Kamis, Oktober 02, 2014

My E-Day ♥


cerita 2 Ogos 2014 yang lalu , sekarang genap tiga dua bulan juga lah saya menjadi tunangan kepada seorang jejaka clumsy yang menggada namampos sampai rasa nak lempang tapi sayang tapi nak lempang tapi sayang tapi okay liyana boleh stop sekarang.

Syukur Alhamdullilah, saya selamat menjadi tunangan seorang jejaka bernama Muhammad Faweez Iqram Bin Nizar dengan mas kahwinnya eh tetiba kah! 

2 Ogos 2014 tiba-tiba menjadi pula plan nak bawak kedua ibubapa berjumpa dan terus bawak 10 buah kereta datang rumah untuk merisik dan bertunang (ya ampun malu gila tapi mahu) mula-mula ingat biarlah keluarga kami sahaja tapi dia sebagai anak sulung lelaki dalam keluarga maka kemeriahan bersama keluarga itu perlu dirai. baiklah nervous tapi baiklah


orang kuat dalam hidup. dua-dua nampak sayu je bila anak perempuan dia yang degil dan paling nakal ini dah ada yang sudi menjaga sehingga akhir usia. Puan Emak paling ketara kegembiraan dan kesedihan sekaligus terpancar diwajah ayunya. baiklah taknak sambung nanti nangisT_____T

Adik perempuan yang perangai macam jantan tapi lawa itu juga nampak seperti tidak mahu lepaskan kakak dia KAHKAHKAH amboi seronoknya rasa disayangi :'))

Bangun pagi-pagi terus pergi bantu emak dengan acik susay ku yang sibuk memasak untuk lauk tengahari nanti. Majlis bermula sekitar 11am jadi sempatlah gadis manis ini pergi masak nasi 8 pot lepas tu kene marah dengan mak andam puaka sebab lambat . Cuaca baik-baik sahaja. Alhamdullilah tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

Dua buah khemah untuk 10 buah kereta. muat-muat semua kalau tak muat boleh duduk atas rumput. kah! tiada pelamin mini tiada sewaan baju tunang tiada photographer upahan tiada makeup artis tiada catering. semuanya hanya DIY! cuma tempah khemah untuk jumlah tetamu yang agak ramai untuk menjamu selera sahaja. lagi pula seorang liyana baru sahaja habis belajar, sedang menanam anggur. cepat lah anggur berbuah boleh jual hurm T_____T 
 
Beruntung sebenarnya mempunyai ibu saudara yang pernah menyediakan perkhidmatan bridal/pelamin ni boleh lah kita pinjam tempat duduk dan bunga bulat-bulat ini sebentar. oh masih ada setelah tiga bulan belum dipulangkan nampak tak dia buat hak sendiri kah!

sebenarnya ingat nak jalan terus menghadap bakal emak mertua tak payah pelamin tapi macam pelik pula kebetulan rumah ini ada lengkungan menarik maka letak dipenjuru rumah. ambil bantal kecil dekat sofa apak terus susun molek-molek. letak lampu sedikit bagi cerah.

Atleast dapatlah bakal mertua ku menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya gitu. nampak tak simple gila dah la simple tak meriah tak pinky tapi kita memang nak tema coklat-coklat purple gitu

sebenarnya masa orang sibuk berbincang dekat bawah , kita dekat atas masih sibuk pakai shawl lah pakai veil lah pakai akseseori kepala lah tak sempat nak curi-curi dengar. ini semua sebab sibuk memasak nasi sampai terleka nak bersiap. kah!

Baju tunang pula beli sahaja online dan tampal pearl dan manik sendiri. khidmat tampak pearl dan manik tu kakak kita yang sulung, kak ya. kak ya yang uruskan kerana secara tiba-tiba minat dia pada jahitan manik & pearl meningkat secara mendadak. biarkan ! beli sahaja manik/pearl dan bagi dia jahit. kita malas nak fikir kahkahkah!

Pakai shawl hitam untuk menyorokkan susuk tubuh yang gebu tetapi masih nampak gebu ah biarlah gebu-gebu pun sedap. eh? veil dan aksesori pinjam sahaja pada makcik kita yang dah pencen jadi mak andam itu ihihihi

tapi baju nampak senteng, adakah saya sedang membesar bagai johan? :')

 Beralih kepada makeup, bertuah betul seorang liyana ini apabila kakak ipar kita yang tengah-tengah tu, kak ju sudi menconteng arang dimuka eh bukan ! kak ju  sudi memberi sentuhan natural pada wajahku dan memaksa saya memakai bulu mata palsu dan jangan pakai cermin mata nanti buruk lah mekap aku baiklah adik iparmu redha dan pasghah!

terus aku rabun, sebab tak pandai pakai contact lens kan! takut contact lens melekat dekat mata taknak keluar. ya ampun paranoid


Teman-teman twitter yang sibuk je kita tak ajak dia sibuk nak datang kahkahkah! sebenarnya kita tak ajak sesiapa pun, kawan kita yang berbaju merah tu pun terpaksa datang secara tiba-tiba aku rasa perlukan seorang teman. malu lah nak ajak ramai-ramai kita bukan nikah pun T_______T maafkan kita andai ada yang terasa



Hantaran pula digubah oleh kakak ipar kita lagi sorang, kak fyda! kak fyda ni kreatif orangnya. dia juga yang pilihkan barang apa yang perlu diletak didalam dulang.

Kelu juga sebenarnya nak bagi apa dekat pihak lelaki apa, lastly kita pilih bagi makanan lah sebab masa tu pun minggu pertama aidilfitri kan.

Pihak perempuan kepada pihak lelaki
Sireh junjung
Baju
Kuih Raya
Biskut Raya
Buah
Cupcake
Pulut Kuning

Pihak lelaki kepada pihak perempuan
Sireh junjung
Telekung
Kain pasang
Kek lapis
Buah
Halwa manis

Syukur Alhamdullilah majlis berjalan lancar.
One step closer. insyaAllah
Dia pun masih setia mengjengkelkan hari-hari saya. tak apa, saya suka

Hai cuk, terima kasih sebab terima your mok dalam hati you. terima kasih sudi jadi orang yang mengjengkelkan dan membuatkan i jatuh hati pada you setiap hari. terima kasih sudi menjadi orang yang akan menjaga i till jannah, insyaAllah love u. Jangan buli i k?
Yang benar,
mok

10 komentar:

  1. alahaiiiiii sooooooooooooooosweet..
    bagus ade akak ipar pndai makeup, kreatif.. nk kawen sonang..heheh

    BalasHapus
    Balasan
    1. hihik kann! kalau dpt kat kita , adik ipar kita nnt jadi clown :(

      Hapus
  2. alololo...comelnya.....tahniah!!!

    BalasHapus
  3. Eeeeeiii, time ni kita tak rapat lagi kan? so tak kisah pun kalau yiying tak jemputtt. heheehe.

    Selamat menjadi bride-zillaaaaa!

    *larikk berterbangan*

    BalasHapus
  4. Simple tapi nice.. Akak dulu last minit gak preparation tunang.. Sebab akak pun tak bajet nak wat majlis2 ni.. Ingat just nak pakai baju kurung biasa2 pastu sarung cincin gitu2 jer.. Kira antara 2 keluarga ni je.. Tapi last minit pulak kakak2 duk sibuk nak sediakan pelamin, nak suh pakai baju cecantik bagai.. Iols ikut je.. Pakai apa yg ada.. Nasibla ramai anak buah.. Boleh pinjam2.. Haha!
    Rosmiza Ali Official Blog™

    BalasHapus
  5. Tahniah, bestnye ramai yg sudi m'bantu....^_^

    BalasHapus

Terima kasih kerana membaca

Mari luahkan isi hati anda juga :)

1. Jangan emosi sangat tau.

2. Luahkan dengan nada comel.

Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !