Semenjak menjadi babysitter selepas tamat belajar ini memang kerap juga kesabaran teruji terutamanya apabila sibuk dengan hal lain tiba-tiba raksasa kenit datang dengan muka cute
'Cikna! Abam nak yak'
'Cikna! Abam nak omen'
'Cikna! Abam nak chuchu'
Lagi pula saat tu adalah saat paling genting contohnya contest di twitter kene jadi orang kelima untuk mention penganjur. Begitulah penyebab kadang-kadang mulut ni terlepas cakap lagi parah termaki orang lain depan anak kecil
Paling teruk bila tengah drive mulalah lancang dan lancar mulut ini maki hamun orang yang salah masuk lane ke atau potong lane ke kadang kita tak sedar pun ada raksasa kenit dalam kereta kan tapi itulah orang kata kerana mulut badan binasa kerana mulut anak ikut apa yang kita katakan
Kanak-kanak dalam proses membesar ni memang cepat dan tangkas . kita ni jugak lah model dan idola mereka. Baik buruk kita , itulah yang kanak-kanak ini akan ikut
Ah seriusnya entry ni macam takda satu gelak pun ye kan?