Selasa, Oktober 05, 2010

Gambatte , Try your best :)

Selamat pagi.
presentingggg u my new sleep partner ;p


sahaja nak bagi mood separa jiwang sikit untuk tantapan anda. tiada tips atau apa cuma nak kongsi benda yang bagi saya macam susah orang nak jumpa atau nak mendapat pengalaman seperti itu tapi sebelum itu boleh tak engkau jawab soalan saya ini?
sanggup tak engkau tunggu boyfren / girlfren / isteri atau suami engkau selama berejam rejam (jam-jam tangan, jamban pomboley) ?
sanggup tak sanggup tak? haku tunggu hadik haku habis berak pun boleh siap terajang pintu bilik air sebab tak tahan nak berak juga ini kan pula tunggu awek engkau dekat shopping complex, awek engkau jalan terkedek kedek mekap , mandi, makan, kentut berjemaah dulu baru datang tempat yang di janji T_____T

bukan apa, bukan nak puji bakal suami sendiri pun walhal memang wajar dipuji pun tapi entah, macam kagum dengan dia. kagum gilaaaaaaaaaaaaaaa. dia bukan setakat tunggu je, dia siap bagi anak pulak *blushing* , hepp, aku single lagi la belum kahwin (T_T)


gambatte, im the best ;)
tiba tiba teringat peristiwa dua tahun dulu, first date dekat midvalley pakwe caye tunggu saya almost 6hour sebab saya amat terlewat , tnggu bestie dulu, tunggu train dulu, tunggu ktm dulu dah lah dulu tak ada koc wanita :( lepas tunggu tu, dia bagi saya anak pertama yang saya bagi nama eddy. comel je eddy ni tecik mcm mommy dia *pengsan* , senang nak pikul dalam hendbeg, tapi saya mana penah cukup, asyik merengek nak lagi nak lagi.

last sabtuday masa saya plan nak lepak sunway lagoon, tiba tiba pakwe caye nak ikut, sebuk betul tapi tak apa dia tak baca blog saya *fuhh fuhh* dah lah emosi gila dengan dia, kiteorang asyik asyik merajuk cecame cendiwi jeeee, nak enjoi dengan kawan pun tak dapat sebab pakwe caye asyik nak mengada ngada je HIK HIK gedik.

nak balik tu pun kiteorg sempat gaduh besar (setakat tarik muka, tarik tangan, tarik kaki jalan laju laju je, tak ada tarik2 rambut pun T_T) , masuk dalam kereta dia cakap sampai hati tak tengok hadiah dekat seat belakang. terkejut berut la cayeeeee, alaaa dah la dia kene tunggu dua jam sebab awek die tekedek kedek datang sunway, hiks gedik



rupanya pakwe caye belikan anak kedua, eh ketiga sebenarnya tapi lukas padolski anak give away masa dia beli celcom broadband, tamo syg lukas padolski lah sebab dia anak angkat *keji gila*

okay dah habis cerita dia, kesimpulannnya sanggup tak engkau duduk mencongok tunggu orang macam mana pakwe caye cabar menunggu caye siap dapat anak pulak tu hihi. TQ so much b bg peneman lagi. ;) (T_T)

// saya tanya dia, besarrrnyaa kepala kitty ni, mcm kepala i eh? dia tak jawap, dia sengih. APA MAKSUD DIA?

okai bai.

Minggu, Oktober 03, 2010

Pelancaran Blackberry Torch 9800 Westin KL #Maxis10

Selamat malam.

last monday, saya dapat msg from aprilyim. she's the one yang contact me and bagi tahu saya adalah orang bertuah yang dapat menyentuh Blackberry Torch 9800 sebelum orang lain. Ya, saya the lucky one sebab apply untuk jadi reviewer maxis10 YEEEEYY. Thanks April Yim ;)



april invite me and raracandyfloss untuk pelancaran Blackberry Torch dekat westin KL and boleh bawa guest masing masing, so rara bawa her fiancee and hud huddddd, YEY first time jumpa hud hud, suara dia rawk sangat sangat HAHA sebab dia tak sihat but still sanggup teman. thanks Hud ;) serius masa ini seronok sangat sebab dapat bawa someone kan, but if tak dapat pun dah cukup best sangat sebab kebetulan saya dengan rara dapat review BB torch ohhhh, so guys, harap uols dapat support i untuk buat review selama 2minggu. after that insyallah i akan dapat terus that BB LOLO ;p



but jalan dekat bukit bintang sangat menyakitkan jiwa, sana sini jammed (T_T) boring sangat tau sampai westin kl pukul 8.30 padahal event start 7pm tsk, salah kan traffic light sekarang ! T___________T tapi yang best sampai westin KL terus serbu toilet dia okay. dua gambar dekat atas ni semua dalam toilet . HAHA



counter registration pun dah siap close dah tak dapat pun door gift walhal banyak gila kot. kejam hokay, tak apa, tak apa, T___T but chinesse guy yang sebelah kiri itu sangat cute HAHAHAH gila aku pandang lelaki lain matik sayaaaa kene belasah nanti tsk



THIS BLACKBERRY IS NOT ABOUT BBM ONLY. IT IS COMPLETE. hambik, kan aku cakap, BB Torch adalah comel sangat . semua function ada, nak sms ada, nak mms ada, nak beyak je tade T____T



ini dia, ini dia si cantik manis yang bakal menjadi hanak hayam i tak lama lagi. phewittt, kita just tengok tengok dia sebab i akan mula review on next tuesday , kene bagi chance reviewer iphone4 habiskan dulu task dorg. LOLO ;)



tiba tiba eksaited sangat tengok ATILLIA and YASMIN HANI pun ada dalam ballroom, rasa macam nak serbu dan minta autograph dekat dada but behave please T_T , pergi briefing dengan maxis10 and april yim sampai terlupa pasal dua artis gorgeous itu .

so introduce to u, MAXIS10 for BB Torch ;))))



i tengah pegang kotak BB Torch ;p
masa ini terasa bagaikan artis, semua orang berlumba lumba mentangkap gambar . baju masing masing dah vogue (kecuali saya, nampak klasik kata eyra) . but terkilan sangat tak bergambar dengan april yim ;(



dan akhirnya pukul 12.30am still dekat mcd setiawangsa, tak tahu apa motif pergi sana? (sebenarnya entry ini dalam keadaan emosi yang tengah tak stabil. rasa dah give up segiveupnya) jadi, er tiada blackberry dalam tangan. :( but kami dapat torchliteeeeeee. cool gila kan? kejap nak cari gambar.

btw, sila kagum dengan rara yang sanggup drive tengah tengah bandar sibuk itu T______T tabik springggg :D

credit : here. here

okai bai.

Jumat, Oktober 01, 2010

Entry terbaik, peserta L untuk Liyana, Blackberry Torch :)

Selamat malam.

diwaktu entry ini diterbitkan, saya dengan hud hud and my baby , raracandyfloss tengah menghadiri satu event exlusive sangat pelancaran blackberry torch dekat bukit bintang. YAHOOoOOooO minggu lepas dapat invitation untuk iphone 4 but tak pergi coz rara still dekat jb lagi.

btw entry ringkas ini sebagai penutup keluh kesah peserta L untuk Liyana yang sakan menulis entry memuji beliaau ( saya, liyana tu ) heee, rule untuk entry adalah senang, hanya tulis apa yang anda suka / tidak suka dia.

ramai yang menyukai saya (terharu) menyukai header aneh saya (terharu) entry merapu yang panjang lebar tak ada noktah sebab saya malas letak noktah (terharu) nama liyana lunia (terharu) and ada juga yang delete entry mereka mungkin sebab malu atau segan atau er entah saya pun tak tahu kenapa T__T tapi tak apa, saya hargainya semua orang adalah pemenang bukan pengalah.

jadi, pemenang entry terbaik yang memang terbaik sekali baca je dah terkentut sebab angin kus kus menyerang sambil bergelak secara rakus adalah



nurainhassan


dan pasangannya



fitrihadidotcom

HAHAHAHAHA, aku baca entry dorang terus kejang perut. kuang asam betul dedua kutuk hebat gila (T_T) sebab itu saya rasa diaorang memang terbaik lah HAHAHAHA so, both of you please email me your alamat and tunggu lah dalam masa seminggu dua ini okay? ;)

but BUT but BUT , to those yang rasa beliau adalah tidak bertuah, anda sangat salah seriusli because anda semua adalah yang bertuah sebab mempunyai kesungguhan untuk menjoinkan diri ke dalam contest L untuk Liyana. PLEASEEE, tolong lah semua yang join this contest, bagi alamat anda di contact me. PLEASEEEEEE . secepat mungkin sebab saya akan memberi seprais kepada semua.
pemenang Galeri gambar L untuk Liyana, siapa yang rasa tak bagi alamat lagi, pelis bagi cepat. kang i mengamuk karang LOL
okai bai.

lif terhempas dari tingkat 6 sebuah pangsapuri di Petaling Jaya.


Selamat pagi.

YEY dua tiga hari adalah tidak sempat langsung membuka hmetro namun hari ini adalah sempat kerana sedang bersenang lenang. entry paling menarik L untuk Liyana insyallah akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini. YAHOOOOOOOooOO

berita hangat pagi ini adalah lif terhempas dari tingkat 6 sebuah pangsapuri di Petaling Jaya, yes, di petaling jaya boleh di katakan di selangor atau di malaysia bukan dekat liverpool atau chelsea (?) atau melbourne afrika (?) . sungguh mengerikan, naik semua bulu roma aku dengar berita ini T_____T



kaki dia patah. tengok kaki dia. :(((((

Sementara itu, Pengerusi Penduduk Pangsapuri Impian Baiduri, Tambi Chik Hassan, 45, berkata, kejadian lif rosak di pangsapuri Blok A kerap kali berlaku hingga menyukarkan kehidupan harian 1,000 penduduk.

Menurutnya, walaupun terdapat tiga lif di pangsapuri berkenaan, namun hanya dua lif berfungsi manakala satu lagi lif digunakan sebagai stor mengisi perkakas kontraktor.

“Bagaimanapun lif berkenaan kerap kali rosak walaupun pihak pemaju mendakwa ia baru diselenggara. Keadaan lif uzur berikutan lampu dan alat penghawa dinginnya tidak berfungsi.

“Sering kali lif berkenaan berhenti tanpa sebab mengakibatkan penduduk terperangkap di dalamnya. Lebih menakutkan apabila lif berkenaan kerap menggelungsur ke bawah secara mendadak menyebabkan pengguna di dalamnya ketakutan,” katanya.

Menurutnya, kejadian kemalangan yang hampir meragut empat nyawa penduduk pangsapuri itu kemuncak kepada kebimbangan yang selamanya menghantui penduduk.
mengerikan aku tengok gambar budak ini. sangat sangat mengerikan dan menakutkan. cuba bayangkan lif engkau naiki terhempas, betapa lajunyaa lif itu. tiba tiba aku terbayang cerita omputeh predators dan alien rosakkan bumbung atas lif dan keluarkan seorang mangsa kemudian dia cabut tengkorak dan tulang belakang lalu lari ke atas apartment dan meraung menunjukkan beliau hebat (T_T)

okai bai.
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !