cerita 2 Ogos 2014 yang lalu , sekarang genap tiga dua bulan juga lah saya menjadi tunangan kepada seorang jejaka clumsy yang menggada namampos sampai rasa nak lempang tapi sayang tapi nak lempang tapi sayang tapi okay liyana boleh stop sekarang.
Syukur Alhamdullilah, saya selamat menjadi tunangan seorang jejaka bernama Muhammad Faweez Iqram Bin Nizar dengan mas kahwinnya eh tetiba kah!
2 Ogos 2014 tiba-tiba menjadi pula plan nak bawak kedua ibubapa berjumpa dan terus bawak 10 buah kereta datang rumah untuk merisik dan bertunang (ya ampun malu gila tapi mahu) mula-mula ingat biarlah keluarga kami sahaja tapi dia sebagai anak sulung lelaki dalam keluarga maka kemeriahan bersama keluarga itu perlu dirai. baiklah nervous tapi baiklah
orang kuat dalam hidup. dua-dua nampak sayu je bila anak perempuan dia yang degil dan paling nakal ini dah ada yang sudi menjaga sehingga akhir usia. Puan Emak paling ketara kegembiraan dan kesedihan sekaligus terpancar diwajah ayunya. baiklah taknak sambung nanti nangisT_____T
Adik perempuan yang perangai macam jantan tapi lawa itu juga nampak seperti tidak mahu lepaskan kakak dia KAHKAHKAH amboi seronoknya rasa disayangi :'))
Bangun pagi-pagi terus pergi bantu emak dengan acik susay ku yang sibuk memasak untuk lauk tengahari nanti. Majlis bermula sekitar 11am jadi sempatlah gadis manis ini pergi masak nasi 8 pot lepas tu kene marah dengan mak andam puaka sebab lambat . Cuaca baik-baik sahaja. Alhamdullilah tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
Dua buah khemah untuk 10 buah kereta. muat-muat semua kalau tak muat boleh duduk atas rumput. kah! tiada pelamin mini tiada sewaan baju tunang tiada photographer upahan tiada makeup artis tiada catering. semuanya hanya DIY! cuma tempah khemah untuk jumlah tetamu yang agak ramai untuk menjamu selera sahaja. lagi pula seorang liyana baru sahaja habis belajar, sedang menanam anggur. cepat lah anggur berbuah boleh jual hurm T_____T
Beruntung sebenarnya mempunyai ibu saudara yang pernah menyediakan perkhidmatan bridal/pelamin ni boleh lah kita pinjam tempat duduk dan bunga bulat-bulat ini sebentar. oh masih ada setelah tiga bulan belum dipulangkan nampak tak dia buat hak sendiri kah!
sebenarnya ingat nak jalan terus menghadap bakal emak mertua tak payah pelamin tapi macam pelik pula kebetulan rumah ini ada lengkungan menarik maka letak dipenjuru rumah. ambil bantal kecil dekat sofa apak terus susun molek-molek. letak lampu sedikit bagi cerah.
Atleast dapatlah bakal mertua ku menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya gitu. nampak tak simple gila dah la simple tak meriah tak pinky tapi kita memang nak tema coklat-coklat purple gitu
sebenarnya masa orang sibuk berbincang dekat bawah , kita dekat atas masih sibuk pakai shawl lah pakai veil lah pakai akseseori kepala lah tak sempat nak curi-curi dengar. ini semua sebab sibuk memasak nasi sampai terleka nak bersiap. kah!
Baju tunang pula beli sahaja online dan tampal pearl dan manik sendiri. khidmat tampak pearl dan manik tu kakak kita yang sulung, kak ya. kak ya yang uruskan kerana secara tiba-tiba minat dia pada jahitan manik & pearl meningkat secara mendadak. biarkan ! beli sahaja manik/pearl dan bagi dia jahit. kita malas nak fikir kahkahkah!
Pakai shawl hitam untuk menyorokkan susuk tubuh yang gebu tetapi masih nampak gebu ah biarlah gebu-gebu pun sedap. eh? veil dan aksesori pinjam sahaja pada makcik kita yang dah pencen jadi mak andam itu ihihihi
tapi baju nampak senteng, adakah saya sedang membesar bagai johan? :')
Beralih kepada makeup, bertuah betul seorang liyana ini apabila kakak ipar kita yang tengah-tengah tu, kak ju sudi menconteng arang dimuka eh bukan ! kak ju sudi memberi sentuhan natural pada wajahku dan memaksa saya memakai bulu mata palsu dan
jangan pakai cermin mata nanti buruk lah mekap aku baiklah adik iparmu redha dan pasghah!
terus aku rabun, sebab tak pandai pakai contact lens kan! takut contact lens melekat dekat mata taknak keluar. ya ampun paranoid
Teman-teman twitter yang sibuk je kita tak ajak dia sibuk nak datang kahkahkah! sebenarnya kita tak ajak sesiapa pun, kawan kita yang berbaju merah tu pun terpaksa datang secara tiba-tiba aku rasa perlukan seorang teman. malu lah nak ajak ramai-ramai kita bukan nikah pun T_______T maafkan kita andai ada yang terasa
Hantaran pula digubah oleh kakak ipar kita lagi sorang, kak fyda! kak fyda ni kreatif orangnya. dia juga yang pilihkan barang apa yang perlu diletak didalam dulang.
Kelu juga sebenarnya nak bagi apa dekat pihak lelaki apa, lastly kita pilih bagi makanan lah sebab masa tu pun minggu pertama aidilfitri kan.
Pihak perempuan kepada pihak lelaki
Sireh junjung
Baju
Kuih Raya
Biskut Raya
Buah
Cupcake
Pulut Kuning
Pihak lelaki kepada pihak perempuan
Sireh junjung
Telekung
Kain pasang
Kek lapis
Buah
Halwa manis
Syukur Alhamdullilah majlis berjalan lancar.
One step closer. insyaAllah
Dia pun masih setia mengjengkelkan hari-hari saya. tak apa, saya suka
Hai cuk, terima kasih sebab terima your mok dalam hati you. terima kasih sudi jadi orang yang mengjengkelkan dan membuatkan i jatuh hati pada you setiap hari. terima kasih sudi menjadi orang yang akan menjaga i till jannah, insyaAllah love u. Jangan buli i k?
Yang benar,
mok