Minggu, Juni 22, 2014

Bila firdaus insan OKU yang dikurung



Sejak semalam kecoh berita mengenai kanak-kanak malang berusia 15tahun  , Muhammad Firdaus yang dikurung oleh emaknya sehingga disangkakan mayat oleh pihak berkuasa yang membuat serbuan ke atas rumah ibu remaja malang itu.

Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.
“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.
- See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/2014062206482520140622064825/Article/#sthash.PRVhgonj.dpuf

Hasil siasatan awal mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun yang ditemui dikurung dengan keadaan fizikal kurus kering di Flat Semarak, Nilai, awal pagi tadi adalah akibat kekurangan zat makanan dan hanya mampu merangkak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim, berkata ibu remaja lelaki OKU jenis 'celebral palsy' itu berasal dari Sabah dan sudah berpisah dengan suaminya.

"Merujuk laporan akhbar berkaitan pengabaian seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang hari ini, saya terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku.

"Saya telah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan siasatan lanjut dijalankan.Oleh itu Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan telah turun ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di mana tempat remaja tersebut diserahkan," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Rohani berkata, siasatan juga mendapati ibu bapa remaja tersebut telah bercerai dan ibu yang menjaganya telah putus hubungan dengan bekas suami. Ibu tersebut menafikan yang anaknya dikurung dan diabaikan.

"Siasatan terperinci sedang dijalankan dan sekiranya didapati pengabaian terhadap anak serta OKU ini berlaku,

"JKM akan menempatkan remaja itu di pusat perlindungan kendalian JKM. JKM juga turut memberikan perhatian serius terhadap kebajikan remaja itu," katanya.



Siapa yang tak sebak tengok seseorang dikurung sehingga begitu rupa, kurus kering baju rabak seperti langsung tidak dihiraukan, dikurung pula tempat kotor dan busuk. bagaimana ya emak dia boleh kata emak dia sibuk mencari nafkah sedangkan ternyata firdaus pada bulan June 2014 adalah sangat berbeza dengan gambar di facebook seorang wanita yang katanya milik ibu firdaus .

2 komentar:

  1. wah! bezanya gmbar seblum n slpas,, eih, rsanya klau bz kja atau ksempitn hdup sekalipun xkan smpai biar ank mcm ni..ksempitan hdup pun ada fb eh..

    BalasHapus
  2. Biar aku je pelihara anak ni kalu dah maknya tak guna mcm nie..kesiannyalah..

    BalasHapus

Terima kasih kerana membaca

Mari luahkan isi hati anda juga :)

1. Jangan emosi sangat tau.

2. Luahkan dengan nada comel.

Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !