selamat pagi.
malam tadi, gua tengah leka bermain myspace sambil check check gulai lemak masak ikan kitang dekat facebook dah masak ke belum, dan sambil sambil gua usha gengblogger cari kenalan sambil itu sempat juga gua mengupdate belog tentang kehadiran gua ke event 400 nuffnang. kakak gua sibuk buka cerita hantu. bukan cerita hantu dekat tibi, ini dia cerita pasal hantu masa dekat segamat waktu dia belajar dulu dulu..
*ada satu tempat belajar very the femes dekat segamat tu, gua tamo cakap, lu fikirlah sendiri HA HA HA
ini tempat orang kata sangat keras, masa kakak gua belajar dulu gua selalu ikut bila mana kakak gua dihantar balik ke sana oleh emak dan apak. boleh kata setiap kali hantar mesti waktu malam. penduduk segamat ni gua pelik sikit asal belum pun isyak dah senyap, masuk tidur, rumah langsung tak nampak yang gua nampak cahaya cahaya malap. ada satu tempat tu boleh kata penuh dengan kubur cina, kalau lalu mesti akan bau asap. itu pengalaman gua kalau lalu dekat situ, pelik malam malam bau asap. tengik.
ini pula cerita kakak gua malam tadi, dia teringat waktu tu dia tengah study, kawan dia semua tidur. dalam pukul 3am masa tu, mula mula dia dengar bunyi macam org mengilai dia ni macam berani buat tidak tahu lah. selepas itu, dia rasa kipas dalam bilik bergerak perlahan, jadi bilik itu panas lah betul tak? kakak gua tak puas hati, dia rasa macam dia nak check apa jadi dekat kipas, bila dia dongak saja dia nampak benda besar rambut panjang mata merah tengah tenung dia sambil bergayut dekat kipas tu. omak, terkejut kakak gua pengsan sampai pagi.
lepas gua dengar cerita macam tu, gua cakap dengan dia dah lah gua nak tidur, malas nak layan (padahal gua tengah takut, bila terbayang cerita penunggu gunung raya macam seram tapi tak sangat ) so gua lari masuk dalam bilik terus tertidur sampai tak msg buah hati. kasihan buah hati gua, gua lupakan dia, ini sebab gua rasa takut bila bayang cerita bukan bukan.
lama sikit lepas gua dah berdengkur² tiba² gua rasa badan gua macam ada benda berat naik. memang berat gila sampai gua rasa lemah, lepas tu gua rasa macam berbulu bulu. waktu tu mata gua memang tak buka dah sebab tak boleh macam kene gam, gua nak tepis pun macam terhalang sebab 'benda' itu duduk sekali atas tangan gua. masa tu gua nak jerit emak pun tak dapat, nak jerit kakak gua lagi lah. gua dah pasrah, dah mengucap, baca ayat kursi, baru gua boleh buka mata.
waktu nak buka mata tu gua dah seram gila sampai rasa nak terkencing, gua nampak mata dia. mata dia pandang tepat mata gua, mata dia bukan merah menyala, tapi kuning kuning gitu, siap mata hitam membulat seperti kitty dalam cerita shrek
mata dia lebih kurang gini.
tiba tiba gua rasa angin gua dah naik, memang dah naik sampai rasa nak mencarut dua tiga kali, bukan sebab 'benda' tu rupa dia macam aaron aziz atau farid kamil, tapi masalah sekarang asal muka dia macam makhluk dalam video ni? ini menandakan gua telah dipijak hidup hidup dengan makhluk bebulu bernama chibi hampeh betul. sekarang bagitau aku, cerita aku seram ke tak? ;p
chibi ini memang suka tidur sekali dengan tuan dia, selalu jadi mangsa adalah emak. kesian emak T___________________TEntri di tulis untuk support contest
Kisah Paling Seram di Gengblogger. Untuk pengetahuan semua, sesuai dengan syarat kontes tersebut cerita berikut merupakan kisah benar yang sebenar-benar dan bukan rekaan. Sila menyeramkan diri anda sambil bermain game
hotel ini.