Minggu, November 23, 2014

Karnival Upin Ipin 2014 PICC Putrajaya

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Fenomena upin ipin dan ultraman ni membuatkan raksasa kenit menggila dan sentiasa mengingatkan ibu dan baba untuk membawa mereka bertemu ultraman dan upin ipin. Alhamdullilah dah berjanji dengan raksasa kenit lebih kurang dua minggu nak membawa  mereka berdua ni bertemu upin ipin dan ultraman ! 


Hari ini dengan semangat jitu dan saksama pukul 5 am dah bangun sebab taknak  mengalami nasib malang para pengunjung lain yang terpaksa parking jauh dan mendaki bukit PICC, Putrajaya dan berhimpin-himpin macam sardin dalam Hall A tersebut. Booth-booth jualan dalam hall A mengganggu betul para pengunjung untuk menyaksikan persembahan. Rasa macam nak tolong alihkan booth-booth jualan tersebut T_________T


Sampai PICC setel parking bawah basement. bawak nasi lemak bungkus makan tepi kaki lima je, maklumlah nak duduk dekat meja Go & Grab ke apa tah dah diberi amaran tak beli tak boleh duduk. setel makan minum terus pergi cari tempat duduk. PENUH! depan stage dah penuh terpaksa menyelit tepi-tepi stage kira pandang punggung upin ipin je lah, tak apa janji dapat tengok kaakaka T____T

Yang menjadi masalah apabila makcik-makcik datang lambat bawak anak rempuh orang yang tengah duduk elok-elok ni semata nak dekat dengan stage. main langgar kepala orang, sanggup berdiri depan orang yang duduk tayang pungkoq dia. amboi ! benda boleh setel kalau orang belakang duduk, so orang belakang-belakang boleh nampak lagi upin ipin menari atas pentas tau tak T______T


Pukul 9am duduk depan stage tunggu otomen rupanya otomen muncul pukul 1pm :')

angin betul aku, beberapa kali jugak aku maki orang yang selfish cenggini. duduk dendiam la sibuk nak kedepan stage kalau boleh nak anak dia duduk terus atas stage tu sebenaqnya. makcik-pakcik yang selfish ni la menyebabkan berlakunya himpit-himpit anak tak sabar nak tengok upin ipin depan-depan. rasa nak tampaq je sesekor. geram !

merasa la pengalaman maki orang dan tengok body ultraman yang seksi itew. maka tahun depan kalau buat kat PICC lagi terima kasih je lah :')

Anak buah happy, cikna pun happy. muah ciked!

3 komentar:

  1. mak aih. lama gila tunggu. baik betul anak2 buah yiying ni.

    BalasHapus
  2. comelnya ade ultryman...dulu kecik2 kita suka giler! :D untung budak2 skrg :D

    BalasHapus
  3. Untungla dapat acik baik ati cani.. Sanggup bangun awal nk bawak anak menakan gi karnival Upin Ipin.. ^_^
    RosmizaAliDotCom™

    BalasHapus

Terima kasih kerana membaca

Mari luahkan isi hati anda juga :)

1. Jangan emosi sangat tau.

2. Luahkan dengan nada comel.

Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !