Kamis, Januari 06, 2011

Makan² dekat Rumah Thai Taman Melati.

Selamat petang.

hari itu, entah bila tak berapa ingat yang pasti hari selasa saya rasa, saya dan kakak membawa eh salah ayat tu sepatutnya saya dan kakak dibawa oleh emak dan bapak ke sebuah kedai makan bernama Rumah Thai diarea taman melati macam tu lah haku malas nak ambil port dekat mana yang penting perut terisi dan muka ada suka.

oleh kerana tidak sampai hati melihat emak terbongkok bongkok didapur, kakak dengan happynya mengajak makan diluar, itu lah sebab nya kami makan diluar, padahal sahaja nak mengabiskan duit kakak aku. HAHA suka haku sekarang bila dah kerjaya ini senang nak habiskan duit sendiri tanpa fikir membebankan emak. kira aku bebankan diri sendiri lah kan bagus macam ini punya anak (tiba tiba puji diri sendiri T_T)

menu pertama yang sampai adalah puding mangga. eh bukan puding heh, sebenarnya dia adalah pulut mangga, baru first time makan ni, serius eksaited nak tahu sangat apa keistimewaan puding / pulut mangga ini. bila rasa sahaja, saya kata pada diri, puding / pulut mangga tidak boleh challenge pulut durian. DEMM AH SEDAP GILA PULUT DURIAN :((

kedua, adalah air bandung. HEH banyak banyak air , aku pilih bandung lepas tu bila makan pulut + santan + susu jadi loyar tekak sikit. sangat tidak pandai memilih air T_T kakak aku pilih air epal + limau nipis kot + asam boi sangat lah nangis* sampai aku pandang air dia je takmau pandang bandung cincau tapi terpaksa. terpaksa minum juga. UWUWUUWUW

butterprawn. kemain keriuk keriuk dia ni, memenuhi sepinggan udang, sampai aku rasa udang dia adalah dalam beberapa ekor, keriuk keriuk dia telah mengaburi mata aku. oh lupa masa ini kita pilih set sebenarnya. ini set dua orang makan. dalam rm42 macam tu

tomyam campur, kemain kau sedap gila tomyam dia bila belek belek tak ada isi sangat rasa macam nak meletup. uwuwuwuw rindu tomyam dekat UNISEL sedap sangat sebelum abang hensem berhenti berniaga dan pindah ke batang berjuntai. wuwuwuwuw rindu abang hensem (tiba tiba)

sayur brokoli rebus ke apatah. TAK SUKA BROKOLI. next

ayam pandan. empat ketul untuk empat orang. okay lah dapat seketul pun nasib baik kalau tak aku yang kene abiskan dan bagi saya, ehem saya tak berapa suka HAHAHA ok nxt

udang petai kot? ini lauk tambahan. sedap ah . udang ni lagi juicy dari butterprawn dia. butterprawn dia semacam kering. tak berapa sedap.

ikan kerapu masam manis. ini lauk tambahan. ingatkan tak cukup lah rupanya cukup sangat malah terlebih lebih pulak. lepas ni kalau makan disini lagi mahu makan puding sagu. tapi kalau engkau makan puding sagu dia mana lah cukup satu cup mcm tu baik buat sendiri tapi bila fikir fikir buat sendiri macam menangis gila sebab susah weh nak buat puding sagu, terus rasa takpa beli dua cup terus (saja nak kasi kau ornag tak ada semangat dengan sagu puding) okthnxbai



eh lupa dua orang penting. eh apa pulak dua? tiga orang lah HAHA T__________T

so set Rm42 + Ikan kerapu + Air + Udang petai + Pulut mangga = Rm120+ tak silap,

RUMAH THAI Amaxing Thai Flambae

okaithnxbai.

47 komentar:

  1. why tak suka brokoli, brokoli sedapp taww

    BalasHapus
  2. mantap gak makan dia .

    120 untk 4 orang , fuhhh berpeluh !

    BalasHapus
  3. Liyana! Aku pernah makan benda nih! Tapi kat branch lain lah. Pergh! Finally ada jugak something yg ko post ak pernah rasa. Klu tidak dok meleleh air liur je memanjang. Udang butter tu sgt sesuai dibuat ratah semasa menonton rancangan kegemaran. LOL!

    BalasHapus
  4. @si pendek dan moody

    sbb brokoli mcm er mcm xberapa sedap mcm cauliflower ke apa tah mcm mana nk eja takreti wkakaa

    BalasHapus
  5. Pulut mangga tu besh tau..tapi kenapa santan dia banyak sangat..wuwuwuwu..
    Kalau i balik kampung selalu jugak makan..
    Tapi memang tak challenge pulut durian..
    Total semua ni berapa?

    BalasHapus
  6. ssedapnya tomyam :)

    *ynn, mcm mana nak buat related post macam kat blog ynn ? boleh ajar tak ?

    BalasHapus
  7. haha sedapnya udangggg. melelehhh air liur den cikkk. tapi tengok pulut dah macam kyg sgt jee nak makan nasi pulak. adehhh.

    BalasHapus
  8. sedapnyeeee.
    *macam nak makan jee screen komputer ni.
    SOBSOB.

    BalasHapus
  9. So, kesimpulannya mknan kat sini sedap eh? nak cuba lah pasni. Hihi ..

    BalasHapus
  10. tak sedap ka pulut mangga tu??
    i suka pulut mangga.. tapi tak suka pulut durian.. haha!! terus kempunan ni =_=

    BalasHapus
  11. Pergh~ Ketak lutut. Shag makan 5 orang RM120 kat restoran Thai Shah Alam. Dan puas! Hehe. Ni macam tak puas je? Tom yam isi siket? Alahai~ Sedih Shag nak makan. Sobs~

    http://shagcomot.blogspot.com/

    BalasHapus
  12. pergh! kalo dpt ni, sedap tak sedap janji dapat masuk perut ^^

    BalasHapus
  13. wah..sedapnya..banyak nya order..larat ke nak habiskan..mesti semua sedap-sedap kan..

    BalasHapus
  14. sedap nyaa..mknn thai mmg sedap2 kan..
    kita penah mkn seafood thai kt kuantan hari tu,sedap gilaa..mlm tu dinner kt situ,esoknya datang lagi lunch kat sana.. :D

    BalasHapus
  15. puding mangga tu memang nampak menarik...

    BalasHapus
  16. wah terliur.
    u boleh x ajar i? cmne nak buat icon2 kecik cam fb, twitter dgn email tuh. wat tutorial ke.
    i xtau buat la.

    ;-)

    visit my blog ya :

    http://claraemilycancer.blogspot.com
    http://claraemilycancer.tumblr.com

    BalasHapus
  17. Ah..sedap bah tuu ynn2 oi.

    brokoli tak sedap ke? sedap ape? ekekeke....

    sumpah, gedik arr baterpron tu, byk sangat keriuk2 bodoh. kena tipu aar uols.

    BalasHapus
  18. pulut mangga yg letak santan kelape tuh serius sedap.aku tak nafikan.sbb aku tak makan yg pedas pon."kite adalah apa yang kita makan" sebab tuh la aku nie manis je org nyer..^_^

    BalasHapus
  19. entry ni buatkan sy lapar lg2 tang butter prawn tu. iskkk nak 5 ekor!

    BalasHapus
  20. sedapppppppppppppp nyaaaaaa. lapar. T___T
    okaithanxbye <=== tiru trademark ynn

    BalasHapus
  21. ok pe sekali skali mengabeskan wit cm 2...hehehe...

    BalasHapus
  22. butterprawn punyer keriuk2 sangat menimbun.mabeless lah!!

    BalasHapus
  23. waalllaaahhh...semua menu yang menarik tertariklah..semua menjadi kegemaran saya kalo singgah di restoran thai..huhhh...bestnya

    BalasHapus
  24. Sedapnya. Boleh pengsan sekarang sebab tengah lapar T_______________T

    Eeeeee comelnya u ni. Muka T______T Ada sikit warna merah sebelah wakakakakaka

    BalasHapus
  25. yup..cauliflower.. aku xmakan sayor.. tapi cauliflower soup sedap pe. Pernah belaja macam mana nak masak soup.. nk masak soup cengini doang blend skali dgn potatoes..

    BalasHapus
  26. sedap nye sedap nye pult mangaa! aaaa help22 :(

    BalasHapus
  27. @fezaL Mohd

    kih kih, kalau makan dkt tmpt fav kiteorg berseafood, 9orang boleh dpt rm160 dengan udang saiz XXL :S

    BalasHapus
  28. @WZulhilmi

    YAKA? kau mkn dkt mana? haha aku rasa dia ada dua branch tak ingat satu lg dkt mana :(

    eh, aku buat selalu tak menjadi *HAMPA*

    BalasHapus
  29. @Nadya

    KAN? muak i makan UWUWUWU bencik tapi tetap kene habiskan sebab satu tu RM7.90 T___________________T

    BalasHapus
  30. @Miza Yusof

    myzaaaaa :( ALAMAK kita lupa cmne nk buat nnt ynn check balik

    BalasHapus
  31. @z a n a

    mmg cik, tak termakan nasi tau sbb loya makan pulut AHHAHA

    BalasHapus
  32. @Farahiyah Najah

    nak makan screen kompiter? karang masuk paper muka depan nnt cemane? HAHA

    BalasHapus
  33. @kakchik@ella

    sedap mmg sedap tp ynn dh biasa mkn dkt kedai yg sedap, murah , puas hati so tahap dia bg ynn 6/10 je UWUWUW

    BalasHapus
  34. @Fariq

    tahan sikit air liur jgn menitik atas keyboard :P

    BalasHapus
  35. nak makan tom yam juga tapi yg banyak isi....hehe

    BalasHapus
  36. tak pernah ar try pulut mangga. entah apa rasa eh?

    BalasHapus
  37. mmg terliur tgk...tingin plak nk mkn pulut mangga tu..dh lama tak mkn

    BalasHapus
  38. @Liyana Lunia

    Hahaha, pemes tuu masuk muke depan paper. :)

    BalasHapus
  39. tomyam is like the best food., like EVERSZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ


    | Hadiah dari SARAWAK |

    BalasHapus

Terima kasih kerana membaca

Mari luahkan isi hati anda juga :)

1. Jangan emosi sangat tau.

2. Luahkan dengan nada comel.

Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !