Selamat pagi.
semalam , stress sebab tak tahu kenapa stress tapi memang stress gilaa maybe sebab hari isnin tu macam macam berlaku, dengan perang saudara lah, perang dengan someone yang pernah cakap dia sayang aku lah, perang apa tah sampai lupa sebab stress sangat. oleh sebab stress, dengan perasaan berkobar -kobar nak tengok filem terbaru james lee, jadi pergi lah dengan kakak ke wangsa walk. tempat paling dekat dan paling banyak makanann ! NYUMMY.
i dah tengok dah sini ada hantu. best ! tak lah best sangat sebab dalam satu filem ada 4 cerita hantu. satu cerita yang betul betul berlaku, and tiga lagi dari mulut pelakon utama dia lah. kalau tak faham apa benda Liyana Lunia cakap boleh pergi Tgv, atau gsc untuk book tiket.
mula mula macam tak nak tengok cerita ini tapi bila baca review dari
zana and
hans terus macam teruja nak tengok. so so, awak baca dulu review dari mereka berdua, nanti saya nak cakap pula pendapat saya
Filem:
Sini Ada Hantu Pengarah: James Lee Genre : Komedi, Seram & Misteri Klasifikasi: PG13
Pelakon:Alvin Wong, Baki Zainal, Beto Kusyairy, Qhaud AF, Fasha Sandha, Pete Teo, Patrick Teoh, Eira Syazira, Kuswadinata & Ramai Lagi
Sinopsis:Filem ini mengisahkan dua orang pemandu van iaitu Ah Meng dan Bakri yang ditugaskan pada saat akhir untuk menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung dan mereka perlu memastikan mereka tiba di kampung tersebut pada keesokan harinya. Mulanya mereka menolak tetapi disebabkan upah yang lumayan membuatkan mereka bersetuju dengan tawaran tersebut. akibat dari ketiadaan hiburan, maka mereka berdua bercerita tentang :
hantu pokok pisang. 45++
sorry, cerita ini sangat slow, kenapa lah slow gila cerita ini sudahlah cerita first sekali mungkin sebab ada fashasondol kot sebab itu macam tak bernafsu nak tengok HAHA macam hans cakap, kalau fasha takda dalam cerita ini pun tak apa T_____T TAPI mekap hantu dia memang marveles, seram wo, aku siap tutup muka dgn purse HAHAHA
hantu nombor ekor. 78+
hantu ini kejam ! walaupun mekap tak seram macam hantu pokok pisang tapi mampu la buat aku terjerit kejap. and agak penting diri la dalam cerita ini and and anjing TU COMEL GILA :(((
hantu jepun. 100+
confirm tak seram sebab dalam fikiran aku hantu jepun ni selalunya kekal hensem, semua cerita hantu jepun mesti kiut kiut macam aqasha dalam embung
cuma dalam sini ada hantu memang agak ngeri sikit bila mekap dia ada panau panau tu wuwuwuw T_____T okay dalam cerita ini memang kelakar gilaaaaaaaaaa bila 'man' yang bajet gengster tu rupanya pondan, pergi facial apa semua HAHAHA yang lagi buat gelak besar bila man jerit ' YAAACOOOBB, lari ada hantttuuuuuuuu' siap keluar suara kecil dia HAHAHAHHAA and hantu dia pun smart, konon konon mcm roh kan? and memang pehh ! cmne nak cakap eh? memang nampak betul mcm roh la :) power ah !
permulaan cerita ini memang boring, rasa nak tidur tapi makin lama cerita ini makin menarik bulu roma meremang sepanjang cerita sebab cerita ini kau orang tak jangka apa jadi. memang tak jangka. and paling best watak pelakon utama tu bakri and ahmeng, sumpah kiteorang dalam wayang ketakutan + kegelakkan sampai 5 minit kejang perut sebab lawak gilaaaa T_T
try la tengok. walaupun tak ada shaheizy sam atau kutipan 40juta khurafat tapi cerita ini cerita terbaik 2011 buat masa ini :) congrats james lee :Dand mind u, cerita ini cerita KOMEDI + SERAM atau komedi seram, pelis jangan nak complain cerita lawak ke seram ni? and cerita ini lagi lawak dari ngangkung yang kau orang suka tu sampai 8 juta tu and lagi seram dari khurafat tu pun yang 8 juta tuuu. support james lee ;)
amik gambar dia dari
sini.
lepas tengok sini ada hantu, haku pergi cari makanan untuk dibawa pulang sudah biasa dididik macam itu mesti akan bawa sesuatu untuk perut perut di rumah dan tak semenamena semalam adalah hari makanan sedunia. pehh ! hancur diet tapi minggu ni dah kurang 1.9kg :) YEY
pergi cari dia ini dulu crispy peanut chokolate kot? VA VA VA kesukaan, saya kalau makan apam balik mesti cari yang keras keras ( BETUL KAN APAM BALIK? aku pun lupa nama dia )
lepastu cari dia ni pulak. ! TUTTI FRUTI :S VA VA VA SIAP LETAK marshamellow kau, sedapppppppp letak dalam mulut terus mcm nak cair :(
satu cup mcm ni harga dia Rm 16.96 ♥ kbai.