Jadi pada 30 Disember 2015 atau 1 Januari 2016 adalah tarikh estimate date deliver. Waktu tu bayangkan lepas push ke terus masuk 12am then ada bunyi bunga api dekat luar pompompom! Tetapi anak teruna saya ini sungguh misteri orangnya sudahlah masa emak nak scan jantina, dia sorokkan. Tak pepasal emak ingat dia baby girl (T_______T) then MASA SCAN DENYUTAN NADI DIA MENYOROK JUGA SAMPAI BERGONCANG PERUT AKU NI HA BILA NURSE CARI SANA SINI DENYUTAN NADI DIA HSHSHSHS AKU DAH RISAU TAHU TAK DAH LA MASA TU DAH 39 MINGGU!
So bila dia taknak keluar 1 Januari tu, 3 Januari emak pun pergi serah diri dekat hospital sebab perut mengeras, bawah dah senak apa semua tapi bukaan baru 1cm. Eleh bukan sakit pun kene seluk tu gaissss! Bayangkan macam suami seluk je lah shhsshhs relax, jangan keraskan badan, jangan kemut! Okay tu tips untuk awak nanti k! Then Doktor suruh balik buat banyak eksesais berjalan dan bersama sidia untuk membantu bukaan pintu serviks tu.
Sempat lah emak dia pow KFC snake plate sambil mengukur jalan dekat Wangsa Walk tu hshshshs and 5 Januari pula adik beradik ajak makan Kenny Rogers sebelom aku kene berpantang kan, so kita pun sedap la bantai air gas sarsi dua gelas balas dendam 9 bulan tak boleh minum air gas hshshshshs !
Pagi 6 Januari, rasa sakit yang dah lama tak jumpa. 9 bulan dia hilang tetiba hari ni datang balik haaaa tudiaaaa SENGGUGUT DAH MAIII!! Hshshs tapi mild senggugut la, pergi toilet nampak pula mukus lendir pekat yang lain macam. Selang beberapa jam makin kuat rasa senggugut tu and keluar darah bersama mukus pekat. Okay betul dah ni, ni tanda nak bersalin dah ni. Boleh prepare nak menjerit kalau kalau keluar air ketuban tapi tak! Air ketuban taknak keluar T.T sakit senggugut selang 15min, kejap sakitttttt, kejap hilanggggg....
Lepas maghrib terus pergi hospital selayang. Berharap dapat bersalin 6hb tu la sebab tarikh cantik kan! Tapi baru tahu orang bersalin sulung ni lambat sikit bukaan dia T.T so dalam pukul 11pm lepas buat CTG dengan perut sakit mengeras tu kene baring statik memang sakit la. Berapa kali kene marah dengan nurse sebab bacaan lari sebab aku pusing sana pusing sini T.T doktor decide nak induce terus. Cucuk la sana sini sampai memancut darah, aku pula ingatkan dia nak masukkan air dalam badan sebab kekurangan air ke apa rupanya kene induce T.T
SAKIT SANGAT! 7 jam dalam wad dari 12am - 7am menahan sakit yang emtah takleh gambarkan rasa dia macam tulang belakang macam kene sentap, buah pinggang macam kene tarik, perut memulas mulas. Sampai aku takleh kencing sejak pergi hospital tu T.T dekat katil tu mengiring ke kiri, orang sebelah siap berdengkur dengkur, kita ni tahan sakit sampai rasa nak roboh katil. Tapi aku tak jerit jerit pun. Cuma mcm mengeram je la. Hmmmm huhuu sakit nurseeee.... Masa tu handphone pun rasa nak baling, dah takde nafsu nak main handphone scroll fb ke apa T.T hshshshs sampai satu tahap aku minta ubat tahan sakit tapi takde kesan pun!
7 Januari 2016 Pukul 6.45am doktor datang check bukaan dah 8cm, kelam kabut dorang siapkan LR and tukar katil apa semua. Nampak la banyak darah and air dekat atas katil yang aku baring tu. Scary betul weyy! Suami pula baru sampai hospital and tengah beli air dekat vending machine depan wad tu sampai tak perasan isteri dia lalu belakang dia hsshhash
7.30am masuk labor room, sambil baca laillahaillaantasubhanakainnikuntumminalzolimin, sambil whatsapp group minta maaf minta ampun, sambil contact suami suruh pergi LR cepat cepat, sampai kene marah dengan bidan sebab main phone dah waktu sakit tahan kontraksi rasa nak baling handphone kan tak sempat la nak main T.T
7.45am bidan check dah fully dilated then pecahkan ketuban nampak air dah keruh T.T BABY DAH BERAKKKKKKKKKK! 7.50am rasa kontraksi dah datang terusssss teran 2 kali tanpa suami disisi, tetiba rasa panasssssabje kat bawah. Maka keluarlah MUHAMMAD ALFI FAYYIZ BIN MUHAMMAD FAWEEZ IQRAM dengan berat 3.03kg. alhamdullilah syukurrr sihat walafiat anak ini. hihihi kelakar part ni bila bidan angkat baby, baru suami sampai kat LR pastu dedua blur tengok celah kelangkang hitam. Ooo boy rupanya ingatkan girl. Hshshshshs hilang semua sakit tengok anak depan mata.
Sesi jahit menjahit pun bermula lepas keluarkan uri. Senang, syukur sangat semuanya dipermudahkan. Dapat bidan and nurse semua perempuan. Uri keluar cantik, jahitan senang tanpa masalah kulit lembut macam soya sambil dijahit, nurse bagi roti telur (padahal org kata pantang telur T.T) sambil diaorg offer milo ais. Kuajak ngat tauuu! Sambil kene jahit, sambil makan roti telur, nurse hulur baby suruh susukan. Kekok gilaaa! Nurse siap picit nenen, ade la setitik dua lepas tu nurse puji puji kata banyak susu. Pandai kan dia saiko ibu muda cam ni hshshs be positif la ibu ibu. Memang susu tak terus memancut sebab baru je bersalin kan? Atleast 3-4 hari baruuu la susu banyak or macam kita minggu ke 2-3 la baru nampak ada susu memancut. Sekali dua juga la bengkak susu tapi tuam dengan air panas. Kita tak pam masa pantang. So tatau kuantiti bape.
Dalam pukul 9.00am setel semua dekat LR, kene turun dari katil sendiri duduk dekat wheelchair, sambil bawa baby yg tengah menyusu masuk wad. Sampai tepi katil, tetiba dengar bunyi POP! Maka banjir lah area katil dengan air kencing T.T berapa punya lama daaa simpan, bercampur la dengan darah apa semua terpaksa la mandi , jalan terkedek kedek masuk toilet. Alhamdullilah suami seorang yang penyabar, dia la yang lap air kencing wife dia tu sebab cleaner lambat sangat takut orang lain tak selesa hihihi tq baby. Sorry susahkan u T.T
Alhamdullilah total 3 hari 2 malam dekat hospital selayang cuma RM33 je ! Tak mampu pergi swasta maka terpaksalah redha kene balik rumah sebab takde katil kosong dekat wad, kene tunggu lama dekat PAC, kene seluk dengan doktor lelaki, kene makan makanan bukan berpantang . Itulah semua dugaan dan ujian untuk menjadi seorang ibu.
Tamatlah pengalaman melahirkan anak teruna ku ini. Panjangnya ! Mesti tak sanggup nak baca kannn? Shahshshs