Jumat, Desember 04, 2009

Persandingan panas di dewan merak kayangan.

cerita pasal wedding kak sobrina dengan abang fairuz belum habis. so you guys kena baca entri ni sampai habis dulu baru boleh baca entri lain pulak tau. jangan mengada nak skip satu ayat pun sebab nanti i merajuk habis tutup blog terus weehee.

wedding kak long ynaohyna.
dewan merak kayangan
22 November 2009
Atas jemputan adik manis ini




Nur Syarafina (YnaaohYnaa)

ke majlis perkahwinan kakak kesayangan beliau, maka kami berenam dengan segala susah dan payah berjaya juga menghadirkan diri ke majlis gilang gemilang tersebut yang bertempat di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur pada 22 November 2009.



Kami berenam termasuk Syafi yang ketiadaan dalam gambar ini.
Rara . Nurull . HudaLuna . Liyanaabudaktaksukaposing dan kakak lyana

Kami, (Nurull, Huda, Liyanaa dan Lyana) menumpang kereta Hijau , Rara dan Syafi. After a very long journey dengan sesat bagai, maka sampai lah juga akhirnya ke majlis tersebut.



Sampai-sampai je terus kena sign ‘guestbook’ yang cantik menarik tertarik ni

Kemudian terus menjamu mata dengan pelamin yang sungguh cantik ini.



Cantik kan..? Kan..? Berangan kejap semalam. Konon-konon ni majlis I. HAHA Ok forget it. Sekarang, mari kita menjamu mata dengan wajah-wajah pengantin pula.



Encik Fairuz Puan Nur Sobrina



Bersama bloggers. I baru tahu bahawa ada ramai bloggers yang datang. Tapi ramai yang balik awal. T___T tak sempat berkasih-kasihan berkenal-kenalan dengan mereka. Isk rugi betol



Cop.. Ni meja kami..! Meja kami..! Jangan siapa ambik. Begitulah kata kak Lyana kepada rakan-rakannya secara tipu, lantas anda pun turut percaya padahal sandiwara semata-mata. HAHA Ok, aku dah start mengarut neh. Mari kita move cepat-cepat ke gambar seterusnya.



Sebab kami balik paling lambat, maka kami sempat bermain-main cinta kat atas stage. HAHA. I ni pandai bawak je dslr. Tapi bukan pandai guna pon. Mujur ada seorang brother tolong snap-snap gambar kami atas stage ni. Terima Kasih brother..!



Dah last-last baru budak baju biru bernama Mira tu sampai. She’s one of blogger’s too.



Terima kasih tidak terhingga kepada Rara dan kekasih hatinya, Syafi yang penuh tabah membawa kami ke majlis gilang gemilang tu walaupun banyak halangan dan dugaannya. Kagum I dengan mereka berdua ni. Semoga cepat berjodoh ye kakak dan adik berdua..! kakak.??? Yela yela yela. I paling muda dari kalangan semua yang datang semalam. T__T muda with young heart ye..!

Last but not least

picture5-196

Terima kasih tidak terhingga kepada Ynaa dan Kak Sobby atas undangannya. Dan kepada Kak Sobrina dan Abang Fairuz, Selamat Pengantin baru dari Liyanaa. Semoga hidup anda berdua sentiasa diberkati Allah dan dikurniakan sebuah keluarga harmoni yang melahirkan generasi gemilang di masa hadapan. (Ewah, macam pinjam ayat Perdana Menteri saja..) HIHI

Kepada Ynaa : U memang kuat. i kagum..!! love u babe.

Last but not least kali kedua,

Saya sungguh bergumbira. Hari itu adalah hari pertama bertemu mereka semua dan tanpa ragu, kami mencipta silaturrahim yang seakan telah bermula sejak zaman kanak-kanak lagi. (Walaupun I je yang paling muda with brain kat situ *ini mcm tiru chika je HAHA* tapi I lah yang asyik merayap macam budak kecik pegi ambik gambar sana sini. HAHA) . Glad to have you all in my life..! Thanks..!

Last but not least kali ketiga,



*nurull semangat dgn bunga pegi timesquare. dah la kebas bunga majlis dekat dewan merak kayangan HAHAHAHA*

lepas majlis, geng kereta rara semua sepakat nak pergi hangout dekat timesquare berbaju kurung. eh siapa cakap i yang comel ini yang cover ayu hari tu? haa. i yang cover ayu ke tak ayu langsung ini pakai baju kurung weh pergi timesquare. haha. jangan menangis weh tengok gambar i penuh keayuan dalam entri ni :D

girlsssss, you guys tahu kan siapa? shhh.



sedappp weh, i dengan kakak lyana and huda pegi cari western food sebenarnya tapi tak jumpa T_______________T so untuk kasi hati yang terluka jadi mcm sejuk kiteorang terus cari irainbow ice kacang strawberry khas untuk i hihi serius best borak borak sambil berphotogedik bagai hee.

i dah rindu saat-saat kita bergossip dan rindu saat-saat kita semua gelak ketawa bersama. i rindu sangat. please please nanti kita jumpa lagi please. sobs. (airmata jatuh bermakna entri wedding kak sobrina and her husband dah bersurai)

by the way,

kak sobrina and abang fairuz, tahniah sangat. and and semoga bahagia selalu. and you guys sporting sangat sebab walaupun penat dan busy, tetap melayan kitaorang and siap berbual mesra and boleh gelak ketawa and i takkan lupakan kenangan rara jatuh dekat atas ynaa. nurull tolak rara terus jatuh atas ynaa nasib baik tak patah tulang ke apa masa itu. weee.



*credit : queenlyana & raracandyfloss. ini baru plagiat HAHAHAHAHHAHAHA

8 komentar:

  1. hak hak..patut bace sama je. :P

    BalasHapus
  2. wah.. bestnye p wedding n jumpe ramai bloggers~ saye? saye? takmo jumpe ke?? hehe =)

    anyway, ynaa mmg sgt2 la kuat n tabah. ade bace blog n cite die. i admire u la ynaa~ kagum. harap i pon ade hati yg kuat cm u =)

    BalasHapus
  3. asyik en3 pasal wedding orang lain je

    ko punya bila plak????

    BalasHapus
  4. huhu..

    plagiat terhormat


    :p


    kwn2 i ckp ari tu muka i xde seri..
    sbb sembab asik nangis kot

    =(

    BalasHapus
  5. weh liyanaa.com ; bukan plagiat sebenar sebab dia pergi letak credit. HAHAHAHAHA mana ada plagiat letak credit hoiiiii :P

    okay kelakar betul sebab ayat bercampur baur dah :D

    BalasHapus
  6. diyana yang sgt luvly. HAHA

    yep yep i ciplak entry dieorang lepastu bagi credit pfft ;p

    soffea.

    hihi bestttt sbb yna siap anta card semua sgt rasa terharu habis dh ni eceh eceh mst la i nak jumpa awakkkkk KAH KAH KAH jom dating awk belanja na ;p

    matju.

    HAHAHAH aku bila pulak? pfft tah bila tah weh serius ntah bila la kan entry aku kn ;p

    huda.

    hahaha. so jgn nangis2 tau? T_______________T be strong mcm yna tauuuuu

    rara.

    i kan plagiat comel gila habis HAHHAHAHAHAHA

    BalasHapus
  7. jelesnya T___T
    pi sane tak ajak pon ek. hehe.
    cam best je korang sume posing. nak msk jugak!!
    haha

    BalasHapus
  8. eh tetiba i baru perasan, i, nurull and huda adalah sebaya akan tetapi tidak kelihatan sebaya :D

    BalasHapus

Terima kasih kerana membaca

Mari luahkan isi hati anda juga :)

1. Jangan emosi sangat tau.

2. Luahkan dengan nada comel.

Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !