Selasa, Agustus 31, 2010

Resipi Famous Amours Cookies.

Selamat malam.

Saya suka masak. anda perlu tahu itu tapi satu benda yang menghalang saya rajin masak adalah kerana saya malas hendak masak. semua orang anti dengan perkataan malas sebab bila kita malas kita tidak dapat lakukan apa yang kita suka (T_T)



Kenapa lah malas ada dalam kamus hidup kita kan? ke ada orang yang tak pernah malas seumur hidup dia? kalau ada sila laporkan diri. saya mahu sedekah kan sebahagian dari sifat malas kepada anda (T_T) okay dah merepek banyak sekarang anda kene tahu apa saya buat selama tiga hari duduk dekat rumah sampai tidak update pasal diri sendiri HAHA.

eleh kalau saya update pasal diri sendiri pun bukan orang nak baca (T_T)

sabtu malam saya buat aktiviti menarik lepas bergaduh manja dengan emak. emak suruh buat waktu siang, heh saya kan anak gedik takut terliur jadi minta buat lepas berbuka jadi lah sabtu malam saya dan kakak bertungkus lumus membakar cookies. bau cookies dia jangan cakap lah, merebak ke seluruh pelusuk negara (T_T)

oleh sebab ini my first time buat cookies tanpa dibantu oleh emak, saya pun pergi google resipi cookies famous amos pujaan hati. saya cuba cari dekat mana tapi tidak jumpa (T_T) jadi saya bagi sendiri nama dia famous amours.

Bahan-bahan ( 70-80 biji )
* 250g mentega
* 280g tepung gandum
* 10g serbuk koko ( saya tidak guna serbuk koko macam famous cookies sally sebab saya tak berapa suka double chocolate famous amos HAHA )
* 150g gula kastor ( saya guna 2sudu gula halus )
* ½ sudu kecil esen vanila
* ½ sudu kecil soda bikarbonat

* 2 sudu besar susu tepung
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 biji kuning telur
* 100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
* 100g coklat cip ( saya guna coklat masakan. potong kecil kecil, lagi sedap dari chokolate chip :)
* Secubit garam



( kita hanya perlukan telur kuning. ini cara ambil telur kuning, lubangkan sikit sahaja kemudian keluarkan telur putih )


sukat tepung, soda bikarbonat, susu tepung , tepung jagung, secubit garam dan serbuk koko, jika mahu
Cara-cara
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi.
Kemudian kacau hingga rata.


4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.


Panas dari oven :)
♥ okai bai.

Minggu, Agustus 29, 2010

Cara mudah bersihkan telur yang pecah.

SELAMAT petang 

HUYOO saya annoying sangat sangat bila memasak dengan menggunakan bahan seperti telur ayam. SUMPAH annoying gila eh taip macam ada capital letter pun sebenarnya annoying tak? kalau annoying bersabar lah HAHA oh sebab apa engkau annoying bila memasak ada telur ? 


sebab dia, kalau memasak telur, keberangkalian telur akan pecah adalah 50% heh kenapa pulak boleh pecah ini? macam mana tak pecah, telur tu kan lembut sangattttt kalau hendak guna dia kene lah lembut lembut sahaja tak boleh kasar kasar. liyana pulak adalah gadis kasar sikit, dia tak selembut nama dia (T_T) sebab itu telur akan pecah pecah kalau dia masak sampai dia cakap dalam hati 'serius fobia masak telur tsk' kasihan liyana.

lepas tu kannn, annooyinggg gila kalau telur tu pecah atas lantai lepas tu kalau lap guna kain nanti lendir lendir telur tu sibuk nak tergolek dari kainnnn, eeww annoyingnyaa (haa, hari ini inlove dengan annoying) LOL jadi dengan berbekalkan idea merepek dan searching di google, saya terjumpa idea menarik untuk membersihkan serpihan lendir telur di lantai itu ya. serius ini sangat berkesan untuk ahkak ahkak yang rajin memasak untuk suami anda, ecewah.
taburkan garam dekat atas lendir telur yang dah pecah tu. biarkan 10 minit dan garam akan menyerap lendir itu menjadi pepejal . lepas tu baru lah senang nak bersihkan telur.  
YEY cepat YEY sama saya YEY YEY lepas ini boleh pecahkan telur banyak banyak (kalau hendak emak mertua pengsan, silakan)

♥ okai bai.

Jumat, Agustus 27, 2010

3 Sajian makanan paling kejam di dunia.

Selamat petang.

Ini saya dapat dari email. serius kalau baca rasa menggigil je kaki. LOL jom baca sama sama :P
IKIZUKURI (Japan):
Penyediaan: Setelah dipesan, Chef akan mangambil ikan segar yang masih hidup, disiang dan dipotong dalam keadaan yang masih bergerak-gerak. Setelah itu ia di sajikan kepada anda dalam keadaan yang masih menggelupur.

Ikizukuri, bererti 'disiapkan dalam keadaan hidup'. Untuk menyediakan makanan ini semestinya si Chef benar-benar hebat dalam mempersiapkan makanan yang ada, ia seharusnya boleh memotong-motong daging ikan tanpa membunuhnya!
ORTOLAN (France):

 

Burung Ortolan adalah burung yang panjangnya enam inci dan beratnya sekitar 2 ons. Warnanya hijau zaitun dan kuning, dengan sentuhan merah di sana sini, sangat cantik.

Penyajiannya: Burung ini ditangkap, matanya dibutakan dengan ditusuk, kemudian di beri makan paksa dalam sangkar yang sempit sampai tidak dapat bergerak, dan kerana makan dipaksa, badannya mengembang sampai dua atau empat kali ganda ukuran biasanya. Setelah dirasa cukup, burung ini akan diperamkan dalam Armagnac (jenis minuman keras)

Setelah itu, burung ini disajikan dengan dibakar, dan dimasukkan kedalam mulut dalam posisi kepalanya keiluar. Yang anda tinggal lakukan adalah menggigitnya, sehingga kepalanya terlepas dan anda mengunyah tubuhnya lengkap dengan semua bahagian, tulang dan tubuh lengkap!

FOIE GRAS (France):
"Foie Gras" ini bererti hati berlemak, dan hati ini biasanya diambil dari itik atau angsa. Pada awalnya itik atau angsa ini bebas bermain-main dan menikmati masa mudanya dengan penuh keceriaan dan kegembiraan, tapi sampai di usia tertentu, mereka akan diberi makanan jagung secara paksa sampai hati (liver) mengembang enam kali ganda ukuran biasanya.

Cara memberi makanan paksa ini sangat sadis, si itik atau angsa, dimasukan paip ke mulutnya, lalu campuran jagung dengan minyak dipaksa masuk ke dalam sistem pencernaannya, yang tentunya, lemak yang masuk terkumpul di hati angsa. Ia dipaksa makan dengan cara sadis ini, dalam keadaan dia disimpan dalam kotak kayu yang rapat dan tidak memungkinkan sama sekali ia bergerak!

♥ okai bai.

Kamis, Agustus 26, 2010

Remaja tak mati gantung diri.

Selamat petang

YEY hari ini akan pergi makan makan dekat kelab golf perkhidmatan awam Bukit Kiara berbuka puasa dekat sana. phewitt boss belanja tau. nak makan banyak banyak boleh tak? satu kepala rm47++ gitu, jadi confirm kene makan banyak banyak. Hehe, btw now rasa macam nak gelak gila gila pulak bila baca hmetro hari ini.


Berpantang maut sebelum ajal. Itulah perumpamaan tepat bagi menggambarkan situasi seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang tergantung hampir sejam dalam bilik rumahnya, di Damansara Damai, di sini, sebelum diselamatkan kakaknya, semalam.
Difahamkan, pelajar terbabit nekad untuk membunuh diri selepas terbabit dalam pertengkaran dengan kakaknya berusia lewat 20-an yang menghalangnya daripada bersekedudukan dengan teman lelaki berusia awal 20-an dalam sebuah rumah.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, pelajar terbabit dikatakan menggantung dirinya di siling rumah berkenaan menggunakan tali dibuatnya sendiri menggunakan kain.

Bagaimanapun, selepas tidak tahan dengan kesakitan ditanggung selain tindakannya itu gagal meragut nyawanya, pelajar terbabit yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan bertindak menjerit meminta tolong.

BAIK TAK kalau nak gelakkan dia? (T_T) sanggup berniat bunuh diri sebab tak dapat bersekududukkan dengan boypren LOL mmg lawak tapi macam tak baik nak gelakkan dia, mungkin belum ajal dia lagi kot . berubah lah adik manis ya :)

♥ okai bai.

Rabu, Agustus 25, 2010

Shareaholic ; Cara meningkatkan traffic blog anda.

Selamat pagi.

signup twitter dan churp churp untuk bukan bloggers. anda boleh earn duit dari bertwitter dan berfacebook je ! ;p

Sesesetengah blogger mesti akan terfikir macam mana nak tarik visitor baca belog mereka kan? oleh sebab itu banyak yang guna medium share entry ke social networking yang lain contohnya mereka memasang butang share facebook atau social button dalam blog mereka sendiri dengan harapan siapa yang baca entry mereka tolonglah share bukan susah pun kan. (T_T)




habis kalau blogger yang buat entry terbaik tapi tak ada butang share facebook atau social button dalam blog dia macam mana? niat kita pula baik sangat nak tweet entry dia tu tu, atau nak share dalam facebook kita kan? tapi hampa bila tiada butang share dalam blog dia. ecewah baik nyaaa siap hampa bagai HAHA (puji diri anda sendiri)



YE LAH kadang kadang ada blogger dia tak suka ada butang butang yang menyemakkan mata sebab itu dia tak letak butang tersebut, jadi kita sebagai blogger yang baik hati mari lah belajar menginstall satu extension yang sangat menarik bagi saya.



MUNGKIN selepas ini boleh lah delete share button masing masing dekat belog lepas guna kan extension ini HAHAHA.
MEMPERKENALKAN shareaholic. sebuah atau sebiji extension menarik. Shareaholic adalah pemenang anugerah add-on yang telah dimuat turun lebih dari 1 juta kali oleh orang yang addict dengan sharing link. Shareaholic adalah cara yang cepat dan mudah untuk berkongsi dan hal-hal bookmark anda dengan teman-teman, keluarga dan rakan kerja, tanpa cluttering up browser anda.Bagi pengetahuan semua,shareaholic boleh bekerja dengan 100+ perkhidmatan seperti Facebook, Tweeter, Blogspot, Email, Gmail, Reader, Bookmarks, Buzz, dan banyak lagi.



mari install SHAREAHOLIC di sini.

kenapa anda perlukan shareaholic?
  1. 1-klik posting to 100 + perkhidmatan dari mana-mana laman web
  2. Menyimpan bookmark bar anda secara rapi & teratur
  3. 100% teratur(customizable), ringan & cepat (sangat suka extension ini di chrome, smart)
  4. mendapat lebih trafic dari rakan rakan facebook atau twitter.
  5. rakan rakan yang tidak mempunyai blog boleh mengetahui entry terbaru anda.
Credit HERE.

♥ okai bai.

Selasa, Agustus 24, 2010

Bapa mental sembelih anak berusia 3tahun.

Selamat malam.

Manusia semakin lama semakin menjadi lebih teruk daripada binatang. sikit sikit cerita pasal bunuh, baru je nak reda sikit isu buang anak , budak mati kene dera, bapa simbah asid dekat anak, bapa rogol anak, bapa tetak anak dan bapa bapa bapa . our environment now sgt bahaya :( orang yang kita percaya pun boleh buat kita macam macam ini kan pula orang asing yang lumur taik dekat kedutaan malaysia (malas nak cakap pasal ini)


(nanti nak beli ayam picit picit ni HAHA)
2010/08/24

KOTA BHARU: Seorang bapa yang dipercayai sakit mental menyembelih anak sendiri berusia tiga tahun sebelum cuba membunuh diri di Kampung Sg Keladi, Kota Bharu.

Dalam kejadian 11.50 pagi tadi, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri.

Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.
Beliau yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di sini dipercayai sudah lama tidak mendapatkan rawatan penyakit mentalnya itu.

engkau ingat anak engkau tu ayam ke? nak sembelih sembelih orang? aku nak cakap sikit lah, sebelum kahwin baik kita check sikit bakal suami kita tu ada penyakit ke tak, bukan bakal suami sahaja, bakal isteri pun kene check lah.

nah, ini video lembu kene sembelih. baru betul engkau kalau nak sembelih , pergi beli lembu lepas tu sedekah dekat orang kurang kemampuan. haih pesakit mental apa yang kita boleh expect?



♥ okai bai.

Senin, Agustus 23, 2010

Moo Moo camera freak gituw.

Selamat petang.


BURRPPSS, kenyangg ai uolss makan rumput tengah tengah hujan.
mengundang tak ayat saya? tengah orang sibuk berpuasa saya pergi cakap pasal makan rumput, ada yang terliur tak tengok rumput? er FiNE lah cuma lembu sahaja terliur tengok rumput. saya suka tengok lembu makan rumput, konsentrate gila tak pandang depan belakang memang comel sangat tapi masalah dia lembu saya tak makan rumput (T_T)

kecewa* sebab lembu saya macam freak sikit, seumur hidup dia dengan saya sampai sekarang pun tak pernah makan rumput, makan rumput pun tak pernah takkan nak bagi dia makanan chibi jadi terpaksa lah redha dia diet. BUT dia diet macam mana pun tak makan macam mana pun MOO MOO tetap gemuk (T_T)

dia tak sakit pun sebab dia tak boleh sakit, dia kan freak . makan tak boleh sakit tak boleh habis apa dia boleh? entah lah tsk *OVER* HAHAHAHAH



sebenarnya ini lah moo moo saya . dia lah peneman saya dekat ofis ni disebabkan saya tak boleh bawa bantal bushuk terpaksa lah saya bawa moo moo pergi ofis. sebenarnya ada motif kenapa kene bawa moo moo tau HAHAHAHA waktu rest selalunya sebelum solat zohor saya mesti landing dulu dalam surau sambil dengar lagu, jadi bila bawa moo moo boleh lah saya letak kepala atas badan dia yang gebu ituww



sedap gilaa moo moo ni, gebu sangat, terus mata sleepy sahaja tsk. (T_T)



pandai pulak tu pandang kamera, ewah ;p

hihi, moo moo ini datang dalam hidup saya masa birthday yang ke 18 tak silap, masa itu saya rapat sangat dia, actually dari form 1 pun rapat sampai form 5 kot. then masing masing buat hal sendiri till now. tehee but saya tetap rindu dia. rindu nak berbual dengan dia, rindu nak jadi gila dengan dia. hee (T_T) .

bbe, i jaga tau moo moo baik baik. hee

♥ okai bai.

Minggu, Agustus 22, 2010

Kebaikan Hidup sebagai seorang Blogger

Selamat malam.

Blog, rata rata setiap individu dalam dunia ini sedang dilanda demam blogsphere. masing masing cuba hendak menjadi seorang blogger. masing masing cuba hendak mempunyai sebuah blog atas nama sendiri contoh dia macam liyanaa.com . tak pernah terbayang pun waktu umur 15tahun akan ada sebuah domain sendiri dan hidup sebagai seorang blogger. tak pernah terbayang pun ada ramai kenalan dari internet yang boleh menjadi tenaga pengajar.



seronok sebenarnya bila ada blog sendiri, digelar seorang blogger tegar, yang hidup dia hanya untuk blog, yang hari hari dia kalau tak menghadap blog macam sesuatu yang aneh (T_T) kalau nak cakap macam mana perasan jadi blogger ini macam tak boleh cakap sebenarnya. penat nak bagitahu tapi kene, sebab ini adalah cerita seorang blogger. yang hidup dia menghadap blog sendiri. yang hidup dia pagi petang siang malam jatuh cinta dekat blog sendiri LOL

banyak kebaikan jadi seorang blogger yang kita tidak sedari. kalau anda mahu saya listkan apa yang best sangat menjadi seorang blogger macam tak boleh nak listkan sebab terlampau banyak kebaikan dia. ehem mungkin dapat menjadi mama juwie yang laju sahaja dapat gosip panas? atau puas bila setiap hasil entry di terima blogger lain.
Hidup seorang blogger yang mendapat info secara pantas.
Ia benar, kalau anda hidup sebagai seorang blogger, anda akan dapat tahu kisah percintaan azwan ali atau anda dapat informasi roslin hashim berdua duaan dengan raja azmi (HEH) atau yang lebih power rupanya katy perry adalah tunang russel keroww apa tah nama dia (semua gosip kan? apa yang berinformasi pun tak tahu HAHAHAHA)
Hidup seorang blogger yang mendapat ramai kawan.
YES. ramai sangat kawan yang anda tak akan sangka tiba tiba boleh kenal dengan someone yang kita tak pernah jumpa tapi boleh bawa bergosip secara berjemaah. gila tak hebat? engkau kenal dia sebagai stranger tiba tiba jadi kawan baik? HOMAIGUDNESS seronok sangat.

anda boleh tengok entry di bawah di mana saya berjumpa dengan kawan kawan blogger.
1. Karipuff dating..
2. Wedding kak long yna.
3, Digi Pimp my day.
4. Gatsby (walaupun tak berupdate LOL)
Hidup seorang blogger yang dapat join contest menarik,
Seronok, terlampau banyak contest yang anda dapat jumpa dalam dunia blog terlampau banyak sangat hadiah menarik yang blogger lain ingin berkongsi dengan kita. serius banyak sangat sampai rasa nak join setiap contest yang saya jumpa tapi macam tak boleh terlalu tamak, kita bagi chance dekat orang lain :D tapi tapi tapi, SEO contest dari denaihati yang bertajuk 'hidup seorang blogger' ini macam tidak boleh di lepaskan. serius sangat menarik :)
terima kasih denaihati kerana menyediakan contest yang menarik seperti ini dan disponsor oleh uQurban.com. Oh ini baru part yang pertama, akan ada part yang kedua. ehem part yang kedua akan saya cerita pasal 'ehem, mana boleh bagi tahu HAHAHA'
// okay kalau entry ini tidak menarik, boleh like tauu. tehee.

♥ okai bai.

Jumat, Agustus 20, 2010

Game uji minda anda di bulan ramadhan ini.

Selamat malam.

hai kalian, saya pasti di bulan ramadhan ini mood pun macam mellow je kan, macam lembik lembik je nak buat entry or macam lembik lembik je memasak sedap sedap sampai lebih rela makan dekat luar sebab lembik sangat LOL



okay macam ni, saya nak share satu game, serius mencabar kewibawaan aku. dah level 3 tapi tersalah arah mouse terus kene ulang balik (T_T) ataupun tak dengar clue dia. sangat mencabar walaupun tak ada hadiah macam ipod nano atau kamera digital pun still menarik sebenarnya. confirm anda tak akan cakap "ini macam kene hack saja asyik kalah (T_T) padahal sebenarnya tak tahu main".



kalau anda biasa main game elektrik dekat sekolah tu, game ini sama macam itu sebenarnya :)

ingat tau, volume kene kuat sebab anda kene dengar clue dia (T_T). kalau rasa rasa macam tak cukup power tu tak payah lah mengada nak main faham? ECEWAH GARANG.

Credit : Blowie hot yang kongsi game menarik :)

♥ okai bai.

Resipi mudah : Ayam masak lemak cili padi.

Selamat petang.

hari ini, kalian hendak berbuka apa heh? selalunya sebelum pergi kerja tugas anak mithali seperti saya adalah berbincang dengan emak untuk lauk berbuka. sebab anak mithali semua pergi kerja tak dapat membantu emak (T_T) jadi terpaksa lah berbincang terlebih dahulu.

jadi bincang lah kami anak beranak sebelum sampai ke tempat kerja. buat pengetahuan kamu, saya adalah pencinta ayam. (T_T) sebab itu acik acik dekat unisel panggil saya ayam wu wuuuu. entah kenapa suka sangat dekat ayam, kalau bagi pilihan ayam, kambing, daging pasti ayam adalah pilihan hati. habis kalau bagi siput babi confirm saya tak nak pandang pun . lagi teruk kalau bagi pilihan makan mimi, lagi saya tak nak.


Credit : google.
eh terpanjang pulak bebel. saya kalau dapat bebel dekat belog memang panjang, risau kalau kamu pengsan nanti habis batal puasa siapa pula nak bertanggungjawap? (T_T) oh akhir nya emak setuju masakkan ayam masak lemak cili padi dengan sambal ikan bilis goreng kentang.

jadi menu berbuka hari ini adalah ayam masak lemak cili padi LOL.

Resipi mudah ayam masak lemak cili padi.
  • ayam 6 ketul
  • santan kelapa dari kotak kecik
  • bawang merah 2 ulas (blend)
  • bawang putih 3 ulas (blend)
  • kunyit ( ambil sikit cm sebesar ibu jari baby ;p) (blend)
  • cili padi 12 biji (blend)
  • sekeping asam keping
  • sebatang serai (dititik)
Cara cara.
  1. panaskan periuk, jangan terlalu panas dan masukkan bahan yang sudah diblend kedalam periuk. tambah sedikit air.
  2. masukkan ayam dan serai ke dalam periuk, dan biar kan bahan blend sedikit kering.
  3. masukkan santan . tambah kan sedikit air supaya tidak terlalu pekat
  4. kacau sehingga mendidih dan siap utk dihidangkan.
// ada kenangan manis sebenarnya ayam masak lemak cili padi ni, mungkin akan diceritakan kemudia. hihi

♥ okai bai.

Kamis, Agustus 19, 2010

Sinetron Cinta Kirana.

Selamat petang.


nia ramadhani as kirana (suka hati je aku panggil dia karina :P)
macam tak percaya setiap hari isnin sampai jumaat pukul 6.30pm sampai 7.20 ( sebab berbuka pukul 7.28 :P) saya boleh turut sama menonton sinetron cinta kirana. tiba tiba boleh tersuka tengok galang dengan kirana. tiba tiba heh. bukan senang saya nak tonton sinetron ini kalau hero dia tak saya kenal. ye lah yang saya tahu hero indonesia cuma RIONALDO STOCKHORST (T_T)


kirana gengster okay dalam cerita ini, tapi still lawa ♥
sambung balik, lepas tu setiap kali saya nak tukar tibi mesti ada yang terjerit jerit macam kingkong sebab nak tengok galang, habis macam mana? nasib baik nia ramadhani yang berlakon, kalau siapa tu yang selalu berlakon tu namanya sekar tu memang saya tak tengok (T_T)



kirana dan nenek dia (nama nenek dia sita mcm nama kawan lama ai, tetibe i teringat T_T)
sinetron cinta kirana ini lebih kurang benci bilang cinta (kata adik saya) jadi saya macam meluat lah nak tengok cerita yang sama, tapi terpaksa tengok sebab adik saya gila kan galang (T_T) dan saya pulak memang suka amat nia ramadhani. jadi, conclusion dia, saya pun terpengaruh tengok sekali.

// sebenarnya macik rarawkus ini pun adalah pengaruh bila setiap kali sinetron baru keluar, dia akan pantas ingatkan rakan rakan blogger juga LOL

♥ okai bai.

Cara letak video facebook dalam blog.

Selamat pagi.

signup twitter dan churp churp untuk bukan bloggers. anda boleh earn duit dari bertwitter dan berfacebook je ! ;p

hai awak, awak pengguna facebook tak? ye saya tahu ramai pengguna internet mesti ada facebook kalau tak ada facebook macam aneh sebab pakcik saya kaki rokok pun ada facebook. blog pun ada sungguh kagum tapi macam tak berupdate (hep, ini kira mengumpat ke? LOL )

semalam dua kali saya shared video dari facebook dalam blog. actualllyyy video tu saya download guna idm (thanks meuzangelo sebab kongsikan cara cara nak download laju laju) dari facebook. video yang kawan kawan shared tu kalau ada yang menarik saya simpan contoh macam maru the kitty, siap convert format mp4 nak masuk dalam handphone ♥♥ comel sangat maru the kitty (T_T)

oh by the way, saya ajar chibi cara bermain guna bakul, macam maru bermain dengan kotak tapi hampa sebab chibi tak pandai buat kaki leper tu wuu wuu (T_T)


sambung balik, lepas share video dari facebook ke blog, hudhud pulak tanya macam mana nak letak video tu. actually senang je, lagi lagi kalau internet laju macam dekat ofis sekarang :P

step pertama.


mesti lah kene upload video kegemaran anda ke dalam akaun facebook anda sendiri ( kalau video tu share dr orang, tak boleh kan? )
step kedua.



selepas video anda siap di proses, anda boleh lah memilih mana satu video pilihan, contoh macam semalam saya share dekat blog pasal lelaki pondan and maru the kitty :D
step terakhir.

click video pilihan anda dan akan keluar lah macam ni



cuba perhatikan dekat right side anda ada embed video picit dia and copy embed code tu dan paste dalam ruang new post blog anda. so menjadi lh dia sebuah video dari facebook ke dalam blog T____T
// cik amoi ; panjang tak entry aku? HAHA dia cakap lately aku post entry pendek pendek (T_T)

// encik piratz pun ada buat tutorial letak video facebook dalam blog. kalau andaberminat boleh picit sini.
♥ okai bai.

Rabu, Agustus 18, 2010

(video) maru the obess kitty.

Selamat malam.

kepada anda yang tak tengok lagi video kitty-obesiti-comel gila-rasanaklempangkuatkuat boleh terus tengok video ini.
HAI, my name is MARU. im a kityy ♥♥♥♥♥


homaakkaihh, comel gila beliau ini weh kalah chibi HHAHHAHAHA T_________T

♥ okai bai.

(Video) Lelaki lembut kaki pukul pfft

Selamat petang.

kerja hari ini adalah mengupload gambar ke dalam website sahaja selain itu bermain game lip ice yang comel, selain itu bergosip dengan teman tersayang, selain itu ehem apa lagi heh? tak ada dah lah semua dah cakap dekat atas T_________T


motip ai letak gambar fahrin? sebab beliau hotsssssss *drooolllss*


oh, lupa selain itu membuka semua video yang kawan kawan facebook share. semua video yang ngeri dan annoying sahaja, yang mcm cinta cinta i tak layann. (T_T) sekarang saya perasan ramai share video lelaki dayus pukul perempuan kan? sekarang pun dekat akhbar pasal suami terajang perut isteri hamil 6bulan pun ada. masing masing dah kene sawan anjing kot? LOL

ini satu video, lelaki lembut aww aww pukul perempuan. lawak pun ada. jalan terhuyung hayang tapi kuat hentam orang ni.

aww aww gituuu.



♥ okai bai.

Selasa, Agustus 17, 2010

Permohonan kemasukan UITM sesi Disember 2010.

Selamat pagi.

Siapa dekat sini yang masih berminat untuk sambung belajar dan malas nak kerja ( macam saya LOL ) meh kita sama sama isi borang untuk kemasukan Uitm bulan disember 2010. tarikh permohonan adalah semalam 16 august 2010 sehingga 19 september 2010.

ada banyak course menarik ofcz yang kita boleh pilih.



tq acik ayuna ingatkan kita ♥

cepat hoi, i pun tengah isi borang mari lah sama sama kita jadi warga uitm juga LOL HAHAHAHA gedik gila cakap macam tu ;p
kecemerlangan berterusangggg
♥ okai bai.

Senin, Agustus 16, 2010

Update : Biskut raya ; Berry Crumb.

Selamat pagi

hari ini hari ke enam saya dalam ofis baru dan hari ke enam kita semua dalam mood berpuasa. serius jadual tidur semua dah berubah, kalau boleh dalam ofis pun rasa nak tidur dan ingat senang jadi orang kuat tidur? :(



HAHA dua hari duduk rumah tanpa sebarang gosip,dua hari juga menjadikan kuih sedap di atas sebagai bahan santapan untuk diri sendiri dan juga keluarga. kuih bernama berry crumb itu pernah saya tunjuk tahun lepas, bukan saya yang buat, tetapi saya tempah. T________T

sebenarnya macam ini, kalau siapa tak tahu waktu saya di UNISEL dulu saya rapat dengan ayunajeeha yang merupakan anak kepada tauke kueh raya. bila ayunajeeha bawak kueh raya balik hostel, anak anak dia yang lain( saya tasnim dan zana ) akan tertunggu tunggu kueh raya yang banyak dari dia. kira heaven gila kalau raya and balik hostel ada banyak kueh raya. semua nya stock sedapgilaaaaaaaaa bukan setakat sedap biasa sahaja tahu?

:(


biskut strawberry bersalut chokolate dan crumb crumb yang crunchyyy
jadi saya dah jatuh hati dengan kueh bernama berry crumb ini, hendak minta resipi macam boleh blah sekarang jadi terpaksa (EHEHEE terpaksa kaw) lah saya beli dekat ayun HAHAHAHA ;p saya nak beli 200biji untuk raya ini.

oh jangan risau, ada banyak lagi kueh lain, anda berminat tak? jika berminat boleh tiggalkan pesanan di ruang comment, dan saya tunjuk sample yang lain, juga saya akan beri link facebook ayunajeeha teruss kepada anda :D
UPDATE : siapa nak pelis isi form dekat sini.
♥ okai bai.

Minggu, Agustus 15, 2010

Lawak gila, Justin Bieber handsome.

Selamat petang.

hai hai awak, rindu tak nak baca entry terbaru saya? ke tak? ke rindu? ke tak T_________T jangan lah tak HAHA over dah lah tak dapat online, lepas tu nak over tsk nak bergosip gosip pun susah kalau setiap 5 minit terpaksa tunggu line okay balik. haih emosi betul aku.

nasib baik terjumpa gambar pakwe adik asaya dalam facebook, saja nak tayang dekat kau orang juga.
Gambar Justin Bieber Limited Edition LOL



HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAA

senak perut ai taw tengok gambar beliau ini.

♥ okai bai.

Rabu, Agustus 11, 2010

Contest SEO - Hidup Seorang Blogger.

Selamat petangg.

macamni, hidup seorang blogger macam saya yang selalu masuk contest tetapi jarang (bukan tak pernah tapi jarangsss, sob sob) menang taww, lepas itu contest pulak yang jenis mahal macam contest SEO lagi lah jarang dan confirm kalah tapi apa ada hal, nak juga aku join KAH KAH KAH.

hidup seorang blogger

jadi ini contest dari denaihati ( i sukaa contest dia, semua mahal mahal, tak ada topup rm3 hengget pun taww ) i cuba join, lepas tu i cuba juga ajak kau orang yang teror tu jom join contest ini. senang je, senang je buat entry je, kalau entry tu duduk dekat muka depan gugel dengan keyword 'hidup seorang blogger' confirm engkau menang, rm300 seorang ye and ada lagi hadiah menarik dia. pheww T_____________T

Syarat-syarat contest “HIDUP SEORANG BLOGGER

1. Terbuka kepada Blog 1Dunia yang mempunyai blog samada berbahasa Melayu atau English yang mempunyai PR 2 dan keatas.

2.

3.

eh eh baca syarat syarat dulu dekat sini sebelum join contest ini. LA LA LA

macam mana nak check PR? picit sini

ini first time join contest seo, dan ramai gila otai pakar seo kan, saya pun tatau macam mana nak bersaing dengan pakar pakar seo padahal saya ini macam budak tadika sahaja dan menggunakan blogspot sebagai platform, kita tengok lah macam mana huuuu LOL T_______T

♥ okai bai.

Selasa, Agustus 10, 2010

Niat Puasa Ramadhan, Doa berbuka puasa dan Doa selepas berbuka.

Selamat malam.

Oh kepada siapa yang belum peka, memang confirm esok, 11/08/10 sudah bermulanya ramadhan means kita semua umat islam akan menahan lapar dan dahaga, menahan nafsu, menahan hati , menahan anggota badan dari melakukan perkara yang membatalkan puasa. sebulan dalam setahun sahaja apa salahnya kita jangan buat perkara perkara tak baik.
mungkin dapat kuruskan badan YEEHAWW gedik :P padahal berbuka dah siap siap nak pilih menu macam kuih sampan lah, atau macam nak menggada ngada pergi minta nasi tomato lah atau lebih ekstrem tiba tiba nak makan pizza hut dengan air tebu lah eh melalut pulak padahal baru cakap kene tahan nafsu T______T

okay di pendekkan cerita, mari saya bagi anda sedikit ingatan lah mana tahu anda sudah lupa niat puasa, doa sebelum berbuka dan doa selepas berbuka ( serius saya baru tahu doa selepas berbuka, jadi mari lah amalkan bersama )

credit besar untuk zelo kacak.

Lafaz Niat Harian

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa


Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Selepas Berbuka Puasa



Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
rindunyaaa memori berpuasa dekat unisel dengan teman tersayang. phew memori macam kejutkan fwz bangun sahur lepas tu dia mengadu makan sardin kosong sebab malas nak masak, masak spagheti pedas gila, masak bihun pedas gila, pergi bazar, beli air sedap gila.

tahun ni tahun yang penuh saya berpuasa dekat rumah, sebab dua tahun lepas saya berpuasa dekat unisel. rindunyaaaa perangai masing-masing yang gila letak jam loceng depan bilik masing2 sebab nak suruh bangun sahur HAHA kelakar :(
Selamat Berpuasa readers Liyana Lunia yang tersayang. terima kasih banyak banyak sebab sudi singgah belog ini :)
♥ okai bai.

Blog saya antara yang menarik kalangan perempuan malaysia. LOL

Selamat Pagi,

pagi pagi duduk menghadap kompiter sambil bergosip dengan akak amy yang menjadi staff tunggal dekat ofis ni sebab yang lain lelaki termasuk saya ( PENGSAN ) okay macam ni, lately saya perasan blog saya dikunjungi oleh visitor dari blog budak sekolah ini HAHAHA

saya usha usha rupanya, hadi telah calonkan saya sebagai salah seorang blogger yang mepunyai blog menarik ( SERIUS AKU TENGAH TERHARU LOL ) lepas itu kalau anda nak tengok blog lain yang menarik pun boleh terjah blog hadi :P




sampai di sini sahaja segmen pagi pagi kita, kita sambung kejap lagi oh

♥ okai bai.

Senin, Agustus 09, 2010

What say you ; perempuan simpan video tak senonoh?

Selamat pagi.

kira pagi la kan walaupun lagi beberapa minit nak masuk pukul 12 . phew dah dua jam saya dalam ofis rasa nak berak pun tetap tahan sebab malu masuk masuk keje dah pergi melabur saham pulak macam tak manis di pandang AHAHAHHAA

okay macam ni,pagi pagi saya buat entry berat, anda marah tak? AHHAHA haaaa dipendekkan lah sebab saya tak suka menaip guna keyboard yang bising ini T_________T



apa pendapat awak jika awak tertengok video lucah dapat dekat handphone seorang perempuan? tak kisah lah dia kawan awak ke, awek ke,adik ke,kakak ke, emak ke, atau wife ke? apa pendapat awak?
macam saya, saya tengok lah perempuan tu macam mana,kalau dia baik macam saya (ehem) tapi ada tersimpan, macam terkejut pulak? eh tapi saya tak simpan LAHHH T________T

tq zirah budak comot, ai kan tgh menaip guna kebodbising tu yg tersasul2 :P

♥ okai bai.

Jumat, Agustus 06, 2010

Kenapa saya suka movie : The Ruins (2008 )

Selamat pagi.

hari ini kita mulakan pagi anda dengan segmen kenapa saya suka movie ; the ruins. HOHMAIGUDDNES, cerita ini gila seram, gila ngeri gila segala gila. kalau engkau nak tengok bukan sahaja manusia jahat, tumbuhan pun jahat tahu tak?
A group of friends whose leisurely Mexican holiday takes a turn for the worse when they, along with a fellow tourist embark on a remote archaeological dig in the jungle, where something evil lives among the ruins.
Jeff ; oh hero dia, hensem sangat. tapi bukan hero lah sebab dia pun kene panah T_________T
before dorg kene tangkap, masa ni baru sampai, dorg nak cari abang mathias, and then puak mayan datang halau dorg, but amy yang bodoh pergi capture gambar and pijak tumbuhan itu. sbb tu dorg kene naik atas pyramid and kene sacrifice diri dorg. sebab puak mayan tamo benda tu tersebar kot.
bila tumbuhan itu dah masuk dalam badan stacy (perempuan rambut putih) tu, dia makan segala dalaman dan siap membiak pulak dah.
Mathias ; dia lelaki paling malang, terjatuh dalam gua sampai patah tulang belakang, kaki kene potong dengan jeff and eric guna batu and pisau potong daging sebab tumbuhan itu dah masuk dalam kaki mathias T______T
jeff ; amy ( perempuan gila, dia punya pasal dorg terperangkap dalam tempat tumbuhan jahat tu ) ; stacy ( serius watak dia paling kesian selain mathias ) ; eric
serius tumbuhan tu annoying gila sebab dia suka ejek ejek. eew seram gila kalau betul betul ada :( hwaaaaa tak suka kalau tumbuhan jadi jahat, sebab lagi kejam taww (pengaruh tv LOL)

Oh doone.btw saya nak pergi unisel esok untuk setelkan audit. nak konvo beb :P and mayb nak pergi pc fair if sempat. nak sambar external hard disk LOL

♥ okai bai.

Rabu, Agustus 04, 2010

Buaya tembaga seberat satu tan di temui mati di Tanjung Agas.

Selamat pagi.


hello abang crocs gengster, sekarang ini dah kecoh cerita pasal abang yaa.
Memang benar ada buaya di Port Dickson!
Buktinya adalah penemuan bangkai seekor buaya tembaga berukuran 5.48 meter dan ukur lilit 2.43 meter dengan berat lebih kurang satu tan di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson di sini hari ini. - 2 Ogos 2010.

best lah dorang dapat simpan memori dengan buaya yang dah mati T_T
itulah, dulu kecoh isu buaya geget kaki seorang abang tapi semua tak percaya. sekarang tengok, OH TIDAK betul lah apabila seekor buaya ditemui mati dekat tanjung agus agas semalam. pulak dah. buaya tu pulak seberat sebuah lori yang tecik tu tahu tak? ala yg 1tan tu, ala kalau nak tahu boleh pergi timbang lori dekat sebelah awak tu (T_T)

dan baru saya tahu tanjung agus tu dekat saja dengan tanjung tuan. dan saya pula baru lepas berjimba jimba ( cakap macam baru semalam pulak, padahal baru 6bulan yang lalu LOL ) dengan family dekat regency hotel bulan februari yang lalu.

siapa tak lemah semangat boleh tengok kaki abang kene geget dengan abang crocs gengster dekat OH TIDAK Buaya Di Portdickson bulan januari yang lalu.
aku tak puas hati lah buaya tu kene tembak :( kesian dia tau tsk
UPDATE :



nampak tak kawasan macam kepulauan tu? yg hujung sana belah kanan tu? kakak saya cakap, dekat situ lah buaya yang gigit kaki seorang abang hari itu. pfft dekat ke tak dengan tempat mandi manda saya? gila okay, kalau tak dah hilang sebelah jari dah (Pengsan)

♥ okai bai.
Loading