebab tak dapat beli. masa tu niat nak hilangkan parut dekat kaki sebab dulu masa zaman sekolah sangat ekstrem, habis kaki koyak koyak sebab lari atas jalan tar. sekarang dah tak dah lari lari atas jalan tarrrrr, sebab tu dulu kering je aku =.='

oleh sebab sudah dua minggu parut macam tak akan hilang, lantas aku terus mencari petua menghilangkan parut ! macam mana nak menghilangkan parut dan dapat mengelakkan wang hantaran berkurang menjadi rm9500 daripada rm10,000 ! siapa yang mahu wang hantaran terpaksa di tolak? siapa mahuuu ! grrr akhirnya terlintas dihati membaca belog dokter totin yang cantik manis , kau tak perlu hidup dengan parut begitulah bahasa melayu dia !

akhirnya, ini hari dah dapat lah satu tiub mederma dalam rm30 dapat diskaun sikit lah dekat guardian. sekarang, berharap lah saya kalau kalau parut cakaran chibi akan hilanggggg :( kita tengok lah how longgg, how longggg the scar will gone porevewww and evewwww T__________T

♥ kbai.

Jumat, Mei 20, 2011

Chibi pergi Klinik Veterinar & Trendy Pet Grooming.

Selamat malam.

hari jumaat hari tu kannn, si berbulu buah hati saya kan tak balik rumah tau sebab dia setiap masa perlu ada dalam rumah tak boleh duduk luar, si berbulu saya tu OHSEM sangat sebab tu ramai kucing liar yang benci dekat dia. mana taknya, tidur malam dalam aircond, bangun dari tidur terus cari biskut 'science plan - perisa ayam' dia tu. pelik ! kucing lain makan ikan, tapi si berbulu saya tak ! dia makan biskut perisa ayam tahuuuuuuuuuuu .

bila jumaat malam si berbulu tak balik , pagi pagi sabtu dia buat hal rupanyaaaaaaaanyaa ! dia kene kejar dengan kucing liar satu malam sampai lah terberak berak dekat luar rumah. kalau dah terberak-berak , badan dia pun terkena sikit najis tahuuuuuuuuuuuuuuuu ! *muka stress dah keluar*

terus tak teragak agak bawak dia pergi kelinik haiwan ! puas hati bila dapat tengok dia dimandikan wangi wangi, hensem hensem dah !


YAHOOO sampai sampai kelinik haiwan, terus mulakan episod memandikan si berbulu. oh sebenarnya kelinik ini untuk vaksinkan dia , check kesihatan si berbulu sahaja. tapi kalau nak mandikan haiwan kesayangan, boleh pergi kedai sebelah dia sahaja.

kucing kucing dekat kelinik haiwan itu sangat ohsem ! ini semua muka eksaited tengok chibi


sampai sampai bilik pembersihan, terus korek telinga dia ! korek korek ! lepas korek baru boleh mandikan diaaaa

lepas mandi, dieorg keringkan bulu bulu lebat si berbulu saya yang comel !

cuba teka, mana kepala dia? KAHKAHKAH

sibuk kacau binatang ini. ada niat nak bela dia tapi sombong gegila , aku nak pegang dia lari , aku nak pegang dia lari. KAU INGAT KO OHSEM SANGAT?




alaaaaaaaaa tersalah tangkap gambar , pergi tangkap gambar harga untuk anjing buat apa ! tapi yang aku ingat, mandikan kucing dalam RM45 lah?



ini alamat dia, kedai haiwan ini dekat sahaja dengan iiuc ke apa tah yang tepi jalan tu, aku pun tak berapa ingat apa nama kolej dia. yang pasti depan masjid. itu je yang aku tahu HAHA okay dah puas hati bila chibi dah wangi. balik rumah kan terus dia merajuk ! taknak cakap dengan siapa siapa, taknak makan selama dua tahun hari ! sebenarnya dah dua bulan dah cerita ini, 2 april 2011 kita pergi hantar dia kehkehkeh sekarang dah 19 mei 2011 , dah busuk balik badan dia T____T

♥ kbai.

Selasa, Mei 17, 2011

Betis Jasmin Hamid melecur teruk terkena air panas (NGERI)

Selamat petang,

hai semoranggg ! rindunyeww iteww dekat kome kome semua. rase mcm nak pinjam pintu sukahati boleh masuk rumah kome cium cium sorang sorang. eewww mood berblogging pulak tenggelam timbul tiba tiba berminat dengan sims3 balik tetapi lappy saya dah uzur lah kejap kejap dia mati T____T sedih, tak dapat bermain bersama sims 3. kecewa betul hati.

tadi kan, masa jalan jalan dekat lama sesawang, terbaca lah pasal kaki JASMIN HAMID melecur teruk tersimbah air panas (UPDATED PIC ) waaa, macam teruk bebeno ghopenyeee ! lepas tu saya yang sibuk badan ni pun pergi lah tengok apakah teruk sangat masalah jasmin hamid ni kan, tengok tengok gambaq dia terus rasa nak muntah. memang teruk kesan melecur tu ! kalau nak tengok, click gambaq kat bawah !

PETALING JAYA: Kaki kanan dan kiri pelakon Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena air panas ketika berada di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh, Sabtu lalu. kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.

"Sebenarnya kami memang duduk di situ untuk berehat dan makan. Tiba-tiba air panah tersebut diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kami. Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh lalu air panas terkena pada kami dan sayalah yang paling teruk sekali terkena.
Bayangkan, doktor terpaksa menyiat kulit di bahagian lecuran itu keran takut jika ia menggelembung.

itulah berseksi seksi lagi , i terasaaaaaaaaaaa sangat sakitnya melecur tu. UEUEUEWUWUW
nakpengsandah T_________T

♥ kbai.

Kamis, April 21, 2011

Etude house ada discount 50% sales der ! pengaruh Ailyl Rozanna betul

Selamat malam,

koranggggggggggggggg ! siapa dekat sini yang bercita cita tinggi nak menggunakan etude house sejak menjadi pembaca belog puan ailyl rozanna? WAHHHHHHHH dah jadi puan dah gadis *ehem* wanita seorang ini. CONGRATSSS ailyl, nak tarik sikit seri pengantin, nak tarik sikit sikit sikit. nak dapat kan restu nak dapat kan ehem apa eh nak cakap huwaa tak ingat nak cakap apa T_____T ! HAHA ;p



cantikkan ailyl? ehem ! hensemnyaaaaaaaaa pengantin lelaki tu *histeria sekali WHAHAHAHAHA ;p mamtikss lah kalau ailyl baca ni isk.

reader's ailyl mesti kenal etude house kan? sejak sejak makcik sorang ini jadi duta etude house semua orang kalau cerita pasal etude je mesti lahhhhhh ada nama ailyl ni, contoh macam amirrahzawani, dia buat entry pasal etude pun nak refer ailyl gak ! nampak tak dia kuasa etude dalam diri ailyl? HAHA tapi masalah dia bukan nak cakap pasal ailyl atau mira atau liyana lunia (?)

sebenarnya nak ajak korang serang etude jom ! ada sale wehhhhhhhhhhhh !
Etude House Big Deal on 18 April 2011-28 April 2011
Get 50% Discount on BB Magic Series (BB Cream)

Print out the e-Voucher to enjoy this privileges
*Terms and Conditions Apply
*Unlimited number of purchase

tapi korang jangan pulak nak borong sampai habis dah lah i tak pandai nak bebeli benda cenggini, ini pun dah plan dengan acik zana nak beli dengan dia sebab dia dah pandai sikit nak mekap mekap ini, nak harap kan haku? pegang eyeliner pun gigil WHAHAHA T_________T

♥ kbai.

Jumat, April 15, 2011

Bulu mata palsu menyebabkan jangkitan kuman pada mata .

Selamat pagi,

kenapa saya tak pandai bermekap? kenapaaaa ! tapi sebenarnya ia sesuatu yang menguntungkan kalau lah aku bermekap mesti encik pakwe kene tunggu lebih lama dari biasa. contoh lah aku kalau nak keluar dengan dia ambil masa 1 jam nak bersiap sebab tunggu dia otw dari klang ke gombak itu pun kadang kadang dua minit lambat apa semua.

cuba bayangkan kalau aku bermekap ? dengan bulu mata palsuuuu lagi . eh bulu mata palsu? siapa taknak comel macam rozita che wan kan uolsss semua nak cecomel cam dia. untungnyaaa jadi bulu mata palsu tersebut berjaya buat RCW cun melecun tapi yang kasihannya kalau terkena jangkitan kuman. ACANE?
“Sebelum ini mata saya pernah bengkak selepas guna bulu mata palsu tetapi kesannya tak lama. Beberapa hari selepas itu sudah baik, tapi kali ini lebih teruk dan sakit Sejak Jumaat lalu mata saya berair, membengkak dan terlalu sakit sehingga tidak boleh tidur,” AMYZA ADNAN.
i paling takut kalau mata sakit. ngeri gilaaaaaa kene operate OIIII ! T_______T
“Buat masa ini doktor masih bagi ubat setiap 15 minit sekali dan mahu melihat keadaan saya dalam masa tujuh hari ini.

“Dan jika keadaan semakin kritikal mungkin akan diberi suntikan antibiotik,” ujarnya yang mengangkakan akan ditahan selama tujuh hari untuk mendapatkan rawatan lanjut.


tapi kalau lelaki ohsem camni pakai bulu mata pelesuuuuuu i pun tergodaaaaaaaaa T_________T

♥ kbai.

Kamis, Februari 10, 2011

Masalah membuang air besar selama beberapa hari.

Selamat pagi.

pernah tak engkau ada masalah membuang air besar selama beberapa hari? YE SAYA ADA MASALAH ITU kebelakangan ini. tahu tak rasa dia stress gila bila kau makan tapi tak membuang. rasa macam nak duduk dalam toilet itu taknak keluar sebab nak sangat buang segala benda dalam perut padan lah perut buncit banyak najis rupanya oh jijiks betul entry kali ini tapi nak juga haku cerita KIHKIH

beberapa bulan yang lepas, kakak ipar dan abang yang duduk dekat kedah memang ada minum satu produk ni yang boleh melawaskan pembuangan air besar. memang LAWAS gila kau minum malam esok pagi tercirit cirit lah engkau dan perut pun rasa slim gila. tapi haku tak berapa suka sebab rasa dia EEWWWWWWWWWW, bau dia EEEWWWWWW dan kalau minum pun mesti nak pengsan sebab EEEEEEWWWWW

tapi hasil dia, engkau tersenyum gembira sebab perut dah slim sikit lah and tak da lah senak sangat perut tu. so start this month aku dah terima komen dari seorang anon yang kata aku gemuk dan gedik. dah lh guna anon lepas tu cakap aku gemuk dan gedik siap 'nak mampos' agaknya dia yang nak mampos sebab risau saya mcm ni kot. terima kasih anon.

jadi selepas beberapa hari tak membuang, haku pun apa lagi pergi lah cari produk melawaskan tu dekat dalam kabinet dapur emak. punya lama tak minum sebab rasa dia eeeewwww, dan menakutkan dan aku berjaya minum dia tanpa was was sebab tak tahan lah bukan tak membuang beberapa hari, tak sanggup HAHAHAHHAA

saya rela minum dia sebab saya campur dengan air orenggg. kalau tak campur memang harenggg lah kan T____T apa apa pun, uolsssss panjangkan lah doa untuk i kurus dan sihat dan gebu dan kekal comel, sickchild72 pun nak kurus, doakan kami lah senang ! eh lupa nak cakap, jangan ceramah suruh eksesais pulak ye sebab yes aku tengah berdansa dengan paul eugene setiap 30min pagi dan petang. FUN FUN . nak tengok ah hasil dia camne, kalau tak berhasil aku nak beli jusmate GAK TAK PEDULI T____T

// sembelit tu kira tak boleh buang air besar lah kan? T______T

♥ kbai.

Jumat, Januari 21, 2011

siapa kata muka baru bangun tidur tak cantik? T_T

Selamat pagi.

dulu, saya pernah ada satu entry bertajuk katty perry lebih gorgeous dari haku kan? siapa tak tahu boleh click tersebut. betapa lah haku memuji beliau sebab beliau memang lawa, semua perfect lah kan sampai haku terkagum kagum nak ada muka comel macam katy perry lah kan tapi sekarang sila buang perasaan kagum sebab .



secara tiba tiba pergi belog cik tipikal, aku tertengok muka katy perry baru bangun tido (T_T) tak ada lah perfect sangat, lawa lagi aku bangun tido , rambut aku gerbang gerbang pun aku rasa muka aku lagi lawa KAH KAH KAH .



tapi tak apa katy, saya tetap suka awak walaupun suami awak yang tak berapa nak hot tu dah tunjuk muka bangun tido awak. HAHAHAHA tak apa terima lah semua orang ada natural beauty dia sendiri mekap tebal tebal pun bangun tido tetap natural beauty T__________T tak macam aku, everytime everyday natural beauty sebab aku tak pandai mekapHAHAHAHAHAgilaHAHA

♥ okaithnxbai.

Minggu, Januari 02, 2011

sumpah, aku cemburu dengan kecantikkan kau jolie.

Selamat petang.

kenapalah angelina jolie cantik sangat T___T

semalam rasa sedih bila tengok willy wonka saya tidak kacak macam biasa. sepanjang filem ini berlangsung, saya berharap willy wonka dapat shave semua bulu bulu dia, dapat potong pendek rambut dia, kerana saya benci lelaki berambut panjang, malah kurang selesa melihat lelaki berjambang dan bermisai dalam keaadaan sangat serabai dengan misai penuh cendul atau kari ayam T_______T

semalam saya sangat merasa jeles bila evelyn salt menjadi elise ward yang sangat sangat cantik. Yaallah, sampaikan fwz boleh puji cakap muka dia manisss je kan (terasa, saya kan kuat makan limau, muka pun jadi masam) wuwuwuwuuw, kene maniskan muka macam elise ward. grr

semalam entah kenapa lah haku suka sangat tengok filem yang ada angelina jolie, hendak kata aku suka dia, aku rasa macam biasa je dia tu. suka lagi megan fox tapi tetap apa apa filem angelina jolie aku akan tengok . hermm. angelina jolie, boleh tak kita tukar muka? (tiba tiba)

dan semalam saya berjaya menghabiskan duit untuk cooler pad berharga rm49 dan mouse yang boleh tarik tarik wayar dia berharga rm19. dalam wishlist 2011 ada lagi yang perlu dibeli antaranya external HDD yang berharga rm219 sebesar 640Gb (okay tak okay tak?) dan iphone 4 tapi iphone 4 macam tak perlu lah KAH KAH KAH dan juga memor stick pro apa tah untuk sony cybershot w190 saya

dan semalam sempat lah saya menonton wayang bersama fwz, agak lah dalam dua tiga bulan baru dapat jumpa lagi (nangis*)


the tourist tajuk cerita dia, mengisahkan tentang seorang lelaki kaki mencuri telah mencuri duit gangster dan tidak membayar tax. gengster dan polis (?) mencari beliau dan datanglah seorang lelaki mengajar matematik dalam cerita ini. apa pulak hubungan dengan elise? elise ni lah keji yang membuatkan lelaki yang mengajar matematik itu menjadi mangsa keadaan. cerita dia fun, bila habis je tayangan terus mendapat tepukan gemuruh. entah? tapi cerita ini kurang enak bila johhny depp hodoh okthnxbai.

oh saya nak pergi carefour sekarang. mahu pergi shopping ! KAH KAH KAH habis duit weh matikss lah. JKAH JKAH JKAH (bebudak dalam wishlist ni kata, itu gelak style jawa)

♥ okaithnxbai.

Rabu, Desember 01, 2010

Kalau tak cantik, tak payah follow kan?

Selamat pagi.

hamboi la, cerita pasal nita terlebih seksi comment sampai 60 lebih. hamboi lah hamboi lah kamu orang ini, grr geget lutut sorang sorang tau lah. cuba kalau aku cakap rajagopal terlebih seksi confirm semua tak selera nak tengok malah nak comment pun tak mahu ye? hamboi lah hambooi lah memilih betul grr.
blogger perempuan cantik:

tak balas comment pun orang tak marah. ornag cakap mungkin busy, org cantik kan.

blogger perempuan tak cantik:

dah lah tak cantik, balas comment pun malas
tambah sikit
blogger perempuan cantik:

Padan la follower beribu riban, cun siott awek ni. Indahnya ciptaan tuhan. harap hari hari dia tempek muka dia dekat blog

blogger perempuan tak cantik:

Kena lahirkan entri entri yang berkualiti atau kelakar, baru lah ada orang yang nak follow. Kalau follower beribu pon mesti semua pelik pelik apahal lah banyak sangat follower blogger ni
Setuju tak dengan penyataan saya di atas? (KAH KAH KAH penyataan haku lah sangat kan. Liyana Lunia boleh pergi terjun perigi sekarang) grr sebenarnya kopiket entry cikepal perbezaan perempuan cantik dan tak cantik. cikepal, pinjam kejap, kita kan kapel so boleh sharing is caring kan kan kan awww?

beruntung jadi blogger lelaki. kalau rajagopal jadi blogger tapi blog dia lawak, confirm followers 1000k tapi kalau jehan raja lawak buat blog , agak agak berapa followers dia? tapi aku akan jadi followers dia sebab aku suka jehan :B



hai, nama saya Megan Denisse Fox.

cuba lah, cuba kalau megan fox tak hot macam sekarang cuba dia masih comel waktu seventh grade macam gambar dekat hatas tu, hagak hagak lah, boleh tak dia femes ? eee tapi comel hapa dia waktu kecil, grr cute je lah awak ni.



macam ni lah, walaupun kita tak secantik megan fox yang banyak buat plustic (haha eja plustic macam comel) surgery, tapi kita sendiri tahu lah apa yang cantik dekat diri kita masing masing. mungkin jari bengkok saya cantik , sebab tu awak suka. mana lah tahu kan saya cakap mungkin HAAHAHA

terima kasih banyak banyak dekat kamu semua, awak awak, yang sudi follow Liyana Lunia walaupun kau orang tahu yang saya cantik macam megan fox ( suka hati lah tak nak bubuh TAK) . walaupun entry saya tak lawak , tak berkualiti tapi alhamdullilah ada yang sudi datang, yang minta saya follow saya minta maaf sangat, sudah limit (T_T) tapi kalau nak saya link kan dalam segmen mata boleh cepat cepat rekues okeh?



CABARAN BLOGGERS WANITA TAK CANTIK : berusaha dengan keras untuk naikkan blog. walaupun kita tak cantik tapi readers tahu apa yang menarik dekat kita, ada orang tak kisah pun pada eset cantik tu. cantik tapi sombong tak perlu lah bangga . hensem tapi berlagak pun sama. :)

♥ okaithnxbai.

Kamis, Oktober 28, 2010

Cara mudah menghentikan batuk.

Selamat pagi,

hari ini macam biasa kita pergi segmen kecantikan dan kesihatan. iaitu TIPS menghentikkan batuk nama dia, macam mana saya tahu pasal tips ini? saya tahu dari email, bila saya tahu dari email, tugas saya adalah share dengan awak semua yang saya cintai HAHAHA over tak over tak? ;p

tips ini, katanya sudah ramai yang guna tapi bagi saya ia adalah sesuatu yang baru. kebetulan my boyfren, iman syafaris hakimie pun sedang batuk teruk T___T dia tak pandai keluarkan kahak sebab dia baru tiga bulan *nangis*

tapi, tips macam ini boleh ke dia guna? HAHAHAHA tapi tak apa, mari kita teruskan pembelajaran kita hari ini.
Potong bahagian atas limau, garam dimasukkan ke dalam limau, dan dimasukkan kembali bahagian atas. Wap itu 10 minit dan makan semua termasuk jus segar di bahagian bawah mangkuk. Rasa tidak begitu bagus tapi menyembuhkan batuk yang berpanjangan anda di hari.


pertama sekali
potong di bahagian atas limau.


kedua.
taburkan sesudu garam di atas limau yang sudah di kerat tadi, jangan potong banyak sangat T_T

ketiga.
tutup balik potongan atau keratan itu.
keempat.


masukkan dalam mangkuk sebesar oren itu dan sumbat ia ke tempat pengukus, pastikan anda kukus selama 20minit

siap untuk di jamah. air yang dekat bowl itu sila makan sekali ye. ini arahan dari email, dia dalam english, aku translate kan jadi BAHASA. KAH KAH KAH :))
thanks for the tipss ye tukang bagi email. sorry, hari ini sangat busy :(( tak dapat taip banyak banyak *nangis*

♥ okai bai.

Sabtu, Oktober 23, 2010

VIdeo & Camera review : Chibi dalam sangkar. #maxis10

Selamat malam.


hai, saya chibi.
malam ini adalah malam sibuk kerana esok di rumah kami ada kenduri doa selamat keatas parent saya yang akan ke mekah dua minggu lagi, dan cukur jambul baby aish secara kecil kecilan. jadi sebelum saya away dari keyboard atau singkatan yang paling fofular dalam dunia MiRC suatu masa dulu ( AFK ~ ) , saya ingin berkongsi sedikit gambar yang ditangkap pada awal pukul tujuh tadi.


chibi dalam sangkar, susah betul dia nak duduk dalam sangkar, grr
gambar menunjukkan dua makhluk kesayangan nabi muhammad s.a.w iaitu kucing ye tuan tuan dan puan puan, kucing adalah makhluk berbulu tapi comel malah manja serta pandai membuatkan kita tertawa tanpa dia sedari. oh kalau anda menonton mummy the movie, mumia juga takut pada kucing, ini kerana saya sendiri pun tidak lah tahu (T_T)


hai. nama saya pinky :)

saya sebenarnya malas gila nak tangkap gambar chibi kerana beliau adalah berbulu gelap, bila tangkap jadi tak lawa tapi saya sangat puas hati dengan camera yang ada di blackberry torch ini. SANGAT PUAS HATI HEH sebab nampak lah bulu chibi cantik sangat tehee.

tak payah aku nak buka photoscape , edit gambar semua. tak perlu ;) kalau perasan, gambar ini langsung tak ada bintik bintik atau orang panggil noise kot (?)

gambar ditangkap menggunakan Blackberry Torch, autofocus, mode auto with flash. video akan menyusul, mahu letak tapi segan suara saya kuat. tapi akan letak nanti. sebab saya nak tunjuk video with autofocus and sound dia pun sedap sahaja :)



video dari amatur (?) akan berusaha lagi untuk improve video lain wkakaka :P
btw, pandangan saya adalah jujur, mungkin saya suka camera dia, mungkin bagi awak adalah kurang. saya tidak dibayar untuk memuji, malah saya tidak dipaksa untuk mengeji. ini pendapat saya sebagai seorang pengguna. sama macam awak :) nantikan review blackberry torch #maxis10 versi yang lain pula yaa

♥ okai bai.

Selasa, Oktober 19, 2010

Alat² dapur yang canggih abad ini.

Selamat pagi.

hari ini kita cerita pasal dapur. siapa suka pergi dapur? SAYA SAYA, kenapa awak suka pergi dapur? SEBAB SAYA RASA TENANG JE DEKAT DAPUR T______T

cuba saya tanya, awak suka tak bila emak cakap, pecah kan telur, kupas jagung buat bubur jangung , buat sendiri popcorn tu asyik nak beli sahaja membazir tahu, atau paling selalu kita buat adalah memotong sayur, bawang, yang boleh membahayakan jari jari kita yang manis ini .

tapi sekarang jangan risau, zaman semakin maju peralatan dapur pula semakin canggih. agak agak bila lah malaysia nak keluar macam ini ya? actually banyak lagi tapi macam tak perlu lah nak letak tempat letak champagne, atau pembakar pork (T_T)


melindungi jari anda dari pisau yang tajam. menarik. i sukaaaaaaa


popcorn maker. bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


egg cracker, menarik, tapi kalau kulit dia pecah sama juga T______T


penyiat jagung (?) menarikk, hari hari aku buat bubur jangung eh jagung. sebok je N tu.


pentuang air, KAH KAH KAH comel.


jari bergarpu. menarikkk


pizza hut patut ada, mula mula gelek lepastu saut (?) dengan garpuuuuu nyummy
♥ okai bai.

Sabtu, Juni 26, 2010

Telefilem Datang Bulan lakonan Ika Nabila.

selamat pagi.

hai semua kesayangan, semasa saya menaip entry ini saya tengah melayan perasaan sambil tengok cerita seram 'datang bulan' HAAA nama pun datang bulan confirm kau orang tahu kan maksud dia datang bulan (?) LOLO okay tak buat benda aneh pulak pagi ini LOL
Menstruasi atau haid atau datang bulan adalah perubahan fisiologis dalam tubuh wanita yang terjadi secara berkala dan dipengaruhi oleh hormon reproduksi Tanda tanda datang bulan ialah Perut terasa mulas, mual dan panas.sakit kepala dan pusing.radang pada vagina.Gatal-gatal pada kulit.mosi meningkat.bengkak pada payudara.

cerita dia bermula bila pelakon utama 'MAYA' lakonan ika nabila ( okay dia memang cantik, muka dia gedik gedik sikit tapi mmg dia lawa pheww ) bukan senang saya nak puji orang tiba tiba HAHA eh sambung balik, bila MAYA buang tuala wanita dia dalam hutan.

jangan main main okay, walaupun tuala wanita dia macam sensitif sikit tapi kita sebagai perempuan jangan suka suka buang merata rata. eh tak best lah panggil tuala wanita, dah biasa panggil ipad jadi kita panggil pad sahaja.

Di dalam telefilem tersebut, ia berkisar tentang Maya dan rakan-rakannya yang pergi berkhemah di sebuah hutan ditimpa tragedi selepas Maya membuang tuala wanitanya.

Dia kemudian dirasuk oleh makhluk halus bernama Bulan, tetapi kemudian cuba dibantu temannya, Anuar (lakonan Zoey)
cerita ini memang patut jadi iktibar lagi lagi untuk anak gadis macam kita LOLO emak gadis pun kene alert juga okay. btw 'datang bulan' boleh tahan lah best dia. lepas tu saya sempat bertweet dengan ika, siap bagi nasihat dekat dia jangan buang pad merata rata HAHAHAHAHA

boleh baca lagi dekat sini.

Rabu, Juni 23, 2010

Contest Gadis Paling Comel.

selamat petang kawan kawan.

LOL siapa yang rasa diri dia comel sila angkat tangan sekarang. oh sabar kalau anda dekat khalayak ramai sila turunkan tangan anda kerana saya tahu sangat keti ( atau ketiak atau armpit atau oksel - bahasa afrika KAH KAH KAH) adalah berbau. heshh hamis T______T

tak tak, sebenarnya saya bukan lah nak cakap saya comel tapi saya saja nak sokong kawan saya buat contest gadis paling comel LOL. dah lah banner contest dia comel macam saya terus berminat saya nak masuk kontes yang beliau anjurkan. eh siapa pulak kawan saya tu? sila picit picit perkataan kawan HIKHIKHIK

yang pertama.
nah, ini lah gambar terbaru paling comel. LOL sebab apa saya cakap gambar itu paling comel? sebab ada tahi lalat palsu dekat dalam gambar tu. sila lah cari sendiri. HAHAHAHA okay babai.

gua tengah tarik kain masa ni LOL

yang kedua.
benda comel/cute yang saya suka adalah anak anak saya bersama si botak eh tak si buah hati LOL :D

lukas padolski (nama samaran) and eddy

yang ketiga.
saya nak tag makhluk paling comel didunia iaitu chibi. LOL bukan bukan, gua nak tag kakak feez supaya menjadi mangsa saya HIK HIK HIK

eh, ini syarat syarat dia. gua kopipes sahaja hihi
  • terbuka kepada gadis-gadis sahaja sebab lelaki tidaklah comel.mereka kachak dan macho sahaja. hak hak hak.
  • perlu lah menjadi followers saya yang comel dahulu. *psst..kalau nak LIKES fanpage saya sekali pun ok what. thehehe...:)
  • letak sekeping sahaja gambar anda SENDIRI. tidaklah berdua mahupun bertiga apetah lagi berempat. dan gambar itu mestilah gambar anda yang TERKINI mungkin! tidak mahu gambar masa kecil-kecil; masa baby sebab kalau masa baby semua orang pun comel oh..!
  • buatla entry khas untuk contest saya ini. letak kan banner contest ini di entry anda dan di sidebar anda dan WAJIB backlink kepada contest saya ini semula. ok. ;p. copy-paste je code banner contest di sidebar saya itu.perletakan banner contest di side bar adalah tidak wajib.terpulang mahu letak atau tidak :)
  • di dalam entry anda juga tuliskan jawapan untuk soalan saya ini :: apakah benda comel/cute yang anda suka? contohnya. :: benda comel yang saya suka ialah toothbrush holder. ;p. itu contoh lah ye..
  • tag kan hanya seorang yang anda rasa patut join contest ini. make sure orang yang di tag itu tahu ya??!

adakah


Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !