Minggu, November 23, 2014

Karnival Upin Ipin 2014 PICC Putrajaya

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Fenomena upin ipin dan ultraman ni membuatkan raksasa kenit menggila dan sentiasa mengingatkan ibu dan baba untuk membawa mereka bertemu ultraman dan upin ipin. Alhamdullilah dah berjanji dengan raksasa kenit lebih kurang dua minggu nak membawa  mereka berdua ni bertemu upin ipin dan ultraman ! 


Hari ini dengan semangat jitu dan saksama pukul 5 am dah bangun sebab taknak  mengalami nasib malang para pengunjung lain yang terpaksa parking jauh dan mendaki bukit PICC, Putrajaya dan berhimpin-himpin macam sardin dalam Hall A tersebut. Booth-booth jualan dalam hall A mengganggu betul para pengunjung untuk menyaksikan persembahan. Rasa macam nak tolong alihkan booth-booth jualan tersebut T_________T


Sampai PICC setel parking bawah basement. bawak nasi lemak bungkus makan tepi kaki lima je, maklumlah nak duduk dekat meja Go & Grab ke apa tah dah diberi amaran tak beli tak boleh duduk. setel makan minum terus pergi cari tempat duduk. PENUH! depan stage dah penuh terpaksa menyelit tepi-tepi stage kira pandang punggung upin ipin je lah, tak apa janji dapat tengok kaakaka T____T

Yang menjadi masalah apabila makcik-makcik datang lambat bawak anak rempuh orang yang tengah duduk elok-elok ni semata nak dekat dengan stage. main langgar kepala orang, sanggup berdiri depan orang yang duduk tayang pungkoq dia. amboi ! benda boleh setel kalau orang belakang duduk, so orang belakang-belakang boleh nampak lagi upin ipin menari atas pentas tau tak T______T


Pukul 9am duduk depan stage tunggu otomen rupanya otomen muncul pukul 1pm :')

angin betul aku, beberapa kali jugak aku maki orang yang selfish cenggini. duduk dendiam la sibuk nak kedepan stage kalau boleh nak anak dia duduk terus atas stage tu sebenaqnya. makcik-pakcik yang selfish ni la menyebabkan berlakunya himpit-himpit anak tak sabar nak tengok upin ipin depan-depan. rasa nak tampaq je sesekor. geram !

merasa la pengalaman maki orang dan tengok body ultraman yang seksi itew. maka tahun depan kalau buat kat PICC lagi terima kasih je lah :')

Anak buah happy, cikna pun happy. muah ciked!

Jumat, November 21, 2014

Bil air naik

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Semalam sibuk mem-baking dengan adik dan raksasa kenit dekat dapur tiba-tiba apak datang bawa bil air dalam tangan sambil mengomel kenapa bil air naik dua puluh ringgit ni , seperti ada yang menggunakan air tanpa berjimat.



terus disoalnya kepada kami 'siapa main air ni? bil atuk naik mendadak ni tauuu' dan tanpa malu-malu kucing, raksasa kenit jawap 'atuk lah yang main air, siram unge'

baiklah, terdiam sebentar kami dengan jawapan raksasa kenit kahkahkah!



Kamis, November 06, 2014

Magic Marc'er Precision Pen Waterproof Eyeliner & Lipscrub Makeup Crime

Pada zaman dahulu saya mencuba nasib dalam contest yang telah dianjurkan oleh kak edasu yang manis berseri-seri dalam entry review 11 jenis eyeliner dan marc jacob eyeliner giveaway dan tanpa disangka-sangka kita lah orang yang dapat memiliki Magic Marc'er Precision Pen Waterproof Eyeliner Marc Jacob eyeliner tersebut.


Kita sebenarnya pernah masuk Sephora Malaysia tetapi ongkos engak begitu memberangsangkan maka belek-belek sahaja tak mampu lah nak memiliki barang seketul dua eyeliner (oh kita memang menggilai eyeliner) di dalam Sephora Malaysia iteww. ahaks! Maka itulah tuah badak nampak di kaki, tuah saya entah dimana dia menyorok atlast dapat seketul eyeliner dari MJ. 


Bila keluar rumah pula dengan bibir kering mesti rasa tak seronok kan? nak tonyoh lipstick pun rasa bersalah takut kulit bibir yang menggelupas itu menggelikan sesiapa yang melihat. Kita selalu ada masalah bibir kering dan menggelupas, kita sendiri tengok dekat cermin pun geli apakan lagi manusia yang lain T_______T

maka dengan adanya love bite attack lips scrub by makeup_crime membantu saya mengelakkan bibir dari menggelupas. sebelum keluar rumah mesti kene scrub bibir dulu supaya lembut, senang untuk ditonyoh lipstick dan kissable eh?

Instagram : makeup_crime
Facebook : Makeup Crime


cak? >,>

Rabu, November 05, 2014

Chocolate lasagna

Apa khabar awak? Begitu lama saya menghilang kemudian datang pula dengan gambar makanan ! pernah makan lasagna beef atau chicken? kali ini diperkenalkan pula chocolate lasagna. begitu menggoda pula si chocolate lasagna  ini T_____________T

Chocolate lasagna ni base dia biskut oreo, lapisan cheese, lapisan coklat cair, lapisan whiping cream dan lapisan coklat kelapa kenapa begitu power rupa bentuk dia? mengapa menggoda saya T____________T



Gambar kita dapat dari google images. belum buat lagi kalau rajin kelak akan buat by the way esok start bekerjaya entah bagaimana task kita di office kelak. risau juga ini kalau dapat chocolate lasagna hari ini kan bagus T______T
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !