Jumat, September 03, 2010

Salam aidilfitri dari Mieyabubbletalk.

Selamat pagi.



YEY semalam balik dari office dapat dua bungkusan. satu bungkusan dari drunbella bungkusan bukan setakat bungkusan kosong tiada makna, ini ada makna punya bungkusan tahu? untuk mengetahui sejauh mana toksik dalam badan anda bergerak mengikut pergerakan darah (T_T) ye saya baru pakai sehari dah nampak dah benda yang meloyakan, kita tengok malam nanti sama banyak tak dengan hari pertama. kesan dia saya rasa, saya bangun sahur jadi segar bugar walhal sebelum ini rasa macam nak hentak kaki dekat muka orang sahaja (T_T)




and satu kad raya dari mieyabubbletalk. YEY ini kad raya pertama untuk tahun ini. kad raya yang saya sangka ada terselit wang rm 50 hengget sebagai hadiah hari raya tapi macam angan angan ku musnah selepas tiada apa apa terselit HAHA tq so much mieya darlingg :D lawa sangat kad raya itu ada gambar gadis manis macam kak ynn. sukanya sayaa :D



sepatutnya dapat lagi dua kad raya tahu dari hero remaja sekarang ariff shah and andy lelaki kacak tetapi macam belum terima lagi, since dua dua hero remaja sekarang sangat famous, sudikan lah memberi barang rm10 sebagai duit raya (T_T)

anda sudah dapat kad raya ke belum? sebenarnya saya sangka zaman sekarang ini macam ada yang tak minat kad raya lagi (T_T) rupanya ada lagi yang sudi bagi. Thank You sangat sangat mieya darlingg,

okai bai.

Kamis, September 02, 2010

Menu Berbuka ; Nasi Ayam Marveles.

Tiba tiba gila tamak nak update dua kali malam ini. hehe saja nak tayang nasi ayam marveles masakan emak. resipi dari mummy qaisara kepada kami, since mummy qaisara adalah seorang yang pandai memasak ( ehem ini bodek, kalau kak ju baca sila bagi duit raya walaupun saya sudah bekerjaya T_T ) . masakan mummy qaisara semuanya sedap sedap terutamanya nasi ayam marveles.



tapi, nasi ayam marveles ini telah kami ubah resipi dia menjadi lebih marveles. Huwaaa nasib baik lah bulan ramadhan ini jangan tamak sangat. jadi kene cover lah sikit takut sebelum raya baju dah sempit (T_T).

ehem, sihat tak sihat tak? ada sayur, ada betik. HAHA comel gila bila tengok aku pergi hias pinggan macam ini, tak ada seni langsung (T_T)


siapa teringin nak makan nasi ayam marveles puan sally, boleh lah singgah Jalan Nenas Indah nanti HAHA ;p

okai bai.

Memori ramadhan di Unisel.

Selamat malam.

esok mula lah semua budak budak sekolah (ecewah, now saya dah bekerjaya jadi kene gelarkan kalian budak budak lah HAHA) bersenang lenang dekat rumah. padahal dia tak tahu nanti masuk semester macam macam test dorang kene lalui. tak apa bergembira lah sekarang ( HAHA keji betul )



gadis bekerjaya macam saya pun ada cuti heh, bukan tak ada. jadi bila ada cuti sila bersyukur (T_T) mula mula masuk ofis sangat happy bila tengok white board ada notis cuti from 8hb until 20hb but bila bos masuk dia cakap ' Ynn, u masuk 15 and 17hn tau, i je cuti sampai 20hb' ( MENANGIS AIR MATA DARAH PUN TIDAK BERGUNA ) terpaksa lah saya sengih sahaja walhal baru 45minit muka saya tegang :(

tapi tak apa, kira ada lah masa cuti untuk berjalan jalan dengan family. ehem seronok.

sebenarnya, saya teringat masa dekat unisel. berpuasa dekat unisel masa sem pertama dan keempat adalah paling hebat. semester pertama adalah semester paling saya suka kerana waktu itu waktu sedang berbunga bunga dengan encik buah hati.

tapi waktu itu waktu malu malu nak dating nama dia. setakat call suruh bangun sahur, pergi bazar pun berselisih senyum senyum sepanjang ramadhan. tapi bila nak balik bercuti baru lah berani pergi makan berdua-duaan. lepas makan dating belakang falkulti. lepas tu dapat call emak dah sampai bukit tagar terus meroyan balik laju laju kemas barang semua (T_T)

masa itu ingat boleh sambut ramadhan dengan dia bersama sama untuk ramadhan yang akan datang, rupanya tak sempat, buah hati saya masuk PSIS (T_T) jadi sepanjang ramadhan di unisel saya di temani teman teman terhebat. tehee menarik nak cerita pasal ramadhan dekat unisel. sangat menarik bila budak lelaki masuk class badan bau rokok LOL

okay dah lagi seminggu nak raya. jom pasang langsir baru, pasang sarung kusyen baru. tahun ini emak cakap tak perlu buat ketupat (YAHOOO) pagi raya kita makan nasi minyak sahaja. tapi saya ingat nak import ketupat daun palas lah dari mummy qaisara dekat kedah sana. tehee ;p


tak sabar nak pakai baju ini pagi raya nanti. :D

okai bai.

Rabu, September 01, 2010

Jangan baca if engkau Pengejar Earning Nuffnang Terunggul.

Selamat petang.

Saya jarang membebel dalam belog. sangat jarang lagi lagi kalau benda yang boleh menyebabkan other people tersentap atau tersentuh. dulu mungkin ada lah kalau anda sempat baca sebab banyak entry dulu dulu dah berjaya di remove dengan gembira. tehee :)

KEjap, baca dulu entry hud hud nnti baru sambung baca entry ni HAHA

okay macam ni, Saya tak faham apa masalah engkau, kalau ada pun belog yang cerita pasal nuffnang setiap masa atau cerita pasal trafik atau SEO (cerita pasa SEO pun hangin ke? KAH KAH KAH) atau kopipes hmetro ke apa sampai siap buat entry sarkastik lepas tu bila orang tersentap, ayat dia mesti BUTTHURT? macam bodoh je engkau ni? seriusly aku tak faham betul apa masalah engkau.




kalau macam engkau tak suka nak kejar traffic atau kejar duit nuffnang, baik lah engkau jangan nak cakap pasal ini dalam belog engkau. biar lah mereka nak cerita, itu belog mereka. bukan mereka jadi guest blog engkau dan tayang earning belog mereka dekat belog engkau dan compare dengan earning belog engkau yang tak sampai sampai rm50 sebab engkau kan tak kejar traffic, tak kejar nuffnang kan?

Aku tak ada hal lah benda macam ni, kalau aku nak baca, aku baca lah lepas tu tutup tak payah nak butthurt butthurt bontot engkau. atleast duit nuffnang aku tu aku boleh beli sabun buat cuci kaki, aku boleh beli topup rm50 hengget setiap minggu. dari engkau? apa engkau dapat? oh dapat kutukan dari pengejar traffic & nuffnang kan? seronok gila kan engkau? KAH KAH KAH duit tak dapat, caci maki engkau dapat.

macam ni lah weh, dulu aku kenal kau seorang yang nice, your belog tu bagi aku best lah sebab banyak informasi but now aku tengok apahal engkau macam sekarang ni belagak bagus? sekarang belog engkau tak ada informasi dah selain mengutuk orang kau faham tak? puas lah hati engkau kan dapat kutuk orang padahal apa pun kau tak dapat. baik engkau layan redtube lagi puas dari engkau kutuk budak budak kejar traffic & nuffnang ni sebab dorang marah kejap je, yang lebih tu duit BE dorang tetap masyukkkkkkk KAH KAH KAH :)
walaupun belog saya tidak berinformasi, saya bersyukur sangat dapat pembaca seperti anda, tak pernah jemu kasi support datang beri komen. terima kasih sangat sangat. jangan terkejut saya jadi garang tiba tiba :D
(T_T) entry ini bukan di taip oleh LIYANA LUNIA :| (HAHAHA)

♥ okai bai.
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !