Sabtu, Desember 15, 2012

Spaghetti Bolognesse ala melayu

Orang melayu memang suka makan pedas-pedas lagi pula orang melayu berdarah negeri sembilan mengalir dalam diri dia, kalau tidak ada cili padi sikit memang tak lalu makan. Spaghetti bolognesse kita ni macam biasa je, guna kimball dengan san remo angelhair tauuu YEEEEE, SAYA SUKA PASTA BERCIRIKAN HALUS SEPERTI ANGELHAIR, SENANG NAK MASUK DALAM MULUT BANYAK BANYAK wkwkwkckckckc



Jadi , dua bahan penting didalam gambar diatas kene ada. Yiying dan keluarga sememangnya pengguna bahan diatas.


  • 2 biji bawang besar dipotong dadu

  • 500 gram daging lembu cincang

  • 500 gram spaghetti

  • 2 sudu lada hitam ditumbuk halus

  • 1 sudu besar susu pekat

  • 10 biji cili padi dihiris halus



Cara-cara memasak spaghetti bolognesse ala melayu

Spaghetti


  • Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam.

  • Bila air mendidih baru masukkan spaghetti.

  • Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat.

  • Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.



Sos spaghetti


  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau.

  • Masukkan daging cincang dan goreng hingga keperangan, cerai-ceraikan daging cincang tu supaya menjadi ketulan yang lebih kecil

  • Kemudian boleh masukkan sos spaghetti kimball

  • Gaul-gaul sehingga ia mendidih, jangan lupa masukkan lada hitam, susu pekat dan garam.



Hidangkan , jangan lupa pula cili padi yang dah dihiris. bila tabur cili padi, terus lupa letak cheese. KAHKAHKAH kasihan perut -.-"

image

image

Ini nama dia sotong. sotong dari hotdog, bentuk dia agak mengerikan tapi sedap ! potong 3 je hodog awak lepas tu hiris pada 4 bahagian, nak lagi power, buat sampai 8 bahagian miahahahaha

xoxo, L

Selasa, November 06, 2012

6 Tips Kulit Cantik & Sihat



 

Semua manusia yang bernama wanita mengimpikan kulit yang cantik, yang sihat, yang tidak kusam . Mereka sanggup membayar beribu ringgit semata-mata untuk memiliki kulit yang diidamkan tapi tahu kah anda mungkin sebelum anda melaburkan wang yang banyak, anda boleh mengamalkan beberapa tips yang kak yiying jumpai di laman sosial. sekarang zaman dah maju, dah boleh tanya google 'macam mana nak memiliki kulit cantik dan sihat' . dah tak payah nak pergi mayfair semata-mata untuk kulit cantik. hek eleh!

sekarang ini dimana-mana sahaja, bila ada orang tanya soalan mudah ringkas dan menyelerakan, mesti saya jawap 'PERGI GOOGLE' .

1. Makan makanan berkhasiat. Hindari atau kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan berminyak. Kamu juga perlu menghindari makanan yang boleh menyebabkan punca kepada masalah jerawat dan berminyak. Contohnya kentang goreng dan minuman soda. Kamu perlu mengenalpasti makanan yang tidak perlu untuk tubuh kamu. Ini disebabkan setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Kalau rasa kamu makan coklat hari ni, esok timbul jerawat. Hindari dari makan coklat. Banyakkan makan buah dan sayuran.

2. Bersenam dan Minum Air Putih. Minum air putih lapan gelas sehari dan bersenam secara teratur. Siapa kata anda tidak boleh bersenam setiap hari? Kalau anda merupakan seorang suri rumah, peluang bersenam memang ada. Pastikan semasa mengemas rumah, tutup kipas atau aircond. Biarkan peluh keluar dari tubuh anda. Lakukan aktiviti menyapu, mengemas dan mop lantai sebagai rutin senaman di rumah. Selain anda sihat, rumah pun kemas kan ?
jangan lupa banyakkan minum air kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak. Kelancaran darah menjadikan kulit kembali berseri.

3. Cuci muka sebelum tidur. Biasakan anda tidur dalam keadaan bersih. Cuci muka terlebih dahulu sebelum tidur. Anda juga boleh menggunakan krim malam untuk membaiki tekstur wajah atau melembapkan kulit. Sekali seminggu gunakan pupur wajah. Jangan pula anda tidur dengan pupur wajah masih di muka!

4. Tidur yang cukup. Tidur lapan jam sehari amat penting. Ianya bertujuan untuk merehatkan badan agar sistem tubuh berjalan dengan baik. Jika anda tidak cukup tidur, anda akan menghadapi masalah jerawat dan tubuh lesu dan tidak bermaya. Selain itu, anda akan mula dikenali sebagai Pandawoman disebabkan wujud lingkaran gelap bawah mata!

5. Lindungi kulit daripada Matahari. Penting untuk kita melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari. Ianya untuk mengelakkan muka menjadi merah, terbakar dan timbul garis kedutan. Pakai krim tabir suria sebelum anda keluar rumah setiap hari.

6. Berhenti merokok. Hey ladies! jangan merokok. Tak cun tau!

Selasa, Oktober 23, 2012

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG SEORANG AYAH



My Boss My Hero :D




APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG SEORANG AYAH


 

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??


Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..


Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..


Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..


Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..



SAYANGGGG APAK <3

silalah share :)


 

Senin, Agustus 20, 2012

SHRMZDB dan mamat Kpork.

Hari pertama Schawal dengan gambar budak kenit ni. rasa nak cubit cubit je bilamana kitaorg sibuk bergambar keluarga tapi dia ini pula sibuk buat hal sendiri. rasa mcm nak ketuk ketuk iphone tu bagi dia stop tengok upin & ipin :/



Beliyau tekun menghadap Upin & Ipin





Beliyau nyonyot jari sambil menonton upin Ipin





Tetibe beliyau stress tengok Upin & Ipin terus jadi gini -.-"





Tetiba dia pergi cakap dengan tripod -.-"





Tetibe beliyau bawak tripod jejalan :O



Model : Iman Syafaris Hakimie , 2 Tahun 1 Bulan
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !