akhirnya terjejak kaki dekat bazaar ramadhan kerana menemani Puan Emak mencari barang sebungkus dua mee jawa/mee rebus/ mee kari kerana hari ini Puan Emak tidak mahu makan nasi kebetulan selera anak dan Encik Bapak hari ini berkisar pada makanan berkolesterol tinggi yang di beri nama KEPSI. Berselera lah anak dan Encik Bapak melantak ayam kepsi dan nasi ayam kepsi itu , Puan Emak pula redha dapat mee jawa tak berapa power biasa lah bazar romadhooon!
maka selain Puan Emak membeli mee jawa mata liar anak kesayangan dia ternampak gerai Kuih Tepung Pelita Paya Jaras 6 ketul RM3 terus apa lagi melompat lah anak kesayangan tersebut lantas membeli 6 ketul sahaja kalau beli lebih takut membazir. Sepanjang 25 tahun , dan 20 tahun berpuasa, seorang liyana jika ke bazar ramadhan akan hanya mencari kuih sampan dia saja.kebetulan Kuih Tepung Pelita Paya Jaras memang terbaik rasa dia. manis cukup lembut cukup lemak cukup
Gambar lama, Pelangi Ramadhan
Jikalau tuan ingin mengambil hati saya, tuan belikan lah sebungkus dua Kuih Tepung Pelita Paya Jaras , tidak perlu roti john atau roti boom! saya tidak mahu. saya hanya ingin Tepung Pelita Paya Jaras
// gambar diambil melalui google images :)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Terima kasih kerana membaca
Mari luahkan isi hati anda juga :)
1. Jangan emosi sangat tau.
2. Luahkan dengan nada comel.