Minggu, Juni 22, 2014

Bila firdaus insan OKU yang dikurung



Sejak semalam kecoh berita mengenai kanak-kanak malang berusia 15tahun  , Muhammad Firdaus yang dikurung oleh emaknya sehingga disangkakan mayat oleh pihak berkuasa yang membuat serbuan ke atas rumah ibu remaja malang itu.

Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.
“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.
- See more at: http://mobile.hmetro.com.my/articles/2014062206482520140622064825/Article/#sthash.PRVhgonj.dpuf

Hasil siasatan awal mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun yang ditemui dikurung dengan keadaan fizikal kurus kering di Flat Semarak, Nilai, awal pagi tadi adalah akibat kekurangan zat makanan dan hanya mampu merangkak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim, berkata ibu remaja lelaki OKU jenis 'celebral palsy' itu berasal dari Sabah dan sudah berpisah dengan suaminya.

"Merujuk laporan akhbar berkaitan pengabaian seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang hari ini, saya terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku.

"Saya telah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan siasatan lanjut dijalankan.Oleh itu Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan telah turun ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di mana tempat remaja tersebut diserahkan," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Rohani berkata, siasatan juga mendapati ibu bapa remaja tersebut telah bercerai dan ibu yang menjaganya telah putus hubungan dengan bekas suami. Ibu tersebut menafikan yang anaknya dikurung dan diabaikan.

"Siasatan terperinci sedang dijalankan dan sekiranya didapati pengabaian terhadap anak serta OKU ini berlaku,

"JKM akan menempatkan remaja itu di pusat perlindungan kendalian JKM. JKM juga turut memberikan perhatian serius terhadap kebajikan remaja itu," katanya.



Siapa yang tak sebak tengok seseorang dikurung sehingga begitu rupa, kurus kering baju rabak seperti langsung tidak dihiraukan, dikurung pula tempat kotor dan busuk. bagaimana ya emak dia boleh kata emak dia sibuk mencari nafkah sedangkan ternyata firdaus pada bulan June 2014 adalah sangat berbeza dengan gambar di facebook seorang wanita yang katanya milik ibu firdaus .

Jumat, Juni 20, 2014

Bila pelakon wanita kene maki dengan bapa.

Bapa mana yang mampu tahan kene kutuk, kene soal , kene perli , kene sindir dengan mulut-mulut puaka orang sekeling apalagi kalau anak dara sendiri yang buat perangai seperti dunia ini milik dia. Tidak sedarkah dia punya keluarga? Tidak sedarkah dia betapa menyusahkan dia pada keluarga yang terpaksa tahan muka tahan telinga dengan pertanyaan dan persoalan orang sekeliling?

Kita tak tahu apa terjadi pada keluarga mereka , tapi sebagai anak, anak perempuan terutamanya , menjaga aib keluarga, menjaga maruah keluarga adalah paling utama dan amat penting sekali untuk dijaga dan dipertahankan.

isu hangat petang tadi apabila seorang artis veteran yang memberi komen tidak berapa baik di instagram anak perempuan beliau. tak perlu rasanya nak masukkan screenshot komen tersebut yang ternyata sudah didelete oleh pelakon wanita tersebut.
Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman , siapa tak kenal? pelakon wanita paling berbakat. bagi saja drama sedih, drama gembira , drama gatal. apa saja watak dia boleh bawak dengan jayanya. tapi mengapa watak anak perempuan dalam dunia nyata agak sukar untuk abil bawak?


sebenarnya bagi public figure seperti mereka berdua yang ternyata ramai mengenali sehingga luar negara, masalah seperti ini perlu dibincang bukan di dalam social network seperti Instagram atau Twitter. 
whatsapp kan ada? wechat? ke pakai public phone lagi :(

atau mungkin , handphone artis veteran itu sebenarnya di curi orang dan orang itu memberi komen seperti itu pada anak perempuannya?

(T__________T)


Kamis, Juni 19, 2014

XES Premium Signature Boutique Opening Event

Jadi , pada selasa lalu seorang Liyana telah dipelawa untuk bersama-sama memeriahkan majlis pembukaan XES Premium Signature Boutique Glenmarie Shah Alam. Pasti anda merupakan salah seorang pengguna barangan XES yang pastinya selesa dan bergaya kan? 
Tetapi sebelum memulakan tugas, mestilah kene bergambar dulu bersama cekodok Aidazura , redvelvet Innanie Arifin , Pavlova kesayangan anda dan Chocolate Chip WiidaRibbon 
Koleksi kasut mengikut zodiak dan tentunya anda yang suka membaca zodiak di dada majalah akan terus menerpa ke area ini. seperti saya! terus mencari pisces sampai terlupa mengambil gambar kerana sibuk menyarungkan kasut berzodiak pisces dikaki (T_________T) 
Kasut beriben seperti ini pasti menarik peminat riben seperti chocolate chip (wiida) ! LOL
XES bukan hanya tertumpu kepada barangan untuk sepasang kaki, malah bagi kaum wanita ini dia Koleksi Handbag yang pasti membuatkan anda tidak senang duduk kerana warnanya sangat menarik hati (T_______T)



Barangan penjagaan kaki, terutamanya jika anda mengalami masalah kaki berbau kerana malas hendak menukar stokin takut terlambat pergi meeting tetapi sebelum itu singgah beli nasi lemak juga boleh membeli produk jagaan kaki di butik XES ya.

Tak lupa juga buat kakak-kakak Shah Alam yang secara tiba-tiba bangun pagi kaki mengecil dan kasut terbesar, anda jangan risau pergi saja drive ke butik XES di Glenmarie dan anda akan jumpa penyelesaian kepada masalah anda itu.

Kaum adam, jangan bergusar hati. Koleksi kasut untuk lelaki semestinya ada di sediakan, ia juga menggiurkan dan membuatkan makwe pandang kaki anda tanpa henti, begitu lah penangan butik XES di Glenmarie ini.


Kakak-kakak nak pergi kerja risau kene marah sebab pakai selipar , boleh dah belek-belek koleksi kasut untuk pergi ke office di butik XES Glenmarie . Terlampau banyak pilihan !


Tak lupa juga , kanak-kanak ! jangan dilupakan kasut-kasut comel ini sekali pandang rasa nak makan bukan nak pakai. nasib baik anak buah baru 3 orang itu pun emak buah (seorang liyana) masih belajar kalau tidak aku dah borong dah kasut kanak-kanak ini. *ada alasan tak ada duit sebenarnya*

Sempena XES Premium Signature Boutique Opening Event , mereka telah melancarkan koleksi terbaru mereka iaitu Summer Collection . Pelbagai pilihan kasut dan handbag Summer Collection yang anda boleh pilih di Butik XES 


Menatap koleksi Summer ini dengan pelbagai warna ceria mampu merobohkan benteng pertahanan seorang wanita, lihat koleksi handbag dengan warna pastel, warna terang itu semuanya membuatkan seorang wanita boleh jatuh hati dan mengeluarkan bunyi *kaching* *kaching* daripada dompet mereka (T____________T)


credit photo : Wiida Ribbon


Dan pastinya pada penghujung XES Premium Signature Boutique Opening Event, ini terdapat kejutan yang saya tak pernah dapat kerana ini pertama kali seorang liyana menghadirkan diri dalam aktiviti blogger, kejutannya adalah setiap seorang blogger boleh memiliki salah satu produk XES yang berada didalam kedai tersebut secara percuma! 
baca lagi sekali : secara percumaaaaa!

MUKA KEGEMBIRAAN BLOGGER!
Tersenyum sipu masing-masing dapat membawa pulang barangan XES :D
Jadi , apakah barangan XES yang telah disambar oleh seorang liyana?
Rahciewww :p

Thankyou XES Signature Boutique :D


Berakhir peperiksaan akhir semester


Alhamdullilah , exam dah habis. Selepas ini tidak perlu lagi bergaduh dengan pengawas peperiksaan kalau dia marah aku nak bawa masuk botol air , hm sejak bila pula botol air diharamkan masuk ke dalam dewan! Sejak bila ?!!

Sekarang bateri handphone tengah nazak dan Bella masih bertarung (T______________T) lama nak mampus beliau bertarung bagaikan sedang mengeluarkan najis yang keras pula kah!

Jadi sekarang saya nak kene siapkan FYP kerana tarikh pembentangan adalah pada 15 Julai 2014 dan saya perlu mencari tempat untuk mencari rezeki, anyone?
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !