Selasa, Juli 22, 2014

Ailurophobia apabila manusia takut kucing

{TAHUKAH ANDA?} Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini seperti di dalam gambar.

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.



Aneh bukan?   

Sumber Honey Pet Shoppe [link]

Tetapi lagi aneh apabila manusia takutkan kucing. bukankah binatang ini sangat adorable? kecuali kalau dia tengah gaduh atau dalam musim mengawann atau jenis lapar sangat sampai marah kita cakar kita sebab kita tak bagi makan atau tarik ekor dia. ekor kucing itu sangat sensitif tahu? ibarat seperti saya menarik ekor awak jika ada KAHKAHKAHKAH

Sabtu, Juli 19, 2014

Resipi biskut arab gebu .

Assalamualaikum ,

 so sempena hari ke 21 ramadhan pasti lah emak-emak kita mula bising mengapa anak dara mereka tidak start membakar kuih raya lagi termasuk lah emak saya. Semalam lagi dia dah jeling-jeling saya sebab saya tak buat kuih raya saya sedih terus saya bangun pagi tadi menghadap gula kastor, tepung gandum, minyak sapi dan bahan-bahan sampingan yang lain.

Teringat tahun lepas ke rumah cousin dan dihidangkan dengan biskut arab cute miut cair dimulut ini terus hantar sistem pesanan ringkas (SMS) dan minta resipi keenakkan biskut arab cute miut ini. Sebenarnya resipi dah dapat minggu lepas tapi kerana malas dan emak pun sudah mula menjeling maka hari ini saya pun terus membakarnya.


Bila google, banyak betul nama dia ni. ada biskut arab lah biskut suji lah biskut makmur lah entah apa-apa lagi entah nama dia. tapi saya suka biskut arab yang tak payah salut tepung atau gula, terus bakar masuk dalam balang kuih raya tak payah guling-guling dalam gula atau cat bagi colorfull nampak tak menarik langsung. better color camni, cute dan miut HAHAHAHAHA :')

Sebenarnya ada juga google resipi dan rupa biskut arab ini, nampak lah pelbagai bentuk dan hiasan tetapi tak menarik seperti biskut arab yang gebu ini. jadi tiada harapan lah nak cat colorfull atau letak cherry on top . saya lebih tergoda dengan kegebuan dia berwarna kuning-kuning masuk mulut terus cair T________T



Jadi sebelum resipi biskut arab yang saya save dalam SMS itu hilang angkara handphone rosak atau terpaksa diformat maka marilah saya tempek resipi biskut arab supaya dapat lah saya bakar biskut arab ini pada tahun hadapan :')

Biskut Arab 

  • 1 cwn gula halus 
  • 3 cwn tpg gndm 
  • 1 biji merah tlur 
  • 1 sudu kcil baking pwder 
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 200gm @ 1/2 tin mnyk sapi ( tin sdrhana bsar ) 


Cara2 nya...

  1. Gula, tepung, merah tlur, baking pwder, esen vanila d gaul dgn mnyk sapi hngga sbati. 
  2. Next....terap & msukkn dlm oven. 
  3. Siap....slamt nmcba...;-)


Boleh tak terus salin dari handphone tak edit apa pun boleh tak? HAHAHAHA jadi resipi diatas ini saya buat satu adunan jadi saya ikut jumlah adunan itu kalau nak buat berbekas-bekas pandai-pandai lah awak gandakan bahan-bahan itu :')






Jumat, Juli 18, 2014

Lipscrub Iris perisa strawberry

Ramadhan ke - 20

Entah sejak bila , bibir akan mula membengkak gatal dan seterusnya kering serta menghasilkan kepingan bibir kering yang menggelikan sesiapa yang menatapnya. Lebih-lebih lagi bila makan udang mulalah membengkak macam anjelina jolie masalah dia kalau cantik macam anjelina jolie takpe lah juga ini tidak, bibir chibi lebih menawan dari bibir diri sendiri T__________T


Tiga minggu lepas melawat sebuat butik di Bangi, sebenarnya tujuan dia adalah untuk mencari plain wide shawl yang tidak jarang murah dan berwarna hitam tetapi out of stock pula. maka terpaksalah beli benda yang tak sepatutnya dibeli contohnya lipscrub iris yang berharga RM8 ini. Mula-mula memang rasa tak sepatutnya beli tapi setelah digunakan dua minggu ini bibir yang tidak berapa menggiurkan semakin merah semulajadi, jika bibir kering pula tidak sampai sehari dah boleh dapat bibir lembap dan menggiurkan.


Puas hati dengan hasil menggosok bibir sendiri dengan lipscrub iris berperisa strawberry ini kita cuma tepek 5 saat kemudian gosok perlahan-lahan dan bilas bersih . di bulan puasa ini mohon meng-scrub bibir selepas berbuka dan sebelum waktu subuh masuk ye kalau tidak tertelan lipscrub yang sedap ni terpaksa ganti puasa pula kahkahkah


Berbaloi tak guna lipscrub iris? berbaloi lagi-lagi jika kita malas nak DIY lipscrub di rumah. padahal guna gula , vaseline takpun madu tapi nak juga beli lipscrub iris . nasib baik tak lebih RM10 kalau tidak saya taknak kata berbaloi kahkahkah

Jangan lupa lepas guna lipscrub, sapu bibir dengan vaseline biar lembut bibir iteww!

Sabtu, Juli 12, 2014

Kuih Tepung Pelita Paya Jaras

Ramadhan ke 14,

 akhirnya terjejak kaki dekat bazaar ramadhan kerana menemani Puan Emak mencari barang sebungkus dua mee jawa/mee rebus/ mee kari kerana hari ini Puan Emak tidak mahu makan nasi kebetulan selera anak dan Encik Bapak hari ini berkisar pada makanan berkolesterol tinggi yang di beri nama KEPSI. Berselera lah anak dan Encik Bapak melantak ayam kepsi dan nasi ayam kepsi itu , Puan Emak pula redha dapat mee jawa tak berapa power biasa lah bazar romadhooon!
 maka selain Puan Emak membeli mee jawa mata liar anak kesayangan dia ternampak gerai Kuih Tepung Pelita Paya Jaras 6 ketul RM3 terus apa lagi melompat lah anak kesayangan tersebut lantas membeli 6 ketul sahaja kalau beli lebih takut membazir. Sepanjang 25 tahun , dan 20 tahun berpuasa, seorang liyana jika ke bazar ramadhan akan hanya mencari kuih sampan dia saja.kebetulan Kuih Tepung Pelita Paya Jaras memang terbaik rasa dia. manis cukup lembut cukup lemak cukup
Gambar lama, Pelangi Ramadhan


Jikalau tuan ingin mengambil hati saya, tuan belikan lah sebungkus dua Kuih Tepung Pelita Paya Jaras , tidak perlu roti john atau roti boom! saya tidak mahu. saya hanya ingin Tepung Pelita Paya Jaras

// gambar diambil melalui google images :)

Kamis, Juli 10, 2014

Idea untuk hantaran pertunangan

Selepas berkenalan dan beehubungan selama 7 tahun akhirnya seorang liyana dan seorang faweez memutuskan untuk melangkah ke arah yang lebih serius. Iaitu ke alam pertunangan pada shawal ke 6. Oleh kerana saya bukan orang yang jenis kreatif dan inovatif , saya tidak tahu macam mana rupa hantaran saya kelak

Tetapi si dia punya eksited nak tunang tu awal bulan julai pun dah siap. Saya masih terkial-kial lagi T.T

Belek-belek instagram ternampak hantaran di dalam screenshor tersebut , hati aku dah terpaut. Rasa nak pergi kedai barang kahwin , beli bunga halus tu je. Dah , hias je lah dengan reben ke apa ke kalau kosong pun okay.

T.T

Pening

Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !