Senin, Januari 31, 2011

Darurat di mesir, nasib student malaysia !

Selamat pagi.

copypaste dari jomphp. BUSY tak dapat buat entry keh keh keh dan saya nak tekankan supaya CUKUP CUKUP LAH PASAL GOSIP ARTIS , saya mahu tahu nasib pelajar malaysia dia sana. pelissss ! bukak newspaper online malaysia, kes rita rudaini padahal kes student malaysia dekat mesir ni lagi haru :( sedih sangat baca notes dari ibu salah seorang student dekat mesir, miya wong. boleh baca kalau click ye T________T


1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

huru hara di mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 6000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…6000 banduan telah terlepas dari penjara. 6000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas?

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

7. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

8. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita

3. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir

Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini.

Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera. Sekian, entri khidmat masyarakat dari kami di JomPHP. dan liyana lunia yang copypaste suka hati aku sahaja WUUUUU/

okaithnxbai.

Sabtu, Januari 29, 2011

minyak dagu, bahaya tak kesan dia?

Selamat petang

MAAF. Ucapan pertama saya, entah kenapa mood berblog tidak begitu mengizinkan lebih lagi encik delly mula buat perangai off sendiri. Padahal ada kerja penting tapi tak dapat buat mengikut waktu yg ditetapkan :( malu dekat diri sendiri tsk.

Pagi ini, muka surat depan, pelakon wanita 'D' nama dia telah terkena satu perbuatan keji iaitu mencalitkan minyak dagu. Aku fobia dgn minyak dagu sebab pernah tengok satu movie thailand tapi tak ingat tajuk yang dia masukkan minyak dalam air perempuan yg dia suka, but bila perempuan tu mati, dia tak tenteram and mayat perempuan ini nak dia sehidup semati dgn dia

Tak ke seram bunyi dia? Tsk khurafat betul !

Kasihan pelakon ini, bila dah baik, suami dia ceraikan dia walhal dia adalah mangsa keadaan, tapi kenapa taknak bgtahu ex suami ko eh? Hmm baca lh kisah dia, sedih sgt ! Gadis gadis manis diluar sana, pelis jaga diri, jaga kata jgn buat org mrh dekat kita, sbb diaorg kalau mrh boleh guna benda khurafat mcm ni lah, yang jadi mangsa adalah perempuan !

Tapi aku rasa cerita thailand tu, perempuan yg buat kat lelaki skadar suka suka, last last hantu lelaki tu ikut dia. Pehh scary :(

// oh rasanya cerita dia bangkok haunted lah.


ohhhh, dan kali kedua puding roti baru buat macam menjadi. atas tu chokolate heh, jangan nak pengsan ! eh nanti resipi haku updateeeee. mwahhhh uolss !

okaithnxbai.

Kamis, Januari 27, 2011

Shaheizy sam dapat rumah semi D dan pakej umrah rm30k dari David Teoh. UNTUNGG ♥

Selamat tengahari.


sebelum rehat, sambil sambil nak menguji diri ini sesuai ke tak jadi ahkak beautifulnara, kalau kalau bang nara sudi ambil i jadi ahkak potpetpotpet dekat belog dia, KAH KAH KAHnak share sikit pasal shaheizy sam. ehem ehem,

malam rabu, 26 Jnuari 2011 ada majlis makan malam MIG apa tah malas aku nak ambil tahu. SEPATUTNYA AKU ADA tapi aku terpaksa tolak sebab kene confirm attendance sebelum pukul 12 hari jumaat last week, terpaksa tolak sebab hari rabu, malam tiada partner dan esok keje pulak. lepas tu aku menyesal bila aku BBM si shaheizy sam, dia cakap dia pegi dinner tu. bila aku kutuk dia dalam tweet, dia baca kot lepastu perli aku balik. siap cakap 'cukup panjang tak? hekhek :P' T_____T


DAVID TEOH sponsor rumah dekat shaheizy sam der. aku dapat tahu dari budak perak terus aku lompat lompat (sumpah tipu) , rezeki sam. dulu org tak pandang dia pun. sian sam !

bukan satu, tapi dapat dua. PERGHH, tahniah sammyyy !

engkau tengok budak sam pakai kasut tak da stokin? atas dari rambut, speck, baju, seluar semua dah hensem, bila tengok kaki *PITAMMMMMM*

kah kah kah, btw congrats sam :)))

CREDIT : here ; here.

happy lah budak perak, budak ery, budak chearm dengan budak andy buat aku jeles. GRRRR tapi tak sabar nak tunggu budak budak ni update,dah lah dorang dapat hadiah cabutan bertuah. memang bertuah ah koranggg

okaithnxbai.

SAYA NAK BUKTIKAN YANG KAMI BELUM BERPISAH DUA BULAN LEPAS.

Selamat pagi.

kisah cinta tak kesampaian, dari hari selasa encik jejai sibuk jaja cakap dia dan pasah dah berpisah, esoknya pula, nora danish lega sebab bukan dia penyebab jejaik dan pasah berpisah dan hari ini pasah mengamuk sebab nora danish kasi fake statement pasal kronologi perpisahan pasah dan jejaik. yang saya dan awak awak semua mampu buat adalah KAH KAH KAH nora danish menang der ! walaupun saya kasihan dekat pasah tapi sila ingat sikit, engkau rampas suami orang, engkau tak akan bahagia sampai bila bila.



engkau rampas lelaki ehem (nak maki hamun tapi takpa kita ganti ehem je kihkih) ini waktu wife dia mengandunggkan anak lelaki ini, engkau ada tak perasaan kasihan dekat dia? mengandung sorang sorang, morning sickness orang panggil saya tak tahu sebab masih bujang (IHIKS) bersalin, jaga baby tu sorang sorang , kau fikir kau punya betul je. ini yang susah kalau dia fikir dia angel , semua dia betul tak ada satu silap pun. keh keh keh, saya suka baca comment dekat sini.

BUKTI JEJAIK CINTA PASAH SEBELUM MEREKA BERPISAH ihiks LAWAKS



NORA DANISH WINNNNN !. dah lah dapat rm10k dari david teoh. alhamdullilah rezeki anak kan nora kan?

okaithnxbai.

Rabu, Januari 26, 2011

Blogger disaman kerana memberi komen buruk sesebuah restoran. LOL

Selamat petang.



berita hangat ! siapa dekat sini yang suka review restoran restoran mewah, makanan makanan mewah, yang telah diiktiraf oleh Lonely Planet sila berhati hati. T______T

Google, blogger sued by fish head curry restaurant operator in KK

Jothy’s Fish Head Curry restaurant director Tharumaraj Sivaperumal filed a RM6mil civil suit at the Kota Kinabalu High Court here Monday, naming blogger Poh Huai Bin as first defendant and California-based Google Inc as second defendant.

The suit is arising from some allegedly defamatory statements about Jothy’s Fish Head Curry restaurant posted in May last year by Poh, originally from Sibu in Sarawak and now residing in Kuala Lumpur.

Jothy’s is also seeking an order from the court to remove the offending articles from Google and other popular search engines used on the Internet.

As a result of the defendants’ action, the plaintiff claimed it had suffered loss and damage, and its reputation had been affected both locally and internationally.

TQ so much my darling Fiona. if nak tengok screenshot entry dr blogger tu, sila view belog Fiona TQVM:D
sumpah aku cakap, mengerikan kene saman 6 juta sedangkan engkau punya nuffnang tak sampai rm50 pun T____T macam mana ni? pendapat kami selaku blogger dikatakan memburukkan beliau dan restoran beliau. masing masing ada pendapat, kalau engkau rasa engkau malu bila orang kutuk atau cakap benda yang meruntuhkan your confidence ke apa, sila lah improve diri itu kan?

lepas ini kene berjaga jaga, tak boleh main review sahaja. kalau warung pak ali anak teruna dia ensem baru kita boleh review samaada masakan di warung itu sedap atau tidak, kalau restoran lima bintang pak abas nasi kandar jangan sesekali engkau review benda tak elok. restoran lima bintang selalunya akan emosi dan see u in court. bahaya. harap sixthseal.com menang dalam kes ini eceh aku mana reti main politik macam ni LOL

JANGAN SAMAN SAYA, saya blogger yang dapat rm50 je dari nuffnang setiap tiga bulan baru boleh cashout T________________T

//semalam baru tengok top cheff dekat 702. dorang invite one blogger untuk jadi juri dan blogger itu bagi pendapat beliau keatas bakal bakal chef yang berusaha untuk jadi chef paling terbaik. saya teringin nak jadi reviewer juga :P

Credit gambar : article *KENELETAKNANTIKENESAMAN*

okaithnxbai.

Selasa, Januari 25, 2011

makan hati tengok awek mamat sepah cun gila (!)

Selamat petang.

malam tadi, sambil sambil lipat kain yang sebakul iteewww dalam pukul sepuluh malam macam tu tertengok lah sepah silalalitamplom ke apa tah kenapa pelik sangat nama tajuk drama korang ni sepah? bagi je lah sepah silalai ke sepah sibujang pompom ke kan senang aku nak sebut (T_T)

sambil menonton aksi pakcik pakcik sepah, sambil tu mata duk aim dekat mamat tinggi lampai dalam group sepah tu. nama manja dia yang famous amos pun mamat juga. tapi nama sebenar Mohd Noor bin Murad . sambil mata duk aim aim, mulut pun sibuk bergosip dengan kakak,

mamat ni takda makwe ke? dia hensem (!)
entah, shuib pun dah ada siti sarah raisuddin takkan dia takda makwe.
hmm
rupanya pagi tadi masuk ofis , kecoh dan tersebarnya gambar mamat dan makwe dia. TAHU TAHU JE HAKU NAK SANGAT TAHU SIAPA MAKWE MAMAT. dah lah sekarang makan hati. sekarang tinggal shaheizy sam je masing single. kalau shaheizy sam confirm couple dengan liyana shamsudin, makan hati berulam paru lah aku T_____T

// nasib baik saya ada mamat mata sepet ihik.

okaithnxbai.

Menonton Khurafat dan bertemu Raracandyfloss sambil makan Hot and Roll dan menyanyi di Song Box

Selamat pagi.

nak marah boleh tak? kenapa ramai kata filem khurafat seram sangat lah, rugi tak tengok lah, menggigil lah, terjerit siap terangkat kaki letak atas bahu orang depan lah (eh ada ke?) keh keh keh, semalam saya rasa saya dan satu panggung wayang dekat wangsa walk tu belum terlambat lah sebab masih ada lagi yang tengok. wayang FULL hokay, pelik aku apasal full padahal tak puas hati kalau ramai orang tak boleh buat wayang ehapakaunieheh

TQ sebab temankan haku. HAHA
tak, semalam pergi wangsa walk dengan kakak dan adik saya. sebenarnya pergi carefour dulu bershopping beli nugget , buy one free one lepas tu teringat janji dengan kakak nak pergi tengok khurafat asyik tak kesampaian sampai merajuk lah aku taknak cakap dengan siapa siapa sebab semua macam malas nak pergi kan nasib baik emak bagi izin kalau tidak meleleh air liur tunggu astro first je lah nanti.

tapi, kejap. satu hari aku peram cerita ini sebenarnya sebab hari ahad pergi, hari isnin aku hilang mood berblogging tiba tiba nak main the sims 3 tapi hari ini datang ofis tiba tiba nak kutuk khurafat balik HAHA.

  • anna over. menggelabah lelaki taknak tapi terhegeh hegeh. ini confirm dah hilang semua dah ( HAHAHAsukahatikaujeHAHA) .
  • haah aishah pakai shawl sangat comel.
  • benci johan sebab sombong berlagak makcik cleaner bagi kuih pun tak cakap terima kasih.
  • makcik cleaner gatal ada hati dekat johan, hari hari bagi kuih.
  • man sangat cute.
  • hantu kejap sangat keluar, kalau boleh kasi hantu punya muka dalam 10saat ye.
  • sound system dekat wangsa walk tak begitu mengejutkan :(
  • suara johan macam bagus. eh dah memang suara syamsul mcm tu kan tapi aku rasa macam nak kasi haluskan sikit suara dia, garau sangat HAHA
  • paling seram masa johan dalam bilik mayat hantu depan mata dia wuuu tapi tu la apahal kejap sangat kau keluar (!)
  • aku dah agak ending dia sebenarnya. sebab aku dah syak bila perempuan tu meroyan sampai bunuh diri. grrr
serammmmmmmmmmmmmmmm ! gak lah walaupun macam korang yang dah tengok tu cakap, cerita ni kejap sangat. tup tup dah habis cuba lah buat empat jam macam cerita hindustan mesti best HAHA tapi kalau lama sangat aku pun pengsan sebab boring. grr


sebelum balik sempat menyinggah dekat Hot & Roll, cari paratha chicken & cheese, paratha double cheese & onion , crispy banana chocholate. entah kenapa suka dengan apam balik versi Hot & Roll tapi flavou peanut apatah , lagi sedap dr banana chocholate ni (!) sambil tu masuk ayam penyet cari air red plum with bubble, kalau kau makan dekat ayam penyet , cuba lah cari red plum. sedapppp !



sempat jumpa kawan baik saya, yang banyak tolong liyanaa.com HAHAHAHA dia call saya lebih 10kali bila tahu saya dekat wangsa walk. ini lah pentingnya twitter (!) i sayanggg u tuiter. muwaahhhh tq tauu menemukan i dengan raracandyfloss setelah empat bulan tidak ketemu HAHAHA sorrrrrrrrrrrrryyyyyyyyyy sangat tak dengar u call (T______T)

okaithnxbai.

Senin, Januari 24, 2011

Pelamin indah ayu raudhah dan zaquan adha.

Selamat malam.

semua orang sibuk nak cakap pasal bekas pakwe saya , zaquan adha yang sudah menjadi suami ayu raudah. tak apa aku tak terkilan sampai menangis pelamin anganku musnah sebab lelaki idaman aku masih menjadi lelaki idaman (faweez iqram lah siapa lagi) dan insyaallah akan tetap jadi lelaki idaman tapi tapi, bila aku tengok pelamin angauan ku igauan mu

cantiknya pelamin engkau ni weh. serius cantik gilaaaaaaaaaa.

cuba engkau bayangkan engkau bersama pasangan, di atas pelamin yang indah. di depan ibu dan bapa yang selama ini menjaga kalian dari sekecil tapak jari chibi, ke sebesar besar tapak tangan gajah, di depan adik beradik engkau yang siang malam kene pekik sebab lambat buatkan susu untuk adik dia yang kehausan, dan juga di depan kawan kawan yang membantu pembentukkan akhlak, minda dan emosi kita sampai besar. mesti mereka semua bahagia dan berbangga kan? oh oh my dinn.

dan cuba bayangkan pulaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.











liyana lunia dan faweez iqram.
OHMYDIN ! hotnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! kah kah kah kah kah kah kah kah kah. comel pulak aku edit guna photoshop. aku rasa muka faweez nampak sesuai. muka aku nampak macam orang tua pulak dah T_____________________T

eh kenapa engkau letak liyanaa.com (sekarang dah jadi liyanalunia.com occay) besar besar? ehem sebab aku takut lah nanti abis bergosip penuh satu belog aku penat i tau nak tepis gosip liar (?)

// haku pom boley buat superimposing over macam itu. HAHAHApadahalmacamhapataHAHAHA

amik dari bang nara, dan sini

okaithnxbai.

Jumat, Januari 21, 2011

Hanis kamal dan 6 progresif buat aku terpaku depan televisyen.

Selamat petang.

setiap malam kghamis kalau anda sedar, banyak sangat cerita menakutkan akan keluar di stesen televisyen seperti saka jentayu atau niyang rapik (LAMA !) , atau sundelbolong ( astro CITRA ) , atau MISTIK alam hitam dan semua lah yang cerita pasal scary tu padahal tak ada pun scary, tak ada pun saya terperanjat terjerit jerit macam haku tengok damping malam malam tadi. alah bukan seram pun cerita damping malam tu, semua orang kutuk termasuk pandayam garang ini. keh keh keh tak pasti korang boleh tengok link album papanda tu kot.

tapi sejak 13 januari, haku dah bergembira apabila menonton TV9, dan keluar cerita comel lakonan zahiril adzim, abu (T_T NAS -t sebenarnya nama dia ) hanis kamal (! - hensem ahhhh), nabila dally and faralyana idris. tajuk cerita dia 6 progresif pernah tak anda tengok atau tertengok? saya sukaaaaaaaaaaaa *eksaited*
Seorang Budak Baru telah dihantar oleh bapanya ke sekolah tersebut setelah dibuang sekolah atas salah faham bahawa dia telah meniru semasa peperiksaan. Di SMK Sungai Terok, Budak Baru (Hanis Kamal) telah ditempatkan di dalam kelas 6 Bestari, kelas aliran Sains yang terbaik di sekolah itu oleh Cikgu Ahmad, lalu dia berkenalan dengan Nik Adli (Zahiril Adzim), Dahlia (Faralyna Idris), Lily (Nabila Dally) dan Kecoh (Nas-T).
Lily merupakan seorang pengawas sekolah dan Kecoh adalah Ketua pengawas sekolah dari kelas 6 Bestari. Nik pula merupakan ketua kelas 6 Progresif dan Dahlia juga seorang pelajar dari kelas 6 Progresif.Tiba tiba budak baru diarahkan bertukar ke kelas 6progresif dimana Kelas 6 Progresif adalah sebuah kelas yang penuh dengan pelajar-pelajar ”reject” dan untuk aliran kemanusiaan. Pergolakan berlaku apabila Budak Baru dilantik secara rasmi untuk menjadi penolong tingkatan 6 Progresif ekoran pertolongan Nik menyelamatkan Budak Baru dari geng rempit dan geng sideburn. Budak Baru melalui hari-hari di SMK Sungai Terok dengan pelbagai konflik yang amat menguji kesabarannya.


aik, kenapa budak baru kene masuk 6 progresif pulak sedangkan dia dari 6 bestari? kalau nak tahu sila lah tonton cerita ini HAHA. serius cerita dia comel. dengan 'budak baru' yang nama sebenar dia hanis kamal lagi betambah comel, lagi lagi bila geng sideburn dengan geng rempit berebutkan dia. HAHAHA harap cerita dia akan sentiasa comel taknak lah episod pertama dan kedua comel, episod kelima terus tak comel dah T_T btw zahiril adzim dengan nas t memang ah buat aku rasa nak terpacak depan tv je . ah apasal aku angau ni tsk

terpaku tak? :D

oh terlupa, TQ so much dekat nurdiyana96 and zahiriladzim yang sudi bagitahu saya yang blur ini nama sebenar budak baru. HAHA aku siap tweet zahiril tau, tengok lah zahiril siap balas lagi :) tq so much. means artis ni tak ada lah sombong sangat even ada yang busy gila tapi masih sempat nak balas tweet peminat blur macam saya ni HAHA. eh btw siapa tahu twitter hanis kamal or fb dia, share share lah AHAHA



okaithnxbai.

siapa kata muka baru bangun tidur tak cantik? T_T

Selamat pagi.

dulu, saya pernah ada satu entry bertajuk katty perry lebih gorgeous dari haku kan? siapa tak tahu boleh click tersebut. betapa lah haku memuji beliau sebab beliau memang lawa, semua perfect lah kan sampai haku terkagum kagum nak ada muka comel macam katy perry lah kan tapi sekarang sila buang perasaan kagum sebab .



secara tiba tiba pergi belog cik tipikal, aku tertengok muka katy perry baru bangun tido (T_T) tak ada lah perfect sangat, lawa lagi aku bangun tido , rambut aku gerbang gerbang pun aku rasa muka aku lagi lawa KAH KAH KAH .



tapi tak apa katy, saya tetap suka awak walaupun suami awak yang tak berapa nak hot tu dah tunjuk muka bangun tido awak. HAHAHAHA tak apa terima lah semua orang ada natural beauty dia sendiri mekap tebal tebal pun bangun tido tetap natural beauty T__________T tak macam aku, everytime everyday natural beauty sebab aku tak pandai mekapHAHAHAHAHAgilaHAHA

okaithnxbai.

Kamis, Januari 20, 2011

Aktiviti yiyin di hari thaipusam (!)

Selamat malam.

KAKAK YIYIN tolong lah update belog, scary ah tengok binatang nombor lapan tu bila update belog confirm kene update dua kali baru entry ada gambar binatang itu akan kebelakang lepas tu dah tak scary betul tak tapi macam mana nak update belog sampai dua kali kalau kakak yiyin tak ada mood nak update belog tetapi jangan salahkan mood sebab dia tak bersalah sila salahkan kakak yiyin sebab dia tak berselera tengok belog kasihan belog padahal tak ada salah pun (!)


menggiurkan tak? kalau menggiurkan boleh pergi tengok Resipi Pizza Roti Liyana Lunia Simplicious ini

ini hari orang lain senang hati bercuti dan bergembira tetapi penduduk batu caves macam aku duduk rumah layan terminator sahaja sebab kerisauan akan tersangkut di dalam jem (!). bukan jem makan dengan roti cicah teh susu tu tapi jammed bila engkau duduk dalam kereta manual bernama sam (dulu aaron, tapi bila dah minat shaheizy sam terus jadi sam ihik ;) sambil kaki kene main dengan clutch sumpah engkau tak sanggup kan? HAHA best pulak pakai kereta manual sekarang dulu rasa tak sanggup tapi sudah rezweki , apa salahnya mencuba kan (T_T)

jadi apa engkau buat hari ini yiyin? ehem, hari ini dari pagi aku cuma bermain dengan oven sahaja. di awal pagi eh tak lah awal 6pagi ke apa, tapi awal pagi ini pada pukul 11pagi, aku bermain dengan pizza roti lunia simplicious dan kemudian di petang hari membuat kek butter. itu dia aktiviti kita hari ini, kita tak mandi sungai congkak pun, tak mandi laut dekat port dickson pun atau melawat ayuna di UITM melaka pun tapi kita bagi family kita makan sampai menangis sebab kekenyangan. itu sahaja laporan dia HAHA

okaithnxbai.

Selasa, Januari 18, 2011

Binatang ini yang menakutkan saya. AWAK?

Selamat pagi.

hari ini kita belajar pasal haiwan mahu tak? kalau tak mahu esok awak buasir saya tak tahu. AIYOKKK (T_T) okay macam ni, ada dua binatang paling comel dalam list binatang yang menakutkan. dah lah comel, menggeramkan betul rasa nak peluk peluk :D

lapan binatang menakutkan. dua daripadanya adalah comel iaitu gizzly bear dan serigigala

binatang yang pertama :

teddy bear.

comel kan? dah lah comel, gemuk, gebu tapi tahu tak engkau dia ini walaupun gemuk , gebu tapi dia pantas (?) tahu tak dia boleh kejar watson nyambek kalau dia rasa watson nyambek sibuk kacau bini dia. tahu tak? baik lah haku pun baru tahu.

-f you’re planning a trip to the wood please check if there is some kind of guide how to avoid them.

binatang yang kedua :

serigigala ( eh mengada nak eja serigigala pulak aku ni)

serigala memang kalau engkau tengok dia punya gambar pun memang scary ah dengan gigi tajam tajam dia tu. dah lah dia suka *auuummmm, auummmm* malam malam lagi buat aku scary. aku tak harap pun nak bela dia sebab dia memang scary (berapa banyak entah scary)

binatang yang ketiga :

tikus (kaum kerabat zety)

kah kah kah secara jujurnya haku pun takut dengan tikus, lagi lagi kalau dia besar macam anak kucing perghhh, seram gilaaa kalau dia jalan kemain laju pulak tu tapi saya berminat nak bela seekor hamster sebenarnya tapi haku tak puas hati bila nak pegang dia, nanti dia leperkan badan, susah nak pegang terus tak ada mood. sebab itu aku bela chibi, senang (!)

binatang yang keempat :

piranha

ini ikan , dalam piranha 3d tak best langsung. dulu zaman kecil kecil masa ada piranha the movie memang aku scary sebab piranha dulu nampak mcm real, piranha sekarang dah tak real dah, tapi aku suka piranha sebab diaorg bergerak dalam group. lima minit dia makan watson nyambek terus hilang dah (T_T)

binatang yang kelima :

jerung.

ini binatang aku memang tamau jumpa langsung, walaupun comel tapi aku tak minat. sangat femes ini binatang dalam baywatch (?)

binatang yang keenam :

ular.

siapa tengok dining with dekat channel 703 minggu lepas? engkau tengok tak yang dia ini kene makan oleh orang filipina or vietnam tak ingat tapi memang syok tengok ular kepala kene penggal masih hidup, bernafas kepala dia sambil tu orang ini pergi rebus ular tu dan ular masih hidup, dia pergi siat kulit ular tu. tengok tak? (emosi) aku tamau jumpa ular, dah lah scary.

binatang yang ketujuh :

lelabah.

ada orang fobia eh tengok gambar lelabah? kenapa aku tak scary pun? hihi tapi kalau jumpa tarantula tu memang aku pengsan, scary ah tengok muka dia T_T

binatang yang kelapan :

LOA LOA WORM

This one is pretty unknown worm but that doesn’t stop me to put it as the most horrific animal on this list. They can be found in Central Africa’s rainforests and they can cause really scary disease which may cause some worms to grow in human’s eye. In order to remove them from the eye, medics are forced to do not so comfortable operations on eye which includes scalpel and cutting.

- oi, scary gilaaaaaaaaaaaaaa ! terus sampai lapan binatang menakutkan je.

okaithnxbai.

Senin, Januari 17, 2011

Resipi : Pizza roti Liyana Lunia simplicious

Selamat malam.

eh hai, dah lama belog tak diupdate dua hari sekali rasa macam kekok bila tengok tarikh last update adalah dua hari lepas, awak kekok tak? kalau tak kekok tak apa lah siapalah saya ini dimata awak (?) keh keh keh dua kesayngan saya si manis lassie dan nurain sibuk sangat kerisauan saya hilang di belog. dah lah kerisauan, masing masing buat saya nak terharu, sorang rasa bersalah kononnya saya marah dia LOL tak lah sebenarnya saya tengah gila bermain sims3. comel tak perangai minah ni? JKAH JKAH JKAH

tiba tiba nak update belog adalah kerana saya hendak menunaikan impian kawan twitter yang mahukan resipi Pizza roti Liyana Lunia simplicious (maksud dia sedap dan senang :D) selepas saya meng-tweetkan gambar pizza delicious tersebut. oh diminta untuk meng-follow twitter saya untuk lebih cepat dapat update (apa haku cakap terbelit belit JKAH JKAH JKAH)

bahan utama. txbai
Bahan²
  • empat keping roti gardenia
  • enam batang sausage ( dipotong bulat kecil kecil)
  • sos cili life
  • mayonis
  • cili padi (di potong bulat kecil kecil)
  • bawang (di potong bulat kecil kecil)
  • cheese (grated cheese - mozarella, parmesan & cheesedale pun boley)
Sediakan

1 keping roti , di sapu dengan sos cili dan mayonis. taburkan bawang yang dipotong bulat kecil kecil , sausage ditabur sesuka hati. hendak banyak letak banyak sukati awak. taburkan cili padi jangan banyak sangat nanti buasir kemudian baru tabur cheese banyak banyak. bakar adalah menggunakan oven, siapa ada microwave boleh guna juga tapi saya tak pernah cuba jadi awak cuba lah sendiri (!) . oh set kan oven kepada 190* dan bakar selama 15minit. kalau nak rangup lagi , buat 20minit pulak. senang tak? tak payah pakai sos pizza ke apa, guna sos cili sahaja confirm meletup gua cakap sama lu.

susah tak nak baca arahan macam tu? HAHAHAHAHA aku sahaja kasi hengkau eksesais mata sikit. T_T

ini cheese saya guna. yang parmesan, (kecil) itu sedap sangat dimakan dengan spageheti. kami satu family memang penggemar parmesan itu. kemudian yang besar tu jenama apa tah BEGO kot (?) baru first time beli dan memang sedap ah dia. tapi jangan pulak kau imagine hasil dia sampai cheese tu boleh ditarik tarik confirm tak dapat kecuali ada enam cheese

Cheddar
Classic delicate taste
Mozzarella
Creamy and soft
Parmesan
Flavorful and savory
Monterey Jack
Zesty and nutty
Provolone
Full-bodied and slightly tart
Romano
Hearty taste

CREDIT nama cheese untuk sixthseal

jangan lah risau akan ke-gemukan makan sekali sekala, tak apa tetap comel

saya jual : satu keping rm10. KAH KAH KAH KAH KAH

okaithnxbai.

Jumat, Januari 14, 2011

Yiyin nak izinkan awak pergi ujibakat imam muda. pergi lah

Selamat petang.

YIYIN : emak, yana rasa macam nak izinkan lah fwz pergi uji bakat imam muda. mana tahu kalau dia menang boleh kaya raya, dan famous. boleh terasa kepopularan dia , WUWUWUW (muka eksaited aku cerita dekat emak )

EMAK : haaa, lepas tu makan hati kalau dia cari orang lain.

YIYIN : EH haah, dia pun boleh tahan hensem pulak tu. taknak ah.

EMAK : ha tau pun.



maksud dia dekat sini, emak saya sendiri mengaku pakwe saya hensem tapi haku taknak lah cerita dekat fwz karang dia boleh perasan macam dia itu michael owen pulak dah. paling kurang pun dia ingat dia shaheizy sam *nangis* eh ada haritu aku cakap 'eh b, ramai perempuan add facebook eh?' boleh pulak dengan muka bangga dia cakap 'biasa lah, orang hensem' *pehh, rasa nak tarik tudung masa tu juga. grr

oh bytheway, saya rasa macam tak puas hati dengan warna header kali ini . tapi saya nak macam serasi dengan color background dekat belakang ini yang berwarna grey. SERIUS sangat tension sekarang T_________T

entah, saja nak update letak gambar lelaki pulak tiba tiba.

okaithnxbai.

Rabu, Januari 12, 2011

salah ke belanja boyfriend masa dating?

Selamat pagi.

hai semua, saya dah mula bekerja walaupun kepala berat, hati berat, badan berat, semua berat lah lagi lagi hidung saya ni ha, sakit sangat sebab berat . dah cucuk lubang hidung dengan vicks dan hurix cool inhaler pun, masih tersumbat lagi tahu tak ia sangat TENSION? benci lah kalau selesama berhingus dan batuk berkahak. grr benci. oh btw tadi belo hurix inhaler rm3.20 berbeza dengan jenama vicks rm5.30 sebagai pengguna bijak saya beli rm3.20 je lah. KAH KAH KAH T__T

tadi cikgu saya cakap suara saya serak. nasib baik dia tak cakap suara awak serak macam amy search. I LIKE :D kalau dia cakap macam itu confirm lah aku menyanyi lagu isabella tadi, oh tak pun, tak akan cikgu nak cakap macam tu berangan lah engkau.

jadi, berbalik kepada tajuk, salah ke belanja boyfriend masa dating? bagi awak salah ke? jujur haku cakap, haku kalau keluar dating dengan fwzQram mesti akan belanja dia, makan ke wayang ke, apa apa lah semua mesti aku akan belanja. tapi gilir gilir macam hari ini engkau bayar wayang ye b, aku bayar makan kepsi, baru lah kewangan sama sama stabil. dah lah kita pun baru start nak bekerjaya kan b kan? YE BABY, ye, betul cakap u tu (KONON KONON DIALOG LAH, saya tak pandai berdialog sangat KAH KAH KAH)

ye la aku sedar, saya dengan fwzQram bukan anak datuk siti (?) tetapi kami sepakat membawa berkat bahawa jika kita saling menolong kelak hidup kita akan bahagia. macam tu lah. lain pulak dengan setiap kali dating engkau KENE bayar untuk kekasih lelaki engkau itu. itu sangat lain ye , itu seperti mencurahkan wang sendiri ke dalam perigi nama dia. dah lah pasangan engkau tu pemalas nak keluar duit, engkau pulak rajin nak bayarkan semua yang dia nak kan? picit link itu untuk dibrain wash oleh kakak watie.


ini sugar hati emak dan apak

kalau hendak belanja si pakwe, berpada pada lah, kelak memakan diri sendiri. ini aku tengah cakap pada hati (padan muka hati, tiba tiba je) sebab kalau hati tak lembut sangat mesti aku dah jadi sugar mummy hari hari bagi duit dekat fwzQram. haaa habis kalau engkau je yang belanja boyfriend engkau dia tak ada pun nak belanja ke nak hulur sikit ke, sama lah macam engkau sebenarnya sugar mummy dia. (T______T)

oh, saya demam tak boleh emosi sangat.

okaithnxbai.

Senin, Januari 10, 2011

Enam pendapat aku terhadap AJl 25.

Selamat pagi.

semua orang sibuk cerita pasal keputusan AJL25. boring lah boring lah, cuba buat benda lain sikit, contoh mcm 10 respon aku terhadap AJL 25 dari sophie baru ah ohsem sikit. JKAH JKAH JKAH oh hai, hari ini saya demam teruk. tekak aku perit bila batuk. rasa macam berdarah sahaja tsk :(

pertama sekali, gua kagum dengan suara black. saya rasa, black adalah LAYAK MENANG VOKAL TERBAIK daripada si hafiz rambut gerbang (okeh sorry ye peminat hafiz dan hafiz sendiri) saya rasa cair sangat dengar lagu sofea jane. OH MUNGKIN TAJUK LAGU SOFEA JANE kot sebab tu tak menang. kesian blacky ku :(

penat i cari gambar blacky. tahu la dia tak femes. tade siapa letak kecuali kak red. tq kak red and hubby :D

kedua sekali, persembahan terbaik sepatutnya memang FT menang lah kan, no compromise . JKAH JKAH JKAH selain black, saya cair dengar lagu hanyut cuma macam kurang feel sahaja. tak tahu apa kurang tapi dalam empat belas lagu tu saya rasa lagu sofea jane sangat lah mantap. oh blacky darlinggg

ketiga sekali, terasa macam terharu bila buah hati yang tak minat lagu orang malaysia ni terus sms, 'b, caller ringtone u menang' okeh fine, saya memang suka lagu Tolong Ingatkan Aku tu, cuma terkejut black dengan faizal tahir kalah T_T wuwuwuw,

keempat sekali, dalam orang cakap lagu Anna Rafali mcm sampah, saya rasa tak. dorang ni pekak kot , memang lah persembahan dia teruk gila kot (?) tapi lagu tu memang best. mendayu dayu sampai haku letak sebagai caller ringtone, sampai fwzQram boleh tahu itu lagu Juara Lagu (LOL)

kelima sekali, entah kenapa rasa nak muntah bila hafiz menang VOKAL TERBAIK padahal bagi aku, yuna , blacky and FT lebih layak lah. dah lah tu, siap dapat tempat ke tiga pulak (T_____T) siapa setuju hafiz tak layak menang sebenarnya? SIAPA SETUJU? hahahahahahahah .

keenam sekali, kepala aku berat gila. badan panas sangat sangat tapi siap menaip guna torch untuk entry ini. doakan saya sihat walafiat. saya jarang demam, kalau dah demam memang mak aih, satu keje tak boleh buat (T_T) tahun 2009 tahun terakhir demam. lama kan tak demam? sakitnya hidungg :(


dan terakhir sekali, cantik sangat yuna semalam. situ siti sana sini pun cantik. saya baru lepas makan ubat batuk. lega nya tekak sekarang dah nak pengsan. lega dapat luahkan perasaan kebengangan sebab black tak menang UWuwuwuw (T_T)

okaithnxbai.

Sabtu, Januari 08, 2011

DAH CANTIK TERUS JADI SEKSI MEKSI?

Selamat pagi.

kenapa eh , bila someone dari tidak berapa cantik menjadi ke orang cantik selepas itu mula pandai bergaya selepas itu mula over seksi selepas itu mula membuatkan saya macam terpinga pinga. perlu ke saya yang tak cantik macam megan fox, tiba tiba berubah menjadi cantik lebih dari megan fox, mengubah cara pemakaian saya? perlu ke ? WAJIB KE?
kalau ubah ke pakaian jubah (EHEM) adalah syukur, tapi kalau berubah ke baju berleher U dan tudung siap di ikat di leher. perlu ke? tak faham ah, kenapa dan mengapa. semua nak up to date. haku pun nak, haku pun nak seksi seksi HAHAHA tapi aku rasa tak perlu lah, tak wajib, haram lagi adalah pakai seksi meksi mcm tu.

tiba tiba liyana lunia cakap mcm ni adalah pelik, kata anda. IA pelik lah tiba tiba aku cakap benda ni, cuma aku tengok tv lagi lagi impian anggun atau pakar kejelitaan, bila dia dapat kuruskan badan terus nak ubah cara penampilan, terus pakai baju ketat padahal masa engkau comel , baju mana ada ketat ketat pun kan? tak sanggup pun nak pakai ketat ketat pun . WUWU

dan, saya pelik bila ada orang yang dulunya baik dgn saya hanya kerana nak mempromosikan diri beliau kemata dunia, sekarang nak LIKE entry haku pun susah ye kak? dulu kemain nak mengendeng sahaja kerjanya. sekarang dah tak, dah ada geng , mana ada nak pandang dah. mungkin dengki dengan aku leteww, takpa takpa. saya yang bayar domain blog ini tauu.

okaithnxbai.

Jumat, Januari 07, 2011

TUTORIAL : JUMP TO COMMENT FORM ( PICIT UNTUK KOMEN)

Selamat pagi,

signup twitter dan churp churp untuk bukan bloggers. anda boleh earn duit dari bertwitter dan berfacebook je ! ;p

hari ini, hari hendak mengadu sikit lah lagi lagi kalau pengguna blogspot yang guna format 'embedded below post' macam saya. apa benda embedded below post? alah bila engkau nak comment entry, akan redirect ke kotak komen kecil comel lote tu, kalau 'popup window', akan keluar popup comment box tu. ha siapa tak dapat tangkap boleh cakap sekarang :B



belog femes lah selalunya yang buat 'embedded below post' macam belog lassiegewdiks AWW, atau belog ailyl rozana yang jumlah komen boleh cecah lima juta, engkau sanggup tak nak scroll belog dia sampai ke kotak komen? sanggup tak? oh kejap, ada orang tanya saya, kenapa tak buat 'popup window' , lagi senang nak comment, nak tahu saya jawap apa?


kalau saya buat popup window, camne visitor saya nak menjamu mata dengan comment box yang cantik cantik kaler pink kuning ni betul tak? HAHAHA tapi nasihat saya adalah, pastikan belog kita ringan, camne nak tahu belog ringan? boleh tanya abang arc kacak. okaithanxbai

kalau pengguna popup window, memang dah ada 'jump to comment form' tapi untuk pengguna embedded below post mcm saya, tak ada benda tu rasanya? oleh sebab itu, sifu saya , encik nescafeais atau lebih dikenali sebagai maribinablog yang menang BELOG TUTORIAL PILIHAN 2010 telah membuat satu tutorial yang menyenangkan semua orang. SEMUA ORANG bukan saya seorang ye HAHA

sekarang, dengar sini kakak nak plagiat entry sifu saya, ye lah kadang kadang sifu saya kurang femes, HAHAHAHAHHA okay tak matikk la kalo encik neskepe usha entry ni, korang jangan lupa say hai and terima kasih dekat dia hokay? HAHA
CARA CARA :
1. Login Blogger Dashboard --> Design --> Edit HTML. Seterusnya tick pada Expand Widget Templates.

2. Pada script template, cari kod <b:if cond='data:post.commentPagingRequired'>

3. Salin kod di bawah dan kemudian, paste di atas atau sebelum kod <b:if cond='data:post.commentPagingRequired'> (rujuk langkah 2)
<div style='margin: -30px 0px 0px 250px;'>
<a href='#comment-form'><b>PICIT untuk komen</b></a>
</div>
Contoh:
<div style='margin: -30px 0px 0px 250px;'>
<a href='#comment-form'><b>PICIT untuk komen</b></a>
</div>
<b:if cond='data:post.commentPagingRequired'>
4. Akhir sekali, klik Save.

p/s:

1. Anda boleh menggantikan teks Klik untuk komen kepada icon, dengan menggantikan kod <b>Klik untuk komen</b> kepada <img src='masukkan URL icon disini'/>

Contoh:
<div style='margin: -30px 0px 0px 250px;'>
<a href='#comment-form'><img src='masukkan URL icon disini'/></a>
</div>
2. Untuk mengubah kedudukan, edit pada margin: -30px 0px 0px 250px;

CREDIT : MARIBINABLOG ( sila bookmark belog ini sebagai belog tutorial anda)

SIAPA TAK DAPAT BUAT, sila isi form di contact me dan luahkan perasaan anda, kemudian jangan lupa letak email dan password belog anda supaya saya boleh memasuki account anda dan mendelete account anda oh tak saya tipu sahaja HAHAHA selamat malam.



blur ke apa benda haku merepek malam ini? kalau blur, sila tengok video diatas, kalau masih blur, cuba buat tutorial tersebut, kalau masih blur, contact me la dey :B

REPOST : 12/8/10 -9:19 AM

okaithnxbai.
Loading