Beberapa hari yang lalu memang popular sangat-sangat mangga asam boi dengan cili potong di facebook sampai mengalir juga saliva saya tanpa dapat dibendung lagi. Tekanan tahu tak mana nak cari mangga muda lemak manis yang tak masam bukan kepalang tu
End up hari ini emak dapat beli 1kg mangga lemak manis dengan harga RM4 sahaja! Beli asam boi baru RM1 cili potong kutip sahaja di kebun mini sebelah rumah ini.
Dan kepopularan mangga asam boi menjadikan usahawanita giat mengiklankan mangga asam boi dalam balang sehingga RM22/sebalang! wah specialnya mangga asam boi dia. Mungkin mangga import dari India agaknya
Dan hari ini terkedu tengok FB ada mangsa tertipu, beli mangga asam boi secara online. Tunggu abang posmen depan rumah, dapat mangga macam dah keruh, separuh balang pun tak sampai. Harga RM22 !!!
Tak baik lah para peniaga buat macam tu. Tak berkat! Kalau peniaga tu hantar dengan elok tetapi dimakan orang yang menghantar lagi lah haram siapa yang makan tu. Haih

