Rabu, April 28, 2010

Perbezaan antara Http:// dan Https://

selamat pagi.

sekarang i nak bebel sedikit, ramai yang masih tak tahu yang http:// dengan https:// adalah berbeza. kenapa berbeza?



HTTP adalah singkatan dari HyperText Transfer Protocol , iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc). Jadi apa perbezaan huruf S yang membezakan antara HTTP dan HTTPS?

“S” adalah singkatan daripada “Secure”. Jika anda mengunjungi laman Web ,lihatlah alamat di web browser, ia akan biasanya dimulai dengan ini: http://./
Ini bererti bahawa website ini ‘berbicara’ dengan menggunakan pelayar biasa
yang tidak selamat. Dengan kata lain, ada kemungkinan ada seseorang yang sedang sekodeng pada komputer anda semasa ‘perbualan’ dengan website.

Jika Anda mengisi borang di laman web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang anda hantar ke laman tersebut. Jadi tidak digalakkan untuk kita tidak pernah memasukkan nombor kad kredit anda di laman http



Tetapi, jika alamat web bermula dengan https: / / , yang pada dasarnya bererti komputer anda sedang berbicara di halaman dalam kod yang selamat dan tiada sesiapa yang dapat sekodeng maklumat anda.


Anda faham mengapa hal ini begitu penting, kan?

Jika sebuah laman web meminta anda untuk memasukkan maklumat kad kredit anda, secara automatik periksa dahulu samaada alamat web bermula dengan https: / / .

Jika tidak, jangan memasukkan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit.

// ramai tak tahu tengtang http:// dan https://

// boleh sebar-sebarkan heh

okay babai nak tidur. esok ada presentation T_T

18 komentar:

  1. hohoho thanks yiyin ;] aku ambik mudah benda nie = = so tak baca sangat pasal https ;]

    BalasHapus
  2. hoh.
    xpernah pulak terfikir nak tau apa dia..
    btw tenx!.

    BalasHapus
  3. oho, baru tau...thanks =)

    BalasHapus
  4. hehe web uia https.yey!tapape izzah ni kui3

    BalasHapus
  5. yep2..thanks info n akan cuba sebarkan
    tenkiu liyanaa =)

    BalasHapus
  6. oh.cmtu ye
    tengss cik liyana cun.ekeke

    BalasHapus
  7. yeah ~ baru ku tahu ! thanx kak ynn ! :DDD

    BalasHapus
  8. lewat giler ko tido
    aku tau tempat ko praktikal tu. hari2 lalu

    blh ker blog sendiri buat https tu?



    Entri terbaru:
    BAGUS JUGAK ADA ADIK PEREMPUAN

    BalasHapus
  9. Ynn


    HyperText Transfer Protocol la syg
    huhu
    betulkan cpt =P

    klu komen blogeer yg popup huda perasan ade https tu

    BalasHapus
  10. hee. good info larh. nt i tolong sebar2kan. huu

    BalasHapus
  11. owh...'s'...!
    selamat ye..nasib baik guna blogspot jek..selamat lagi lah ek..

    BalasHapus
  12. actually dulu tk pernah tau wujudnya https:// ni
    tp lepas tolong ayah buat kerja bank dia kn, dia kene login dulu mail cimb, starts with https:// baru faham. hehehe

    BalasHapus
  13. dulu tak amek pusing psl ni :)
    thx syg 4 ur info .

    BalasHapus
  14. toce toceee...
    aku tatau langsung pasal ni
    ha ha ha

    BalasHapus
  15. http = selamat
    https = tidak selamat

    begitukah? :D

    BalasHapus
  16. haa u guys. kene alert lah psl ni. ni pn nk share. btw untuk lebih selamat pakai on-screen keyboard. abang i kata lagi selamat

    BalasHapus
  17. http adalah utk web biasa saja.. mana2 web yang korang layari..

    https pula utk web yang diberi lesen untuk pengguna mempercayai bahawa maklumat penting mereka takkan dipancing/ditipu oleh web tersebut.. slalu https ni waktu nak login bank, email etc.. bukan senang nak apply https ni. aku ada baca dulu lupa da..

    google la eh?

    BalasHapus

Terima kasih kerana membaca

Mari luahkan isi hati anda juga :)

1. Jangan emosi sangat tau.

2. Luahkan dengan nada comel.

Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !