Selasa, September 08, 2009

famos cookies sally.

ramadhan ke 1718.

*ini entry makanan lagi, asyik makanan je apa tah T_________T

dua hari berturut² i busy gila buat kuih raya. i dengan akak i berebut² buat kuih raya sampai hidung i ni kembang kempis sebab korg mesti boleh bayangkan betapa wangi nya kuih kuih berikut. semangat gila buat kuih raya baru dua minggu puasa ada lagi dua minggu lagi nk puasa neh tapi takpa sebab tugas seorang student unisel yang balik cuma sabtu dan ahad adalah dengan membantu ibu bapa kita tanpa sebarang keluhan (fuhh ambik nafas kejap hak hak hak *fun fun*)

dua kuih raya yang sudah siap di uli, di masuk kedalam acuan, di bakar dan di masukkan dalam balang adalah sarang semut dan coklat famos amous eh apa pulak famos amos, ini famos cookies sally punya lah . (sally tu mama i la tu HAK HAK HAK) orang panggil cookies monster pun boleh, i tak amik peduli pun T____________T yang penting sedap.


semut i bermacam colour, ada semut hitam, semut api, semut merah, semut mayat kah kah kah

hari sabtu yang lalu mama, akak i and i buat famos cookies sally memang ah mabeles gila. kaler die mmg sebijik mcm double chocolate famos amos, ini kira macam inspirasi lah ni sebab minggu lepas i mengidam famos amos yang kosong tp apak belikan campur² ada almond la ada double choc la ada apa tah lagi sungguh tak best sikit dan mahal T____________T

oleh sebab itu, i dengan kakak bersemangat membuat famos cookies sally di bantu oleh mama (sebenarnye mama yang buat dibantu oleh kami tapi takpa ini belog i, i boleh memanipulasikan keadaan sebenar KAH KAH KAH eh silap HAK HAK HAK



hari ahad semalam pulak, mama memang awl² mengidam sarang semut. heh jadi bersemangat la kami membuat sarang semut walaupun mama terpaksa beli paper cup (atau bahasa melayu mangkuk kertas ) dengan harga rm1.50 cuma dpt seciput. semangat gilaaa kan? tapi takpa, i pn semangat nak tunggu midsem break sebab i nak buat cornflakes madu *hiks gedik.

hari ini pulak, i akan kembali ke Unisel untuk meneruskan pembelajaran sebagai seorang student Diploma Industrial Computing ( Diploma Perkomputeran Industri *gedik betul, bagi bahasa melayu je lah T__________T ) tahun akhir. lagi 3 bulan je sabar sabar HAK HAK HAK

hari ini juga i dh tahu candyfloss mesti jeles gila sebab i berjaya menjeleskan dia dengan entry sarang semut neh hahahaha T___________T liyanaa.com kejam kan? tapi comel kah kah kah.

sebut pasal comel, lect saya yang comel juga bernama amie comel pun panggil i comel. ceh ceh ceh nama datuk manja gilaaa. 'hai nama saya comel, tapi saya bukan pelakon cerita comel tu' HAK HAK HAK

okay sekarang i nak tanya, apa biskut atau kuih raya kegemaran korang?and apa pendapat korang kalau kuih raya ni dah takda dh lepasni, semua bajet nak bagi kerepek saje untuk tetamu? heh.

Sabtu, September 05, 2009

resipi nasi tomato mabeles.


ramadhan ke 14
.

hari ini saya keseorangan selepas zati pulang ke rumah dengan intan payung dan ika keluar berbuka bersama suaminya tercinta abang bee. HAHAHAHA. i pegi bazar secara solo, beli belah makanan dan i rasa bila pergi secara solo i dapat beli makanan dengan kuantiti yang sikit HAK HAK HAK. nampak sangat selalunya boros tsk T____________T



tapi tak apa, malam buta ini i nak bagi tahu i beli nasi tomato yang mabeles. sedap gila sampai menjilat jari kaki heh. serius tak menyesal kalau beli. mula² i rasa macam sikit je nasi tomato dia neh, sebab dia guna polystrine yg saiz m tapi bila i makan, i dpt rasakan yang i dah macam ular sawa bunting mencari port untuk beranak HAK HAK HAK.

ehem² alhamdullilah selesai sudah hari yang ke-14 kita berpuasa. heh so far belum cuti lagi. dan berharap dapat puasa scr full fuhhh. eny and rara masing² dah ambil cuti awal² tapi si eny semangat makan maggi bawah meja, takpa i faham nafsu dia macam mana HAK HAK HAK.

okay, sekarang dh balik gombak. cuti 3 hari ma :P tapi i ada banyak gila asgment kene submit nxt week. tekanan i tau bila mana i kene fikir pasal asgment dan juga tugasan di rumah untuk buat chocolate cookis heh T_____________T

*boring gila entry ni, cuma sekadar mentunjuk gambar nasi tomato mabeles kepada anda? anda suka? hak hak hak

Notaik;

heh, mana ada resipi saja je i kasi gempak HAHAHHAHA T_________T

Kamis, September 03, 2009

mimi dibunuh!

ramadhan ke 12.


macam biasa pukul 5.45pm. my lovely frens and i akan bergerak ke bazar. heh kene pegi awal supaya dapat beli air sedap. HAK HAK HAK betul i confirm dan ta tipu yang air itu sangat sedap. serius sedap air yang pakcik tu buat walaupun mahal tapi berbaloi baloi sebab air dia pekat gila kau tahu? (fuhh, tiada noktah T__T)

i selalu beli air sirap bandung cincau dekat air sedap de bazar. heh suka hati je bagi nama tempat tu air sedap de bazar. takpa takpa aslkan air sedap memang sedap lah ta payah cakap banyak kali pun memang ternyata sedap heh padahal dah berape kali bgtahu sedap sedap sedap pun tak tahu lah. satu cawan rm1.20 takpa itu tetap berbaloi dengan air yang sangat pekat. i suka bandung cincau sampai hari² malas nak beli air lain HAK HAK HAK *fun kan gelak macam ni*


aly unajieha sygg

actuallay atau sebenarnya i nak cerita kat u peristiwa antara i, ayun dan mimi semalam. heh masa ayun n i tunggu zety and ika, kiteorg terperasan mimi lalu depan kiteorg. i dengan ayun mmg nakal heh, suka gila usik mimi. kesian mimi. ayun kejam gila sebab main acah acah dengan kaki. maksudnya ayun hentak² kaki dekat mimi sampai mimi jalan berundur sumpah kelakar bila mimi jalan berundur. dah la kaki mimi panjang dan banyak T__________T


ini lah mimi T____________T

dalam pic di atas kelihatan mimi sedang berpeluk tubuh. ini kerana ayun terpijak kepala dia. wuuuuu kesiannya mimi. i asyik salahkan ayun je, i cakap ' aiyokk, ayun da bunuh mimi, aiyokk, mimi dh mati, aiyokk, ini bulann puasa, mana boleh bunuh haiwann' ayun dh sedih, dan rasa bersalah. kesian ayun. jahat betul liyanaa.com ni HAK HAK HAK.

tapi mimi adalah seekor ulat gonggok yang kacak, wajib masuk anak wayang sebab dia pandai berlakon, heh bila balik dari bazar, kiteorg cari mimi tapi mimi dh takda. confirm dia dh lari T_____________________________T mimi jahatttttt.



Notaik.

* er, mimi adalah nama ulat gonggok, nama ini diberi oleh ex roomate sy, tasnim. smua ulat gonggok adalah mimi *__*

** air sedap de bazar memang sedap ta payah cakap banyak kali kalau teringin sila cari heh.

*** teddy bear yang besar gila tu anak baru ika n abg bee. hiks besar gila sampai i rasa i kurus. awww T______________T

Rabu, September 02, 2009

salah kah i nak curang?

ramadhan ke 11.



i dh selamat sampai di uniseks eh unisel. around pukul 10pm semalam dah selamat sampai. lepas berbuka terus tergopoh gapah pegi siap cepat² sebab lepas hantar i, apak ada kerja mahu uruskan.

i sekarang tengah bergolek atas katil, i skip clas QC hari ini. KAH KAH KAH unfortunately zety msg cakap kira² sudah mula. T___________________________T amik kau sekali panjang kesedihan muka ini sebab QC dah mula dgn kiraan (er, disini kalau anda blur atau tidak faham adalah tidak kisah sama sekali heh)

azam i pada semester kali ini, akan penuh semua class. malangnya i dah terponteng class hari ini (terponteng la bukan i ponteng. serius terponteng ponteng ponteng ter ter pon ter pon ter pon KAH KAH KAH)

handphone nokia 5610 i macam dah semput dan akan ke tahap nazak sebab dia tido macam i tido. sebab tu i terlajak sahur pukul 10am. boleh ke i sahur 10am? nanti i berbuka pkul 10pm lah boleh tak? HAK HAK HAK fun gila bunyi hak hak hak T___________T

i sekarang ontheway nak kumpul duit. i nak jual nokia 5610 i, siapa sanggup terima heh? tapi i sayang la pulak sebab semua gambar yang i publish dekat entry smua khidmat nasihat dia. serius sayangg (nokia 5610 sila terharu sekarang. HAK HAK HAK)

i sekarang ta berapa nak sehat. perut meragam sebab i tak isi dia dengan nasi yang i tapau semalam dari rumah. harap² nasi itu elok utk santapan berbuka HAK HAK HAK *mcm nenek tua semput T______________T

heh comel gila bila guna i sekarang banyak kali tsk. eh sekarang gelak cara baru tau HAK HAK HAK :P

i bakal jadi makcik buat masa terdekat ni. yeehawww
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !