Hari ini, adalah hari terakhir saya sebagai seorang yang berusia dupuluhsatu. orang kata umur duapuluhsatu adalah umur yang sudah boleh bebas dari kepompong bawah ketiak emak tapi bagi saya , apa apa pun, emak adalah orang penting dalam hidup saya kerana bersusah payah dari kecil sampai besar nak mem-besar (TERBUKTI saya besar ) kan saya dengan susah payah tiba tiba saya nak jadi orang bebas, nak bergaul dengan orang sana sini sampai lupa emak itu adalah bukan saya. Jadi, adalah normal kalau engkau tanya liyana buat apa esok? Liyana keluar dengan emak pergi shopping. itu adalah normal ye tamo lah kecik hati yaww.
#2010memories , meriah sangat tahun ini. tersangat lah meriah sampai tak boleh cakap macam mana dah sebab terlampau lah meriah . murah rezeki saya tahun ini, alhamdullilah. rezeki emak dan apak hendak menunaikan haji . alhamdullilah syukur sangat sangat. tak tahu lah nak cakap macam mana, baik saya simpan lah sikit, sikit lagi saya dah cerita dekat belog. bukan bukan bukan niat saya hendak tunjuk tapi saya tahu anda bersemangat bila tengok usaha saya selama ni, dari 2008 saya cuba raih apa yang saya nak, bermacam macam contest saya masuk sampai saya pernah kecewa sangat bila berharap dan buat yang terbaik tapi bukan rezeki saya. takpa, waktu tu saya kata dekat myself, tak payah lah berharap sangat lepas ni.
#2010memories , saya berjaya menjadi seorang pekerjaya selepas dua tahun belajar di Unisel, praktikal di Pandan Indah tetapi adalah sikit problem HAHA harap bos dekat sana tak hambil hati WUWUWUW, dan juga berjaya menjadi graduan UNISEL dan memiliki segulung diploma dan berkonvokesyen sambil ditemani orang tersayang :)
#2010memories , saya berjaya memiliki lesen P setelah beberapa bulan dari tarikh pendaftaran. dengan sekali ujian komputer (Lesen L ) dan ujian JPJ (Lesen P) saya dah mempunyai
#2010memories , dan bila taknak berharap tapi mengekalkan usaha dan akhirnya ia berbaloi bila saya diterima masuk kedalam family #maxis10 . saya berusaha untuk memberi yang terbaik. saya cuba dan tidak berharap akan mendapat blackberry torch secara percuma tapi hasil dia? saya mampu memiliki blackberry macam orang lain secara percuma. kalau hendak dikira dengan gaji kerjaya saya, memang tak layak lah nak beli blackberry curve pun sebab saya memang belum mampu untuk memiliki gagdet bernilai mcm tu.
#2010memories , dan paling saya seronok selepas dua tahun jadi blogger, saya berjaya memperoleh earning BE dari nuffnang paling tinggi ah, RM2++ lebih dan juga 3161 followers walaupun tanpa men-tayangkan muka yang cantik (sebab haku tak cantik #shingshing) kecuali dekat header. means belog saya diterima lah kan walaupun entry tidak berkualiti, muka tak lawa, agak berisi dengan berat 100kg dan agak gelap dari ning baizura betul tak? terima kasih sebab kalian tidak memilih kawan. terima kasih sangat sangat.
#2010memories , walaupun semua diatas ini kenangan manis takada pulak saya cakap hidup saya sentiasa manis sahaja padahal saya ini bukan lah perfect. cuma saya lebih suka cerita sweetmemories dari bittermemories gituww. semua perkara termasuk lah yang paling latest ini saya harap dapat memberikan pengajaran untuk saya sendiri. Allah maha adil, disebalik kegembiraan yang saya dapat, ada juga keperitan yang perlu saya tanggung. DIA uji kesabaran dan kepercayaan saya terhadap seseorang tapi saya tahu, semua yang baik datang darinya, dan buruk datang dari saya. terima kasih yaAllah.
mungkin next entry saya akan letak #wishlist2011 pulak. HAHA tengok lah kalau sempat (T_T) haku nak juga letak wishlist keh keh keh.
NAK TAG KORANG AH BOLEH TAK? KAH KAH KAH
NOTA : hoi, korang jangan lah cakap jeles jeles, tak perlu jeles tauu. korang mesti bersemangat (nak cakap , jadikan saya idola adalah melampau T_T) jadi bersemangat lah tauuuu anda mampu mengubahnya. nak jadi blogger bukan dua tiga hari boleh berjaya, kene makan masa baru boleh menggapai bintang HAHAHA (SAYA MAMPU ANDA JUGA MAMPU)
HAPPY NEW YEAR.
selamat datang 2011 ;) *
selamat datang 2011 ;) *
♥ okaithnxbai.