Jumat, Agustus 20, 2010

Resipi mudah : Ayam masak lemak cili padi.

Selamat petang.

hari ini, kalian hendak berbuka apa heh? selalunya sebelum pergi kerja tugas anak mithali seperti saya adalah berbincang dengan emak untuk lauk berbuka. sebab anak mithali semua pergi kerja tak dapat membantu emak (T_T) jadi terpaksa lah berbincang terlebih dahulu.

jadi bincang lah kami anak beranak sebelum sampai ke tempat kerja. buat pengetahuan kamu, saya adalah pencinta ayam. (T_T) sebab itu acik acik dekat unisel panggil saya ayam wu wuuuu. entah kenapa suka sangat dekat ayam, kalau bagi pilihan ayam, kambing, daging pasti ayam adalah pilihan hati. habis kalau bagi siput babi confirm saya tak nak pandang pun . lagi teruk kalau bagi pilihan makan mimi, lagi saya tak nak.


Credit : google.
eh terpanjang pulak bebel. saya kalau dapat bebel dekat belog memang panjang, risau kalau kamu pengsan nanti habis batal puasa siapa pula nak bertanggungjawap? (T_T) oh akhir nya emak setuju masakkan ayam masak lemak cili padi dengan sambal ikan bilis goreng kentang.

jadi menu berbuka hari ini adalah ayam masak lemak cili padi LOL.

Resipi mudah ayam masak lemak cili padi.
  • ayam 6 ketul
  • santan kelapa dari kotak kecik
  • bawang merah 2 ulas (blend)
  • bawang putih 3 ulas (blend)
  • kunyit ( ambil sikit cm sebesar ibu jari baby ;p) (blend)
  • cili padi 12 biji (blend)
  • sekeping asam keping
  • sebatang serai (dititik)
Cara cara.
  1. panaskan periuk, jangan terlalu panas dan masukkan bahan yang sudah diblend kedalam periuk. tambah sedikit air.
  2. masukkan ayam dan serai ke dalam periuk, dan biar kan bahan blend sedikit kering.
  3. masukkan santan . tambah kan sedikit air supaya tidak terlalu pekat
  4. kacau sehingga mendidih dan siap utk dihidangkan.
// ada kenangan manis sebenarnya ayam masak lemak cili padi ni, mungkin akan diceritakan kemudia. hihi

♥ okai bai.

13 komentar:

  1. Hahahaha saya pun pecinta ayam juga.. sampai badan pun naik gler hahahahaha...

    BalasHapus
  2. i pun nak ayam je. hari-hari suruh mak sediakan lauk ayam untuk i. kalau malas masak, goreng je pun i sanggup T________T hari ni pun mak masak ayam YAYYYYYY

    BalasHapus
  3. nampak sedap..cayalaa..akak pn tak khatam lg msk2 mcmni..harus cuba..

    BalasHapus
  4. simple je kan..
    tp xpenah masak pown..
    :p

    BalasHapus
  5. Aaaa, sedap gila. pergh kecur air liur .

    BalasHapus
  6. haha ayam sangat besttt ! :D

    BalasHapus
  7. @Along25

    HAHA badan pun comel je mcm ayam kan HAHA

    BalasHapus
  8. @Rara

    HAHA goreng makan dengan kicap pun sedap kan yangg? heee geram nya. kalau pergi bazar nampak je ayam percik i dah lapar sangat :(

    BalasHapus
  9. tenkiu yunk!dah lama nak belajar masak ayam masak cili padi ni
    ;))

    BalasHapus
  10. saya suka panggil acik lena ayam kerana acik suke mkn ayam n lagy 1 acik suka melatah mcm ayam nk bertelur.. :P

    BalasHapus
  11. ayam mmg best...uhu...skit2 ayam..ayam..dan ayam lg...ayam mmg terbaiq

    BalasHapus

Terima kasih kerana membaca

Mari luahkan isi hati anda juga :)

1. Jangan emosi sangat tau.

2. Luahkan dengan nada comel.

Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !