Jumat, April 30, 2010

(Update) Cara letak butang LIKE and SHARE facebook untuk blogspot. ♥

Selamat petang. ♥

tadi waktu i berjalan jalan cari pasangan, i terserempak dengan belog arc13. arc13 ini gua pernah sekali jumpa dan tidak tegur masa dekat event digi pimp my day nuffnang jumpa tapi tak tegur okay macam aneh ayat macam itu. jangan ikut perangai macam ini. dah jumpa lepas tu tak tegur kau bajet kau bagus?er sudah kisah lama jangan diungkit kalau diungkit merana diri T_T HA HA HA



okay sekarang kita belajar satu button yang comel. tiba tiba macam i LIKE habis T_T sebab apa i LIKE? sebab button ni nama dia button LIKE facebook untuk setiap entry. kau ornag patut like like macam i like juga sebab zaman sekarang zaman facebook. mana ada orang pakai myspace atau friendster lagi. semua facebook. SEMUA FACEBOOK KAH KAH KAH KAH

sekarang kau pergi buka :

1. dashboard dan pegi ke layout ==> Edit HTML ==> tick Expand Widget Templates

2. then ctrol + f , cari word

data:post.body


3. kemudian masukkan code ini selepas code data:post.body

<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

4. then kau orang boleh buat ayat ayat macam memaksa orang like entry tersebut contoh macam i punya




5.kalau siapa nak buat button share pulak, u guys boleh tambah code ini di bawah code number 3. kalau nak letak bahagian atas pun boleh. up to u :) apa apa hal preview dulu okay

<b:if cond='data:post.url'>
<a expr:href='"http://www.facebook.com/share.php?u=" + data:post.url'><img alt='www.tips-fb.com' border='0' src='http://i15.photobucket.com/albums/a398/syilpid/share_on_facebook_2.png'/></a>
</b:if>

apa kebaikan buat benda ni? haa kebaikan dia i copypaste sahaja dari belog arc13

Kelebihan butang ni ialah ia akan publish di facebook anda, kalau anda like entri tersebut. Dan kawan-kawan fb lain akan teruja lah nak tengok apa yang anda like tu kan? So, traffic meningkat.
haa encik arc13 yang kacak juga beri pesanan dekat i, suruh bagitahu uols. (sebenarnya taknak bagitahu T_T biar semua orang like saja HAHAHAHA) yang kalau uols taknak LIKE dah, u guys boleh klik balik jadi UNLIKE :P
cakap kat mereka yg bertanya pasal unlike tu, klik sekali, like, klik 2 kali is unlike


kacak lah beliau, siap bagi note HA HA HA :D

Credit : Arc13 (sudah berpunya belum berpunya HA HA)

Credit : Intannurulfateha untuk code share :D

menjengah 5 belog terhebat di malaysia dan tips mendapat pembaca.( Part 1 )

selamat pagi.

semalam i dapat satu msg from chatbox, dari queenada yang rekues i buat satu entry khas tentang belog belog yang i suka jengah. jengah tu macam selalu aku masuk dahulu sebelum belog yang lain. walaupun dia tak update HA HA HA susunan belog juga adalah bantai. tiada yang special semua adalah sama HA HA HA

susunan belog secara bantai dimulakan dengan



1. belog otak ketat.

minah ni memang otak dia ketat. setiap kali update je mesti laju laju aku baca. aku rasa macam lesbian je bila masuk belog dia sebab nanti aku pura pura jadi lelaki kacak nak ngorat dia. dah macam apa tah. aku rasa dia letak dadah kot HA HA HA

first time jumpa dekat gatsby, memang perangai dia sebijik macam dia dalam belog, sengal, kelakar, lawak, funn. aku mmg admire taipan dia yang berjela jela tu sebab tu aku calon kan dia dalam ulasan blog dekat GB :P and baru aku tahu dia tua dari aku T_T wakakka perempuan tua



2. belog perempuan.

perempuan bernama syue ni gua tak berapa kenal tapi selalu gak baca belog dia walaupun gua tak komen sebab masa gua yang busy ni menyebabkan gua tak dapat komen. tapi dia adalah penaip belog yang bagus. belog sangat kemas buat kan gua tak kesah baca belog dia yang berjela jela tu HA HA HA :P

syue, serius i suka baca ur belog buat lagi entry comel comel bukan comel maksudnya kene letak emoticon penuh satu page no, bende itu serabut. nak buat belog comel, kau belajar dari syue. HA HA HA :)



3. belog ailyl.

gadis bernama ailyl. semua dah kenal dengan dia since dia adalah blogger of the month bulan march dekat GB. i dah kenal lama juga dengan ailyl tapi setakat macam hai hai bai bai macam tak berapa rapat lah cuma i terharu gila dia cakap i adalah her idol dalam blogging. macam aneh tapi i tetap terharu.

// sekurangnya i jadi idola orang juga, walaupun i tahu i tak layak di idol idol kan HA HA HA




4. belog cisdel.

nama pun cisdel memang cis betul lah owner dia ni HA HA HA tapi belog ini comel sebab ada lembu. pandai dia lukis lembu yang comel tu siap ada prop mengikut entry yang dia bagi. fun :)



5. belog raracandyfloss.

last but not least, my best fren forever. forever insyallah akan bekekalan sampai ke cucu cicit cocot semua. rara bukan je kawan i, tetapi dia adalah sifu i, dia tolong banyak sangat, setakat soalan apa itu exchange link tu tak perlu lh bersifu bagai tapi kalau semua coding i tak faham i tanya dia and kalau dia tak faham, dia tanya i so dari situ kita dah jadi forever. terikat :D

oh i mengaku, kiteorang bukan selalu baik. kadang kadang bergaduh juga tapi memang jodoh i dengan rara kot, i tak boleh berblogging tanpa dia. see ramai kawan dia adalah kawan i juga. hee yangg dari 2008 dah kenal u tauu, banyak lagi rahsia u belum i tahu ehem ehem rahsia bulan 10 tak sabar nak tahu WAKKAKAKA :P

haa. panjang tapi belum lebar lagi. ada banyak lagi blog yang i masuk setiap hari. nanti akan gua cerita lagi :D

// btw nak buat orang suka bukan susah.kau buat belog kemas, kemas sekemas nya jangan merata rata letak widget sana sini and walaupun tak pandai nak mengarang, cuba cari kawan.

// jangan sombong, jangan belagak, jangan tanya soalan aneh aneh, jaga hati orang. sekian :)

Kamis, April 29, 2010

Pelakon cilik Mia Sara Nasuha @ Amani dalam Adamaya.♥

selamat pagi. ♥

sekarang i pelik betul setiap kali hendak pukul enam sahaja kecoh sahabat dekat twitter merengek rengek hendak tengok cerita terpanas adamaya. panas ke? bagi i TAK sebab i pernah tengok im not single dan i suka pasangan adam maya farid kamil and lisa. bagi i pasangan itu adalah paling comel di alam semesta. eh tak lupa masa tu dani adalah awal ashaari. KAH KAH KAH



sebenarnya, i kan keje. bila balik keje pukul 7pm mana lah ada masa nak tengok sebab dah separuh cerita habis jadi mood nak tengok pun kurang. kira macam i tak puas hati lah walaupun boleh tengok online tapi tak rasa lah suasana mentengok tv kan?

sebenarnya juga i tak suka faizal yusuf jadi dani sebab dia macam gengster gila and lisa pula macam comel gila so macam tak sesuai tapi sein nampak comel dengan maya sebab dua dua memang comel cuma faizal yusuf sahaja. sabar lah faizal, dalam manjalara awak nampak macho tapi dlm adamaya awak macam gengster gila (mesti faizal menangis air mata darah bila baca comment i T_T)

sebenarnya juga apa yang comel dekat mia tu? sampai semua teruja nak tengok mia ni sampai siap buat pages LIKE LIKE dia. A HA HA HA HA



// best sangat ke adamaya? kenapa i macam tak teruja nak tengok? HA HA H HA HA HA

// ini entry macam wangi hati lah sebab tak dapat tengok adamaya T_T

Credit : fan page mia sara / mia sara

Rabu, April 28, 2010

Perbezaan antara Http:// dan Https://

selamat pagi.

sekarang i nak bebel sedikit, ramai yang masih tak tahu yang http:// dengan https:// adalah berbeza. kenapa berbeza?



HTTP adalah singkatan dari HyperText Transfer Protocol , iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc). Jadi apa perbezaan huruf S yang membezakan antara HTTP dan HTTPS?

“S” adalah singkatan daripada “Secure”. Jika anda mengunjungi laman Web ,lihatlah alamat di web browser, ia akan biasanya dimulai dengan ini: http://./
Ini bererti bahawa website ini ‘berbicara’ dengan menggunakan pelayar biasa
yang tidak selamat. Dengan kata lain, ada kemungkinan ada seseorang yang sedang sekodeng pada komputer anda semasa ‘perbualan’ dengan website.

Jika Anda mengisi borang di laman web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang anda hantar ke laman tersebut. Jadi tidak digalakkan untuk kita tidak pernah memasukkan nombor kad kredit anda di laman http



Tetapi, jika alamat web bermula dengan https: / / , yang pada dasarnya bererti komputer anda sedang berbicara di halaman dalam kod yang selamat dan tiada sesiapa yang dapat sekodeng maklumat anda.


Anda faham mengapa hal ini begitu penting, kan?

Jika sebuah laman web meminta anda untuk memasukkan maklumat kad kredit anda, secara automatik periksa dahulu samaada alamat web bermula dengan https: / / .

Jika tidak, jangan memasukkan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit.

// ramai tak tahu tengtang http:// dan https://

// boleh sebar-sebarkan heh

okay babai nak tidur. esok ada presentation T_T

Minggu, April 25, 2010

cara untuk memasak mee segera dengan betul untuk mengelakkan penyakit.

selamat pagi. ♥

signup twitter dan churp churp untuk bukan bloggers. anda boleh earn duit dari bertwitter dan berfacebook je ! ;p

ini pagi kita bincang pasal makanan paling cepat di masak sedap di makan dengan harga rm0.90. kira roti canai tiru harga dia yang sepeket lah eh bukan sepeket yang ada 6 bungkus tu. ini sepeket yang kau boleh ambil satu perisa lain satu lagi lain dan total baru rm1.80.




maggi adalah sebuah jenama dan barangan terpenting dari maggi adalah mee segera yang mempunyai berbagai perisa. maggi adalah mee yang comel sebab berpusing pusing macam rambut kerinting. kadang kadang i kasihan dekat indomie atau mee sedap sebab semua akan panggil dia maggi padahal maggi adalah jenama jadi tolong hehh panggil dia mee segera bukan maggi (KAH KAH KAH tiba tiba emosi T_T)



perisa kegemaran gua adalah kari. sebab apa kari? sebab gua suka buat maggi goreng ala mamak. cili padi kene lebih, telur sebiji, bawang jangan banyak banyak gua tak suka. maggi jenis berkuah adalah tidak sedap dan salah satu masakan kegemaran raracandyfloss adalah murtabak maggi ada ayam. aww sedap T_T

kita tahu, student adalah malas. dan juga masalah kewangan menyebabkan maggi adalah pilihan pertama untuk menjadi santapan. tapi kau orang tahu tak kalau kita makan maggi ini, mula lh rambut gugur, dapat penyakit kalau tak percaya boleh google.

sebab itu adalah penting sebelum masak maggi, kita tahu cara untuk memasak maggi dengan cara yang betul. bukan setakat rendam 3minit lepastu biar maggi kembang letak perencah siap. itu adalah salah kerana ia menyebabkan keracunan ke apatah.

jadi sekarang pakar diet ( iaitu i ) akan mengajar cara cara memasak maggi dengan betul.
  1. Rebus mi dalam periuk yang berisi air.

  2. agak agak mee dh kembang sket (jangan kembang banyak T_T) tos dan buang air yang mengandungi lilin.

  3. Didihkan satu jag air sampai mendidih dan masukkan mie ke dalam air panas mendidih dan kemudian tutup api.

  4. masa air didihan panas, masukkan bahan perencah ke dalam air ( emak i ajar letak separuh sahaja )

  5. Namun, jika anda perlu mie kering, keluarkan mee dan tambah dengan serbuk bahan dan kacau untuk mendapatkan mie kering.
ini bukan mainan heh, ingat aku tipu ke jadi pakar diet? kalau kau buat cara masakan 3 minit tu, senang senang je kau dapat sakit. jadi aku harap tolong lah sebar sebarkan lagi lagi untuk student T_T

//padan lah kawan aku sakit perut, kurus kering. sebab waktu belajar dulu dia makan maggi masak 3 minit lepastu bising rmbut gugur. tsk bahaya okay?

// walaupun ada mee segera macam cintan ke atau iklan bapak dia makan mee segera lepastu cakap betul betul haolioww ke apa tah tu, cinta i tetap maggi perisa kari

Jumat, April 23, 2010

Macam mana nak buat kotak blockquote warna oren?

selamat petang.

sekarang buka notepad kita belajar sesuatu. er kira tadi i macam ustazah sekarang i bertukar jadi cikgu pendidikan seni pula KAH KAH KAH apa yang lawak? okay fine tak lawak.
ynn, mcmana nk taruk kotak oren tu dekat entry?boleh ajar dak? - feez
macam mana nak taruk kotak oren? okay i assume kotak oren itu adalah blockquote boleh? ALAHAI comelnya saya, sendiri tulis sendiri dapat soalan sendiri assume lah lepas tu sekarang kita sambung belajar macam mana nak buat code itu?



1. dashboard pegi ke pegi ke layout ==> Edit HTML ==> tick Expand Widget Templates

2 then ctrol + f , cari word .post blockquote { highlite semua word bawah ini

.post blockquote {
margin:1em 20px;
}
3. copy dan pastekan semua itu dengan code ini

.post blockquote {
background: #FFCC99;
-moz-border-radius-topleft: 10px;
-moz-border-radius-bottomright: 10px;
padding: 6px;
Border: 1px solid #ff0d62;
margin:1em 20px;
}
4. sekarang kita belajar.
.post blockquote {

background: #FFCC99; ( bold : ini background belakang warna oren) awak boleh ubah dekat sini contoh nak tukar color hitam tukar lah kepada #000000)

-moz-border-radius-topleft: 10px; -moz-border-radius-bottomright: 10px; ( bold : ini border dia. kalau nak ubah, just ubah top atau bottom suka hati. sendiri bereskperimen)

padding: 6px; ( tak perlu usik )

Border: 1px solid #ff0d62; ( ini border color merah. kalau nak tukar line dia tebal, tambah lagi 1 kepada 5 atau 10px.

solid adalah garisan lurus. contoh ___________
dotted adalah garisan titik² contoh .........................
dashed adalah garisan putus² contoh _ _ _ _ _ _ _

margin:1em 20px; ( tak perlu usik )
}
5. dah puas. baru save.

6. pergi new post ==> then tulis lah sesuatu kemudian highlite semua word anda kemudian tekan



UPDATE

KALAU anda tak jumpa code blockquote, jangan risau, anda boleh terus copy code yang di beri dan paste kan dia sebelum
]]></b:skin>
Hrap anda dapat mencantikkan belog sendiri YEY :)

okay dah. babai semua :D

Kamis, April 22, 2010

Pensel 8 hari dalam alat sulit.

selamat petang.

*KELU*


mari baca surat kahabar hari ini.

GOMBAK: Seorang remaja lelaki bukan sekadar merogol rakan sebayanya, malah turut menyumbat sebatang pensel ke dalam kemaluan mangsa dipercayai bagi tujuan suka-suka.

Tindakan terbabit hanya terbongkar selepas doktor menemui pensel sepanjang empat sentimeter itu yang masih ‘tertanam’ dalam kemaluan mangsa.

Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun berkenaan tidak menyedari kewujudan pensel itu yang dicucuk suspek ke dalam kemaluannya sejurus selepas memperkosanya dalam kelas pada 13 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosli Hassan, berkata mangsa yang juga anak terbuang dan tinggal di rumah kebajikan sebelum ini dilaporkan menjadi mangsa rogol yang berlaku dalam kelasnya di sebuah sekolah di Rawang di sini.

Menurutnya, dalam kejadian terbabit mangsa dirogol ketika waktu rehat ketika kebanyakan pelajar kelas berkenaan keluar untuk makan di kantin.



perempuan ; jaga diri baik baik. kalau perlu bawak senapang mainan pergi sekolah atau mana mana. makin hari orang zaman sekarang makin gila. ayah pun bunuh anak dia. ini pula lelaki gila mana tah yang menggila. grr seram doh.. T_T

sekarang gua nak tahu ini dari sekolah mana? sumpah kelu. aku nak cakap salah budak lelaki atau budak perempuan pun tak tahu T_T

// Jauhkan lah aku, adik beradikku, keluarga dan kawan² dari benda² bodoh macam ini T_____________T

CREDIT : metro

Sabtu, April 17, 2010

Startskin : Macam mana nak buat homepage Google menjadi cantik dan nice dipandang. ♥

selamat tengahari. ♥

tadii berjalan dekat gengblogger sahaja (er, siapa tak join gengblogger, mari lah join) i terserempak dengan satu blog. HA HA HA macam aneh terserempak dengan satu blog, kau fikir kau terserempak dengan hantu ke apa? pfft tak lawak soalan awak tu.



sekarang jangan potong ayat saya (tiba tiba emosi T_T) saya terserempak dengan belog ezly lya ana. alahai comel gila entry dia. dia ajar kita cara cara mentukar homepage google kita yang aneh kepada yang comel.

ye lah, homepage google kan putih bersih. jadi macam boring macam pucat saja jadi apa kata kita pilih baju baru yang cantik cantik untuk google kita. sebelum membuat pilihan, mari pergi http://www.startskins.com/
masuk startskins.com tu, anda boleh lah pilih mana mana baju baru yang korang suka.


then preview ;




then picit set as my homepage ;




NOTE : kalau untuk pengguna chrome, u guys kene follow this step.

NOTE : but pengguna mozila, u guys kene ;


picit (mouse anda) dekat gambar yang ada bulat bulat tu,then tarik sampai icon rumah tepi url korang tu then baru boleh lepaskan picitan mouse anda. (drag - drop)

lepas itu, sudah siapp and then cuba picit icon rumah tepi url nanti akan keluar lah homepage yang memakai baju baru tersebut yey! heh ada pertanyaan boleh tanya. mana tahu i kene jadi personal tutor pulak T_______________T HA HA HA

//tutorial kedua akan menyusul tentang startskin lagi. sila bersabar :)

//saya maybe berada di sini kejap lagi :D

Credit : ezly lya ana.

Selasa, April 13, 2010

Panduan Penggunaan Telefon di waktu Kecemasan. PENTING!!!

selamat petang.

ini tips i nak share dengan u guys. sorry mood i sedkit terganggu akibat dari ada monkey mana tah dah mula nak ber'friendly' dengan i sampai i rasa terancam T_______________T

Full Bar Coverage




Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan . Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.

I ni kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.


Caranya ( Perhatian ila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.


Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!


*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.



cid:1.3563083903@web76713.mail.sg1.yahoo.com


Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.

Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??






Jgn marah kalau dah terkena
Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda ni betul-betul...tapi cobaan.....

Jumat, April 09, 2010

gua guna removeWAT bila windows not genuine.

selamat petang.


gua letak toolbar dekat kanan. smart kan? :P

ini nak cerita sikit pasal operating system yang i tengah guna sekarang. dah dua kali i format lappy guna windows 7. so far memang best sangat windows 7 ni sebab gua rasa lappy ringan and interface sangat cantik. itu kebaikan dia bagi gua.

tapi masalah timbul bila dia keluar windows not genuine. terus paru gua rasa tak sedap ( sekarang tukar kepada hati gua rasa tak sedap ) . i sebenarnya suka makan paru dari pada hati. siapa suka makan hati? gua tabik spring sama lu babe. awww aww *konon bunyi spring macam tu. pfft.


ini tiba tiba jadi warna biru apasal? i punya hitam T__________T

tapi lepas tu kan, gua pun cari my hero lah dalam bidang computer ini gua mencari cari cari my hero sebab my hero ini bukan nya ada depan laptop sentiasa macam i ni, i memang sentiasa depan lappy sebab i kan maintenance HA HA HA tak lawak pfft.

lepas tu tadi gua tanya dia, 'myherooo macam mana ini, lappy aku dengan zalikha sudah not genuine kene format ke? kemudian my hero cakap ' no no baby, no tak perlu format, cuba baby cari dekat pakcik google atau makcik yahoo tentang removeWAT.



gua pun jadi blur, apa kau cakap ni my hero? gua tak faham doh. selepas itu my hero terangkan lah pasal removeWAT kepada gua. dan alhamdullilah selepas gua removeWAT gua telah berjaya megembalikan background dekat desktop gua.

// removeWAT ini khas untuk windows 7. kalau kau windows xp, kau guna removeWGA.

sebelum ini, gua pakai windows not genuine ini, oleh sebab sebab kalau not genuine dia akan jadi hitam legam macam bontot kuali WAKAKAKAKAKA.


lagi sekali : comel x toolbar gua dekat kanan? HA HA HA

tolong gua boleh? :)

sekarang siapa lebih pakar, tolong explain dekat gua kalau windows not genuine apakah keburukan dia? dan kalau ada genuine ke apatah tu apakah kelebihan dia? dan juga explain dekat gua apa kesan guna removeWAT tersebut? T________________T

PENTING : gua taknak siapa siapa salah faham dengan ayat my hero tersebut sebab itu gua reka sahaja. nak mampus kalau buah hati baca? HA HA HA

Credit : zalikha & pauh putik & killvern :P

Rabu, April 07, 2010

untuk si pemakai cincin dan suka menyimpan kuku panjang.

selamat pagi.

sekarang ini kita boleh tengok ramai lelaki yang pakai cincin tapi ikut suka dia je sunnah nabi jarang nak ikut . okay ini copy dari mana tah, ada orang hantar emel dekat i pasal ini. sila baca dengan hati terbuka :)



Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah..

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.. Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan .



Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Minggu, April 04, 2010

jerawat di anggota badan.

selamat petang.

sekarang mari kita berbincang tentang jerawat atau pimple. maksud jerawat di mana mana anggota badan. mari kita mentengokk :P



DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.


habis kalau macam ini? eeewww
Loading

Tumit

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 Subscribe in a reader

ping blog
BUAT DUIT DENGAN CHURPCHURP
tak ada blog pun boleh dapat duit dari internet ! guna lah facebook dan twitter anda. MORE here !