Blog, rata rata setiap individu dalam dunia ini sedang dilanda demam blogsphere. masing masing cuba hendak menjadi seorang blogger. masing masing cuba hendak mempunyai sebuah blog atas nama sendiri contoh dia macam liyanaa.com . tak pernah terbayang pun waktu umur 15tahun akan ada sebuah domain sendiri dan hidup sebagai seorang blogger. tak pernah terbayang pun ada ramai kenalan dari internet yang boleh menjadi tenaga pengajar.
seronok sebenarnya bila ada blog sendiri, digelar seorang blogger tegar, yang hidup dia hanya untuk blog, yang hari hari dia kalau tak menghadap blog macam sesuatu yang aneh (T_T) kalau nak cakap macam mana perasan jadi blogger ini macam tak boleh cakap sebenarnya. penat nak bagitahu tapi kene, sebab ini adalah cerita seorang blogger. yang hidup dia menghadap blog sendiri. yang hidup dia pagi petang siang malam jatuh cinta dekat blog sendiri LOL
banyak kebaikan jadi seorang blogger yang kita tidak sedari. kalau anda mahu saya listkan apa yang best sangat menjadi seorang blogger macam tak boleh nak listkan sebab terlampau banyak kebaikan dia. ehem mungkin dapat menjadi mama juwie yang laju sahaja dapat gosip panas? atau puas bila setiap hasil entry di terima blogger lain.
Hidup seorang blogger yang mendapat info secara pantas.Ia benar, kalau anda hidup sebagai seorang blogger, anda akan dapat tahu kisah percintaan azwan ali atau anda dapat informasi roslin hashim berdua duaan dengan raja azmi (HEH) atau yang lebih power rupanya katy perry adalah tunang russel keroww apa tah nama dia (semua gosip kan? apa yang berinformasi pun tak tahu HAHAHAHA)
Hidup seorang blogger yang mendapat ramai kawan.YES. ramai sangat kawan yang anda tak akan sangka tiba tiba boleh kenal dengan someone yang kita tak pernah jumpa tapi boleh bawa bergosip secara berjemaah. gila tak hebat? engkau kenal dia sebagai stranger tiba tiba jadi kawan baik? HOMAIGUDNESS seronok sangat.
anda boleh tengok entry di bawah di mana saya berjumpa dengan kawan kawan blogger.
1. Karipuff dating..
2. Wedding kak long yna.
3, Digi Pimp my day.
4. Gatsby (walaupun tak berupdate LOL)
Hidup seorang blogger yang dapat join contest menarik,Seronok, terlampau banyak contest yang anda dapat jumpa dalam dunia blog terlampau banyak sangat hadiah menarik yang blogger lain ingin berkongsi dengan kita. serius banyak sangat sampai rasa nak join setiap contest yang saya jumpa tapi macam tak boleh terlalu tamak, kita bagi chance dekat orang lain :D tapi tapi tapi, SEO contest dari denaihati yang bertajuk 'hidup seorang blogger' ini macam tidak boleh di lepaskan. serius sangat menarik :)
terima kasih denaihati kerana menyediakan contest yang menarik seperti ini dan disponsor oleh uQurban.com. Oh ini baru part yang pertama, akan ada part yang kedua. ehem part yang kedua akan saya cerita pasal 'ehem, mana boleh bagi tahu HAHAHA'// okay kalau entry ini tidak menarik, boleh like tauu. tehee.
♥ okai bai.