Kamis, Juli 30, 2009

buahan roselle.

:5::5:

hai hai semua. sudah petang ini kalian sudah makan? saya baru lepas memenuhkan perut dengan hidangan nasi ayam emak saya(my mom's chicken rice). mengikut kiraan saya yang tidak pernah menyinggah ke kedai nasi ayam emak linda onn, saya ta tau lah macam mana sedapnya tapi yang saya tahu nasi ayam emak liyana ainul sangat sedap sehingga menjilat pinggan +_______________+

dulu mama buat chicken rice secara simple sahaja, tapi since die dah ada menantu yang pandai masak, bermacam² ramuan rempah ratus dalam nasi ayam ituww. saya ta berape pandai lagi buat rempah ratus tapi untuk sambal kicap dengan cili saya dah pakar. ehhh apak suka betul sampai bertambah² pinggan. saya? lagi la suka KAH KAH KAH ehem petang ini pkul 5 aerobik tyme :(

okay ketepikan soal my mom's chicken rice, saya nak cerita satu cerita misteri ni. nak tahu atau tak nak? eh taknak pun I cerita juga, ada saya kesah? cak cak ke cak kecak(sindrom azwan ali kesayangan tengku aizat tengku azmi dah menyemak kat sini KAH KAH KAH)

:44::44:



cuba anda lihat pada gambaran ini, ada kah sebuah atau sekuntum?

okay malas nak tunggu jawapan uolss, I bagi tahu lah ini buah roselle (rossel pun boleh HAHA) atau nama ta berape nak comel adalah Hibiscus sabdariffa L. ohh very da cute name kan? if i bagi nama anak i roselle bt faweez iqram u rasa comel tak? hihi pening betul dapat makwe macam ni, mengambil nama buah untuk di beri kepada anak. masalahnya bila aku nak kawin ni +_________+

lepas i google tentang roselle ini, baru i tahu dia ada hubungan keluarga dengan Hibiscus rosasinensis iaitu bunga raya.alahai comel betul lah bila dapat tahu terus tekak rasa haus nak minum air roselle ni. mama ada tanam depan rumah, depan rumah tu kan macam mini kebun mama, so semua tanaman ada termasuk roselle and dragonfruit tengah mentunggu buahnya :P

:29::29:

roselle ni masam tahu? so mama akan buat air gula dan rebus rosalle dalam air tu. warna merah rosalle macam warna ros tapi lagi pekat. mmg sedap lah. ada rasa manis and masam dalam satu cawan. btw perasan tak I macam pakar kaji tanaman sekarang? dua entry yang lepas I cerita pasal mushroom, sekarang pasal roselle. takpe i bet ramai ta kenal roselle ni lagi kan?




ini pula kalau siapa ta kenal sangat mensedihkan.nama dia r.a.m.b.u.t.a.n HAHAHA, I kan paling ta berape suka makan rambutan, sebab isi dia macam ciput je macam ta puas. tapi rambutan kali ni bakal kakak ipar yang bagi. isi dia tebal sangat sampai kunyah² baru jumpa biji. memang sedap betul.

okay dah habis cerita saya, anda boleh balik sekarang di tempat anda sebelum membaca entry ini (HAHAHHA mesti sakit jiwa tiba² abis macam tu)

:51::51:



hai nama saya roselle binti ainul HAHAHAHAHA

Selasa, Juli 28, 2009

milo tabur.

Ohayougozaimasu,

pagi² semangat gila nak bangun sebab sepatutnya ada driving clas today, tapi tsk +__________+ pakcik baru je lepas message cakap class ganti hari esok pukul 4ptg. tsk class ada lagi 6 jam, masuk unisel 12hb. serius sedih, air mata asik menitis je mengenangkan nasib ku eceh :P

okay² minggu lepas I buat korg meleleh saliva melihat tomyam masakan sendiri, resipi dari tangan mama, hari ini jom ikut saya ke dapur sekali lagi, melihat resipi istimewa saya hari ini HAHAHAHAHAHHA.

:bofu_04::bofu_04:


apa yang anda perlukan adalah sebuah cawan kosong,sebuah tin milo, sebuah tin susu tepung, satu setengah sudu gula, suku cawan air panas, setengah cawan air suam dan beberapa ketul ais. aik, nak buat apa ni? okay bersabar lah, kalau dah nampak ingredients ini pasti lah nak buat air milo betul tak?

KAH KAH KAH sebenarnye ada juga orang yang saya kenal tak pandai buat milo, serius saya cakap housemate saya ada yang tak pandai, tapi kalau saya buat laju je minum bertambah². ada juga yang suka milo 3in1, saya tak suka sangat if takda creamer, sbb milo 3in1 mcm pekat sangat lepas itu ada rasa pahit sikit +___________+

okay saya siap kasi gambar rajah yang comel khas untuk anda mempraktik kan cara-cara untuk membuatkan milo aurora beradu tabur, serius terpengaruh betul dengan aurora beradu dekat tv3 tu BAHHAHAHA. tapi saya tak pernah nak tengok cerita tu, sebab er "saya perampas" adalah berlakon di dalam cerita itu. saya anti dia :P

baik baik semua, sila ambil notepad nanti boleh mensalin cara-cara membuatkan milo aurora tabur. takira nak juga ada aurora tersebut KAH KAH KAH.

:bofu_40::bofu_40:



1. letak susu tepung, creamer atau susu pekat satu sudu dalam empty cup. if guna susu tepung atau creamer, tambah kan satu sudu setengah gula.



2. satu sudu milo di campurkan, sambil main gaul² biar kan die sebati(lepastu terus ta jadi buat air sbb saya suka makan masa serbuk2 mcm tu, sedapppp) :P



3. tambah kan air panas dahulu suku cawan, kacau² sehingga semua larut. baru tambah air suam setengah cup.



4. letak lah berketul² ais mengikut hati masing² (kalau dekat unisel, housemate dan i akan beli ais di cafe) :P

okayyy siap sudah milo saya, ya ya ya ya tengok la milo aurora tabur sangat ta begitu pekat, saya sukaa macam ini, ta suka pekat² tak feel BHAHAHA. padahal macam tak cukup je dengan nama yang begitu indah milo aurora tabur kan?


5. tabur lah milo di atas ikut selera anda, nak banyak ka sikit ka, yang penting, saya suka banyak² nyummy.

:bofu_23::bofu_23:

apa macam? ada feel tak minum milo aurora tabur?sesuai di minum ketika hendak ke sekolah atau kerja, sebenarnye entry ini utk buah hati pengarang jantung encik fwzQram yang busy bekerja scr praktikal(BHAHAHAHA) saya selalu pesan bfast dulu, lunch dlu, dinner dlu baru buat keje.

okay lahhh, sekarang masa untuk menjadi anak dara yang prihatin, mengemas rumah menjemur kain dan juga mentangkap gambar cendawan ( kesian, cendawan yang di tangkap gambarnya sudah tiada tsk +___________+)

eh lupa, tribute untuk gelas milo itu kerana semalam adalah hari terakhir beliau berkhidmat untuk keluarga en. Ainul kerana sudah terpecah akibat tsk saya ta sanggup menghabis kan kata² eceh comel betul BHAHAHAHAHA. terpaksa lah pergi kedai rm2 untuk beli mug baru.


:29::29:

jemput minumm semua :P

*btw saya dah delete belog recipe, sebab saya rasa macam ta ada masa nak uruskan, jadi saya akan kekal di belog ini sahaja sekian mekasih :P

Senin, Juli 27, 2009

mushroom soup.

hujan yang turun bagaikan mutiara
berkilau bersinar berkerdipan
subur menghijau bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut


tiba² feeling lagu hujan ni pepagi begini. eceh padahal nak cerita tadi hujan lebat sampai tghari gituu, langsung jemur kain pun lambat nasib baik petang² ada lah matahari muncul keluarkan sinaran yg hebat fuhh *bepeluh.

ehh penat betul tadi bergosip secara sakan dgn lizz, cik cukis and anna thru twitter, kiteorg mengumpat lah HAHA comel betul mengumpat di twitter. ini semua kerana nuffnang tsk

*ini apa sal tah tetibe terus cerita pasal mengumpat ke apa tah? bukan td cerita pasal hujann ke? kah kah kah

okay masa saya jemur kain di laman rumah tadi, sebelum menaip entry ini saya ter- perasan sebuah atau sekuntum atau sebiji atau seekor cendawan yang comel. kurus saja cendawan itu, saya semacam eksaited gila sebab selalu tengok cendawan dalam majalah atau surat kahabar eh khabar atau dan sebagainya. (kasihan cikgu bm kalau tengok anak murid semacam ini +_________+)



saya eksaited betul sampai saya kembali ke pangkuan rumah(?) dan mengambil kamera handphone saya. KAH KAH KAH bayangkan saya ambil kamera di handphone saya, kenape tak cakap ambil handphone tanpa perlu cakap kamera handphone ke apa tah (apa neh terbelit² tah siapa yang ajar tah) kesian fwz dapat girlfren mcm ni.

selepas mengambil beberapa keping gambar sambil menjemur kain, I akui memang i bukan seorang photographer yg pro, cuba tengok gambar semua pun macam apa jeh +___________+
gambar yang pertama, agak comel jugak walaupun macam tah hape² cuba lah tengok siap ada hanger kaler biru kalau anda nampak :P





eeh, rumaah siapa yang cantik sangat ni :P (padahal pintu dengan kereta je nampak)
:bofu_48::bofu_48:




nampak semacam semak samun je KAH KAH KAH

berbagai posisi dan gaya selaku seorang pentangkap gambar yang masih hingusan, sekejap ke sana se kejap ke sini, seronok sangat sebab masa tu air hujan di ampaian semacam jatuh menimpa diri sendiri, lepastu berpusing² mencari alpha angle atau erti kata lain jaya jusco setiawangsa sebab mencari big apple padahal dalam kotak ada lagi dua jenis donut ta makan lagi (melampau lah jari ni suka hati je menaip) kah kah kah.





jadi ini lah gambar yang paling di sukai ketika sesi mentangkap gambar cendawan, nasib baik mama cakap cendawan ini ta boleh makan, kalau tak saya dah cabut terus letak dalam spagheti(kebetulan saya dan kakak masak spagheti bologenesss hari ini).btw punya lah suka sampai dua kali post dalam satu entry. betapa kuat nya tarikan gambar ini BHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

:bofu_07::bofu_07:



aik,apa kah makhluk hitam di sebelah cendawan itu? aku leka gila jemur kain ta perasan stokin abang aku terjatuh sipi² je sebelah cendawan tu. kesian kan kalau kene himpap dengan stokin tu, mesti koma cendawan tu. sedih aku (comel betul imaginasi seorang gadis berusia duapuluhtahun ini) +___________+

I paling benci dengan stokin, setiap kali basuh mesti hilang sebelah. (sekarang topik bertukar menjadi benci stokin) bila lipat stokin mesti satu jadi pnjang sebelah atau bertukar kaler dari hitam kepada putih. betul² benci stokin sampai rasa taknak basuh.

tapi saya cadangkan anda cuba ta basuh stokin, macam abang saya. mashaallaahhhhhhhh mintak oksigen mintak oksigen. orang bekerja selalu macamtu lupa nak basuh stokin KAH KAH KAH
:bofu_05::bofu_05:

notaJari; esok first day fwzQram practical. dekat klcc pulak. jeles dan tekanan kalau ada yang cuba nak ngorat dia. fuhhh +____________+

*INI ENTRY 9/07/27. I CUMA REPOST KEMBALI :) *BUSY*

Jumat, Juli 24, 2009

hantu purdah.

:bofu_11::bofu_11:


Ingat tak,surat khabar metro pada sekitar tahun 1996 ade wat liputan tentang seorang ibu membuat pendedahan mengenai anaknya iaitu seorang wanita yg berasal dari pantai timur yg kononnya telah melanggar pantang bersusuk yang mengakibatkan mukanya menjadi hodoh..

kononnya anaknya telah melanggar pantang bersusuk akibatnya mukanya menjadi hodoh dan dgn cara meminum darah 20 orang anak gadis yang masih dara barulah mukanya kembali kepada asal.. dan lebih mengemparkan pada masa tu, si wanita ini kononnya memburu mangsa ketika waktu malam dan awal pagi dengan menaiki kereta kancil berwarna merah..

selain tu gak, si wanita ni kononnya berpurdah untuk menutup mukanya yg hodoh tu.cerita ni berkembang dari hari ke hari, merentasi negeri dan lautan dan lebih menghairankan ceritanya dijadikan muka depan harian metro semacam menjadikannya sebagai cerita nasional pada waktu tu


credit : gempakz and jeffrockers
:bofu_37::bofu_37:

lagenda hantu purdah. ingat lagi tak? masa I kecik² dalam lingkungan darjah 2 atau 3 memang kecoh pasal hantu purdah naik kereta kancil kaler merah. setiap kali datang rumah dia akan bagi salam dan di akhiri dgn kum. kum.. kum..

*tskk, meremang bulu roma bila ingat balik.

:bofu_01::bofu_01:

actually teringat pasal cerita ini lepas masak petang semalam. kebetulan tengah kemas² dapur, ada kancil merah lalu, wanita memakai purdah TAPI ada bawak anak, so tetibe otak saya yang comel boleh ingat balik cerita ni hihi. (padahal wanita itu ustazah sekolah agama adik) :P

:bofu_36::bofu_36:

yang lawak nya cerita ni, kecoh satu seri gombak kata wujudnya beliau ni, dan orang kata, dia cari remaja yang baru baligh. masa tu, I ingat lagi smua kawan² i takut nak baligh HAHAHAHAH. budak lelaki boleh la lepas, setiap kali datang clas mesti nak sebut bende tu. sampai tak nak pegi skolah. mentang² beliau tak cari dorg :P

er, cerita ni pun dah lama tak de, I pun dah sweet 20. just teringat sambil search dkt gugel. just nak tanye korg, tempat korg kecoh tak pasal cerita ni? :P


agak² saya comel tak? kalau tak, rase mcm taknak pakai susuk :P

*orang kata, cerita ini di war-warkan sbb nak mengelakkan anak dara keluar malam² sebab waktu tu mmg ramai bohsia and bohjan, tapi I tatau lah. btw kalau dapat kurangkan bohsia and bohjan bagus juga ada cerita² macam ni. tapi mintak jauh la +________+

Rabu, Juli 22, 2009

tomyam campur.

hari ini kan saya mengidam betul nak makan tomyam, sebenarnya dari semalam pun saya mengidam tapi nasib baik semalam mama yang mengidam nak makan sambal udang. apa jadi pada tomyam saya? +_________________________________+ jadi panjang macam tu la muka saya. LONG FACE gituuu.

habis muncung saya timbul HAHA mcm keji je ayat muncung timbul kan? okay saya tak nak cerita panjang tentang muncung tebal konon perasan saya angelina jolie ke apa entah, saya nak kongsi dengan anda wajah tomyam, er wajah tomyam? KAH KAH KAH apa pasal macam kelakar je kan wajah tomyam yang saya create, er masak sesuai dari create kot HAHAHA.





:bofu_04::bofu_04::bofu_23::bofu_23:

sedap tak sedap tak? cakap nampak macam sedap sekarang sebelum saya hiris pisau yang saya letak dekat leher anda ni HAHA. tomyam yang saya buat ni lebih sedap dari tomyam dekat "pusat komuniti pelajar UNISEL" tahu? siapa yang nak cuba makan tomyam abe kelate tu baik lah anda order dekat saya di cluster __-__-__-_ (maknanya saya belum register cluster lagi HAHA)


:bofu_40::bofu_40:

bila saya buat tomyam ni kan, saya teringat dua sem lepas, maksudnya dalam 8bulan yang lepas, saya dan ayuna, er serta teman² serumah E3-3F-U3 memasak tomyam. ia kami rajin memasak, eceh suka lah saya sebab sebahagian tomyam tu saya bagi fwzQram rasa hihi. and yang paling penting masa saya beli ayam, saya beli dgn fwzQram lepastu dah kenoneng sampai tak suruh ane kasi potong ayam itu tsk +_________________+

comel betul memori memasak bersama housemate and saya rinduuu sangat. ohh 12hb saya sebenarnye tak sabar nak pulang ke pangkuan housemate tapi er, saya rindu mama , apak , chibi, k.ya, effa, kak fida and abg jai.

:bofu_24::bofu_24:

ehem² jom kita tengok pada gambar tomyam di atas semula HAHA. okay bermacam ingredients yang saya campak dalam tu. ada daging ayam, udang, berjenis sayur ( carrot, cauliflower,brokoli, corn) fuhh kalau lah rara tgk ingredient dalam ni, pasti terkoma² lah dia sebab er die tak suka sayur HAHA *ehem, sejak² gila RC ni, bahan² dh tukar jadi ingredients okay :P

i rasa mcm simple gila buat tomyam ni sebab tak payah guna perencah apa semua. cuma letak sekiub pati ayam je :P hihi. okay lah mata pun dah ngantuk. facebook pun jadi macam ta berape betul malam ni tsk +_______________________________+
:bofu_48::bofu_48:
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !